You are on page 1of 2

Ucapan pengerusi persatuan belia dalam majlis penyerahan anak angkat oleh wakil rakyat sempena program khidmat

masyarakat siswa IPG KSAH. MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT OLEH WAKIL RAKYAT KUALA MUDA SEMPENA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SISWA IPG KSAH

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN BELIA Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis. Yang Berhormat Encik Salahuddin bin Rasul, wakil rakyat Daerah Kuala Muda. Yang Berusaha Encik Ranjit Singh Gill, Pengarah IPG KSAH, Yang dihormati, Tuan Haji Hussin bin Yusof, Timbalan Pengarah IPG KSAH, pensyarah-pensyarah, guru-guru pelatih dari IPG KSAH dan penduduk-penduduk Kampung Seri Wangi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. 1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama hadir ke majlis penyerahan anak angkat oleh wakil rakyat Kuala Muda sempena program khidmat masyarakat siswa IPG KSAH. Terlebih dahulu, saya amat berbesar hati dan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Encik Salahuddin bin Rasul, wakil rakyat Daerah Kuala Muda di atas kesudian beliau untuk hadir bersama-sama meraikan majlis ini. Walaupun beliau amat sibuk dengan tugas-tugas beliau, namun beliau sudi meluangkan masa bersama-sama kita untuk meraikan majlis penyerahan anak angkat sempena program khidmat masyarakat siswa IPG KSAH ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pihak warga IPG KSAH kerana memilih Kampung Seri Wangi ini untuk melaksanakan program yang julung-julung kali diadakan ini. Hadirin dan hadirat yang saya hormati, 2. Tujuan program khidmat masyarakat siswa IPG KSAH ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga guru-guru pelatih IPG KSAH

dengan penduduk-penduduk Kampung Seri Wangi ini. Hal ini kerana guru-guru pelatih IPG KSAH ini sesungguhnya orang yang berpendidikan dan bakal menjadi guru pada satu hari nanti. Oleh itu, semestinya para guru-guru pelatih ini akan berdamping dan berinteraksi dengan masyarakat luar dengan lebih kerap. Dengan melalui program seumpama ini, guruguru pelatih sekalian akan mampu untuk berdamping dan berinteraksi dengan masyarakat luar dengan lebih berani dan yakin. 3. Selain itu, tujuan program ini dianjurkan juga adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada guru-guru pelatih sekalian agar dapat meningkatkan keyakinan dan jati diri masing-masing. Program yang dianjurkan ini sangatlah bermakna dan mampu memberi impak yang positif kepada guru-guru pelatih sekalian agar dapat membina keyakinan dan kekuatan diri untuk berdamping dengan masyarakat luar pada satu hari nanti. Dengan komitmen yang tinggi daripada semua pihak, saya amat berharap program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, 4. Akhir kata, izinkan saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada penduduk-penduduk Kampung Seri Wangi ini kerana sudi untuk menerima anak angkat yang terdiri daripada guru-guru pelatih IPG KSAH dengan hati yang terbuka. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak khususnya kepada penduduk Kampung Seri Wangi ini amatlah dialu-alukan dan dihargai. Sebelum mengundurkan diri, saya amatlah berharap program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya serta mampu untuk mendidik guru-guru pelatih sekalian untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat pada satu hari nanti. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like