You are on page 1of 6

PENGGUNAAN MESIN OHP(OVERHED PROJECTOR) DAN TRANSPARENSI DALAM PENDIDIKAN

Dengan terciptanya Projektor Overhed (OHP) dan transparensi, secara tdak langsung dapat membantu guru dalam menyampaikan bahan pelajaran kepada pelajar secara efektif. Ia juga merupakan alat bagi perhubungan antara guru dan murid di dalam bilik darjah. Alat OHP telah diubahsuai bagi tujuan pengajaran di bilik darjah, dewan kuliah dan sebagainya iaitu dengan terciptanya model-model terbaru yang ringan dan mudah dikendalikan. OHP lebih merupakan kepada alat bantuan mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan cara melihat, mendengar dan melakukan nya. Ini dapat dilakukan dengan penggunaan OHP dan penggunaan transparensi yang rapi dan sistematik oleh guru. Menurut Kemp (1980), penggunaan transpaeransi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran dan fakta-fakta rumusan kepada kumpulan sasaran yang besar. Terdapat pelbagai model OHP di pasaran sama ada yang berat atau ringan. Alat OHP yang ada di sekolah-sekolah sepatutnya dapat digunakan dengan baik oleh semua guru. Guru perlu memahami dan mengenali alat OHP sebelum menggunakannya. Guru harus tahu bahagian-bahagian penting pada OHP seperti suis on dan off; fokus; pancaran tayangan dan mentol. Setelah memahami fungsi bahagianbahagian penting pada OHP, ada baiknya guru membuat beberapa uji tayang menggunakan transparensi yang direka sebelum memulakan pengajaran. Ini bertujuan menentukan kedudukan pancaran tayangan adalah betul dan tepat pada layar atau dinding yang berwarna cerah. Guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan pancaran tayangan yang tidak tepat atau ada kesan keystone. setelah guru benar-benar memahami dan mengenali OHP, mereka dapat menggunakannya dengan penuh keyakinan dalam menyampaikan sebarang bentuk pengajaran.

Beberapa bentuk keystone

PENYEDIAAN KEPINGAN TRANSPARENSI


Transparensi merupakan kepingan lutsinar yang boleh mengandungi tulisan, lakaran, rajah, atau apa jua bentuk gambar yang dicetak ke atasnya dan biasanya dilengkapi dengan pemidang dan digunakan bersama-sama OHP. Transarensi biasanya berukuran 21.1 cm x 26.5 cm (8.5 x 10.5) dan ia dilekatkan pada sebuah bingkai. Terdapat empat jenis transparensi yang biasa digunakan dalam pendidikan dan latihan iaitu jenis tulis, haba, cahaya (elektrostatik) dan cetakan komputer. Bagi jenis tulis, kita boleh menulis terus ke atas transparensi menggunakan pen transparensi atau en mekanikal. Transparensi jenis cahaya memerlukan mesin fotostat dan transparensi jenis haba memerlukan mesin penyalin transparensi untuk membuatnya. Manakala, transparensi jenis cetakan komputer memerlukan pencetak komputer untuk mencetak filem transparensi. Ketika menyediakan transperansi, pastikan ianya dalam keadan baik dan bersih sebelum mereka bentuk, menulis atau melukis di atasnya. Bagi memudahkan guru menulis atau melakar di atas transparensi, kepilkan sehelai kertas graf di belakang transparensi sebagai panduan menulis. Terdapat pelbagai jenis pen OHP yang boleh digunakan oleh guru. Ada baiknya guru menyediakan perancangan isi pelajaran dengan teliti sebelum membuat sebarang penulisan atau reka bentuk di atas kepingan transparensi. Ini bagi mengelakkan sebarang kesalahan kerana kesan kesilapan akibat penggunaan pen OHP jenis berdakwat kekal sukar dipadamkan. Sebaik-baiknya kepingan transparensi tidak mengandungi isi pelajaran atau penerangan yang terlalu banyak serta padat dengan tulisan. Ia sepatutnya mengandungi isi utama dan penerangan ringkas tapi padat. Inilah aspek yang harus difikirkan secara teliti oleh guru.

BINGKAI TRASPARENSI
Transparensi boleh digunakan tanpa pimidang atau bingkai. Walau bagaimanapun dalam perbagai keadaan, penggunaan pemidang ini adalah digalakkan.

Ini memandangkan, bingkai pada transparensi dapat memudahkan proses penggunaan dan juga menyimpan. Antara kelebihan penggunaan bingkai transparensi ialah: i. ii. iii. iv. v. Ianya keras dan memudahkan transparensi untuk digunakan. Tidak menampakkan kesan jari pada transparensi. Boleh disimpan dengan transparensi yang lain tanpa melekat. Boleh dibuat secara bertindih-tindih. Bingkai transparensi boleh digunakan untuk mencatitkan maklumat penting.

Bingkai transparensi boleh dibeli ataupun boleh dihasilkan sendiri daripada kertas kadbod atau manila yang dipotong mengikut ukuran piawai 27 cm x 32 cm. Kemudian dipotong di bahagian tengah mengikut ukuran paiwai 19 cm x 24 cm dengan lebar bingkai 4 cm. MEMBUAT TRANSPARENSI HABA MENGGUNAKAN MESIN PENYALIN TRANSPARENSI GAMBAR TERMAL Ia merupakan filem transparensi yang biasa tetapi mempunyai satu permukaan bersalut lapisan bahan kimia peka haba. Proses termal ini boleh dibuat dengan meletakkan asetat yang sensitif haba di atas bahan yang hendak disalin. Kemudian masukkan kedua-duanya ke mesin penyalin termal yang akan memproses asetat ini menggunakan sumber cahaya infra merah. Imej akan terbentuk jika kepingan transparensi ini dimasukkan ke dalam sebuah mesin penyalin transparensi dan mesin ini akan memanaskan bahan kimia peka haba pada permukaan filem transparensi tadi. Imej pelbagai warna boleh terbentuk mengikut warna filem dan bahan kimia peka haba yang digunakan.

Mesin penyalin thermal

Cara Membuat Transparensi Thermal


1. ambil kepingan transparensi dengan cermat. 2. masukkan kepingan transparensi ke dalam mesin penyalin thermal. Pastikan permukaannya adalah betul.

3. kemudian, keluarkan kepingan transparensi dengan cermat. 4. tanggalkan kertas pelapik pada transparensi 5. transparensi sedia digunakan.

TEKNIK-TEKNIK PENGGUNAAN TRANSPARENSI DI ATAS OHP 1. Teknik singkapan memerlukan guru mendedahkan satu persatu langkahlangkah pelajaran dan menutup bahagian lain dengan menggunakan bahan tidak lutsinar atau cahaya seperti kertas manila.

2. Teknik tingkap ialah dengan menyediakan potongan kertas tebal dan letakkan diatas bingkai transparensi bagi menutup langkah-langkah pelajaran. Tingkaptingkap itu akan dibuka oleh guru apabila dikehendaki mengikut susunan langkah pelajaran.

3. Teknik tindih memerlukan beberapa kepingan transparensi yang diletakkan ke atas satu sama lain pada satu bingkai. Teknik ini memerlukan perancangan yang amat teliti.

4. Terdapat transparensi berwarna yang mengandungi pelekat sendiri dan ini boleh digunakan bagi menunjukkan bahagian penting serta boleh digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain. 5. Satu lagi cara yang menarik ialah dengan menggunakan teknik model yang dapat menunjukkan pergerakan. Teknik ini memerlukan daya kreativiti guru membabitkan penggunaan bahan-bahan lain seperti benang, tali, kayu kecil, pengikat getah dan sebagainya.

Kelebihan Penggunaan OHP Dalam Pengajaran


1. Pengajaran menggunakan OHP meletakkan seseorang guru dalam keadaan sentiasa berhadapan dengan muridnya. Ini memastikkan kawalan bilik darjah terjamin. 2. OHP boleh digunakan atau ditayangkan dalam bilik darjah yang terang. Ini bererti tayangan OHP tidak memerlukan bilik yang gelap seperti yang dikehendaki projaktor slaid atau projaktor legap. 3. Hasil cetakan di atas kepingan transparensi sama ada ditulis atau menggunakan penyalin transparensi adalah tahan lama dan boleh ditayangkan berulang kali. 4. OHP yang ringan terdapat dipasaran. Ia mudah dibawa dari satu bilik darjah ke bilik darjah yang lain. Bagi tayangan pula tidak semestinya memerlukan layar tetapi memadai dengan dinding bilik darjah yang biasanya berwarna cerah (tidak berkilau).

PERSEMBAHAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN OHP

1. Perkara yang penting adalah guru hendaklah berdiri disebelah kiri OHP dan menghadap murid-murid. Ini bertujuan untuk memudahkan guru untuk memberi pengajaran dan menyenangkan guru untuk membaca dan menulis di atas transparensi yang ditayangkan. Selain itu ia juga bertujuan untuk tidak melindung pelajar melihat transparensi yang ditayangkan. 2. Tentukan kedudukan pancaran ke layar tayangan supaya kelihatan empat segi tepat dan elakkan kesan key stoning. Ini boleh dilakukan dengan membetulkan kaca pancaran yang terletak di bahagian diatas alat OHP. 3. Tentukan susunan transparensi mengikut keutamaan, iaitu yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan bagi mengelakkan terganggunya kelicinan persembahan. Ini dapat dilakukan dengan panduan catatan yang dibuat lebih awal pada setiap bingkai transparensi.

4. Kedudukan OHP diletakkan di hadapan bilik darjah dan ketika persembahan pengajaran, guru berdepan dengan murid-murid. Ini bermakna guru sentiasa dapat mengikut gerak geri murid dan memastikan kawalan bilik darjah. 5. Ketika guru memberi penerangan mengenai mana-mana isi pelajaran yang penting, guru boleh menggunakan penunjuk bagi menunjukkan isi-isi yang berkenaan. Ini memudahkan lagi murid mengikutnya. 6. Suis on dan off kerapkali akan digunakan katika menyampaikan pelajaran. Jika memberi penerangan tanpa menggunakan transparensi, ada baiknya OHP dipadamkan untuk mengelakkannya terlalu panas.

You might also like