You are on page 1of 8

ISL 1

PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Wau

Pengenalan Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan

menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

Congkak

Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkak

a) Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke

arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Sumber : http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak_22.html 1/7/2012

Sepak Bulu Ayam

Permainan sepak bulu ayam terkenal sejak dahulu kala. Dapat dibanggakan, permainan ini sampai kini masih menjadi pilihan untuk beriadah dan mengisi waktu lapang. Biasanya kanak-kanak lelakilah yang suka benar dengan permainan ini. Lebih menarik kerana permainan ini sesuai dimainkan bila-bila masa sahaja. Biasanya waktu petanglah yang sesuai untuk bermain. Dari segi pemilihan tempat pula, seelok-eloknya biarlah kawasan lapang agar pergerakan pemain tidak terbatas.

Berkenaan bulu ayam yang digunakan, bentuknya sekali imbas hampir menyerupai bulu tangkis yang ada sekarang ini. Penyediaannya tidak terlalu rumit atau memakan masa yang panjang. Tidak juga membebankan dari segi modal. Malah boleh dikatakan sesiapa juga yang ingin bermain mampu membuatnya sendiri. Ada yang perlu ada 3, 4 atau 5 helai bulu ayam yang keras dan sederhana besarnya diikat pada sekeping getah tebal. Boleh juga gunakan getah tiub tayar. Getah itu terlebih dahulu dipotong bulat dengan ukuran garis pusatnya kira-kira 4 cm. Getah itu digamkan berlapis-lapis supaya tebal. Kemudian sebatang paku pendek di cucuk di tengah-tengahnya. Paku itu berfungsi sebagai pemberat dan sebagai tempat untuk mengikat pangkal bulu-bulu ayam. Maka siaplah bulu ayam untuk dimainkan.

Ia lebih seronok dimainkan beramai-ramai atau berpasukan. Kalau dah tak ada, berdua pun jadilah. Dahulu, waktu petang di kampung-kampung, permainan inilah menjadi pilihan. Pemain tidak boleh marah, maka senda gurau tidak ketinggalan dan membuatkan gelanggang riuh rendah. Sekarang, walaupun tidak sekerap dahulu, kita masih dapat menyaksikan permainan warisan ini. Masih ada kanak-kanak yang menghidupkan permainan ini. Di sekolah, pada waktu rehat umpamanya, kedapatan murid-murid yang menunjukkan kemahiran menimbang bulu ayam ini.

Permainan ini lebih menekankan kemahiran menimbang bulu ayam dengan kaki. Memandangkan permainan ini merupakan perlumbaan mengutip mata, pemain akan menimbang bulu ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah. Semakin tinggi jumlah timbangan, semakin terserlahlah kemahiran si pemain. Jadi, si

pemain mesti pantas pergerakkan kakinya. Barangkali atas faktor inilah maka kaum perempuan tidak menggemari permainan ini.

Dari segi peraturan, pemain yang berjaya membuat timbangan yang banyaklah akan menjadi juara. Bulu ayam perlu di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki. Dalam keadaan tertentu, pemain dibenarkan menyambut bulu ayam dengan kepala, dada atau lutut. Asalkan bukan dengan tangan kerana jika terkena tangan, pemain dikita "mati". Bagaimanapun timbangan yang dibuat selain daripada kaki tidak dikira. Sebelum permainan dimulakan, hak memulakan permainan mesti ditentukan.

Satu pencapaian yang dikira memuaskan jika kiraan mencecah tiga angka. Lagi tinggi kiraan, lagi bersemangatlah bermain. Kiraan pula diiringi gemuruh dengan sorakan penonton. Pemain kian kental semangatnya. Moga-moga, bulu ayam dapat ditimbang terus dengan elok, tidak terburai dan tidak ditiup angin kencang. Mogamoga si pemain tidak tersepak akar atau batu dan bulu ayam jatuh ke tanah.

Rebut Tiang

Ada waktunya permainan di halaman rumah tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat. Jadi sementara menunggu hujan reda, kanak-kanak desa suka berkumpul di sawah rumah (kolong rumah) daripada membuang masa tidak berbuat sesuatu, mereka akan menjalankan permainan yang sesuai bagi menghilangkan jemu atau memanaskan badan. Istimewanya rumah tradisional Melayu Kedah ialah tiangnya yang tinggi. Ini membolehkan tiang dijadikan medan permainan. Malah, dalam permainan "rebut tiang", tiang-tiang rumah itulah yang menjadi alat utama.

Permainan ini boleh dilangsungkan dengan jumlah pemain yang sedikit atau ramai. Kesemua pemain mesti berkumpul di tengah-tengah permainan iaitu pada kedudukan sama jauh dengan semua tiang. Masing-masing mencakung dalam satu bulatan dengan kedudukan menghadap ke dalam bulatan. Apabila dikira 1, 2, 3 dengan cara berjalan itik, masing-masing berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan. Siapa lambat dia tidak dapat tiang untuk dibuat "rumah". Maka bermulalah kemelut merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini.

Pertukaran tiang yang pelbagai hala ini tentu sahaja membingungkan pemain yang tidak bertiang itu. Dia tentu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tiang yang tidak bertuan dalam keadaan seperti itu.

Pergerakkan pertukaran "rumah" mesti cepat dan lancar. Persetujuan bertukar tiang perlu dibuat secara senyap dan bahasa isyarat supaya tidak disedari oleh perebut tiang. Sekiranya pertukaran tiang dibuat dengan tiang yang agak jauh (supaya lebih hebat) pemain mestilah lebih pantas. Namun risiko ini jarang diambil oleh pemain kerana masing-masing tahu pahitnya menjadi perebut tiang. Malang tak berbau. Ada pemain yang tergesa-gesa dan terlanggar antara satu sama lain lalu terjatuh, tertiarap, terlentang dan sebagainya. Kecemasan seperti ini adalah peluang keemasan bagi si perebut tiang kerana ada 1 atau 2 tiang yang kosong untuk diambilnya.

Dalam permainan rebut tiang, pemain, gelaran juara pastinya mencerminkan kehebatan pemain. Juara ialah pemain yang tidak pernah kehilangan "rumah" iaitu

tidak pernah menjadi perebut tiang. Pemain ini tentu tangkas pergerakkannya untuk berlari merebut tiang dan tajam penglihatannya untuk mengintai peluang yang sesuai.

Sesungguhnya permainan merebut tiang ini hanya berdasarkan ketangkasan dan tiada sebarang mata dipungut. Tiada juga denda kecuali kebosanan berlari ke sana ke mari untuk merebut tiang. Permainan hanya berakhir apabila masing-masing sudah keletihan.

Sumber : http://www.memorikedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=7&total Rows_Recordset1=10&p=2&idstopic=29&idskandungan=101&mtopic=3 1/7/2012

You might also like