Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
JBC 7010 SJK (C) LI CHIKAMPUNG ABDULLAH,85000 SEGAMAT, JOHOR.KERTAS CADANGANKAJIAN TINDAKAN2009TAJUK
MURID AUTISMA: MENANGANI MASALAH TUMPUANPERHATIAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA CINADENGAN MENGGUNAKANKAEDAH PENYEKATAN MOBILITI
OLEH:CIK TAY PEI LING(PENDIDIKAN KHAS)
 
1.Tajuk
Murid Autisma: Menangani Masalah Tumpuan Perhatian dalam PembelajaranBahasa Cina dengan Menggunakan Kaedah Penyekatan Mobiliti.
2.Nama Penyelidik
Cik Tay Pei Ling
3.Nama & Alamat Sekolah
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li ChiKampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor.Kod Sekolah: JBC 7010
4.Latar Belakang Kajian
Sewaktu saya menjalani P&P Bahasa Cina di kelas Pendidikan KhasDua (PK2), saya menghadapi masalah tumpuan pengajaran walaupun kelassaya hanya mempunyai 7 orang. Daripada 7 orang murid saya ini, terdapat 4orang murid autisma dan 3 orang murid Sindrom Down. Mereka masing-masing mempunyai masalah bahasa, komunikasi dan sosial pada tahapberbeza. Setelah saya meneliti corak tingkahlaku dan personaliti anak-anakmurid saya, saya mendapati 2 orang murid autisma yang bertingkah lakuhiperaktif tidak boleh menumpu perhatian sewaktu pembelajaran. Keadaan inisedikit sebanyak telah mengganggu proses P&P dalam kelas.Secara umumnya, autisma adalah satu penyakit yang kompleks danpara penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnyaia berlaku. Kanak-kanak autisma mempamerkan kesemua atau sebahagianciri daripada yang berikut: suka bersendirian, sukar bergaul langsung denganindividu lain, menunjuk tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan ataumemahami bahasa (Hamid Arshat, 2009). Maka, kegagalan menumpuperhatian dan memahami arahan guru oleh 2 orang murid autisma ini jugamengganggu proses pembelajaran mereka.
 
5.Masalah / Fokus Kajian
Masalah utama yang sering murid hadapi ialah masalah tumpuan perhatianpada guru. Mereka suka bersendirian dan seoleh-oleh hidup dalam duniasendiri. Dalam dunia sendiri mereka, mereka suka berlari ke sana sini,menyanyi, menconteng buku, memutar-mutar pensil dan menepuk-nepuktangan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan masalah murid dalam tumpuanpembelajaran dengan penyekatan mobiliti mereka (
immobilization
).
6.Rasional Kajian
Kajian ini dijalankan kerana 2 orang murid autisma dari kelas PK2 ini seringgagal mengikuti kelas. Tingkahlaku mereka juga telah mengganggupembelajaran rakan kelas lain.
7.Objektif Kajian
Objektif Umum: Untuk memastikan semua murid kelas PK2 boleh mendapatilmu sewaktu proses pengajaran & pembelajaran BahasaCina dengan tumpuan perhatian yang setinggi mungkin.2orang murid autisma bertingkahlaku hiperaktif itu dapatdikawal dan menumpu perhatian dalam kelas.Objektif Khusus:1.Mengawal tingkahlaku 2 orang murid autisma yang bermobiliti tinggi.2.Membina amalan rutin 2 orang murid autisma untuk mendengaarahan guru semasa proses P&P: membaca dan menulis.3.Menanam rasa minat belajar murid kelas PK2.
8.Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah seramai 2 orang murid autisma bertingkahlakuhiperaktif dalam kelas Pendidikan Khas 2: Woon Zi Jie & Pang Kim Seong.
9.Strategi TindakanAktiviti 1:
Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatantersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dankelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukanlatihan pengubahsuaian tingkah laku (
behavioral modification
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more