You are on page 1of 21

Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan,

penilaian dan penutup. Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Untuk memahami konsep pengajaran Mikro, kita perlu memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu. Ini kerana, pengajaran Makro berkait rapat dengan pengajaran Mikro. Sebelum sesuatu pengajaran berlaku, guru hendaklah menyediakan rancangan pengajaran harian bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar.

7.1

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RPH merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). RPH ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang telah dirancang dalam P&P. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Hal ini juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. RPH yang dibina haruslah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Contoh RPH yang lengkap adalah seperti di bawah:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4

Mata Pelajaran Tahun Masa Bilangan Murid Tema Tajuk Hasil Pembelajaran Fokus Utama

: Bahasa Melayu :4 : 8.00 9.00 pagi (60 minit ) : 20 orang : Yang baik Dijadikan Tauladan : Pak Senik Insaf : : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul

Fokus Sampingan

: 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa. Aras 1 (ii) Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks

Objektif Pelajaran

: Pada akhir pelajaran murid dapat : i) Membaca tiga daripada empat perenggan teks cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul ii) Membaca tiga daripada lima dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul. iii) Melakonkan watak mengikut situasi dengan betul dan bersesuaian. iv) Menyusun peristiwa cerita daripada susunan yang salah kepada susunan yang betul.

Sistem Bahasa

: Tatabahasa Kosa Kata Kemahiran Bahasa

: Kata adjektif : bakhil, kedekut dan gembira : Kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Pengisian Kurikulum

: Ilmu Nilai Murni

- Sains dan Pendidikan Sivik - Bekerjasama, keyakinan,toleransi dan keberanian.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) 1. 2. 3. -

Kemahiran Berfikir : menjana idea Kecerdasan Pelbagai : linguistik dan interpersonal Kemahiran Belajar Cara Belajar : Kemahiran mendengar dengan berkesan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. (i) (ii) (iii) (iv) (v) Video Iklan LCD dan Komputer riba Teks Cerita Kad dialog Kad Main Peranan

Bahan Bantu Belajar (BBB)

Pengetahuan sedia ada

: i) ii)

Murid boleh membaca secara mekanis dan mentalis Murid pernah melihat lakonan sama ada secara langsung ataupun di televisyen.

Prosedur: Pelaksanaan Pelajaran dan Pembelajaran

Penyampaian / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran 1. Murid menjawab soalan guru. BBB

Catatan

Set Induksi (5 minit)

1. Guru memberi salam dan bertanya khabar. - Assalamualaikum - Apa khabar semua

- Video iklan - LCD - Komputer riba 2. Murid melihat tayangan iklan dan mengaitkan tajuk dengan isi pelajaran

3. Tayangan multimedia : Iklan Petronas

KBT: - Kecerdasan pelbagai. Nilai: - Kebebasan

4. Tajuk : Pak Senik Insaf

Langkah1 (10 minit)

1. Teks Cerita : Pak Senik Insaf (Lampiran 1)

1. Murid membaca teks cerita yang diberikan oleh guru dengan sebutan dan intonasi yang betul.

BBB : Teks Cerita KBT :

2. Guru memilih murid secara rawak untuk membaca.

Kecerdasan 2. Murid yang telah dipilih pelbagai. oleh guru secara rawak, akan membaca teks Nilai : cerita tersebut secara Tidak putus asa individu. 3. Murid akan membetulkan sebutan dan intonasi yang salah dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru.

3. Guru memberi tunjuk ajar dan bimbingan.

Langkah 2 (10 minit)

1. Bahagi murid kepada empat kumpulan: 2. Kumpulan Merah 3. Kumpulan Oren 4. Kumpulan Putih 5. Kumpulan Hijau 2. Teks cerita dan kad dialog. (Lampiran 2)

1. Murid mengikut arahan guru dan duduk di dalam kumpulan masing-masing.

BBB : - Teks Cerita - Kad dialog KBT : - Kecerdasan pelbagai. Teknik - Teater Pembaca Nilai : - Kerjasama - Toleransi

2. Setiap kumpulan akan diberikan satu teks cerita berserta dengan tiga atau empat kad dialog. 3. Murid mendengar penerangan guru berkenaan aktiviti yang hendak dijalankan. 4. Murid berbincang dan diberikan masa untuk menentukan siapa yang akan menjadi pembaca, dan siapa yang akan melakonkan watak.

3. Guru memberi penerangan dan bimbingan.

4. Perbincangan dalam kumpulan

Langkah 3 (20 minit)

1. Membaca dan melakonkan watak berdasarkan kad dialog. (Lampiran 3)

1. Setiap murid harus bersedia membaca dan melakonkan watak berdasarkan kad dialog yang diperoleh dalam langkah 2. 2. Murid akan diberikan kad main peranan sebagai tanda nama untuk memperkenalkan watak yang akan dilakonkan

BBB : - Teks Cerita - Kad dialog - Kad main peranan KBT : - Kecerdasan pelbagai. Teknik - Teater Pembaca

2. Kad main peranan (Lampiran 4) Mak Temah Gayah

3. Lakonan bergilir-gilir mengikut arahan guru.

3. Setiap kumpulan perlu membuat persembahan mengikut giliran masing-masing. 4. Murid membuat persembahan dengan bimbingan dan galakan daripada guru.

Nilai : - Kerjasama - Toleransi - Berani

4. Guru memberikan bimbingan dan galakan.

Langkah 4 (10 minit)

Pemulihan: 1. Guru membaca buku cerita Sang Kelembai 2. Membaca dan melakonkan watak Sang Kelembai 3. Buku cerita Sang Kelembai 1. Murid mendengar cerita Sang Kelembai yang disampaikan oleh guru. 2. Murid berlakon dengan menggunakan teks dialog yang ada dalam buku cerita. 3. Murid dibimbing membaca dialog menggunakan intonasi yang betul oleh guru. Pengayaan: 1. Lembaran kerja: Lampiran A 2. Contoh Kata Kerja: - memarahi - memasak - memikul - mengadu - menolong 3. Pembinaan ayat. 1. Murid diedarkan lembaran kerja. 2. Murid membina seberapa banyak kata kerja daripada hurufhuruf yang diberi. 3. Murid membina ayat daripada kata kerja tersebut.

BBB: Buku pop-up Sang Kelembai. Nilai : berani

BBB : Lembaran kerja KBT : Kemahiran Berfikir Nilai : Gigih

Penutup (5 minit)

1. Kognitif

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pelajaran hari ini. 2. Guru memberikan pujian dan motivasi kepada murid-murid

KBT : - Kecerdasan pelbagai. Nilai : - Menghargai

2. Sosial

Lampiran 1

Lampiran 1

Lampiran 2

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Senik. Kebun getahnya sangat luas. Haiwan ternakannya juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun berada, dia sangat kedekut. Haiwan ternakannya hanya diberikan sedikit makanan. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Haiwan-haiwannya berkata: Kambing : Apa lah nak jadi dengan aku? Pak Senik memberi aku makan sekali je sehari. Lembu : Wahai kambing, nasib kau sama seperti aku. Aku hanya diberi rumput yang layu. Sedangkan, aku bukannya kuda. : Sedih aku mendengar cerita kamu berdua. Kalau kamu semua hendak tahu, nasib aku sama seperti kalian. Aku diberi jagung hanya sekali sehari dan terpaksa berebut untuk memakannya. : Aku pun rasa sedih sangat ayam. Bila tiba waktu makan, lagilah aku bertambah sedih. Sepatutnya, aku geram dapat makan. Tapi ni sebaliknya pula

Ayam

Itik

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Pak Senik juga tidak pernah menyembelih haiwan ternakannya untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan masin. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin.

Lampiran 2

Pak Senik mempunyai seorang anak bernama Gayah dan pembantu rumahnya yang bernama Mak Temah. Suami Gayah bernama Dolah. Dolah tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil. Dolah merancang untuk menyembelih seekor kambing Pak Senik untuk dijadikan santapan kepada Pak Senik. Dolah mahu Pak Senik insaf. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Dolah : Gayah, saya mahu awak pilih seekor kambing bapak untuk disembelih. Saya mahu kambing itu dijadikan santapan untuk bapak. : Apa bang? Abang mahu sembelih kambing bapak? Jangan buat begitu abang, saya takut bangtak mahulah saya, bapak tentu marah nanti.

Gayah

Mak Temah : Betul kata Gayah itu Dolah. Saya takut Pak Senik mengamuk nanti. Habislah kita kalau Pak Senik mengamuk. Takutlah saya nak melihat Pak Senik mengamuk. Dolah : Gayah dan Mak Temah jangan risau. Saya tahu apa yang saya lakukan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Dolah nekad untuk menyembelih kambing Pak Senik tanpa pengetahuannya. Dolah bermuafakat dengan Gayah dan Mak Temah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik. Dolah dan Gayah telah menjemput Pak Senik ke rumah mereka.

Lampiran 2

Pada hari tersebut, Mak Temah telah disuruh oleh Gayah untuk memasak gulai kambing yang sangat lazat supaya Pak Senik berasa gembira dengan masakan itu. Setelah masakan itu dihidangkan, Pak Senik pun makan dengan selera sekali. Pak Senik merasa gembira kerana dapat menikmati makanan kegemarannya. Dolah, Gayah dan Mak Temah pula hanya melihat Pak Senik makan di hujung meja. Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Gayah : Mak temah, tolong masakkan gulai kambing ini dengan enak ya? Saya mahu bapak gembira apabila makan gulai kambing ini nanti Baiklah, nanti Mak Temah masakkan ye nak. Jangan risau, semua resipi yang sedap ada dalam tangan Mak Temah. Maklumlah, Mak Temah kan pernah bekerja di restoran dulu. Mak Temah harus menjaga rasa gulai kambing tersebut agar Bapak tidak teringat tentang kambingnya yang telah kita sembelih itu.

Mak Temah :

Dolah

Setelah masakan siap dihidang. Pak Senik : Wah! sedap sungguh gulai kambing, terasa seperti berada dalam syurga. Gembira betul bila dapat makan makanan selazat ini

Lampiran 2

Selepas Pak Senik selesai makan gulai kambing itu, Pak Senik berasa hairan dan bertanya kepada Gayah dari mana mereka mendapat daging kambing itu. Gayah yang mendengar pertanyaan itu terketar-ketar dan tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan bapanya itu. Dolah suaminya pula dengan selamba menjawab bahawa kambing itu merupakan kambing ayahnya sendiri. Pak Senik merasa amat marah dan tiba-tiba naik angin. Pak Senik telah menyuruh mereka mengganti rugi kambing itu. Namun, Dolah menjawab bahawa mereka tidak harus mengganti rugi kambing itu kerana mereka tidak makan kambing itu, Pak Senik terdiam. Gayah segera menasihati bapanya dengan suara yang lembut. Akhirnya, Pak Senik insaf. Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Pak Senik Gayah Dolah : Dari mana kamu dapat daging kambing ni, Gayah? : Emmsese..bebebenarnya. : Sebenarnya, saya sembelih seekor kambing bapak. Maafkan saya bapak. : Apa dia!? Jika begitu kamu harus mengganti rugi kambing tersebut! Berani kamu menyembelih kambing bapak?! :Tetapi kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami harus. menggantinya? :Bapak, umur bapak sudah lanjut. Harta ayah banyak, kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan rezeki ayah.

Pak Senik

Dolah

Gayah

Akhirnya, Pak Senik insaf.

Lampiran 3

Kad Dialog

WATAK AYAM

Sedih aku mendengar cerita kamu


berdua. Kalau kamu semua hendak tahu, nasib aku sama seperti kalian. Aku diberi jagung hanya sekali sehari dan terpaksa berebut untuk memakannya.

WATAK LEMBU

Wahai kambing, nasib kau sama seperti


aku. Aku hanya diberi rumput yang layu. Sedangkan, aku bukannya kuda,

WATAK KAMBING

Apa lah nak jadi dengan aku? Pak Senik memberi aku makan sekali je sehari .

WATAK GAYAH

Mak temah, tolong masakkan gulai kambing ini dengan enak ya? Saya mahu bapak gembira apabila makan gulai kambing ini nanti .
WATAK MAK TEMAH

Baiklah, nanti Mak Temah masakkan ye nak. Jangan risau, semua resipi yang sedap ada dalam tangan Mak Temah. Maklumlah, Mak Temah kan pernah bekerja di restoran dulu,
WATAK DOLAH

Mak Temah harus menjaga rasa gulai kambing tersebut agar bapak tidak teringat tentang kambingnya yang kite sembelih itu .

WATAK DOLAH

Sebenarnya, saya sembelih seekor kambing bapak. Maafkan saya bapak,


WATAK DOLAH

Tetapi kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami harus menggantinya?,

WATAK DOLAH

Bapak, umur bapak sudah lanjut. Harta bapak banyak. Kalau bapak murah hati dan suka bersedekah tentu orang kampung menghormati bapak. Tuhan juga menggandakan rezeki bapak,

WATAK DOLAH

Gayah, saya mahu awak pilih seekor kambing bapak untuk disembelih. Saya mahu kambing itu dijadikan santapan untuk bapak,

WATAK GAYAH

Apa bang? Abang mahu sembelih kambing bapak? Jangan buat begitu abang, saya takut bangtak mahulah saya, bapak tentu marah nanti ,
WATAK MAK TEMAH

Betul kata Gayah tu Dolah. Saya takut Pak Senik mengamuk nanti. Habislah kita kalau Pak Senik mengamuk. Takutlah saya nak melihat Pak Senik mengamuk ,
WATAK DOLAH

Gayah dan Mak Temah jangan risau. Saya tahu apa yang saya lakukan,

WATAK PAK SENIK

Wah! Sedap sungguh gulai kambing ini. Terasa seperti dalam syurga. Gembira betul bila dapat makan makanan selazat ini ,
WATAK PAK SENIK

Apa dia!? Jika begitu kamu harus mengganti rugi kambing tersebut! Berani kamu menyembelih kambing bapak?! ,
WATAK PAK SENIK

Dari mana kamu dapat daging kambing ini Gayah?.


WATAK GAYAH

Emmsese.bebebenarnya.,

Lampiran 4 Kad Main Peranan

GAYAH DOLAH MAK TEMAH PAK SENIK AYAM

KAMBING LEMBU ITIK

Lampiran 5

Pak Senik sangat marah dan menyuruh menantunya menggantikan kambing yang telah disembelih Pak Senik sangat kedekut walaupun dia berada Anak dan menantunya tidak suka sikap Pak Senik yang kedekut Dia mempunyai harta yang banyak

Mereka membuat rancangan untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik


Pak Senik orang berada

Dolah menyembelih seekor kambing Pak Senik untuk dimakan

You might also like