Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Mbm 5

Mbm 5

Ratings: (0)|Views: 190|Likes:
Published by Thana Subrahmaniam

More info:

Published by: Thana Subrahmaniam on Apr 01, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/05/2013

pdf

text

original

 
SELAMAT ULANG TAHUN DBP (22 JUN 2011) : DBP MEREALISASIKANGAGASAN 1 MALAYSIA
by Bulan Bahasa Kebangsaan on Tuesday, June 21, 2011 at 1:26am ·
Pendahuluan
 
 
etika YAB Dato` Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan gagasan 1Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaanmemajukan dan mengembangkan bahasa Melayu melalui kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan sebenarnyatelah lama bergerak mendukung hasrat tersebut. Ini terbukti melalui ucapan YAB Perdana Menteri yang menegaskan
bahawa “konsep 1 Malaysia perlu dibina berasaskan kerangka Perlembagaan Malaysia yang me
njamin hak kuasaPersekutuan dan kuasa negeri, memelihara kedaulatan Raja-raja Melayu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agung sebagai tonggak negara, keistimewaan hak orang Melayu terpelihara dan bahasa Melayu sebagai bahasakebangs
aan yang tidak boleh sama sekali dipertikaikan.” 
 
Bahasa Kebangsaan Sebagai Alat Penyatuan dan Kemajuan Negara
 Semangat daripada gagasan 1 Malaysia ini adalah untuk membangunkan Malaysia dengan rakyatnya yang berbilang kaum,agama, keturunan, latar belakang, dapat bersatu dalam sebuah negara bernama Malaysia. Oleh sebab itu, rakyat Malaysiaperlu memahami dengan mendalam falsafah tersebut serta bagaimana peranan bahasa Melayu atas kedudukannya sebagaibahasa Kebangsaan mampu mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Selain daripada itu inti pati terhadapgagasan 1 Malaysia ini tentunya berhubung kait dengan perpaduan, keharmonian dan perkongsian hidup seluruh rakyatMalaysia. Perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia menjadi teras kepada keharmonian hidup bermasyarakat danbernegara.
 
Sememangnya secara tradisinya selama ini, walaupun sebelum adanya gagasan 1 Malaysia, melalui proses pemasyarakatanperpaduan kaum dapat dipelihara dengan baik kerana adanya persefahaman antara kita di negara Malaysia. Perpaduanantara kaum ini tentunya menggunakan medium komunikasi yang satu dan mestilah berdasarkan bahasa yang bersopansantun, kiasan, perbilangan, peribahasa, bahasa beradat dan beradab sebagai cara kita menunjukkan perasaan hormat-menghormati dan mempelajari hal-hal yang sama. Menurut Bill Ashcroft (2003), keluasan cakerawala yang mengikutiproses-proses neologisme, pembaharuan, penggunaan kiasan, dan pemakaian imaginasi pada umumnya akanmemperluaskan bahasa itu sendiri.Salah satu usaha asas dan dasar yang mesti diutamakan dalam melestarikan gagasan 1 Malaysia adalah denganmemperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti mana yang termaktub di dalam Perkara 152Perlembagaan Malaysia. Dewan bahasa dan Pustaka terus kekal relevan dan berperanan untuk mengembangkan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Hal ini sejajar dengan Perlembagaan dan Seksyen 2 AktaBahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32). Pelbagai langkah telah diatur bagi memastikan fungsi bahasa Melayu sebagaipembentuk jati diri bangsa dan negara terus dilaksanakan. Oleh sebab itu sekiranya rakyat Malaysia menerima bahawaMalaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dari pelbagai tradisi, maka gagasan 1 Malaysia yangbertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia sebagaimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri perlu mengambil kirapengertian perpaduan yang sebenarnya. Selagi bangsa Malaysia wujud, bahasa sebagai identiti bangsa perlu wujud.Dalam keadaan yang demikian, bahasa sebagai
 “jantung kepada gagasan tersebut mempunyai peranan yang amat besar
sebagai wadah penyatu yang mampu merapatkan perbezaan yang wujud. Hanya bahasa Melayu yang dapat menjadi alatuntuk menyatukan pelbagai suku kaum di negara kita. Bahasa Melayu, dalam kedudukannya sebagai bahasa kebangsaandan bahasa rasmi negara telah membuktikan keupayaannya sebagai bahasa perhubungan, bahasa penyatu, bahasaperpaduan, dan bahasa ilmu yang tinggi. Peranan bahasa kebangsaan dalam pembangunan memang telah terbukti, danFerguson (1962) menegaskan bahawa negara yang tidak mengembangkan dan menggunakan bahasa kebangsaannyadidapati mengalami kemunduran dari segi ekonomi.Pada bahasa nasional itulah terletaknya kunci pembinaan sumber tenaga manusia, dan sumber tenaga manusia itulah kuncipembangunan negara (Simanjuntak, 1995). Adalah amat malang bagi negara Malaysia sekiranya selepas hampir 54 tahunmerdeka dan selepas hampir 54 tahun mengadakan pelbagai program untuk membangunkan negara, rakyat Malaysia masihbelum menerima bahasa Melayu sebagai bahasa alat penyatuan pelbagai bangsa di negara kita.
Peranan DBP Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia
 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah
 “cermin” yang memaparkan wajah dan
pemikiran bangsanya. Selama lebih limadekad, DBP telah menyumbang kepada pembinaan sebuah negara bangsa. Sebagai sebuah organisasi yangdipertanggungjawabkan oleh kerajaan memaju dan mengembangkan bahasa Melayu melalui kegiatan kebahasaan,
 
kesusasteraan dan penerbitannya, DBP telah menjadi sebuah institusi yang bergerak sederap dan selangkah dengan hasratkerajaan melalui slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan.Seiring dengan gagasan tersebut peranan DBP dalam melestarikan gagasan 1 Malaysia itu amat jelas dan penting. Program-program kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan yang dirancang dan dilaksanakan memenuhi kehendak pelbagaiperingkat masyarakat. Sebagai sebuah institusi ilmu, DBP selama 55 tahun telah terlibat dalam usaha membina tamadundan mengangkat martabat bangsanya. DBP sejak awal penubuhannya telah mengorak langkah untuk meningkatkankecekapan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Dari segi pembinaan korpus, pelbagailangkah dan strategi telah dilaksanakan oleh DBP bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berupayamengungkapkan pelbagai perkara dan ilmu terkini, sama ada dalam sistem pendidikan mahupun dalam ranah yang lebihumum, seperti dalam sistem pentadbiran negara dan sebagainya (Noresah, 2009).Kegiatan kebahasaan dan persuratan terus dilaksanakan untuk memupuk rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan dalamkalangan rakyat Malaysia. Di dalam negara, program pengembangan bahasa dirancang dengan matlamat untuk memenuhiperanan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yangsemenjak tahun 1999 dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara disambut pada bulan Oktober setiap tahunmenjadi bukti betapa DBP begitu komited terhadap hasrat mencapai gagasan 1 Malaysia.Program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang bertujuan membina jati diri dan memperteguh perpaduan dankebersamaan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera diberikan nafas baharu selaras konsep 1 Malaysia. Program-program yang dijalankan bermatlamat memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysiasekali gus memperkuat kecintaan dan kemegahan pada bahasa kebangsaan. Bagi mencapai tujuan tersebut dengan lebihberkesan, pengisian program BBK turut melibatkan lebih ramai masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakangekonomi dan sosial. Penyertaan pelbagai kaum dalam kegiatannya menjadikan bahasa sebagai produk pemasaran danpromosi membantu usaha mempertingkatkan penghayatan, penghargaan masyarakat terhadap bahasa Melayu. Pelbagaiaktiviti yang dijalankan di pelbagai tempat sempena BBK telah menguntungkan masyarakat terutama melalui kegiatanceramah, bengkel penghayatan, pengucapan puisi, pameran bahasa , kegiatan kebahasaan dan kebudayaan dansebagainya.Program pembinaan bahasa dirancang untuk mencapai matlamat membina, mengukuhkan dan meningkatkan pangkalandata korpus dan data leksikal bahasa Melayu dalam bidang peristilahan, perkamusan, tatabahasa, laras bahasa danortografi. Sehingga kini DBP telah berjaya menggubal lebih daripada sejuta istilah di dalam pelbagai bidang ilmu sebagaiprasarana mengungkapkan ilmu tinggi secara ekspresif dalam bahasa Melayu. Usaha ini masih diteruskan dengankerjasama institusi pengajian tinggi tempatan. Usaha penyebaran maklumat bahasa dilaksanakan dengan menggunakanpelbagai medium, sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Khidmat Nasihat DBP yang dibangunkan melaluisistem bersepadu memberikan ruangan bagi membantu pengguna mengemukakan pertanyaan mereka dalam pelbagaiaspek berkaitan tugas dan peranan DBP melalui saluran telefon, mel elektronik di laman DBP www.dbp.gov.my dan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->