You are on page 1of 3

Tugasan Projek PPG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TUGASAN PROJEK (WAJIB) TAJUK PROGRAM : PPG NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran TARIKH MULA 11 MAC 2013

SEMESTER : 4

TARIKH HANTAR

6 APRIL 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan Teknologi Pendidikan. 2. Memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan. 3. Menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran. 4. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 6. Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran. 7. Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7.

Objektif Projek 1. Kursus ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan, pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. 2. Aplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran. 3. Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan media dan sumber pendidikan.

Tugasan Projek PPG

TUGASAN PROJEK ( 100% ) Tujuan utama Rekabentuk Pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Penggunaan media pengajaran semakin berkembang dalam dunia pendidikan yang semakin demokratik yang mana proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku sama ada semasa kehadiran guru mahupun tidak. Dalam perkembangan teknologi yang terus berkembang, guru harus peka terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer secara menyeluruh untuk memantapkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut : 1. Pilih satu Model Rekabentuk Pengajaran yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. 2. Nyatakan definisi dan huraikan tentang Model Rekabentuk Pengajaran yang anda pilih. 3. Berdasarkan Model Rekabentuk Pengajaran tersebut, anda dikehendaki Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran. RPH anda hendaklah berdasarkan perkara- perkara berikut : (a) Pilih topik daripada opsyen major atau minor anda. (b) Bina objek pembelajaran (alat bantu mengajar) berunsurkan bahan multimedia. Contoh : Persembahan elektronik dimuatkan visual, foto pegun, video klip, audio, pautan dan sebagainya. (c) Sediakan papan cerita (story board) sebelum objek pembelajaran dihasilkan. (d) Buat analisis tentang RPH yang anda hasilkan dengan merujuk pada setiap langkah yang dinyatakan dalam Model Rekabentuk Pengajaran yang anda pilih. 4. Pilih satu bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (bahan bantu mengajar yang berunsur multimedia) yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah anda atau bahan bantu mengajar berunsur multimedia yang terdapat di laman sesawang. Nilaikan bahan tersebut dari segi kelebihan dan kelemahannya sebagai bahan pengajaran dan pembelajaranberbantukan komputer. Huraikan dan beri cadangan penambahbaikan untuk menjadikan bahan tersebut lebih berkesan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan Projek PPG

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda boleh berbincang secara kolaboratif untuk mencari bahan-bahan. 3. Melaksanakan kerja-kerja amali secara kumpulan seperti yang diarahkan. 4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : i. Fon Arial ii. Saiz huruf ialah 11 iii. Langkau satu setengah (1.5) baris iv. Rujukan mengikut format APA v. Bahan lampiran vi. Jawab dalam Bahasa Melayu 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan 6. Panjang tugasan mengikut kesesuaian termasuk persembahan elektronik untuk pengajaran selama 15-20 minit. 7. Pemberatan markah tugasan ini ialah 60% Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Bahan kandungan dalam portfolio mengikut struktur. 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut; i. Konsep dan prinsip teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ii. Persembahan mengikut RPH yang boleh mempengaruhi perkembangan kanakkanak dalam bilik darjah. iii. Implikasi pengajaran yang berkesan dalam persembahan. iv. Mengikut kriteria yang dikehendaki. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong bahan yang diperolehi. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan ada menunjukkan keaslian hasil yang diperolehi dan sokongan ilmiah. 5. Mempunyai penjelasan yang kukuh dalam format dan organisasi. 6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dan pertuturan dalam penyampaian persembahan dan maklumat secara analitikal.

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

................................................................ (PENYELARAS MATA PELAJARAN EDU3105)

................................................................. (KETUA JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN) Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan Jabatan Teknologi Pendidikan

You might also like