Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perjanjian Bangkok (1909)A

Perjanjian Bangkok (1909)A

Ratings:

4.75

(4)
|Views: 1,786 |Likes:
Published by nikmahmud

More info:

Published by: nikmahmud on Mar 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

 
Perjanjian Bangkok (1909) dan Implikasinyakepada Keselamatan dan kestabilan Serantau
NIK ANUAR NIK MAHMUDINSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU
PengenalanPada hari ini, 10 Mac 1909 genaplah 100 tahun PerjanjianBangkok dimeteraikan antara Siam dan Britain yangmembahagikan Negeri-negeri Melayu Utara (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Patani, Yala, Narathiwat danSetul) antara dua kuasa tersebut. Kelantan, Terengganu,Kedah dan Perlis menjadi naungan British manakala Patani,Narathiwat, Yala dan Setul (ringkasnya Patani) kekal menjadisebahagian daripada wilayah Siam walaupun majoritipenduduknya terdiri daripada bangsa Melayu dan beragamaIslam. Dalam membicara tentang Perjanjian 1909 tidakramai yang membahas tentang ‘ketinggalanPatani,Narathiwat, Yala dan Setul di dalam Perjanjian itu. KegagalanPerjanjian 1909 untuk memisahkan Patani daripada jajahanSiam telah memberi kesan buruk kepada kestabilanserantau. Justeru kegagalan itu, Patani kini sedang bergolakdengan keganasan. . Sempena ulangtahun ke-100 tahunperjanjian Bangkok (1909), elok kiranya peristiwa ini diulangkaji demi mencapri perdamaian di wilayah yangsedang bergolak itu.Patani Dan Negeri-Negeri Melayu UtaraPatani, asalnya, adalah sebuah kerajaan Melayu yangmerdeka dan berdaulat. Majoriti penduduknya terdiridaripada orang Melayu dan beragama Islam (Ibrahim Syukri1958). Ia telah mencapai kemuncak keagungannya padaabad ke-16 pada masa pemerintahan Raja-Raja Perempuan.Pada akhir abad ke-18 Patani mengalami zamankemerosotannya. Perang saudara telah melemahkankekuatan Patani. Kesempatan itu telah diambil oleh Siamuntuk menakluk Patani pada 1785.Setelah Patani tewas, Kedah pula menjadi mangsa dasaragresif Siam Pada 1821, Kedah diceroboh dan ditakluk.Britain, yang sepatutnya melindungi Kedah daripadapencerobohan Siam berasaskan Perjanjian 1786 dan 1800,
1
 
telah mengkhianati Kedah. Britain telah membiarkan tenteraSiam menakluk dan menganas di Siam. Sungguhpun Rajadan Melayu Kedah berusaha mempertahankan tanah airnya,tetapi tanpa bantuan luar, Kedah tewas. Sultan danrakyatnya terpaksa berundur ke Pulau Pinang, bekas jajahannya, sebagai pelarian. Atas pertimbangan politik dankomersial, Britain mengiktiraf penaklukan Siam ke atasKedah. Sebagai balasannya, kerajaan Siam bersetuju untukmemperakui Pulau Pinang dan Seberang Perai sebagai milikBritish. Kerajaan British pula berjanji akan membantu Siamdalam menghadapi tentangan orang Melayu.Orang Melayu Patani dan Kedah menolak Perjanjian 1826dan mengangkat senjata untuk membebaskan tanah airmereka daripada penjajahan Siam. Tidak tahan dengankebangkitan orang Melayu Patani, pada awal 1840an, atasdesakan British, Siam bersetuju untuk berdamai denganorang Melayu Patani dan Kedah. Pemerintahan Raja Melayutelah dipulihkan di Patani dan Kedah tetapi menjadi negerinaungan Siam. Raja-Raja Melayu Patani dikhendakimengirim Bunga Mas dan Perak setiap tiga tahun sekali keBangkok sebagai tanda taat setia dan persahabatan. Sejakitu hingga akhir abad ke 19, Negeri-Negeri Melayu kembalistabil.Zaman Imperialisme BaruAkhir abad ke-19 merupakan zaman imperialisme baru.Kuasa-kuasa Eropah berlumba dan bersaingan untukmenguasai sebanyak mungkin tanah jajahan di benua Afrikadan Asia. Di Tanah besar Asia Tenggara, satu persainganyang hebat antara British dengan Perancis telah berlaku.British menakluk Hulu Burma pada 1886 manakala Perancismeluaskan penjajahannya di Annan dan Tongking.Persaingan ini mencapai kemuncaknya pada 1893. Padamasa itu kepentingan British tertumpu di dua kawasan, iaitu,pertama di timur laut Burma dan Selatan China, dan keduadi Negeri-Negeri Melayu Utara sehingga Genting Kra. Dikedua kawasan itu, British mempunyai kepentinganperdagangan dan strategik. Bagaimanapun akibat perluasanEmpayarnya yang luas dan berselerak, British engganmemperluaskan empayarnya kerana ada banyak masalahberkaitan dengan peluasan itu. Manakala Perancis masih lagiterlibat dalam peluasan tanah jajahan dan hanya menunggukesempatan untuk menakluknya, terutamanya sekali di Tanah Besar Asia Tenggara, terutamanya jajahan Siam.
2
 
Sekiranya Siam dijajah oleh Perancis, kepentingan British diBurma dan Negeri-Negeri Melayu Utara akan terjejas. Untukmengelak British dan Perancis mempunyai sempadan yangsama, Kerajaan British telah mengadakan rundingan denganPerancis pada 1895 bagi memelihara kemerdekaan KerajaanSiam. Dalam pengisytiharan pada 15 Januari 1896 merekabersetuju untuk memelihara kemerdekaan kerajaan Siam diLembah Sungai Chao Phya. Berhubungan dengan wilayah-wilayah di luar Lembah Menam, mereka bersetujumembahagi antara mereka. Kawasan Timur Laut Siam,menjadi kawasan pengaruh Perancis manakala kawasanNegeri-Negeri Melayu Utara menjadi kawasan pengaruhBritish.Setelah pengumuman pengisytiharan itu, Kerajaan Britishtelah mengadakan rundingan sulit dengan Siam bagimengelak kuasa-kuasa Eropah lain, khususnya Jerman danRussia, daripada bertapak di Negeri-Negeri Melyu Utara.Kerajaan Siam memberi jaminan bahawa ia tidak akanmembenarkan mana-mana kuasa Eropah bertapak di situtanpa persetujuan British. Kerajaan British pula berjanji akanmenolong Siam menentang sebarang cubaan asing untukbertapak di Negeri-Negeri Melayu Utara. Jaminan ituterkandung dalam Perjanjian Rahsia pada April 1897.Dengan jaminan itu, Siam mula mengukuh cengkamannyake atas Negeri-Negeri Melayu Utara. Melalui dasar Thesaphiban, Siam memulakan reformasi pentadbiran diNegeri-Negeri Melayu Utara. Di bawah dasar ini, sistempemerintahan beraja Melayu akan diganti dengan sistemGabenur. Negeri-Negeri Melayu Patani, seperti Patani,Saiburi dan Jalor, menjadi sasaran utama sistem Thesaphiban. Raja-Raja Melayu Patani berusaha untukmempertahan pemerintahan beraja Melayu. Mereka telahmerayu kepada pihak berkuasa British di Singapura supayamenghalang kerajaan Siam daripada campur tangan dalamurusan pentadbiran negeri mereka. Mereka juga bersediauntuk mengangkat senjata menentang Siam dengansokongan kuasa-kuasa Eropah lain.Keadaan ini membimbangkan Frank Swettenham, GabenurNegeri-Negeri Selat. Sekiranya kekacauan berlaku di Patani,sudah pasti ia akan memberi peluang kepada kuasa-kuasaEropah lain, khususnya Jerman, untuk campurtangan diNegeri-Negeri Melayu Utara. Bagi Frank Swettenham,Negeri-Negeri Melayu Utara bukan tanah jajahan Siam tetapi
3

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Rosmi Chiiemumut liked this
Rozi Malim liked this
Shahul Hamid liked this
Nadzirah Nadzar liked this
patanifaktadanopini added this note
sebuah catatan sejarah yg berharga.. sejarah melambang identity, tanpa sejarah tanpa identity..
anieja liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->