Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Definisi Fonetik Dan Fonologi

Definisi Fonetik Dan Fonologi

Ratings: (0)|Views: 325|Likes:
Published by abhafiz
B.Melayu
B.Melayu

More info:

Published by: abhafiz on Apr 02, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
Definisi fonetik dan fonologi
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan inisememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah HjOmar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alatujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit danpita suara.Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secaraumumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.
Fonetik
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa(linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster‟s Collengiate Dictionary tenth edition
(1996:873), fonetik dikatakan sebagai
“the system of speech sounds of a language or group of languages”.
 Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkanoleh manusia untuk berkomunikasi. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksidan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 )
fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasamanusia”. Wa
lau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melaluitiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatorimenerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajarisegala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyibukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara
 
mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. FonetikPenerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnyabunyi ini.Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu:a) Fonetik Akustikb) Fonetik Artikulasic) Fonetik Auditoria) Fonetik AkustikFonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melaluikelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafazdari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun, norma-normamaknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasitersebut. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen(1986:116)
“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan.”
 
Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan makna “Ya”dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak” apabila perkataan tersebut dilafazkan
dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut:b) Fonetik ArtikulasiFonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatubunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi.Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapatdisentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialahalat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa.
 
Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangitlembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara sepertigigi atas dan lelangit keras.Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkanpenamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseranlelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya.c) Fonetik AuditoriFonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yangditerima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiranpendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitukelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi.Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soalselidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur.Deskripsi FonetikBagi memastikan bunyi-bunyi itu dapat didesktripsi, maka kita perlu mewujudkan bunyi-bunyitersebut sebagai unit-unit yang dapat dikaji. Ini dilakukan dengan mendengar rakaman bunyi-bunyi tadi dan kemudian mensegmen atau memenggal bunyi-bunyi tersebut kepada unit-unitterkecil. Pemenggalan bunyi dalam satu perkataan dapat dilakukan kerana bunyi tersebutadalah bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, ada masalah semasa mensegmen bunyi-bunyi,kerana bunyi bahasa dituturkan berterusan dan tidak terpisah-pisah. Kita perlulah mensegmenbunyi-bunyi bahasa itu sebaik mungkin. Hanya setelah bunyi-bunyi bahasa disegmen menjadiunit-unit bunyi, maka barulah kita dapat membuat deskripsinya. Bunyi bukan bahasa pula,walaupun dikeluarkan oleh mulut manusia tidak boleh dipenggalkan, seperti bunyi berdehem,mengeluh dan batuk. Bunyi ini tidak dapat dipenggalkan kerana ia bukan bunyi bahasa.Selain itu, walaupun bunyi yang dikeluarkan oleh mulut manusia dan didengar oleh manusiaadalah bersambung-sambung dan bertali arus. Manusia sejak dahulu lagi telah memenggalbunyi-bunyi ini kepada unit-
unit individu. Sebagai contoh, perkataan „makan‟ sebenarnya terdiridaripada lima urutan bunyi. Bunyi pertama diwakili oleh huruf „m‟, bunyi kedua diwakili olehhuruf „a‟, bunyi ketiga diwakili oleh huruf „k‟, bunyi keempat diwakili oleh huruf „a‟, dan bunyiyang terakhir diwakili oleh huruf „n‟.
 Sesuatu perkataan terdiri daripada satu aliran arus bunyi-bunyi dan terdapat hentian antarasatu perkataan dengan perkataan yang lain. Dengan lain perkataan, satu aliran arus bunyi

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->