You are on page 1of 5

Jenis ayat

Jenis Ayat (mengikut tujuan ayat) Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Silaan Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila. Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat. contoh: Sila jawap surat ini sekarang Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut) Ayat Permintaan Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat. Untuk bertanya Bertujuan atau menyoal. menimbulkan tindak balas daripada Ayat tanya orangkedua. boleh dibahagikan Umumnya tindak kepada dua jenis, iaitu: balas dapat diperolehi melalui suruhan, i. Ayat tanya larangan, silaan, tanpa kata dan permintaan. tanya contoh:

Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. contoh:

Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan Dia ke kedai dan permintaan, Mereka lagi? maka ayat berkumpul di perintah padang Dr. Mahathir menggunakan sekolah. ke White kata perintah House? seperti jangan, Orang Inggeris usah, sila, itu fasih Perempuan tua jemput, minta, berbahasa itu ibunya?. tolong dan Melayu sebagainya. Bangunan sekolah sudah ii. Ayat tanya tua. dengan kata tanya atau Pemuda itu sendi nama membawa ibunya ke klinik. contoh: Cikgu kamu siapa? Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel) Saudari tinggal

di mana? Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel) Cikgu kamu siapa? Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel) Saudari tingal di mana? Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya degan partikel)

Sintaksis

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Subjek Ayat Ahmad Cikgu Fatimah Ah Chong Predikat Ayat mengulangkaji tatabahasa ke sekolah amat rajin seorang usahawan Frasa Subjek Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Predikat Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Nama Rumus Pola Ayat FN + FN FN + FA FN + FN

Frasa Sendi Nama FN + FS

Definisi ayat majmuk berdasarkan buku Tatabahasa Dewan. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Pernyataan di atas menjelaskan bahawa ayat-ayat yang terbentuk hasil daripada gabungan dua ayat atau lebih, digolongkan sebagai ayat majmuk.Dua ayat atau lebih ayat yang membentuk ayat majmuk dihubungkan dengan kata sendi dan kata hubung

BENTUK AYAT Secara umumnya terdapat dua bentuk ayat yang utama, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh : Encik Ahmad pensyarah. Ayat majmuk pula ialah ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat tersebut dicantumkan berdasarkan peraturan tertentu sehingga menjadikan ia satu ayat baru. Contoh : Encik Ahmad pensyarah tetapi rakannya guru Penjenisan Ayat

Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif. Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru. Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan. Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat). Ibu negara kita Kuala Lumpur Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara Di dalam almari tali leher ayah Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini?

Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

You might also like