You are on page 1of 25

1.

Pendahuluan

Secara umumnya, geometri merupakan salah satu cabang dari Matematika. Padahalnya, geometri berasal dari bahasa Yunani iaitu geo yang ertinya bumi dan metro yang ertinya mengukur. Geometri adalah cabang Matematik yang pertamanya diperkenalkan oleh Thales (624-547 SM) yang berkenaan dengan hubungan ruang.

Berikut merupakan pandangan daripada beberapa orang tokoh tentang geometri : 1. Plato : Geometri adalah alat atau kaedah yang terperinci untuk menjelaskan keadaan dua bahagian alam. 2. Aristotle : Geometri bukan sahaja penaakulan logik atau deduktif tetapi ia juga berhubungan , disusun dalam tatatingkat dan ditakrifkan dengan sempurna pada titik permulaan. 3. Kepler : Setiap kali mengkaji geometri merupakan detik berhubung dengan pemikiran Tuhan seperti mengetahui model geometri tentang pergerakan planet-planet. 4. Galileo : Geometri menerangkan dengan sempurna atau

mengkategorikan alam sejagat, bagaimana alam bertindak atau menjelma. 5. Descartes : Geometri sebagai sesuatu yang agung, sempurna dan pengalaman yang empiris.

Dari beberapa definisi Geometri di atas dapat disimpulkan bahwa Geometri adalah salah satu cabang Matematik yang mempelajari tentang bentuk, ruang, komposisi berserta sifat-sifatnya, ukuran-ukurannya dan hubungan antara yang satu dengan yang lain.

2.0

Kejadian Alam Semulajadi Dan Reka Ciptaan Manusia

2.1

Kejadian Alam Semulajadi

Sekiranya diperhatikan, akan didapati bahawa banyak kejadian alam semulajadi adalah dalam bentuk geometri. Boleh dikatakan ilmu geometri yang paling awal dan asas adalah berasal daripada bentuk-bentuk kejadian alam semulajadi.

Rajah 1.1 Gunung Fuji, Jepun

Seperti dalam rajah 1.1, Gunung Fuji di Jepun adalah berbentuk segi tiga. Gunung-ganang terbentuk daripada pergerakan bumi pertembungan dua plat. Apabila hujung kedua-dua plat bertembung, ia akan naik daripada permukaan bumi dan menjadi puncak gunung. Lantaran itu, gunung biasanya berbentuk segi tiga.

Rajah 1.2 Bulan Penuh dan Bulan Setengah

Bulan yang dapat dilihat setiap malam juga mempunyai bentuknya yang tersendiri. Bulan penuh adalah bentuk bulat, manakala bulan setengah adalah berbentuk semi-bulatan. Proses perubahan ini adalah disebabkan oleh putaran bumi dan bulan telah mempengaruhi pancaran cahaya matahari atas bulan.

Rajah 1.3 Salji

Gambar di atas telah menunjukkan bentuk salji di bawah mikroskop. Ia berbentuk heksagon. Salji terbentuk daripada pemeluwapan air di atmosfera.

Rajah 1.4

Bunga di atas yang dapat dilihat setiap hari biasanya terbentuk daripada bentuk bulat atau bujur.

Rajah 1.5 Kura-kura

Gambar 1.5 telah menunjukkan seekor kura-kura yang kerangnya berbentuk bujur. Bentuk ini akan memudahkan kura-kura dapat bergerak dengan lebih cepat dalam air.

Rajah 1.6 Burung Hantu

Rajah 1.6 adalah seekor burung hantu. Kepalanya berbentuk bulat, manakala badannya berbentuk bujur. Burung ini adalah nocturnal, iaitu rehat pada waktu siang dan menjalankan aktivitinya pada waktu malam.

2.2

Reka Ciptaan Manusia

Ekoran perkembangan tamadun manusia, reka cipta manusia juga berkembang. Yang paling awal direkacipta adalah benda-benda ataupun keperluan yang asas dalam kehidupan harian, seperti jambatan dan rumah. Apabila tamadun manusia mencapai kegemilangannya, lebih banyak reka cipta telah muncul untuk memenuhi kehendak manusia. Contohnya jalan, colloseum, dan sebagainya. Reka cipta yang dibina adalah berasaskan konsep dan struktur yang diingini. Jadi, ilmu geometri turut wujud untuk mengkaji penggunaan geometri dalam reka cipta.

Salah satu reka bentuk asas yang diaplikasikan ilmu geometri adalah jambatan. Ini adalah untuk kemudahan manusia pada masa awal. Terdapat pelbagai jenis struktur jambatan yang biasa dapat dilihat, seperti jambatan alang (beam bridge), jambatan kerangka (truss bridge), dan jambatan gerbang tertekan (compression arch bridge).

Rajah 1.5 Lake Pontchartrain Causeway, Amerika Syarikat

Rajah 1.5 telah menunjukkan jambatan alang yang terpanjang di dunia. Jambatan alang boleh dikatakan sebagai keturunan langsung jambatan batang kayu. Jambatan alang biasanya diperbuat daripada alang keluli "I" yang berbentuk segi empat sama ataupun bentuk cylinder. Ia kurang digunakan sekarang kecuali untuk jarak yang dekat.

Rajah 1.6 Pont de Quebec, Perancis

Merujuk kepada rajah di atas, Pont de Quebec merupakan jambatan kerangka yang paling panjang di dunia. Jika alang-alang itu disusun dalam bentuk kekisi, contohnya bentuk segitiga, supaya setiap alang hanya menampung sebahagian berat struktur itu, maka ia dinamakan jambatan kerangka. Jambatan ini selalunya dibina dengan menggunakan dua kerangka yang dihubungkan dengan elemen-elemen pepenjuru yang mendatar untuk membentuk sebuah struktur berbentuk kotak. Kerangka boleh menahan beban yang lebih berat untuk jarak yang lebih jauh.
6

Rajah 1.7 Solkan Bridge di Slovenia

Jambatan di atas berbentuk semi-circle, semacam pintu gerbang, maka ia boleh menerima tekanan yang tinggi tetapi tidak boleh menahan tegangan yang kuat.

Rajah 1.8 Birds Nest Stadium, Beijing, China Selain daripada jambatan, bangunan stadium Birds Nest juga banyak memperlihatkan unsur geometri dalam bentuk strukturnya. Stadium adalah hasil perkembangan daripada colloseum pada zaman Rom. Untuk

menampung jumlah orang yang optimum dalamnya, stadium telah dibina dalam bentuk bujur ataupun bulat. Ini adalah kerana pepenjuru bangunan yang berbentuk segi empat pada sudut 90 darjah biasanya tidak dapat digunakan sebagai ruang, tetapi kalau bulat atau bujur yang tidak mengandungi pepenjuru, ruang yang boleh digunakan akan bertambah.

Rajah 1.9 Igloo

Pembinaan di atas dikenali sebagai igloo. Ia merupakan tempat tinggal orang Eskimo pada musim sejuk. Bentuk strukturnya adalah semi circle, untuk tujuan menahan tekanan tinggi dan mengelakkan berlakunya timbunan salji di atas rumah. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa bentuk igloo ini dapat membantu mengumpul udara panas dalamnya, di samping

mengurangkan udara yang sejuk masuk ke dalam.

Rajah 1.10 Piramid Ghiza

Piramid Ghiza merupakan tinggalan sejarah yang membuktikan kegemilangan zaman Mesir Purba. Ia berbentuk segi tiga tepat di bahagian atas, dan tapak piramid adalah berbentuk segi empat sama. Strukturnya dibina sebegitu untuk mengelakkan hakisan bangunan yang disebabkan oleh ribut pasir yang sering berlaku dalam gurun.
8

Rajah 1.11 Piramid Mayan

Sebenarnya,

piramid

juga

terdapat

dalam

tamadun

purba

Mesopotamia, juga dikenali sebagai Tamadun Mayan. Piramid Mayan adanya perbezaan dengan piramid Mesir Purba. Walaupun bentuk tapak dan badannya adalah sama seperti piramid Mesir Purba, tetapi puncak pembinaannya adalah berbentuk segi empat sama, untuk tujuan menjalankan upacara keagamaan di puncak tersebut. Jadi, jika dilihat keseluruhannya, piramid Mayan adalah berbentuk trapezium.

Rajah 1.12 Kerusi berbentuk kone

Kerusi yang digambarkan di atas adalah berbentuk cone di tempat duduknya. Reka bentuk ini adalah untuk melindungi serta mengurangkan tekanan tulang belakang manusia yang duduk di atas, di samping untuk keselesaan dan tujuan estetik.

Rajah 1.13 Roda

Roda juga merupakan ciptaan manusia masa silam yang membantu menerokai era teknologi baru pada masa itu. Pada mulanya, roda yang digunakan untuk pengangkutan adalah berbentuk segi empat. Namun begitu, roda sebegitu memang tidak baik digunakan. Jadi, manusia mencipta roda yang berbentuk bulat. Dengan ciptaan roda ini, inovasi dan teknologi manusia telah berjaya berkembang.

10

3.0

Konsep Ciptaan The Night of Halloween Reka cipta gambar kami adalah bertema Halloween.

Labu dalam lukisan kami adalah berbentuk bulat. Dengan bentuk bulat itu, kami telah membuat teselasi untuk labu ini Labu ini merupakan simbol bagi perayaan Halloween. Selain dari labu, bulan dalam lukisan kami juga berbentuk bulat. Disertakan bulan dalam lukisan adalah kerana Halloween biasanya disambut dan diraikan pada waktu malam.

Seterusnya, kami juga telah mewujudkan istana atau dikenali sebagai castle dalam rekaan gambar kami. Bagi istana dalam lukisan kami, kami telah memilih segi tiga sebagai bumbung manakan segi empat tepat sebagai badan bangunan dengan mewujudkan teselasi pada badan istana tersebut dengan segi empat tepat. Kewujudan istana adalah kerana bangunan ini merupakan simbol bagi negara-negara barat, yang tradisionalnya negara-negara barat mempunyai istana yang rekaan seperti ini.

Secara umumnya, pokok berbentuk segi tiga sebagai daunnya di mana segi empat tepat dalah sebagai pohonnya. Rekaan seperti ini adalah seperti dengan pokok tirus yang selalunya kita nampak dari negara-negara barat dan dapat menarik perhatian kanak-kanak yang dari negara timur.

Keranda dalam gambar kami pula berbentuk heksagon. Kewujudan keranda ini adalah bertujuan meningkatkan suasana Halloween yang mempunyai tengkorak atau hantu yang bersuasana suram. Burung hantu diwujudkan dalam gambar ini juga bertujuan sedemikian. Burung hantu dalam gambar ini direka dengan mata dan kepalanya berbentuk bulat, badan yang berbentuk bujur, mulut dan kakinya pula berbentuk segi tiga.

Meja yang berbentuk segi empat sama dalam gambar yang diwujudkan bertujuan untuk meletak gula-gula yang berbentuk bulat di bahagian tengah dan segi tiga di kedua-dua belahnya. Gula-gula tersebut

11

adalah untuk menarik perhatian kanak-kanak yang selalunya cenderung kepada gula-gula.

Flying broomstick di langit gambar ini adalah untuk mewujudkan suasana magik dan menimbulkan imaginasi dalam kalangan kanak-kanak. Broomstick ini adalah berbentuk segi empat tepat. Selain daripada itu, buihbuih yang berwarna-warni dalam bentuk bulatan juga berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Dari segi psikologi, kanak-kanak suka kepada objekobjek atau benda yang berwarna-warni.

Angry bird yang merupakan permainan komputer yang sangat digemari oleh kanak-kanak seketika dahulu juga telah diterapkan unsur ini dalam gambar kami. Seperti juga dengan buih-buih dan gula-gula, matlamat utama diterapkan unsur grafik ini ke dalam gambar ini adalah untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Graveyard dan tombstone yang berbentuk heksagon juga dilukis sebagai tapak lantai dalam gambar ini. Batu-bata ini telah diteselasikan kerana bentuk mereka yang senang dilukis dan diteselkan.

12

4.0

Konsep Ciptaan Brosur

Rekaan brosur ini adalah idea gabungan ahli kumpulan kami.

Pertama sekali, muka hadapan direka dengan tajuk karnival yang akan diadakan. Sebaik sahaja orang ramai membaca muka hadapan brosur kami, mereka akan terus sedar dengan tema aktiviti yang akan kami adakan. Selain itu, penggunaan gambar trick-or-treat dengan Winnie The Pooh dapat menarik perhatian kanak-kanak tentang aktiviti ini. Mereka mungkin akan tertarik dengan gambar tersebut dan meminta ibu bapa mereka untuk membawa mereka menghadir ke Karnival Halloween yang akan kita adakan. Yang penting sekali, dalam muka surat yang sama, kami telah sertakan tarikh, tempat dan masa karnival ini dijalankan.

Dalam muka surat dalaman, kami telah memaparkan gambar atau teselasi yang kumpulan kami menggunakan. Rekaan seperti ini adalah untuk memberi suatu impak yang nyata kepada mereka yang tidak pernah menghadiri ke sebarang aktiviti yang berkaitan dengan Halloween. Di samping itu, asal-usul perayaan Halloween secara ringkas juga disertai dalam brosur ini. Dengan gambar dan asal-usul Halloween yang disertakan, dapatlah pembaca mengimaginasi dengan senang tentang perayaan Halloween.

Selain itu, kami juga menyebarkan aktiviti-aktiviti penting yang akan dijalankan semasa karnival ini diadakan. Penyebaran aktiviti-aktiviti ini dipercayai berupaya menarik perhatian remaja-remaja dan kanak-kanak yang berminat dalam Costume Playing dan trick-or-treat. Dengan itu, dipercayai bahawa akan mempunyai bilangan peserta yang banyak untuk menghadir ke Karnival Halloween ini.

13

5.0

Penutup

Melalui

kerja

kursus

ini,

kami

telah

mempelajari

untuk

mengaithubungkan kejadian alam semulajadi dan reka bentuk manusia dengan bentuk-bentuk geometri. Didapati bahawa ilmu geometri banyak wujud di sekeliling kami. Contohnya gunung-ganang, bunga, haiwan-haiwan, bangunan dan pembinaan, kenderaan, dan sebagainya.

Daripada hasil yang kami dapati, kami mendapat ilham untuk membina sebuah lukisan yang mempersembahkan kejadian alam semulajadi dan reka cipta manusia dalam bentuk geometri.

Sebenarnya, ilmu geometri adalah penting dalam kehidupan kami. Ia mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Sebagai contoh, mengapakah pokok tirus (pinetree) berbentuk segi tiga di bahagian atasnya? Ini adalah kerana pokok tirus merupakan tumbuh-tumbuhan kawasan yang mengalami musim sejuk, sekiranya bahagian atas pokok tirus berbentuk semacam tumbuh-tumbuhan di kawasan panas, ranting-ranting dan bahagian atas pokok akan patah apabila bersalji disebabkan tidak dapat tahan keberatan salji.

Ilmu geometri juga melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif. Pembelajaran ilmu geometri membolehkan kita mengetahui fungsi bentuk-bentuk geometri yang berbeza, manakala dengan pengetahuan ini, kita mampu menyelesaikan masalah dengan mencipta benda-benda baru yang mengaplikasikan ilmu geometri. Contohnya,

bangunan masa silam biasanya berbentuk segi empat, tetapi untuk tujuan menampung jumlah orang yang optimum, bangunan seperti stadium telah dibina dalam bentuk bujur atau bulat.

Kesimpulannya, ilmu geometri boleh dikatakan jawapan kepada peristiwa dan fungsi alam sejagat. Sebagai bakal guru, kita perlu menguasai ilmu pengetahuan ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan pengajaran dan

14

menyemai jiwa memahami dan menghormati alam semulajadi dalam murid kita pada masa kelak nanti.

15

Bibliografi

Sumber Internet

1) Types of Truss Bridges. http://hassam.hubpages.com/hub/Types-OfTruss-Bridges. Dilayari pada 25 Julai 2012. 2) Bridge. http://en.wikipedia.org/wiki/Bridge. Dilayari pada 25 Julai 2012. 3) Kepentingan Mempelajari Tajuk Ruang.

http://www.slideshare.net/hudabokhari75/kepentingan-mempelajaritajuk-ruang. Dilayari pada 27 Julai 2012.

Buku Rujukan 1) Abd Wahid Md. Raji, Hamisan Rahmat, Ismail Kamis Mohd Nor Mohamad dan Ong Chee Tiong. (2002). Matematik Asas. Johor Bahru : UTM 2) Mohd Arrifin Haraha. (1981). Matematik Tambahan untuk SPM. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3) Abd Wahid Md. Raji. (2002). Matematik Asas. Johor Bahru : UTM.

16

Refleksi Nama No. K.P : Gan Zhen Yi : 920805-04-5129

Apabila saya menerima tugasan ini, saya berasa sangat gembira kerana saya dapat mempelajari ilmu pengetahuan tentang bentuk geometri. Selepas menerima kerja kursus ini, Puan Yeoh Chew Lan telah menjelaskan kepada kami tentang prosedur perlaksanaan kerja kursus ini dan bentukbentuk geometri yang berkaitan dengan kejadian semulajadi dan ciptaan manusia. Selepas saya mengetahui ahli-ahli kumpulan saya ialah saudara Liow Wen Jie dan saudari Goh Yingyan, saya berasa lega hati kerana mereka dapat memberi banyak panduan dan nasihat kepada saya. Selain itu, saya juga berasa sangat beryakinan untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna selepas mengetahui dapat bekerjasama dengan mereka. Semasa saya membuat tugasan ini, saya telah menghadapi banyak masalah seperti hendak mencari bentuk-bentuk geometri dan gambar-gambar kejadian semulajadi serta ciptaan manusia dari internet. Di samping itu, saya juga mengalami masalah dalam membuat reka bentuk geometri A4 saiz semasa membuat tesellation. Selain itu, kami juga menghadapi masalah masa kerana kami mempunyai aktiviti masing-masing dan wajib dihadiri. Oleh itu, kami tidak mempunyai masa yang sesuai untuk membincangkan tentang tugasan ini. Selepas kami mengetahui masalah-masalah yang kami menghadapi, kami telah berusaha untuk menyelesaikannya dan penambahbaikan supaya tugasan ini dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi. Pertama sekali, saya akan bermula mencari gambar-gambar semulajadi dan ciptaan manusia yang berkaitan dengan geometri lalu berbincang dengan kawan sama ada gambar yang dicari adalah betul atau tidak. Saya berbincang dengan kawan tentang tema bentuk geometri A4 saiz ini dan membuat bentuk geometri yang menarik. Tentang masalah masa pula, kami telah menggunakan masa rehat
17

dalam kelas dan duduk berbincang bila kami mempunyai masa yang sesuai dan cukup untuk membincang tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari cara melukis dan mewarnakan bentuk-bentuk geometri dan tessellation. Saya juga dapat mengajar bentuk-bentuk geometri ini dalam kelas semasa mengajar subjek matematik atau kemahiran hidup dengan menggunakan ilmu-ilmu yang telah dipelajari dalam kerja kursus ini. Selain itu, saya juga dapat menggunakan ilmu-ilmu ini dalam kehidupan seharian seperti membina satu tabung, meja dan rumah anjing. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Yeoh Chew Lan yang membimbing kami dalam kerja kursus ini. Selain itu, Puan Yeoh Chew Lan juga telah memberi penjelasan yang jelas tentang cara-cara membuat tugasan ini serta mengajar kami menganalisis, mentafsir data dan maklumat. Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya iaitu saudara Liow Wen Jie dan saudari Goh Yingyan yang telah memberi bantuan dan nasihat kepada saya semasa membuat tugasan ini.

18

Refleksi Nama No. K.P : Goh Yingyan : 920727-08-5730

Selamat sejahtera saya ucapkan. Selama sebulan bertungkus-lumus, akhirnya kami berjaya menyelesaikan kerja kursus ini juga. Senangnya hati saya apabila menghabiskan sebuah kerja dengan baik! Kerja kursus ini adalah menekankan hubungan antara bentuk geometri dengan kejadian alam semulajadi dan reka cipta manusia, serta

mengaplikasikan teori dan menjana idea dalam bentuk lukisan. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah mendapati rupa-rupanya ilmu geometri yang pernah dipelajari pada masa sekolah menengah mempunyai banyak fungsi. Hairan juga apabila saya mendapati sebenarnya banyak kejadian alam semulajadi yang tidak diperhatikan selama ini mempunyai bentuk geometrinya yang tersendiri. Yang lebih menakjubkan adalah setiap reka bentuk alam semulajadi mempunyai keunikan dan fungsi yang tidak boleh ditukargantikan. Contohnya, pokok tirus yang berbentuk segi tiga adalah untuk mengelakkan berlakunya timbunan salji atas pokok dan rerantingnya. Ini dapat memastikan pokok itu tidak akan tumbang atau patah disebabkan keberatan timbunan salji. Selain itu, saya juga mengetahui lebih banyak fungsi geometri atas reka cipta manusia. Semi-bulatan dapat menahan tekanan yang paling tinggi dan menampung junlah yang lebih banyak berbanding dengan bentuk yang lain, jadi ia sentiasa digunakan untuk membina stadium. Sepanjang tempoh ini, saya telah mendapati beberapa kelemahan dalam kumpulan kami. Yang paling ketara ialah ketidaksesuaian masa bagi setiap ahli kumpulan. Disebabkan ketiga-tiga orang tidak bekerja dalam kumpulan yang sama bagi kerja kursus yang lain, jadi kami sentiasa tidak dapat duduk bersama untuk membincang dan menyiapkan kerja. Namun begitu, kami tetap berusaha untuk bertoleransi antara satu sama lain, serta
19

berbincang dengan ahli kumpulan bagi kerja kursus yang lain untuk membuat perubahan atas masa perbincangan dengan mereka. Adanya kelemahan, tetap adanya kekuatan. Kumpulan kami amat bekerjasama, terutamanya apabila membuat perbincangan. Saudara Wen Jie mengambil inisiatif untuk menjadi penyelaras bagi tugasan ini, manakala saudara Zhen Yi dengan sukarelanya mengambil bahagian dalam mencipta lukisan geometri. Saya pula bertanggungjawab untuk membuat sebahagian besar penulisan yang diperlukan. Walaupun kami kurang membuat kerja bersama, tetapi kami tetap bertolak ansur untuk meningkatkan kualiti hasil tugasan. Kesimpulannya, saya telah banyak memperolehi manfaat daripada tugasan ini. Tambahan pula, saya berasa tugasan ini memang telah memperkembangkan kami dari segi kajian semulajadi dan pembinaan. Saya boleh mengaplikasikan ilmu ini dalam kerjaya dengan menyemai jiwa menghormati keajaiban alam semulajadi serta semangat penerokaan ilmu pengetahuan dalam diri murid saya. Di sini, saya ingin mengulaskan ribuan terima kasih kepada saudara Wen Jie dan saudara Zhen Yi kerana banyak menyumbang dalam tugasan ini. Sekiranya terdapat sebarang silap dan salah, haraplah jangan simpan dalam hati. Sekian, terima kasih.

20

Refleksi Nama No. K.P : Liow Wen Jie : 920620-04-5069

Pada 18 Julai 2012, Puan Yeoh Chew Lan telah memberikan tugasan kerja kursus pendek Literasi Nombor, Kod Mata Pelajaran WAJ 3105 kepada opsyen kami. Pada hari yang sama, pensyarah juga telah memberi taklimat yang ringkas serta sempurna kepada opsyen kami untuk menjalankan tugasan ini.

Semasa menerima tugasan ini, saya berasa sangat gembira. Hal ini kerana saya sangat berminat dalam mata pelajaran Matematik, dan Literasi Nombor hanya berubahsuai sebahagian bagi mata pelajaran Matematik untuk menyenangkan kami mengajar anak-anak murid pada masa hadapan. Tambahan pula, subtopik bagi tugasan ini adalah berkaitan dengan geometri, oleh itu, saya sangat beryakin untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Melalui tugasan ini, saya telah belajar dengan lebih dalam tentang bentuk-bentuk geometri dalam kehidupan seharian manusia. Di alam semulajadi, sebenarnya banyak fakta juga yang dapat kita lihat dibentuk dari bentuk-bentuk geometri. Bagi reka ciptaan manusia pula, banyak juga bangunan, alat-alat penggunaan harian dan sebagainya sebenarnya juga merupakan hasil ciptaan dari nenek-nenek moyang kami bermula pada zaman-zaman dahulu, hanya diubahsuai pada masa sekarang untuk menampungi kesesuaian zaman.

Semasa menjalankan tugasan ini, ahli-ahli sekumpulan kami telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Setiap kali seorang daripada kami meminta mengadakan perjumpaan untuk perbincangan tentang kerja kursus pendek ini, yang lain akan terus bersetuju sekiranya tiada perbincangan untuk mata pelajaran lain yang telah diajak sebelum ini. Selain daripada itu, kami juga sentiasa mengemaskinikan maklumat yang diperolehi oleh rakan-rakan
21

sekumpulan supaya maklumat yang dikumpul tidak terlalu sedikit dan memenuhi keperluan tugasan ini.

Masalah yang paling besar kumpulan kami hadapi ialah reka ciptaan gambar yang mengandungi dengan geometri dan teselasi gabungan bentukbentuk geometri. Ahli-ahli kumpulan kami sebenarnya tidak begitu mahir dalam Pendidikan Seni. Oleh itu, kami telah cuba sedaya upaya kami, bekerjasama untuk menghasilkan gambar yang paling menarik untuk menyempurnakan tugasan ini. Apabila kami menghadapi masalah untuk mereka gambar rajah yang diingini, kami akan meminta bantuan dari rakanrakan sekelas yang lain untuk menyelesaikan masalah. Dengan sukacitanya dan sukarelaannya, mereka juga sanggup memberi bantuan kepada kami apabila kami memerlukannya.

Akhir sekali,

saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Sehubungan dengan itu, saya juga akan menyampaikan ilmu pengetahuan yang telah saya dapat melalui tugasan serta mata pelajaran ini semasa saya menjalani praktikum atau mengajar di sekolah pada suatu hari nanti.

22

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA

Nama Pelajar : GAN ZHEN YI GOH YINGYAN LIOW WEN JIE

(920805-04-5129) (920727-08-5730) (920620-04-5069)

Kumpulan

: 2 PISMP BC/ PJ/ RBT 2

Mata Pelajaran : LITERASI NOMBOR

Pensyarah

: PUAN YEOH CHEW LAN

Tarikh

Perkara yang dibincangkan

T/tangan

23

24

LAMPIRAN

25

You might also like