You are on page 1of 10

firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang

yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Berdasarkan maksud ayat ini jelaslah kepada kita hanya orang yang membaca dapat menambah ilmu serta dapat menggunakan ilmu tersebut untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Sumber : Kepentingan Membaca Ann Quindlen dalam bukunya How Reading Changing My-Life (1998): Saya percaya membaca pelbagai karya orang luar akan mengajar kita untuk mengetahui, menghayati dan mentafsir pengalaman orang lain dan hal ini menjadikan saya menemui mutiara-mutiara baru dalam kehidupan saya.

Sumber : Kepentingan Membaca Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pernah menyebut bahawa Tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini adalah menulis

sebuah buku kerana sebuah buku dapat kekal lama selepas kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia. Sememangnya membaca itu dapat

Sumber : Kepentingan MembacaMembaca mempunyai perkaitan yang cukup rapat dengan budaya Ilmu dan kewajipan untuk menuntut ilmu. Sesungguhnya kewajipan menuntut ilmu ini tidak hanya difokuskan kepada para pelajar sahaja tetapi kepada seluruh umat manusia kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Jika diteliti, baharulah kita menyedari bahawa menuntut ilmu ini jika semakin didalami, didapati semakin banyak pula yang tidak diketahui. Ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud Sekiranya lautan menjadi tinta untuk melukiskan kalimat-kalimat Allah S.W.T nescaya tinta itu akan habis sebelum selesai ditulis kalimat-kalimat itu. Ini jelas menunjukkan yang ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia terutamanya ketika semua pihak sedang bersaing untuk mencari ilmu yang berkualiti bagi pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa.

Sumber : Kepentingan Membaca Ibnu Khaldun dalam bukunya Mukadimah pernah berkata bahawa Kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa tersebut.

Sumber : Kepentingan Membaca mencapai tahap Negara maju mengikut acuan tersendiri menjelang tahun 2020. Segalanya bermula dengan kalimah MEMBACA !.

Sumber : Kepentingan Membaca Dewasa ini,terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di pasaran sama ada di dalam atau dari luar negara.Antara contoh-contoh bahan bacaan yang terdapat di pasaran ialah surat khabar,majalah,komik dan sebagainya.Bahan bacaan ini boleh didapati di kedai-kedai buku.

Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri.Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan sosial.Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa boleh membelikan bahanbahan ilmiah serti Dewan Pelajar,Al-Risalah dan sebagainya bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Hal ini, dapat mereka jadikan sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,lumba haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan sebagainya.Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang akan merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.

Di samping itu juga, seseorang itu dapat mendalami sesuatu isu dengan lebih mendalam apabila membuat rujukan sama ada untuk kertas kerja atau sebaliknya.Bahan bacaan baleh didapati dalam pelbagai versi bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan sebagainya.Pembaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui pembacaan tersebut.

Oleh itu,membaca memberikan pelbagai faedah yang amat berguna.Jadikan membaca sebagai amalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dapat menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat, negara dan bangsa

Tidak salah satu kebaikkan dan peringatan terus diulang untuk perkongsiaan bukan? Di sini beberapa faedah atau kepentingan yang kita boleh perolehi dengan membaca;

1. Ilmu Baru - Tukang masak yang jika beliau ingin mencuba masakan yang baru, sama ada dengan merasa masakan seseorang, mereka juga akan membaca buku-buku resepi yang dikeluarkan oleh mungkin chef yang terkenal. Ini menambahkan ilmu baru kepada mereka disamping dapat menambahkan "skill" memasak mereka menjadi lebih baik daripada yang biasa.

2. Pengalaman - Penulis tidak mungkin hanya akan memikirkan untuk melariskan buku jualan mereka. Tapi mereka juga akan menceritakan pengalaman mereka kepada pembacanya. Kebaikkannya, dengan mempelajari pengalaman daripada sesiapa pun, kita dapat mengurangkan sesuatu risiko dalam menghadapi kehidupan seharian. jadikan pengalaman mereka sebagai pengalaman kita sendiri dan kita dapat mengelakkan keperitan yang pernah mereka rasai.

3. Perbandingan dan Idea - Mendapatkan bahan bacaan yang baik adalah perlu dalam mencipta sesuatu yang baru. Masih teringat saya sendiri

semasa membuat Thesis. Perkara pertama yang dilakukan untuk mendapatkan idea adalah dengan membuat perbandingan penulisan jurnal tentang sesuatu topik untuk melahirkan sesuatu yang baru. Menambahbaik atau mencipta sesuatu lain dari yang lain memerlukan kita untuk terus membaca dan menbaca!

4. Menyelesaikan Masalah - Pernahkah lalui pengalaman dibawah?

Abang : Huh! Komputer baru ni tak boleh "on"! apa masalah ni? Mari abang cuba tengok (sambil tekan-tekan) Adik : Ohh...Abang salah tekan rupanya... Abang : Macam mana Adik tahu? Adik : Adik baca manualnya :-) Abang : ...

Pernah berlaku? Mungkin ada yang akan mengatakan ya. Itu mungkin salah satu antara contoh masalah kecil yang diselesaikan dengan membaca. Jadi, untuk mengelakkan masalah atau mencuba dalam menyelesaikan masalah, pasti akan ada yang menulis tentang perkara yang sama untuk kita ambil dan pelajarinya. Tapi, haruslah dibaca dan ditelaah isinya.

5. Ketahui Perjalanan atau Isu Semasa - Masa kini, perjalanan berita yang kita ketahui semakin pantas. Terima kasih atas bantuan internet yang kini membolehkan kita mengetahui bukan sahaja berita setempat, tapi seluruh pelusuk dunia. Justeru, dengan membaca kita akan lebih cepat memahami dan mengetahui apakah yang sedang berlaku. Tidak mungkin kita akan terus berada dalam tempurung selamanya bukan.

Selesakah diri kita bila diumpamakan seperti "Katak Bawah Tempurung"? Jadi mulai sekarang bebaskan diri dengan membaca.

6. Mengajar Disiplin Diri - Membaca ada kalanya membosankan apabila kita terpaksa pergi

menelaah satu ke satu perenggan untuk memahami kandungan yang dibincangkan. Tapi, membaca mengajar kita untuk terus sentiasa fokus dan berdisiplin dalam mendapatkan sesuatu. Jika kita membaca dengan melangkah dari datu perenggan ke satu perenggan lain, ia menyebabkan tidak fokus. Tidak fokus bermakna tidak berjaya mendisiplinkan diri. Mulai sekarang Disiplinkan diri sendiri dengan membaca.

7. Menambah Kebijaksanaan - Membaca menguatkan pemikiran, mengalakkan pemikiran kreatif, analitik dan kritikal. Membaca membolehkan kita membuat keputusan yang lebih baik dan mengurangkan kesalahan dalam menilai kerana otak yang sentiasa berfikir dan aktif. Membaca membuatkan pemikiran sentiasa tajam walaupun dikala usia yang meningkat.

Saya sendiri pernah terbaca satu ayat yang mengatakan pengalaman menambah kepantasan kita untuk membuat keputusan kepada sesuatu masalah namun dengan pengetahuan daripada membaca menambahkan kebijaksanaan dalam sesuatu keputusan.

Banyak bahan yang boleh kita dapati untuk membaca sekarang. Bahan bacaan juga pada masa kini menjadi semakin mudah untuk didapati. Terima kasih kepada dunia komunikasi tanpa sempadan sekarang. Ada juga bahan bacaan berkualiti boleh didapatkan secara percuma. Tapi, apa yang menyedihkan, dikalangan kita, berapa ramaikah yang menjadikan membaca sebagai satu tabiat untuk mengisi masa lapang? http://i-thinkof.blogspot.com/2012/03/7-kebaikkan-yangboleh-didapati-dengan.html http://kebaikanmembaca.blogspot.com/ www.xpresi.org/kepentingan-membaca

Membaca dapat menyuburkan akal seperti hujan dapat menyuburkan tanaman. Membaca ialah penghubung antara kita dan ilmu. Ilmu itulah yang membentuk keperibadian kita.

You might also like