You are on page 1of 8

3.

Isu

Kesesakan Bangsa-Bangsa Bersatu mencadangkan supaya bilangan penghuni per bilik digunakan sebagai indeks kesesakan dan menganggap tiga orang per bilik sebagai had terendah untuk menunjukkan kesesakan. Bilik-bilik ditakrifkan sebagai merangkumi ruang tamu dan juga bilikbilik tidur. Masalah kesesakan muncul apabila tiba waktu tidur. Ketika ini kekurangan bilik-bilik tidak amat terasa. Masalah kesesakan lalu lintas juga berlaku di kawasan perumahan terutamanya yang terletak di bandar. Situasi ini sering berlaku pada hujung minggu. Hal ini kerana kebanyakan penduduk bandar mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk bersenam dan juga membawa keluarga berjalan-jalan ke kawasan taman awam. Apabila kawasan awam ini menjadi tumpuan penduduk pada hujung minggu maka kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan taman awam tersebut akibat limpahan kereta yang berpusu-pusu ke taman awam. Kebiasaannya kesesakan lalu lintas di bandar berlaku pada waktu puncak iaitu pada waktu penduduk pergi dan balik kerja sahaja tetapi situasi ini berubah pada hari minggu kebanyakan penduduk tertumpu kepada kawasan rekriasi seperti taman awam untuk mencari ketenangan dan bersenam. Kesesakan lalu lintas ini seakan-akan menjadi tren di bandar besar seperti Kuala Lumpur kerana kehidupan masyarakat ibu kota sentiasa sibuk dan pada hujung minggu pulang untuk berehat digunakan sepenuhnya untuk mengunjungi kawasan rekreasi seperti taman awam. Tanah Tanah adalah satu factor penghalang kepada perlaksanaan program perumahan awam yang teratur dan licin di Negara ini. Ini adalah disebabkan oleh pola pemilikan tanah, di mana tanah di kawasan bandar adalah milikan individu. Tanah-tanah kerajaan adalah sangat kurang. Berhadapan dengan batasan ini, kerajaan terpaksa memilih kawasan-kawasan yang kurang sesuai untuk dijadikan tapak perumahan. Keadaan ini akan terus dihadapi kalaulah satu perancangan jangka panjang tidak dimulakan dari sekarang.

Penawaran Satu isu pokok yang merupakan satu masalah penting bagi perumahan awam adalah penawaran yang terhad, manakala permintaan terhadapnya adalah tinggi. Ini menyebabkan ramai golongan berpendapatan rendah dan yang benar-benar perlukannya merasa kecewa kerana tidak mendapatkan kemudahan ini. Pertambahan terhadap permintaan yang mendadak ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu penerimaan masyarakat terhadap perumahan awam telah berubah. Dulu, ketika mana konsep perumahan awam mula-mula diperkenalkan adalah amat sukar untuk mendapatkan pembeli-pembeli dari golongan berpendapatan rendah sehinggakan rumah-rumah tersebut terpaksa dibuka kepada golongan yang berpendapatan yang lebih tinggi. Tetapi kini permohonan dari golongan berpendapatan kecil untuk membeli rumah-rumah tersebut adalah terlalu ramai atau melebihi bekalan yang ada. Sejak kebelakangan ini juga, harga tanah telah melambung tinggi dan kerajaan pula telah membekukan pemberian tanah kepada orang perseorangan. Ini telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan penduduk berpendapatan rendah bahawa satu cara untuk memiliki rumah sendiri dengan membeli rumah-rumah kerajaan.

Mutu Pembinaan Walaupun masyarakat menerima bahawa mutu rumah-rumah awam adalah sederhana, ini tidak pula bermakna bahawa tidak ada aduan berhubung dengan mutu pembinaan yang teruk. Terdapat sebilangan penghuni rumah yang tidak senang dengan mutu perumahan tersebut. Antara aduan yang dikemukakan ialah bangunan yang retak dan pecah di sana sini, hingga menimbulkan keraguan tentang keselamatan mereka. Aduan lain yang diterima ialah dinding antara unit-unit kediaman yang sangat nipis ini menyebabkan pencemaran bunyi dari permainan kanak-kanak dan perbualan jiran-jiran sebelah mudah meresap masuk ke dalam unit-unit kediaman. Di samping itu, mereka juga tidak senang dengan keadaan ini kerana segala rahsia keluarga mudah diketahui oleh jiran-jiran sebelah. Pinjaman Perumahan Isu berkaitan dengan pinjaman perumahan juga merupakan aspek yang membebani pembeli, terutama mereka yang mendapat sumber pinjaman daripada panel kewangan yang disediakan oleh pemaju. Sudah menjadi kebiasaan pemaju akan menyediakan sekumpulan panel institusi

kewangan bagi membantu pembeli mendapatkan sumber pinjaman sebagai promosi jualan. Pemaju tidak perlu memberi apa-apa jaminan bahawa pinjaman yang dipohon oleh pembeli akan diperoleh. Pemaju juga tidak perlu membebaskan pembeli daripada syarat kontrak sekiranya pinjaman yang dipohon melalui panel institusi kewangan pemaju tidak diperoleh. Pencemaran Alam Sekitar Kewujudan kawasan perumahan akan menimbulkan pelbagai masalah pencemaran terhadap alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran udara, dan pencemaran bau. Namun begitu, penilaian terhadap kualiti pencemaran sumber air di Malaysia dipandang serius berikutan sumber ini adalah yang paling penting dalam kehidupan makhluk di Bumi ini. Menurut Katiman Rostam dan Asmah Ahmad (2006), mereka menyatakan bahawa kemerosotan kualiti air permukaan pada masa ini adalah fenomena sejagat. Proses pembangunan yang kurang memberi perhatian kepada alam sekitar, khususnya air permukaan telah banyak menjejaskan kualiti sumber tersebut. Di Malaysia tahap kualiti air permukaan yang menjadi sebahagian besar sumber bekalan sumber air bersih negara ini, terutamanya air sungai boleh dianggap tinggi.

4.0

Langkah merupakan aspek penting dalam pengurusan perumahan. Tanpa

Penguatkuasaan

penguatkuasaan segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan tidak bermakna. Kelemahan penguatkuasaan ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan pengurusan kompleks perumahan dan berlakunya pencemaran alam sekitar selain daripada profesionalisme pengurus harta itu sendiri. Penguatkuasaan tidak dapat dijalankan dengan berkesan tanpa sokongan pihak tertentu terutamanya pihak Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Hal ini berlaku kerana pengurus perumahan sendiri sering menghadapi pelbagai masalah seperti ugutan oleh penghuni apabila menguatkuasakan sesuatu peraturan yang ditetapkan. Tetapi di dalam konteks ini, langkah yang wajar perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya impak yang negatif kepada alam sekitar disebabkan kewujudan kawasan perumahan yang baru. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam akta adalah jelas tetapi kelemahan wujud pada peringkat penguatkuasaan. Kelemahan ketara adalah dalam konteks mengenal pasti badan atau pihak yang bertanggungjawab yang boleh membantu pengurus perumahan menguatkuasakan sesuatu peraturan. Kegagalan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebabkan banyak perkara berkaitan dengan perlanggaran peraturan tidak dapat diambil tindakan dengan memuaskan. Apabila sesuatu masalah dikemukakan kepada jabatan tertentu seperti berlakunya pencemaran air, alasan yang sering diterima adalah bukan di bawah bidang kuasa masing-masing. Kadangkala masalah yang dikemukakan sering dirujukkan kepada jabatan lain yang tidak berkenaan. Situasi ini menyebabkan pihak pengurusan membiarkan masalah tersebut tanpa sebarang tindakan. Penguatkuasaan ini perlu diperkasakan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang mana ia bertujuan untuk mencapai objektif alam sekitar yang bersih dan tidak berlakunya pencemaran. Kerajaan Persekutuan harus memberikan perhatian terhadap keupayaan dan kelicinan jentera penguasa tempatan di kebanyakan majlis daerah dan pejabat daerah dari segi

pengurusan perumahan, perancangan dan latihan kakitangan yang lebih berkesan. Lebih penting lagi penguasa tempatan dan badan pemerintah seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan pihak berkuasa negeri yang melaksanakan program perumahan awam hendaklah memastikan lebih banyak penyertaan orang awam dari segi kesesuaian pemilihan tapak, jenis, bentuk rumah dan penyediaan kemudahan asas di kawasan perumahan. Pemerintah juga harus mengkaji semula beberapa peruntukan dalam Akta Perancangan

Bandar dan Desa (1976) dan Akta Kerajaan Tempatan (1976) yang tidak sesuai dengan keperluan golongan berpendapatan rendah dan keadaan tempatan dan peruntukan tersebut lebih menekankan piawaian kelas menengah dan atasan. Pihak kerajaan juga boleh mewujudkan satu akta baru bagi menanggani masalah pemaju perumahan yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Denda dan hukuman yang dikenakan perlulah setimpal dengan alam sekitar kita yang tidak ternilai harganya. Dengan pengubalan akta yang lebih tegas ini, pemaju tidak akan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga alam sekitar dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Hal ini perlu dipandang serius oleh semua pihak bagi mengekalkan alam sekitar yang sentiasa terjaga dan bersih serta dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Jika dilihat dalam aspek kualiti, kualiti perumahan yang baik adalah gabungan daripada pelbagai aspek pembangunan perumahan. Reka bentuk dan susun atur, peka akan alam persekitaran, mutu hasil kerja dan bahan, peruntukan utiliti dan kemudahan, landskap, penyelenggaraan dan penaikan taraf, semuanya memainkan peranan dalam persekitaran perumahan. Kerjasama antara kerajaan dengan sektor swasta untuk meningkatkan piawaian perumahan di semua kawasan agar dapat menghasilkan kualiti perumahan yang tinggi tanpa merosak dan mencemarkan alam sekitar. Kerjasama ini merupakan inisiatif baru bagi melindungi alam sekitar dan tidak hanya diletakkan di bahu kerajaan semata-mata. Kualiti persekitaran perumahan perlu dilihat melampaui sempadan sesebuah kawasan pembangunan perumahan individu. Penelitian harus diberikan kepada persekitaran luaran dalam pembangunan persendirian dan juga kepada penampilan persekitaran luarannya supaya pembangunan tersebut berkait rapat dengan persekitaran sekeliling. Pembangunan perumahan harus bersesuaian dengan persekitarannya, mengekalkan perhubungan, meningkatkan ruang awam yang bersebelahan dan mengoptimumkan ruang antara pembangunan. Pihak yang bertanggungjawab akan memainkan peranan yang aktif dalam memastikan pemaju memenuhi tanggungjawab mereka terhadap keseluruhan persekitaran semasa merancang pembangunan perumahan. Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan impak negatif yang akan berlaku kepada alam sekitar jika perumahan tidak dirancang dengan sebaik mungkin. Pihak Berkuasa Tempatan juga bertindak sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang terletak di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172). Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai tanggungjawab secara langsung oleh undang- undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti

setempat yang bersesuaian dengan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan serta mempunyai kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap pihak yang gagal mematuhi peraturan- peraturan yang telah ditetapkan. Tindakan yang tegas perlu dikenakan kepada pemaju-pemaju perumahan yang mengabaikan penjagaan alam sekitar dan lebih

mementingkan keuntungan semata-mata. Strategi yang baru sangat berguna dalam pembentukan sebuah Dasar Perumahan kebangsaan atau Nasional yang lebih komprehensif, bersepadu dan menyeluruh untuk membaiki masalah perumahan, terutamanya perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. Di kebanyakan negara yang sedang membangun bilangan penduduk yang tidak berumah adalah besar. Kebanyakan rumah jenis ini adalah rumah setinggan dan rumah yang terdapat di kawasan Simpanan Melayu dan kampung baru yang sesak dan terbiar. Selain daripada itu, kelemahan Akta Pemaju Perumahan 1966 menyebabkan penghuni berasa teraniaya. Menurut statistik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan kes aduan para penghuni terhadap pemaju tentang masalah yang berkenaan bangunan kediaman tinggi telah meningkat. Antara aduan yang dilaporkan adalah seperti kerosakan premis yang berlaku dalam tempoh jaminan, kemudahan tidak dibekalkan seperti yang dijanjikan dan masalah pengurusan dan penyelenggaraan bangunan. Oleh itu, satu langkah yang serius harus diambil agar masalah penghuni di bangunan dapat diatasi dan mutu serta kualiti hidup dapat dipertingkatkan. Hal ini juga dikhuatiri jika pemaju mengabaikan aspek alam sekitar dan tidak mempedulikan pencemaran yang berlaku disebabkan kecuaian pemaju. Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. Pembinaan rumah yang tidak mengikut spesifikasi dan mengancam berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh boleh menyebabkan ramai orang terbunuh. Selain daripada itu, jumlah kenderaan di seluruh negara terutama di bandar-bandar meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. Penglibatan pihak swasta dalam sektor perumahan sangat penting untuk mengurangkan tunggakan perumahan yang tidak dapat disiapkanoleh pihak pemerintah. Namun begitu, sesuai dengan amalan kapitalisme, pihak swasta lebih mementingkan keuntungan daripada membekalkan tempat perlindungan yang berpatutan kepada penghuninya. Sektor swasta mengeluarkan sebahagian besar rumah untuk keperluan persendirian dan pihak awam. Rumah

untuk sektor awamdibina melalui kontrak atau usaha sama dengan kerajaan. Pada masa ini, sektor swasta dianggap tidak dapat menyumbangkan terhadap keperluan perumahan golongan miskin. Mereka lebih cenderung membina rumah jenis mewah dan bangunan komersil kerana lebih banyak mendapat keuntungan. Namun begitu, pihak swasta juga terlibat dalam pembinaan rumah kos rendah secara kecil-kecilan. Di Malaysia, pihak pemerintah memikul tanggungjawab sosial yang penting untuk memenuhi keperluan perumahan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Tanggungjawab ini disalurkan kepada kumpulan sasaran melalui kerajaan pusat, negeri dan majlis tempatan. Mengikut perundangan, tanah dan perumahan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan majlis tempatan. Oleh itu, kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa secara terus terhadap perlaksanaan rancangan perumahan pada peringkat negeri. Setiap daerah dalam negeri pula mempunyai majlis tempatan yang mengatasi perancangan fizikal dan perkhidmatan yang lain untuk perumahan bagi bandar masing-masing. Namun begitu, kebanyakan majlis tempatan melalui tumpuan yang lebih kepada perkhidmatan dan kemudahan bandar yang lain serta tidak mampu untuk memberi penekanan kepada keperluan perumahan. Pihak berkuasa tempatan seperti pejabat daerah atau pejabat tanah kebiasaannya melakukan program secara bersama-sama dengan kerja bergotong-royong yang turut melibatkan penduduk setempat bagi membersihkan sesuatu kawasan yang terletak di bawah jentera pentadbiran majlis tempatan, pejabat daerah atau pejabat tanah. Melalui program kebersihan ini sesuatu kawasan itu dapat dijaga tahap kebersihannya dalam menjamin kehidupan masyarakat yang lebih sihat dan harmoni. Kempen kebersihan seperti ini tidak hanya boleh dilakukan melalui program- program yang dijalankan sahaja tetapi setiap individu dalam masyarakat hendaklah memainkan peranan yang sewajarnya dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif melalui kesedaran kendiri. Kesedaran kendiri ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita dengan cara sama- sama menjaga kebersihan persekitaran kita. Cuba bayangkan jika semua rakyat Malaysia mempunyai kesedaran seperti ini tidak mustahil jika negara kita mampu menjadi sebuah negara yang bersih dan bebas daripada sebarang masalah kebersihan. Rakyat juga harus lebih memikirkan kebersihan sivik dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang atau ke dalam sungai. Jika hal ini berterusan, ia akan mencemarkan bekalan air yang akan digunakan. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen Perindustrian) 1979 mewajibkan semua kilang, kawasan perumahan dan perniagaan

menyediakan sistem kumbahan berpusat. Ini dapat mengurangkan pencemaran kepada sungai dan kolam tempat bekalan air kerana dengan sistem ini air kumbahan akan dialirkan ke dalam tangki dan melalui penapisan sebelum dibebaskan keluar. Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah juga telahpun menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah. Bagi kawasan luar bandar pula, sampah-sarap hendaklah dikumpul dan tidak dibuang ke dalam longkang kerana dikhuatiri longkang akan tersumbat dan air kumbahan tidak dapat mengalir dengan baik.. Kita sedia maklum bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada pemulihan. Justeru itu, perancangan untuk menguruskan kawasan perumahan agar tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar dalam jangka masa panjang mestilah melibatkan unsur kesedaran kepada orang ramai. Bagi menanam unsur kesedaran ini, maka penting untuk kita mengadakan kempen dan pendidikan alam sekitar secara berterusan. Pendidikan ini boleh dilaksanakan dalam dua peringkat. Pertama ialah di peringkat sekolah sebagai kokurikulum formal yang diajar dalam mata pelajaran Geografi. Pendidikan yang kedua ialah ditujukan kepada orang ramai dalam konteks kempen kesedaran seperti, Kempen Bumi Hijau dan lain-lain. Pendidikan alam sekitar dan latihan ini dijalankan bagi menerapkan pengetahuan berkaitan alam sekitar dan alam semulajadi kepada orang awam dan pelajar. Keadaan ini membolehkan orang awam atau masyarakat dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab sebenar mereka dalam menjaga alam sekitar. Contohnya pihak yang bertanggungjawab boleh melibatkan murid-murid sekolah menengah dalam menyemaikan sikap cinta akan alam sekitar. Ibu bapa juga perlu mendidik anak mereka supaya mempunyai sikap cinta akan alam sekitar dan ia perlu diamalkan di mana sahaja mereka berada.

Mohd Razali Agus.1992. Perkembangan Perumahan: Isu dan Prospek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sulong Mohamad. 1984. Perumahan Awam Kos Rendah di Terengganu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Nurizan Yahaya. 1998. Kemiskinan dan Perumahan di Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like