You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

Moral mempunyai banyak teori yang menerangkan tentang perkembangan moral.


Antaranya ialah teori perkembangan kognitif jean piaget (1896-1980) yang
mengutamakan pertimbangan, pemikiran atau penakulan moral, teori piskoanalisis yang
menumpukan pada aspek-aspek perasaan atau emosi dan pendekatan teori pembelajaran
yang hanya menekankan aspek tingkah laku. Walau bagaimanapun Lawrance Kolhberg
adalah dianggap sebagai pelopor utama dalam memperkatakan teori perkembangan
moral. Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1927 dan membesar di Bronxille, New York.
Beliau pernah menjadi professor di Universiti Havard dan mula popular dalam tahun
1970-an.

Pada tahun 1958, beliau telah menghasilkan peringkat teori moral yang pertama.
Beliau bermula sebagai ahli psikologi pembangunan dan meneruskan kerjaya dalam
bidang pendidikan.Teori yang dikemukan oleh beliau banyak bergantung pada pemikiran
kepada pemikiran ahli psikologi Swiss, Jean Piaget dan ahli falsafah mereka John Dewey.
Ahli-ahli psikologi ini menekankan pertumbuhan sosial berkembang secara falsafah dan
psikologi dalam bentuk progresif. Kohlberg telah membahagikan peringkat
perkembangan moral kepada 3 peringkat utama dan setiap peringkat dipecahkan kepada 2
tahap iaitu peringkat pra-konvensional iaitu orientasi dendaan dan kepatuhan, dan
orientasi ganjaran peribadi, peringkat konvensional iaitu oreintasi harmoni antara
peribadi dan orientasi undang-undang dan peraturan dan peringkat post-konvensional
iaitu orientasi kontrak sosial dan orientasi prinsip etika sejagat.

Manakala dalam kajian ini juga mengkaji bagaimana teori perkembangan robert
selman dia aplikasikan dalam kehidupan seharian contohnya dalam isu pertukaran jantina
ini yang dilakukan oleh penyanyi terkenal iaitu Michale Jackson. Teori Selman,
mempunyai 5 peringkat perkembangan manusia iaitu tahap 1 (umur 3 hingga 5 tahun)
yang melibatkan egosentrik, tahap 2 (umur 6 hingga 8 tahun) dimana pada tahap ini
kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan tersebut atau mereka yang berada pada
situasi sudah mempunyai pngetahuan sosial, tahap 3 (umur 8 hingga 10) ini pula
meletakkan diri seseorang pada diri sendiri atau tindak balas diri, tahap 4 (umur 10
hingga 12 tahun) lebih mementingkan pandangan bersaling iaitu pandangan orang ketiga
dan masyarakat berlaku secara serentak dan tahap 5 (umur 12 hingga 15 tahun) ni lebih
kompleks dimana seseorang individu sudah mempunyai pemikiran yang kompleks dalam
sistem sosial dan konvensional.

2.0 ISU PEMBEDAHAN PLASTIK

Pembedahan plastik adalah satu bidang perubatan yang menggunakan teknik-teknik


tertentu untuk menukar rupa dan fungsi badan seseorang. Antara kaedah yang digunakan
dalam pembedahan plastik termasuklah penambahan kosmetik yang hanya mengubah
bentuk fizikal atau rupa seseorang serta pembedahan yang melibatkan perubahan pada
anggota yang diubahsuai dengan menambah baik fungsi tersebut.

Pada masa dahulu, keindahan dianggap lebih penting daripada fungsinya. Oleh
yang demikian, maka terlahirlah idea untuk memulakan pembedahan plastik untuk tujuan
kecantikan. Perkataan "plastik" berasal daripada perkataan Yunani iaitu, plastikos yang
bermakusd acuan atau membentuk. Penggunaannya di sini tidak melibatkan bahan
polimer sintetik plastik. Pakar bedah plastik lazimnya membuat acuan dan membentuk
semula tisu-tisu badan contohnya seperti membaik dan membentuk tulang, tulang rawan,
dan kulit.

2.1 FAKTOR-FAKTOR MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

Matlamat asas pembedahan plastik adalah untuk membetulkan kecatatan terhadap


bahagian tubuh dan wajah. Kecacatan yang mendorong seseorang melakukan
pembedahan plastik adalah disebabkan oleh kecatatan teruk yang dialami akibat
kemalangan atau lahir dengan kecacatan seperti rekah bibir dan lelangit dan ‘long face
syndrome’ atau penyakit lain disebabkan mutasi genetik. Jika kecacatan sebegitu tidak
dibetulkan, ia menyukarkan pesakit dan menyebabkan dia berasa tertekan dengan
persepsi masyarakat.
Selain itu, pembedahan plastik juga bertujuan untuk memulihkan kembali fungsi
badan yang terganggu. Seterusnya, ramai orang yang melakukan pembedahan plastk
untuk mencantikkan paras rupa dan fizikal. Hal ini sering terjadi dalam kalangan wanita-
wanita terutamanya golongan selebriti. Misalnya, untuk menjadikan tubuh mereka
Nampak lebih langsing dan seksi mereka melakukan pembedahan plastik untuk
membentuk tubuh yang diingini. Selain itu, pembedahan plastik ini selalunya dilakukan
di wajah untuk mendapatkan raut wajah yang sempurna dengan membuat pembedahan ke
atas beberapa tempat tertentu seperti di kawasan pipi, rahang dan bibir.

2.2 SYARAT MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

Tujuan yang dibenarkan seeorang itu melakukan pembedahan plastik ialah jika tidak
dilakukan akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang individu.
Selain itu, pembedahan plastik juga boleh dilakukan sekiranya individu itu bertujuan
mengembalikan kecacatan yang dialaminya kepada bentuk kejadian manusia normal.

Namun, pembedahan plastik tidak dibenarkan sekiranya individu itu hanya untuk
menjadikan dirinya kelihatan lebih cantik daripada sebelumya. Seterusnya, pembedahan
plastik juga dilarang sekiranya boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa seseorang dan
memudaratkan kesihatanya.

Syarat pembedahan plastik yang dibenarkan Islam ialah memiliki keperluan tidak
bercanggah dengan syariat untuk melakukan pembedahan iaitu hanya untuk tujuan
kesihatan semata-mata dan tiada niat lain. Seterusnya, pembedahan yang hendak
dijalankan itu mestilah diakui oleh doktor Islam dan pakar dalam bidang itu. Selain itu,
doktor yang melakukan pembedahan itu mestilah yakin bahawa pembedahan itu boleh
berjaya dilakukan tanpa sebarang risiko bahaya dan tidak memudaratkan pesakit.
Sebelum melakukan pembedahan plastik, persetujuan pesakit dan wali juga mestilah
diambil kira.
Peraturan umum kecantikan Islam adalah tidak mengubah ciptaan Allah iaitu
tidak melakukan pembedahan dengan niat untuk mencantikkan tubuh badan dan wajah.
Selain itu, pembedahan plastik boleh dilakukan jika tidak memudaratkan diri seperti
mendatangkan kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan. Seterusnya,
individu itu juga mestilah bebas daripada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri,
tidak membazir, tiada unsur najis, tidak menyerupai jantina berlainan, tidak menyerupai
orang kafir dan fasik dan mestilah mengikut syarat pembedahan plastik yang dibenarkan
Islam.

Sebenarnya, konsep pembedahan plastik yang diharuskan oleh syarak adalah untuk
tujuan kebaikan seperti menutup aib atau menyempurnakan kecacatan yang boleh
menjadikan seseorang itu merasa tersisih. Selagi bahan yang digunakan untuk proses
tersebut tidak mengandungi bahan najis atau yang boleh mengganggu ibadah.

2.3 IMPLIKASI PEMBEDAHAN PLASTIK

Setiap pembedahan yang dilakukan tidak kira sama ada pembedahan apa pun, kesan
sampingan daripada pembedahan itu akan ada juga. Begitu jugalah dengan pembedahan
plastik. Sebenarnya, kesan sampingan akibat pembedahan plastik adalah tinggi kerana
setiap pembedahan plastik yang dilakukan belum seratus peratus akan berjaya seperti
mana yang diimpikan.

Salah satu implikasi daripada pembedahan plastik ialah boleh mengakibatkan


maut. Seseorang yang membuat pembedahan plastik terutamanya yang membuat
pembedahan selain daripada pembedahan kosmetik boleh mendapat risiko kematian
mengejut akibat kompilasi yang dihadapi ketika pembedahan. Misalnya, pesakit boleh
mendapat maut ketika pembedahan berlaku akibat pendarahan yang tidak berhenti
berlaku.

Selain itu, pembedahan plastik juga boleh mengakibatkan kecatatan pada


bahagian yang dibedah itu. Misalnya, doktor melakukan kecuaian ketika pembedahan
dilakukan. Hal ini sering terjadi sekiranya doktor yang melakukan pembedahan itu
kurang mahir untuk membuat pembedahan plastik pada bahagian yang bukan dalam
kepakarannya.

Selain itu, pembedahan plastik yang dilakukan juga boleh menimbulkan kesan
sampingan jangka panjang. Hal ini terjadi akibat kesan daripada penggunaan ubat yang
diberikan semasa pembedahan itu berlaku dan selepas pembedahan. Pada peringkat awal,
pesakit tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan akan berasa selesa dengan
pembedahan yang dilakukan namun selepas beberapa tahun, kesan sampingan ini akan
muncul. Kesan sampingan yang berlaku itu akan menyebabkan pesakit berasa tidak
selesa dengan pembedahan yang telah dilakukan dan ada kemungkinan sakit di tempat
pembedahan akan muncul. Misalnya, pembedahan kosmetik yang bertujuan untuk
membesarkan payudara dan memasukkan silikon di dalamnya akan menimbulkan kesan
sampingan kepada individu itu seperti rasa sakit yang amat sangat selepas beberapa tahun
pembedahan itu dilakukan. Keadaan ini seterusnya boleh mengakibatkan kesan yang
lebih teruk lagi sekiranya payudara itu sudah tidak boleh diselamatkan.

Namun begitu, bukan semua peraturan masyarakat yang boleh menerima


perbuatan pembedahan kosmetik ini kecuali atas sebab-sebab yang sememangnya
mengizinkan seperti merawati kecacatan akibat kemalangan kerana untuk menutup aib
dan sebagainya.

3.0 TEORI PERKEMBANGAN LAWRENCE KHOLBERG

Menurut Kohlberg, asas pemikiran moral seseorang terbahagi kepada tiga tahap iaitu
tahap konvensional, prakonvensional dan poskonvensional. Dalam pada itu, tahap-tahap
ini dipecahkan lagi kepada enam peringkat iaitu dua peringkat bagi setiap tahap yang
disebutkan tadi.

3.1 Tahap prakonvensional


Ciri utama tahap ini ialah berdasarkan kepercayaan bahawa apa yang ‘betul’ atau ‘salah’
adalah sesuatu yang semata-mata berkaitan dengan hukuman dan kuasa. Membuat
sesuatu yang betul adalah untuk mengelakkan daripada hukuman, menghormati satu-satu
kuasa, untuk kepentingan diri sendiri dan hubungan saling disukai. Sementara perspektif
sosialnya hanya berpusat kepada dimensi fizikal dan akibat-akibat daripada peraturan dan
perlakuan.

3.1.1 Peringkat 1 (Orientasi dendaan dan kepatuhan)


Peringkat ini berorientasikan hukuman dan kepatuhan. Apa yang dipentingkan ialah
kesan fizikal dan bukannya kesan psikologi ke atas orang lain. Tidak membuat atau
melakukan sesuatu yang menyebabkan seseorang itu dihukum misalnya melukakan orang
lain dan merosakkan harta benda orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat
egosentrik sehinggakan tidak dapat melihat dan menimbangkan perspektif individu lain.
Hal Ini menyebabkan mereka menolak bahawa pandangan dan kepentingan orang lain
adalah berbeza dengannya. Mereka melihat moral sebagai satu set peraturan yang tetap
yang telah sedia ada turun-temurun. Peraturan-peraturan ini tidak dilihat sebagai
perlakuan yang dikehendaki, tetapi dianggap sebagai satu pedoman tentang apakah
bentuk perlakuan yang dikehendaki atau sebaliknya.

Peraturan yang berkaitan dengan ‘baik’ atau ‘buruk’ dianggap tidak mempunyai
hubungan dengan masyarakat yang lebih besar dan pada hakikatnya mereka tidak
mempunyai konsep yang sebenar atau hubungan dengan sebarang kumpulan sosial selain
daripada keluarganya. Tahap kesedaran sosialnya adalah terhad dan melihat orang dewasa
itu sebagai lebih besar, lebih kuat dan boleh mengawal perlakuan kanak-kanak. Mereka
juga mempunyai konsepsi moral yang terhad kerana penilaiannya berdasarkan kepada
ancaman luaran yang tidak memberikan erti sebenarnya tentang keadilan dan saksama.

Walaupun pemikiran moral telah meningkat, tetapi sikap egoismenya masih tetap
wujud. Satu-satu tindakan itu dianggap ‘baik’ jika membawa akibat yang positif kepada
yang melakukannya. Oleh itu, mencuri untuk orang yang dikasihi adalah dibolehkan
mengikut pandangan kanak-kanak di peringkat ini. Sebaliknya, mencuri untuk orang
yang tidak dikenali adalah salah kerana perbuatan itu tidak memerikan kesan yang baik
kepada yang melakukannya. Oleh itu, definisi ‘betul’ untuk kanak-kanak di peringkat ini
adalah didasarkan kepada nilai satu-satu perbuatan, bukan didasarkan atas kesdaran sikap
obligasi dan persefahaman bersama.

3.1.2 Peringkat 2 (Orientasi ganjaran peribadi)


Peringkat ini biasanya disebut ‘hedonisme utalitarian’ iaitu apa yang dikatakan ‘baik’
adalah sesuatu yang diingini, perkhidmatan, kuasa dan lain-lain yang sangat berguna
untuk menyenangkan hati seseorang. Sementara, apa yang dianggap ‘betul’ ialah sesuatu
yang dapat memenuhi keperluan seseorang dan orang lain. Kohlberg memberikan istilah
sebagai ‘marked place morality’. Sementara pemikiran moralnya semakin meningkat,
iaitu kebolehan membuat pertimbangan terhadap segala tindakan yang memenuhi segala
keperluannya.

Kesedaran moralnya juga meningkat, iaitu dari kesedaran yang dipelajari daripada
orang lain kepada kesedaran yang timbul dalam dirinya sendiri. Penilaian ke atas sesuatu
yang ‘betul’ dibuat berdasarkan asas nilai satu-satu tindakan untuk memenuhi kepuasan
kehendak seseorang itu. Perspektif ini sekarang ditentukan oleh faktor dalaman, iaitu
kesedarannya sendiri. Mereka juga mula melihat dan menyedari bahawa orang lain
mempunyai keperluannya sendiri dan organisasi sosial terbentuk atas dasar pertukaran
kepentingan diri di antara satu dengan yang lain.

Walaupun pemikiran moral telah meningkat, tetapi sikap egoismenya tetap wujud.
Satu-satu tindakan itu dianggap baik jika membawa akibat yang positif kepada yang
melakukannya. Oleh itu, mencuri untuk orang yang dikasihi adalah dibolehkan mengikut
pandangan kanak-kanak di peringkat ini. Sebaliknya, mencuri untuk orang yang tidak
dikenali adalah salah kerana perbuatan itu tidak memberikan kesan yang baik kepada
yang melakukannya. Oleh itu, definisi ‘betul’ mengikut kanak-kanak di peringkat ini
adalah didasarkan kepada nilai satu-satu perlakuan dan bukannya didasarkan atas
kesedaran obligasi dan persefahaman bersama.

3.2 Tahap konvensional


Apa yang dianggap betul mestilah selaras dengan perlakuan baik dalam masyarakat yang
lebih besar atau sebahagian daripadanya. Ini melibatkan peraturan sosial, jangkaan dan
peranan. Seseorang itu harus bertindak dengan betul bukan kerana hukuman atau
kepentingan diri, tetapi kerana motivasi dalaman yang diterima dan diharapkan oleh
masyarakat. Seseorang itu sangat prihatin tentang pendapat sosial, ketaatan dan sikap
memberi dan menerima. Sementara perspektif sosialnya lebih mengutamakan pendapat
atau pandangan masyarakat yang dianggotainya. Dengan ini, orientasi egosentriknya pun
mula kurang dan menurun.

3.2.1 Peringkat 3 (Orientasi harmoni antara peribadi)


Peringkat ini biasanya disebut persetujuan interpersonal atau ‘good boy, nice girl
orientation’. Maksudnya, melakukan sesuatu yang betul sebagaimana yang dijangka dan
diterima oleh orang lain. Dengan perkataan lain, berkelakuan selaras dengan peranan
seseorang itu, serta taat dan jujur dalam kumpulannya. Menekankan peri mustahaknya
mempunyai motif yang baik dan mengambil berat tentang orang lain. Mereka juga
menyedari bahawa penyelesaian terbaik terhadap konflik moral ialah dengan melihat
kepada peraturan sosial yang terdapat dalam masyarakatnya. Motivasinya sekarang ialah
untuk mengekalkan perhubungan yang positif di antara ahli-ahli kumpulannya. Di sini,
apa yang dipentingkan ialah niat atau tujuan dan bukan semata-mata tindakan tertentu
yang diambil.

Sesuatu perlakuan yang baik yang dilakukan oleh orang lain dilihat sebagai
contoh untuk individu itu melakukannya. Oleh itu penilaian tentang kebaikan dan moral
di peringkat ini adalah berdasarkan sama ada satu-satu perlakuan itu diterima atau tidak
oleh orang lain. Walaupun tahap pemikiran moralnya telah bertambah, tetapi pada
keseluruhannya kanak-kanak ini masih lagi dipengaruhi oleh sikap egosentrismenya, iaitu
orientasi sikap moralnya masih tertumpu kepada dirinya sendiri dan sikap moralnya
masih juga stereotaip dan bentuk konvensional.

Apa yang dikatakan moral itu masih merupakan sesuatu yang di luar diri
seseorang. Mereka masih mencari pengesahan luar untuk menentukan apa yang dianggap
sebagai baik (bermoral). Pengesahan oleh seseorang atau dirinya sendiri dianggap masih
tidak mencukupi. Sebaliknya, pengesahan itu mesti ditunggu dari sumber-sumber autoriti
yang sah. Misalnya, dalam reaksinya terhadap menipu, kanak-kanak itu akan berasa
bersalah jika perbuatannya menipu itu diketahui oleh bapanya, tetapi kurang rasa bersalah
kalau yang mengetahuinya ialah abang atau kawannya.

3.2.2 Peringkat 4 (Orientasi undang-undang dan peraturan)


Peringkat ini biasanya dijelaskan sebagai peringkat untuk mengekal dan mematuhi
undang-undang. Hak didefinisikan sebagai kesanggupan melakukan sesuatu
tanggungjawab dalam masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang telah sedia ada.
Ini dianggap sebagai satu obligasi yang memerlukan seseorang itu menghormati dan
mengekalkan sebarang peraturan sosial. Misalnya seseorang itu sudah sepatutnya
mengakui dan menghormati hak orang lain yang diperolehinya secara sah.

Pada peringkat ini juga, seseorang itu mula menyedari bahawa kewujudan
peraturan tertentu bagi kumpulan tertentu sahaja adalah tidak mencukupi dan tidak adil.
Apa yang diperlukan ialah, satu peraturan yang menyeluruh untuk masyarakat yang lebih
dan boleh digunakan oleh semua kumpulan dalam masyarakat tersebut. Tanpa satu
peraturan yang standard dan seragam, perlakuan manusia akan menjadi kacau-bilau. Oleh
itu, individu pada peringkat ini mempunyai persepsi tentang pentingnya peranan setiap
individu sebagai sebahagian daripada masyarakat yang besar. Semua ahli masyarakat
mesti patuh kepada peraturan yang telah sipersetujui dan ditetapkan. Dengan mempunyai
tujuan yang baik, kesetiaan dan hubungan personal sahaja tidak dianggap mencukupi
untuk mengekalkan keadilan dan peraturan tersebut. Seterusnya, undang-undang interaksi
yang teratur, kemakmuran dan hak-hak individu. Oleh sebab itu, mereka akan marah
terhadap hakim yang menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah yang telah melakukan
jenayah besar.

Pada peringkat ini juga, sesetengah daripada mereka juga mempunyai pandangan
yang lebih kritikal terhadap undang-undang. Pada mereka, undang-undang adalah ciptaan
manusia yang mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu. Oleh itu, mereka mula
bertanya undang-undang manakah yang patut dijadikan panduan untuk melakukan
perlakuan yang baik? Siapakah yang sepatutnya yang menentukannya? Walaupun mereka
sedar bahawa undang-undang yang baik mesti mempunyai ciri-ciri seperti berdasarkan
prinsip kebaikan bersama, dibuat berdasarkan pendapat majoriti dan berdasarkan prinsip
undang-undang moral.

Undang-undang ini juga dilihat mempunyai prinsip tertentu dan bukannya setakat
satu pernyataan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Undang-
undang sepatutnya dapat menggambarkan perlakuan umum tentang perlakuan manusia.
Walaupun ada kalanya undang-undang itu menidakkan kehendak majoriti. Misalnya
dalam kajian yang dibuat, didapati 70% daripada penduduk dewasa di Amerika
masyarakat bersetuju tentang perlunya satu undang-udang untuk mengawal penggunaan
senjata api. Malangnya, undang-undang ini tidak diluluskan oleh kongres kerana
pengaruh daripada golongan yang melobi, iaitu penjual senjata dan takutkan kalah dalam
pilihan raya. Begitu juga halnya dengan undang-undang yang terang-terang mencabuli
undang-undang dan prinsip moral telah diterima dengan suara majoriti sebagai contohnya
dalam kes undang-undang pengasingan berdasarkan warna kulit.

3.3 Tahap pos konvensional


Apa yang betul mestilah selaras dengan kehendak yang universal iaitu berdasarkan hak
asasi manusia, nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang dipegang oleh masyarakat atau
individu. Sebagai anggota dalam masyarakat, seseorang itu mestilah menghormati hak-
hak orang lain, patuh kepada prinsip-prinsip dalam nilai moral yang dilihat sebagai
sesuatu yang sah. Sesuatu peraturan dan undang-undang itu dianggap penting untuk
masyarakat berfungsi yang seterusnya dapat menjamin keadilan. Seseorang itu tidak
sepatutnya mengikut atau mematuhi satu-satu peraturan secara membuta tuli tetapi
mestilah kerana prinsip dan tujuan bersama. Perspektif sosialnya lebih mementingkan
masyarakat dan tanggungjawab terhadapnya. Individu menyedari hak-hak dan nilai yang
menjadi asas terbentuknya masyarakat yang membawa kepada perhubungan sesama
mereka untuk melindungi hak-hak dan nilai tersebut. Amalan sosial sepatutnya
didasarkan kepada moral dan bukannya berdasarkan moral yang wujud daripada amalan
tersebut.

3.3.1 Peringkat 5 (Orientasi kontrak sosial)


Apa yang dianggap betul pada peringkat ini ialah berkaitan usaha mempertahankan hak-
hak asasi, nilai-nilai dan sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam
masyarakat, walaupun kadangkala terpaksa berkonflik dengan peraturan dan undang-
undang kumpulan yang telah sedia wujud. Seterusnya dilihat dalam masyarakat, terdapat
peraturan yang relatif (undang-undang) dan hak serta nilai yang tidak relatif. Peraturan
yang relatif dalam satu-satu kumpulan atau kelompok patut dipatuhi dan dipertahankan
kerana ia adalah sebagai satu kontrak sosial invividu terhadap kumpulannya. Walau
bagaimanapun, pada masa yang sama hak dan nilai yang tidak relatif (mutlak) seperti hak
untuk hidup dan kebebasan mesti juga dipatuhi tanpa menghiraukan pendapat umum atau
kehendak majoriti. Seterusnya mereka memberikan nilai yang tinggi terhadap sikap
hormat-menghormati dan kepercayaan bersama kerana kedua-duanya inilah yang dapat
melindungi hak-hak individu dan orang lain.

Orientasi individu pada peringkat ini ialah ke arah memaksimumkan kebajikan


terhadap masyarakat, menghormati kehendak golongan majoriti dan melindungi hak
golongan minoriti. Ini dianggap sebagai satu obligasi yang bertujuan supaya orang lain
juga akan berbuat sedemikian rupa. Jelaslah sekarang bahawa cara pemikiran mereka
telah berubah, daripada yang secara konvensional kepada yang berbentuk prinsip.
Sesuatu yang dianggap ’betul’ bukan sahaja ia diterima umum (konvensional), tetapi juga
dianggap sebagai sesuatu yang secara automatis sebagai keistimewaan yang sepatutnya
diperolehi oleh semua manusia. Sementara itu, keadilan terletak pada pertimbangan
individu yang sama dan adil tanpa mengira bangsa, agama, asal usul dan status sosialnya.
Ujian terhadap darjah keadilan dan tamadun sesuatu masyarakat dapat dilihat melalui
sejauh mana masyarakat itu memberi layanan dan perhatian kepada golongan
minoritinya.

3.3.2 Peringkat 6 (Orientasi prinsip etika sejagat)


Ini adalah peringkat tertinggi dalam pemikiran moral seseorang kerana ia melibatkan soal
falsafah tentang moral itu sendiri. Apa yang dianggap betul ditentukan berdasarkan satu
prinsip pilihan sendiri yang sesuai untuk semua manusia sejagat tanpa mengira masa dan
keadaan. Undang-undang (peraturan konvensional) yang berdasarkan prinsip-prinsip
tertentu patut dipatuhi. Walau bagaimanapun, prinsip yang diterima pada peringkat ini
bukan semata-mata berdasarkan penerimaan sosial sahaja tetapi adalah prinsip-prinsip
yang perlu ada pada masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan hak dan
menghormati maruah individu. Oleh itu adalah menjadi kesalahan besar menggunakan
manusia lain untuk mencapai matlamat yang tidak adil. Sebaliknya, setiap manusia mesti
dihormati dalam segala aspek.

Satu lagi ciri utama pemikiran moral pada peringkat ini ialah penolakan terhadap
sebarang undang-undang yang tidak adil dan percaya bahawa undang-undang seperti ini
tidak sepatutnya dipatuhi atau diikuti. Pandangan terhadap individu ditekankan kepada
soal menghormati kehidupan dan personaliti individu. Apa yang dianggap baik daripada
segi moral bukanlah setakat persepsi tentang autoriti sosial iaitu kebaikan yang terbaik
untuk jumlah manusia yang paling ramai. Tetapi sebagai satu permintaan secara logik
terhadap prinsip moral yang komprehensif dan konsisten. Ringksnya, apa yang
diutamakan ialah menuntut keadilan dengan menghormati kualiti-kualiti yang unik dan
hak-hak individu.

4.0 TEORI PERKEMBANGAN ROBERT SELMAN

Berdasarkan teori Selman, apabila kanak-kanak sudah berumur mereka


berkecenderungan terhadap kenyataan psikologi dan sentiasa berlawanan dalam
memberikan gambaran. Perkembangan terbesar ini didapati berlaku sekitar usia 8 tahun.

Selman telah mencadangkan peralihan berlaku daripada egosentrik di bawah


orientasi pembaikan kemahiran perhubungan di samping pembangunan moral standard
dan tegas. Melalui model perspective taking ini, proses perkembangan didapati melalui 5
peringkat. Perubahan kanak-kanak dari satu peringkat ke satu peringkat lain
menyebabkan mereka dapat membezakan pandangan sendiri dan orang lain. Selain itu,
mereka juga dapat memahami pandangan dan hubungan antara diri sendiri dan orang
lain.

Dalam teori Selman, terdapat 5 peringkat perkembangan manusia iaitu tahap 1


(umur 3 hingga 5 tahun), tahap 2 (umur 6 hingga 8 tahun), tahap 3 (umur 8 hingga 10),
tahap 4 (umur 10 hingga 12 tahun) dan tahap 5 (umur 12 hingga 15 tahun).

4.1 TAHAP-TAHAP DALAM TEORI PERKEMBANGAN ROBERT SELMAN


a) Tahap 1 (Umur 3 hingga 6 tahun )
Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak dilihat dipengaruhi oleh sifat egosentrik dan
sentiasa membezakan diri daripada perasaan yang boleh dilihat. Pada tahap ini juga,
kanak-kanak sentiasa bersikap mementingkan dirinya sendiri dan menganggap segala
keutamaan yang ada dalam hidupnya semata-mata untuk dirinya sendiri.

b) Tahap 2 ( Umur 6 hingga 8 tahun )


Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mulai ada pengetahuan sosial ( social information ).
Mereka juga mempunyai pandangan sosial yang berdasarkan alasan yang boleh
dibezakan daripada satu tujuan diri mengikut satu pandangan. Mereka dilihat tidak
sanggup untuk menerima pandangan orang yang lebih dewasa.

c) Tahap 3 ( Umur 8 hingga 10 tahun )


Tahap ini dikenali juga sebagai tindak balas diri ( self reflective ). Pada tahap ini, kanak-
kanak akan meletakkan diri di tempat orang lain untuk menilai niat, tujuan, dan diri
kedua-dua individu. Kanak-kanak akan membayangkan bagaimana jika orang lain berada
pada situasi yang sedang dialaminya, dan menilai sama ada mereka akan mengambil satu
tindakan atau keputusan yang serupa dengannya.

d) Tahap 4 ( Umur 10 hingga 12 tahun )


Selman mengklasifikasikan tahap ini sebagai tahap pandangan bersalingan atau mutual
perspective. Pada tahap ini, pandangan diri orang ketiga dan pandangan orang lain adalah
berlaku secara serentak dan bersalingan. Pandangan orang ketiga ini termasuklah
pandangan masyarakat , pihak autoriti dan undang-undang di negara tersebut.

e) Tahap 5 ( Umur 12 hingga 15 tahun )


Tahap ini dikenali sebagai tahap sistem sosial dan konvensional. Pada tahap ini, menurut
Selman, pandangan berkaitan yang diambil tidak boleh menghuraikan keseluruhan kisah
atau kehidupan sosial. Pada peringkat ini juga individu boleh memahami pemikiran dan
tingkah laku daripada pemikiran yang lebih abstrak, yang membolehkan secara umum
dan perspektif sosial.

5.0 TEORI PERKEMBANGAN LAWRENCE KOLHBERG DALAM ISU


PEMBEDAHAN PLASTIK

5.1 TAHAP 1 PRA- KONVENSIONAL


a) Orientasi Dendaan Dan Kepatuhan
Pada tahap ini, seseorang akan melakukan segala perbuatan yang disuruh kerana takut,
jika tidak mengikut segala arahan yang diberikan mereka takut akan didenda atau
dihukum. Pada peringkat yang pertama ini, dalam kes michael jackson dia melakukan
pembedahan kerana ingin kemasyuharan dan tidak mahu kehilangan peminat-
peminatnya. Selain itu, masyarakat setempat di barat beranggapan pembedahan plastik
adalah sesuatu perkara yang biasa dan tidak melanggar undang-undang. Oleh itu, proses
pembedahan dapat dilakukan tanpa sekatan dan ancaman daripada masyarakat dan pihak
kerajaan. Oleh itu, michale jackson berpendapat, dia mengikut undang-undang dan tidak
melanggarnya sepatutnya dianggap baik dan tidak sewajarnya dikenakan denda.

Ini bertentangan pula bagi mereka yang menggangap pembedahan plastik adalah
satu tindakan yang tidak patut dilakukan. Mereka menganggap tindakan ini akan
merugikan diri michale jackson ekoran kesakitan pada wajah yang dialaminya. Golongan
ini kebanyakkanya tidak menyetujui pembedahan plastik dilakukan contohnya di
Malaysia.

b) Tahap Ganjaran Peribadi (Orientasi Instrumental Relativis)


pada tahap ini, seseorang melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepuasan diri. Begitu
juga dengan tindakan michale jackson melakukan pembedahan untuk mendapat kepuasan
diri. Kepuasan diri yang dimaksudkan disini dia mendapat bentuk badan dan paras rupa
yang diinginkannya selama ini. Kulitnya juga bertukar daripada hitam kepada cerah.
Kepuasa juga dilihat daripada pandangan masyarakat. Masyarakat akan memuji dirinya
kacak dan tidak selekeh sepertidahulu dengan rambut gaya ala-ala kumpulan adik beradik
terkenal di Malaysia iaitu alleycats. Michale jackson juga mendapat kepuasa daripada
aspek bilangan persembahan dan pembikinan album yang diterimanya sehinggan
membolehkannya bergelar jutawan dalam masa yang singkat. Menurut Kolhberg, hal ini
adalah baik kerana tindakan michale jackson ini adalah untuk mendapatkan apa yang dia
inginkan.

Ada juga yang berpendapat bahawa michale jackson tidak sepatutnya melakukan
pembedahan plastik itu kerana dengan melakukan pembedahan plastik dia akan
disisihkan daripada kaumnya kerana telah mengubah identiti dirinya. Di sini, tiada
kepuasan yang diperolehinya hasil daripada pembedahan yang dilakukan.

5.2 TAHAP 2 : KONVENSIONAL


c) Harmoni Antara Peribadi (Goodbye-Nice Girl)
Pada tahap ini, ianya lebih mementingkan pandangan orang lain. Jika orang lain
menyatakan pembedahan plastik itu adalah sesuatu perbuatan yang mulia, maka ianya
dianggap baik. Michale jackson melakukan pembedahan kerana perbuatanya selaras
dengan pandangan peminatnya yang menyokong dan menyanjung dirinya serta menyukai
perubahan yang dilakukan ke atas dirinya dan mendapat sanjungan. Oleh demikian,
peminat-peminatnya yang menyukai perubahan yang dilakukan, perbuatan pembedahan
plastik pada tahap dan peringkat ini dianggap baik.
Namun begitu, jika sebaliknya berlaku dimana masyarakat dan orang setempat
menganggap tindakan melakukan pembedahan plastik adalah salah dan mendapat kritik
ianya akan dianggap tidak baik. Dalam kes ini, michale jackson sepatutnya tidak patut
melakukan pembedahan plastik kerana dia akan dicemuh oleh sesetengah pihak yang
menganggapnya melanggar hukum alam dan hukum tuhan.

d) Orientasi Undang-Undang Dan Peraturan


Tahap ini pula menyatakan tiada ciptan undang-undang yang melarang sesuatu perbuatan
ianya akan dianggap baik mengikut teori perkembangan kolhberg. Seperti di barat,
pembedahan plastik di salah disisi undang-undang dan malah membenarkannya. Kes
michale jackson yang merupakan penyanyi terkenal eropah barat dan kawasan berdekatan
dengannya menganggap pembedahan plastik adalah satu perkara biasa. Jika pembedahan
plastik dibenarkan oleh masyarakat, maka kolhberg menyatakan ianya baik dan tidak
salah disisi undang-undang.

Sebaliknya jika peraturan masyarakat melarang perbuatan pembedahan plastik


seperti di Malaysia dan dianggap tidak baik, dan michale jackson atau orang yang
melakukan pembedahan plastik dalam situasi ini, mereka harus meninggalkan perbuatan
tersebut. Dalam keadaan ini kolhberg menyatakan ianya adalah tidak baik mengikut tahap
dan peringkat ini.

5.3 TAHAP 3: POS – KONVENSIONAL


e) Orientasi Kontrak Sosial
pada tahap ini pula pemikiran moral mereka adalah berkaitan dengan usaha-usaha untuk
mempertahankan hak mereka, nilai-nilai serta kontrak sosial yang telah dipersetujui
bersama dalam masyarakat. Misalnya mereka merasakan undang-undang yang digubal
boleh mendapat persetujuan orang ramai dan dapat memberi kebaikan. Mereka
memperjuangkan hak untuk mendapatkan persetujuan untuk melakukan pembedahan
plastik terutamanya negara-neraga yang melarang perbuatan tersebut. Dalam kes ini,
Michale Jakson melakukan perbuatannya itu menepati haknya sebagai individu yang
bebas melakukan apa sahaja terhadap dirinya. jika perbuatan Michale Jackson ini
mendapat persetujuan orang ramai, maka ianya dianggap baik. Mereka juga percaya
bahawa undang-undang adalah fleksibel dan boleh diubah sekiranya bertentangan dengan
norma-norma masyarakat.

Tetapi ada sesetengah masyarakat berpendapat perbuatan Michale Jackson ini


tidak sepatutnya dilakukan ini kerana pihak autoriti yang mempunyai kontrak sosial
dengannya berbuat demikian adalah untuk mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya
melakukan pmbedahan plastic sama sepertinya. Golongan melarang pembedahan plastik
kerana perbuatan ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak, maka ianya dianggap
tidak baik.

f) Prinsip Etika Sejagat


Pada peringkat ini apa yang mereka anggap betul adalah ditentukan oleh prinsip pilihan
mereka sendiri yang sesuai untuk masyarakat. Ini bermakna jika pilihan mereka adalah
untuk menjadi melakukan pmbedahan plastik, maka itu adalah pilihan hidup mereka jika
ianya dapat memberi kepuasan kepada mereka. Peringkat ini adalah peringkat pilihan
terakhir untuk mereka buat pilihan. Keadaan ini sapa seperti kes Michale Jackson yang
mlakukan pembedahan plastik adalah sesuai untuk masyarakt mengikut prinsip etika
sejagat. Masyarakat umum dapat menerimanya contohnya di negara-negara Eropah yang
menyetujui pembedahn plastik.

Sebaliknya, secara umumnya manusia sepatutnya bersyukur dengan kurniaan


yang diberikan kepadanya. Oleh itu, ada masyarakat berpendapat Michale Jackson
sepatutnya bersyukur dengan pemberian tuhan kepadanya iaitu tidak cacat anggota badan
dan sebagainya. Dan bersyukur dengan kelebihan yang ada pada dirinya.
6.0 TEORI PERKEMBANGAN ROBERT SELMAN DALAM ISU
PEMBEDAHAN PLASTIK

6.1 Egosentrik
Golongan yang melakukan pembedahan plastik ini masih ragu-ragu dengan diri mereka
sendiri sama ada pembedahan yang dilakukan mampu menarik perhatian orang ramai
atau tidak. Sifat egosentrik disini dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu
untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Dalam kes seperti ini Michael Jackson
melakukan pembedahan plastik kerana ingin mendapatkan kepentingan dan kepuasan
yang maksimum adalah lebih utama.

Tetapi ada juga mereka yang menidakkan perbuatan Michale Jakson tidak
sepatutnya melakukan pembedahan plastik kerana ianya akan memudaratkan dirinya
sendiri dan implikasi daripada pembedahan di seluruh anggota badannya termasuk di
wajahnya itu.

6.2 Pengetahuan Sosial


Pada tahap ini mereka sedar bahawa pendapat mereka dan pendapat orang lain adalah
berbeza. Tetapi mereka masih tidak mampu untuk memikirkan pandangan orang lain
sama ada pandanagn itu baik atau buruk. Misalnya pandangan orang lain mengatakan
bahawa tindakan melakukan pembedahan plastik adalah tidak baik kerana ianya salah
mengikut hokum alami, tetapi bagi mereka perbuatan itu adalah baik. Bagi mereka
pembedahan plastik adalah tidak salah.

Dalam situasi ini Michale Jackson membuat pembedahan plastik jika orang lain
merasakan tindakannya itu adalah betul dan wajar dilakukan. Tetapi pada masa yang
sama, mereka yang merasakan tindakan itu salah menyatakan Michale Jackson tak patut
melakukan pembedahan plastik jika orang lain menyatakan perbuatan itu sesuatu yang
tidak baik dan rupa yang sedia ada itu sudah memadai
6.3 Tindak Balas Diri
Tindak balas diri ini adalah perkara yang menjadi perbualan dalam hati seseorang yang
menginginkan perubahan tetapi pada masa yang sama bertanya pada diri sendiri sama ada
benda yang dibuat itu betul atau tidak. Ini mengambil pelbagi aspek termasuk pandangan
orang ramai terhadap perbubahan yang akan dilakukannya dan kesannya.selain itu,
manusia mempunyai keinginan yang sama iaitu mahu kelihatan cantik pada pandangan
orang.

Begitu juga dengan Michale Jackson yang melakukan pembedahan plastik kerana
beliau merasakan setiap orang yang berada ditempatnya akan melakukan perkara yang
sama. Bagi pihak yang bercanggahan pendapat pula, mereka menyatakan Michale
Jackson merasakan setiap orang lain yang berada ditempatnya tidak akan melakukan
perkara yang sama dengannya. Ini mengikut konsep tindak balas diri mengikut teori
Selman.

6.4 Pandangan Bersalingan (Mutual Perspective)

 Patut – kerana Mj merasakan peraturan masyarakat ditempatnya menganggap


pembedahan plastik itu tidak salah dan boleh dilakukan tanpa kengkangan
undang-undang.
 Tak patut – kerana MJ merasakan ada masyarakat di tempatnya tidak bersetuju
dan dia mungkin akan dipulaukan oleh orang kulit hitam.

6.5 Sistem Sosial Dan Konvensional

 Patut – tindakannya akan menimbulkan rasa ambil tahu atau prihatin orang
terhadapnya dan membolehkannya menjadi leader atau ikutan.
 Tak patut – tindakannya akan menyebabkan dia dikatakan sebagai tidak
mensyukuri nikmat yang ada pada wajah asalnya.

You might also like