You are on page 1of 11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Soalan A: Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian bincangkan kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling ? Pendapat Tokoh-Tokoh: Albert Ellis (REBT) When people emote they also think and action. When they act, they also think and emote. When they think, they also emote and act. To understand self defeating behavior, one must understand how a person feels, thinks, perceives and act (Ellis, 1973) Menurut teori REBT, permasalahan yang berlaku adalah berpunca dari pemikiran manusia dan sistem-sistem kepercayaan Pendekatan baru bersifat action-oriented Manusia berupaya bertindak rasional (positif) dan tidak rasional (negatif) 1. Teori REBT menekankan pendekatan kognitif dan percaya masalah berpunca daripada pemikiran yang tidak rasional yang menjadi sistem kepercayaan. 2. Untuk menjadi manusia yang berfungsi dengan berkesan dan sempurna, mesti bebas dari pemikiran yang tidak rasional kepada rasional. Sigmund Freud (1856-1939) Teori Psikodinamik Beliau berpendapat perkembangan personality manusia terdiri daripada tiga komponen, iaitu id, ego dan super ego. Menurut beliau, minda manusia mengandungi kesedaran di dalam tiga peringkat alam, iaitu peringkat alam sedar, prasedar dan tidak sedar.Manusia bermasalah kerana tidak berupaya mengawal kehendak id, ego dan superego. Maka terjadilah konflik dalaman. Disinilah terjadinya helah bela diri untuk menyelesaikan konflik tersebut. Alfred Alder (1870-1951) Teori Psikologi Individu Beliau berpendapat tingkahlaku individu adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti soaial, keluarga dan persekitaran. Beliau mengamalkan pendekatan holisticsocioteleologikal. Individu yang memperolehi nilai dan kepentingan sosial ialah: (a) Melayan

11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

orang lain sebagai kedudukan sosial yang samarata. (b) Merasa sama kedudukan dengan orang lain. (c) Berorintasi kepada kerja. (d) Bertingkahlaku mengikut norma dan atas permintaan keadaan. (e) Memperolehi perasaan sebagai ahli masyarakat dan integrasi dirinya dalam interaksi sosial. Carl Rogers (1902-1987) Pendekatan Humanistik Roger menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk mengurus diri secara berkesan dalam kehidupan serta berupaya menaggani pelbagai masalah yang berlaku. Sumber bakat individu itu kadangkala dikaburi, dilupai atau dinafikan. Beliau percaya jika ada syarat dan peluang yang kondusif, individu itu akan dapat menuju ke arah diri serta mencapai uatonomi. Syarat asas kejayaan kaunseling berpusatan klien ialah (a) Empati. (b) Penerimaan tanpa syarat. (c) Kongruen. Kepentingan teori-teori kaunseling kepada kaunselor ialah: (a) Teori dijadikan panduan oleh pengamal kaunseling untuk membuat rancangan dan persediaan sebelum, semasa dan selepas menjalankan proses kaunseling. (b) Teori juga memberi fokus kepada kaunselor apa yang hendak dilakukannya terhadap kliennya. Dengan ini teori membantu kaunselor mengamalkan tugas sebagai kaunselor dengan sistematik dan professional. (c) Menolong kaunselor untuk memahami permasalahan yang dihadapi oleh klien. Kaunselor dapat membantu klien dengan dengan menggunakan kaedah yang terdapat dalam teori kaunseling yang telah terbukti keberkesanannya. (d) Teori penting kerana ia memberi erti, keyakinan dan halatuju kepada kaunselor. Fungsi Teori (a) Teori digunakan untuk menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian. (b) Untuk menguasai dan mengawal keadaan tertentu.

11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

(c) Untuk membuat sesuatu ramalan. Apakah kemungkinan-kemungkinan penyebab sesuatu peristiwa itu terjadi. Contoh-Contoh Kepentingan dan Kegunaan Teori Dalam Kaunseling 1. Jika diambil satu teori yang mengatakan bahawa setiap tingkah laku yang mendapat peneguhan akan berulang, kita boleh gunakan teori ini untuk memberi penjelasan, menguasai keadaan dan membuat ramalan. Misalnya, untuk membuat penjelasan mengapa seorang murid itu suka membaca buku ? Kita boleh menjelaskan bahawa remaja itu mungkin telah mendapat pujian daripada ibu bapanya atau gurunya kerana suka membaca buku. (penerangan) 2. Kebanyakan teori mengkehendaki kita memberi peneguhan. Kita boleh memberi sebanyak mungkin peneguhan kepada murid yang menunjukkan keinginan untuk melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh (menguasai atau menggalak). 3. Seorang guru yang selalu memberi pujian atau komen positif terhadap muridnya yang suka membaca dan mengulangkaji selepas habis sesi rasmi persekolahan dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Kita boleh membuat ramalan bahawa murid yang mendapat komen positif (peneguhan) dari gurunya akan meneruskan tabiat suka membaca dan mengulangkaji (ramalan).

11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Soalan 2: Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri. Berdasarkan pernyataan ini jelaskan komponen-komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme. Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah

perkembangannya yang tersendiri. Sejarah pendekatan ketingkahlakuan dalam kaunseling bermula daripada tiga komponen. Komponen pertama ialah wujudnya prinsip pelaziman klasik, komponen kedua ialah pelaziman operand an komponen yang ketiga pula ialah terapi tingkahlaku kognitif. A) Komponen Pertama Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman klasik, atau kadang-kadang disebut juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960), dan Hull (1943). Dalam sebuah kajian, John B. Watson (1920) telah menggunakan prinsip Pavlov, iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takuntukan kepada tikus putih, kapas putih dan rambut Watson yang putih. Dalam eksperimen tersebut, Watson menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng yang kuat), yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkan respon terlazim (terperanjat dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran. Rajah dibawah menunjukkan Prinsip Pembelajaran Pelaziman Klasikal. Pendekatan ini telah dibuat oleh Wolpe secara besarbesaran (1954;1958;1961) apabila beliau memperkenalkan teknik systematic desensitization. Bunyi loceng kuat (ransangan tak terlazim)
DIGANDINGKAN

Terperanjat dan rasa takut (respon tak terlazim)

11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Rasa takut Tikus putih B) Komponen Kedua (ransangan terlazim) (respon terlazim)

Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B. F. Skinner (1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Peneguhan negatif juga menguatkan ulangan sesuatu tingkah laku. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkan bunyi loceng yang kuat setiap kali tikus menekan palang. Tikus akan kerap menekan palang apabila bunyi loceng dihilangkan secara beransur. Hukuman dan pelupusan mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah menambahkan ransangan yang menyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti dikenakan kejutan elektrik selepas menghisap rokok. Pelupusan ialah untuk mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap. Untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon pada orang yang menyampuk. Penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku seseorang dinamakan teknik modifikasi tingkah laku atau behaviour modification. Dari segi pelaksanaan, teknik ini kadang-kadang disamakan dengan teknik terapi ketingkahlakuan. Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atas individu atau terhadap satu kumpulan kecil. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana tingkah laku operan berfungsi. Kebarangkalian berulangnya tingkahlaku operan yang diingini atau tidak diingini ditambah.

Tingkah laku operan

Peneguhan positif

Peneguhan negetif 11

Kebarangkalian berulangnya tingkahlaku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimulasi yang menganggu.

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

C) Komponen Ketiga Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau cognitive behaviour therapy. Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran yang berbeza, iaitu satu pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja, dan yang satu lagi berunsurkan kognitif. Kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif ketingkahlakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. Proses pemikiran itu adalah proses kognitif. Dengan menggabungkan kedua-dua teori di atas (Teori pelaziman klasik dan Teori pelaziman operan) maka wujudlah terapi tingkah laku kognitif. Teori REBT (Terap Rasional Emotif Behavioral) dipelapori oleh Albert Ellis mengandungi kesemua tiga komponen utama, iaitu: kognitif, emotif dan behavioural yang berkait rapat dengan pengalaman manusia. Beliau memperkenalkan konsep ABC. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana menghuraikan sekuen peristiwa yang membawa gangguan psikologikal manusia. Model Peristiwa

A (Activating)

Peristiwa diaktifkan. Gangguan emosi ditimbulkan

B (Belief)

Percayaan peristiwa berlaku. Percayaan rasional/tak rasional

C (Consequences) 11

Akibat

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Tingkah laku emotif dan behavioral Soalan 3 : Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme, nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku maladaptif dipelajari? Seterusnya terangkan bagaimana anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teori kaunseling behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah laku maladaptif ini. Tingkah laku maladaptif ialah perlakuan yang diluar norma atau nilai yang tidak boleh diterima masyarakat. Tingkah laku maladaptif ini lebih dikenali sebagai perlakuan atau perbuatan sama ada dari segi perlakuan dan percakapan yang berunsur negetif dan tidak boleh diterima oleh masyarakat. Tingkah laku ini boleh dipelajari dari proses peniruan ataupun didikan serta latihan yang diberikan sama ada secara langsuang ataupun sebaliknya. Bandura (1965, 1973) telah membuat kajian bahawa kanak-kanak boleh berkelakuan agresif dengan hanya melihat orang lain bertingkah laku agresif. Beliau mengumpulkan beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan dan menayangkan filem bertingkah laku agresif. Kanak-kanak tersebut dipecahkan kepada tiga kumpulan. Hasil daripada kajian tersebut, Bandura mendapati bahawa semua kanak-kanak meniru tingkah laku agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Pembelajaran melalui proses pemerhatian merupakan pembentukan asas terjadinya tingkah laku manusia. Jelaslah disini bahawa faktor persekitaran yang menyebabkan seseorang individu itu bertingkahlaku maladaptif. Kita tahu bahawa tingkah laku maladaptif ini tidak disukai oleh semua masyarakat. Tetapi kenapa masih ramai individu yang suka mengamalkan tingkah laku maladaptif ini. Salah satu sebabnya ialah mereka merasa bangga dan seronok kerana mendapat perhatian daripada masyarakat sekeliling. Faktor-faktor yang menyebabkan manusia bertingkah laku bermasalah yang telah dikenalpasti ialah factor biologi, makanan, psikologi, pembelajaran dan psikososial. 1) Faktor Biologi: 11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Adalah berkaitan rapat dengan gen atau hormone yang tidak berfungsi normal. Misalnya kerosakan gen, kromosom yang berlebihan boleh menyebabkan individu tersebut tidak dapat mengawal emosi dan perlakuannya yang normal sehingga menimbulkan tingkah laku bermasalah. 2) Faktor Makanan: Makanan tidak seimbang boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan seseorang akan membawa kesan yang buruk terhadap tingkah lakunya dalam proses interaksi khasnya di dalam bilik darjah. Kekurangan makanan menyebabkan pelajar kekurangan tenaga untuk menunpukan perhatian, serta menimbulkan emosi kerunsingan dan jika tidak dikawal akam menimbulkan tingkah laku bermasalah. 3) Faktor Psikologi: Merujuk kepada konflik jiwa individu yang tidak disedari, misalnya peristiwa pahi, sedih, ngeri yang dialami dan terpendam dalam jiwanya akan mencetuskan tingkah laku bermasalah yang tidak diinggini. 4) Faktor Pembelajaran: Merujuk kepada bahan atau aktiviti yang kurang sesuai dipelajari oleh seseorang individu. Kewujudan tingkahlaku bermasalah adalah kerana seseorang itu kurang mampu mengadaptasi dan mengakomodasikan struktur negetifnya untuk mempelajari sesuatu yang dianggap terlalu sukar atau komplek. 5) Faktor Psikososial: Merujuk kepada sesuatu trauma yang sengit dalam masa lampau yang dialami oleh seseorang, kemudian membawa kesan yang buruk terhadap tingkah lakunya. Trauma sengit ini menyebabkan individu berkenaan bertindak dengan tingkah laku yang tidak normal mengikut nilai dan normal masyarakat. Berikut ialah contoh-contoh tingkah laku maladaptif. 1) Masalah merokok. 2) Masalah penyalahgunaan inhalan. 3) Vandalisme. 4) Masalah peras ugut. 11 5) Ponteng sekolah. 6) Mencuri 7) Merempit. 8) Mencabul.

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

9) Membunuh.

10) Menipu.

Terdapat pelbagai strategi dan kaedah dalam teori-teori kaunseling yang boleh digunakan oleh guru atau kaunselor bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah laku maladaptif ini. Kaunselor boleh membantu klien dengan menjalan sesi bimbingan dan sesi kaunseling. Boleh juga dilaksanakan secara individu dan kelompok. Kaunselor boleh menggunakan tiga kaedah yang terdapat dalam teori rasional-emotif tingkahlaku iaitu: a) Kaedah Kognitif: 1. Mempertikaikan idea yang tidak rasiona: mencabar idea-idea yang tidak rasional dengan bertanya soalan-soalan. Contohnya, Apa bukti kepada kepercayaan anda?, Di mana ditulis penyataan yang menyatakan anda tidak mampu berubah? Perkataan seperti mesti, sepatutnya, seharusnya perlu dipersoalkan supaya klien akhirnya boleh bertanya soalan kepada diri sendiri. Jika hidup tidak menjadi seperti apa yang saya harapkan, ia bukanlah dahsyat sangat, Cuma saya rasa kurang selesa. 2. Kerja rumah kognitif: Klien diharapkan membuat senarai masalah yang dihadapi, lihat kepercayaannya dan pertikaikan kepercayaan tersebut. Klien diletakkan did lam situasi mengambil risiko yang boleh membenarkan mereka mencabar kepercayaan yang mengehadkan kepercayaan diri sendiri. Klien disuruh mengantikan penyataan kendiri yang negative seperti saya akan gagal, saya akan kelihatan seperti orang bodoh, tidak akan ada orang yang akan suka kepada saya kepada penyataan yang lebih positif seperti walaupun saya bertindak bodoh pada sesuatu ketika, ini tidak menjadikan saya seorang yang bodoh. Dengan cara ini klien belajar menanggani kebimbangan dan dapat mencabar pemikiran tidak rasional. 3. Menukar penggunaan bahasa seseorang: Klien belajar perkataan mesti, sepatutnya dan seharusnya boleh diganti dengan perkataan lebih suka.

11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

4. Menggunakan unsur kecindan: REBT percaya bahawa gangguan emosi adalah kesan seseorang terlalu serius tentang sesuatu perkara hingga hilang unsur kecerian dalam hidup. b) Kaedah Emosi: 1. Rasional-emotif imageri: Satu bentuk latihan mental direkabentuk untuk membina corak emosi baru. Klien membayangkan diri mereka sedang berfikir, merasakan dan bertingkahlaku seperti apa yang ia fikirkan, ia rasakan dan yang ia lakukan. 2. Main peranan: Klien boleh mencuba sesuatu tingkahlaku atau melakukan apa yang ia rasa dalam sesuatu situasi. Kaunselor mencelah untuk menunjukkan kepada klien apa yang ia katakana kepada dirinya selalu menganggu hidupnya dan apa yang ia boleh buat untuk mengubahnya daripada perasaan yang rasional kepada yang lebih rasional. 3. Menggunakan tenaga: Kita boleh menggunakan kuasa dan tenaga sebagai satu cara untuk menolong klien bergerak daripada celik akal intelektual kepada celik akal emosi. c) Kaedah tingkahlaku: Menggunakan pelaziman operan, prinsip pengurusan kendiri, teknik bertenang, latihsn asertif dan modeling. Apabila seseorang yang melakukan tingkah laku maladaptif ini dapat berfikir secara rasional. Maka, dia akan dapat berfikir secara waras dalam menentukan sama ada tindakan yang akan dilakukan atau sedang dilakukannya itu memberi kesan positif atau negetif kepada dirinya, keluarganya ataupun masyarakat di sekelilingnya.

11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI 781027 09 5025 OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

RUJUKAN: Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling: Teori-Teori Kaunseling. Selangor:Penerbitan Multimedia Sabariah Saron (n.d). Teori kaunseling & Psikoterapi:Teori Tingkahlaku. Pearson Prentice Hall Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3:Tingkahlaku Bermasalah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Ee Ah Meng (n.d). Bimbingan dan Kaunseling III(Semester V):Langkah-Langkah Mengenalpasti dan Mengatasi Masalah Disiplin. Fajar Bakti Jas Laili & Suzana Jaafar (1996). Psikologi Perkembangan:Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Selangor:Percetkan Dewan Bahasa dan Pustaka Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling: Orintasi Pencegahan dan Pemulihan. Selangor:Penerbitan Multimedia Mok Soon Sang (n.d). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1&2)Psikoligo Pendidikan&Pedagogi. Kumpulan Budiman

11

You might also like