You are on page 1of 19

Kuliah Akhlak siri ke 5

5. Adab murid dan guru 5.1 Adab di dalam kelas 5.2 Adab di luar kelas 5.3 Adab menuntut ilmu

Hasil Pembelajaran
1. menjelaskan konsep adab menuntut ilmu. 2. membincangkan tanggungjawab seorang murid terhadap guru serta peranan guru terhadap murid.

Adab murid dengan guru


1. Murid harus menghormati guru kerana baik akhlak, tinggi ilmu dan keahlian, berwibawa, santun dan penyayang. Hindari guru yang tinggi ilmunya tetapi tercela akhlaknya.

2. Murid harus mengagungkan guru dan meyakini kesempurnaan ilmunya. Orang yang berhasil hingga menjadi ilmuwan besar, sama sekali tidak boleh berhenti menghormati guru.

3. Murid bersikap sabar terhadap perlakuan kasar atau akhlak buruk guru. Hendaknya berusaha untuk memaafkan perlakuan kasar, turut memohon ampun dan bertaubat untuk guru.

4. Murid harus menunjukkan rasa berterima kasih terhadap ajaran guru. Meskipun guru menyampaikan informasi yang sudah di ketahui murid, tunjukkan rasa ingin tahu terhadap informasi.

5. Murid tidak mendatangi guru

tanpa izin lebih dahulu. Mohon kebenaran paling banyak tiga kali untuk bertemu dengan guru.

6. Berkomunikasi dengan guru secara sopan dan lemah- lembut serta minta izin untuk duduk.

7. Memberi salam /ucapan selamat ketika berjumpa guru. Berdoa untuk kebaikan & keselamatan guru.

8. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu. Cari masa yang sesuai untuk bertanya. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.

9. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

Adab di dalam kelas


Pelajar harus mengucapkan ucapan salam/Selamat Pagi/Petang semasa guru masuk dalam kelas. Mengamalkan ucapan terima kasih setelah menerima sesuatu daripada guru dan rakan. Mengamalkan amalan memohon maaf kepada guru dan rakan jika membuat kesilapan.. Meminta kebenaran daripada guru yang mengajar jika ingin keluar dari kelas.

Pelajar harus menumpukan penuh perhatian semasa guru mengajar. Harus mematuhi segala arahan daripada guru semasa dalam kelas. Pelajar harus mengangkat tangan untuk mengambil perhatian guru sebelum menanyakan soalan atau meminta penerangangan lebih lanjut. Pelajar dilarang menyampuk atau menganggu semasa guru mengajar. Pelajar harus menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru kepadanya dengan penuh hormat dan tanggungjawab. Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan pelajar lain untuk memastikan keadaan kelas bersih, ceria dan kondusif untuk P&P dijalankan. Setiap pelajar harus bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri, pelajar lain dan juga harta benda sekolah dalam kelas. Pelajar harus membuat kerja sendiri secara senyap semasa ketiadaan guru.

Pelajar menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti semasa guru mata pelajaran tiada dalam kelas. Pelajar dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran guru. Pelajar yang lewat masuk ke kelas harus meminta kebenaran daripada guru sebelum masuk untuk pelajaran seterusnya. Jika kelas perlu ke makmal, bengkel atau perpustakaan, pelajar harus berbaris dan bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa menganggu kelas-kelas lain.

Adab di luar kelas


Bincangkan

Adab menuntut ilmu


Ikhlas dalam menuntut ilmu. Positif dan Yakin kepada diri sendiri. Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan. Tidak mengenal titik noktah.

Mengamalkan ilmu yang dipelajari Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu Berdoa Kepada Allah, kedua ibu bapa dan kepada guru Membela Syariat Islam Berlapang Dada Dalam Masalah Khilafiyah (Perbedaan Pendapat)

Menyampaikan ilmu kepada orang lain Sabar Dalam Menuntut Ilmu Menghormati dan Menghargai Ulama Memegang Teguh Al Kitab dan As Sunnah Menggunakan kesempatan belajar dengan sebaik mungkin

Berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, sentiasa takut kepada Allah, bersikap tenang dan tidak sombong diri tetapi tawadhu.

You might also like