You are on page 1of 8

Mengenali Penagih Dadah

Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekalisekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut: Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja., serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya. Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus. Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. Anak mata menjadi kuyu. Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah, Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa. Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kawan. Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di tingkat bawah bangunan ( untuk mengambil dadah )

Akibat Kepada Tabiat Dan Kelakuan


Seseorang itu akan berubah tabiat dan kelakuannya apabila terlibat dengan penagihan dadah. Ini ialah akibat awal sebelum menemui maut. Adakah anda mahu keadaan seperti ini berlaku pada diri anda? Pandai menipu

Mencuri, menyamun, merompak untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Tidak mengaku terlibat dengan dadah. Penagih dadah mempengaruhi rakan sebayanya supaya terlibat sama. Menjauhkan diri daripada masyarakat umum. Penagih dadah hanya bergaul dengan kumpulan mereka sahaja.

Akibat Kepada Kesihatan Diri


Dari segi kesihatan, keupayaan seseorang penagih dadah untuk melawan ketagihan adalah lemah. Penagih dadah secara langsung atau tidak talah mendedahkan diri mereka kepada pelbagai jenis penyakit kerana mereka berkongsi menggunakan alat menyuntik yang kotor. Di antara akibat lain adalah seperti yang berikut: Melemahkan tenaga dan menimbulkan kemalasan Boleh melemahkan tenaga batin sehingga tidak dapat dipulihkan semula ( Walaupun pada peringkat permulaan tenaga batinnya berlebih-lebihan ) Menjadi mandul di kalangan wanita. Merosakkan fikiran, menjadi tidak siuman dan gila Menyebabkan pengsan, pitam atau tidak sedarkan diri. Menaikkan perasaan ganas yang boleh menghilangkan maruah. Menimbulkan penyakit pedih hati dan sakit perut. Membawa ketagihan yang berlebih-lebihan untuk mententeramkan diri dan jiwanya dan jika tidak dapat mengakibatkan kerosakan jiwa dan tenaga badan. Mati kerana menggunakan dadah yang berlebihan.

Akibat Kepada Keluarga


Seseorang penagih sudah tidak berupaya lagi untuk memberikan sumbangan kepada keluarganya kerana dia sendiri berkehendakkan wang, bahkan seringkali pula dia menjadi beban kepada keluarga.Akibat lain adalah seperti yang berikut: Porak-peranda rumah tangga, perpisahan di antara keluarga. Kehilangan harta benda.

Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik keluarga. Menghancurkan harapan ibu bapa.

Akibat Kepada Masyarakat


Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Kemantapan sosio politiknya di antara lain bergantung kepada keupayaan masyarakatnya hidup dengan penuh harmoni dan saling bersefahaman di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kemantapan ini akan tergugat jika ramai daripada rakyatnya yang hilang pertimbangan dan perhitungan akibat dadah. Di antara akibat lain adalah seperti yang berikut: Menambahkan kes -kes jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh. Menimbulkan perselisihan dan persengketaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat. Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak muda mereka. Melibatkan perselisihan faham antara kaum. Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama. Melemahkan kesopanan dan kesusilaan.

Mengenali Pelajar Yang Terlibat Dengan Dadah


Di antara tanda awal seseorang pelajar yang terlibat dengan dadah adalah seperti yang berikut: Selalu tidak hadir ke sekolah dan pelajar yang terlibat ini tidak hadir pada hari-hari yang tertentu. Misalnya pada minggu pertama mereka tidak hadir pada hari Isnin dan Selasa, pada minggu yang berikutnya mereka tidak hadir pada hari Khamis pula. Selalu ponteng sekolah Prestasi dalam pelajaran merosot dengan mendadak Perlakuan dan tabiat belajar berubah.

Mata merah Sering memakai cermin mata hitam. Sering ke tandas. Selalu mengantuk apabila berada dalam kelas. Berkawan dengan kumpulan tertentu sahaja.

Sebab Seseorang Itu Terlibat Dengan Dadah


Banyak sebab mengapa seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah. Antara sebabnya adalah seperti berikut: Tidak mempunyai atau kurang mengamalkan suruhan agama. Tidak mendengar atau mengikuti nasihat ibu bapa atau guru. Mudah terpengaruh dengan desakan atau pujukan rakan sebaya. Terperangkap dengan perasaan ingin tahu. Tidak tahu menggunakan masa lapang dengan cara yang berfaedah. Tidak sanggup menghadapi tekanan dan masalah yang dialami dengan tenang, bertakwa.

bersabar dan

Punca sebenar mengapa seseorang itu mudah terpengaruh dengan gejala di atas ialah kerana tidak mempunyai ketahanan diri yang kuat dan kukuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Kesan Dadah


Kesan dadah terhadap seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung pada beberapa faktor seperti berikut: Jenis Dadah Perbezaan dari segi kesan terhadap fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosotkan fungsi ( contohnya dengan heroin den depresen) atau merangsangkan

(contohnya dengan amfetamin dan kokain) atau merosotkan ( contohnya dengan ganja dan kokain ). Jumlah Yang Digunakan

dan merangsangkan

Kesan dos kecil berbeza daripada kesan dos besar. Contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang akan merosotkan pernafasan dan membawa maut. Cara Menggunakannya Kesan dadah bergantung kepada jangka masa penggunaan, kekerapan mengguna, cara mengguna iaitu sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau digunakan bersama-sama dengan dadah lain. Kesan Individu Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman, penggunaan dadah, kesan perasaan ( mood ) dan aktiviti. Situasi Ketika Menggunakannya Keadaan atau tempat menggunakan dadah, iaitu sama ada ada atau tiada orang lain, juga merupakan faktor yang mempengaruhi kesan dadah.

Risiko Yang Dihadapi


Apabila seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah, banyak risiko yang akan dihadapi. Antara risiko yang akan dihadapi olehnya adalah seperti berikut: Maut kerana dos yang berlebihan Menyebabkan pergantungan pada dadah Menyebabkan penyakit AIDS dan kesihatan terganggu. Menimbulkan masalah undang-undang.

Jenis Dadah
Dadah dapat dibahagikan kepada lima kumpulan yang besar iaitu kanabis, depresen, halusinogen, stimulan dan narkotik. Dadah depresen, stimulan, dan halusinogen disebut bahan psikotropik.

Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Kumpulan Dadah Kanabis Depresen Halusinogen Stimulan Narkotik

Jenis-Jenis Dadah Ganja, Hasbish, Minyak Hasbish. Barbiturat, Tranquilizer, Methaqaolone. Lysergic Asid Diethylamide ( LSD ), Mescaline, MDA, DMT, STP Amfetamin, Kokain. Candu, Morfin, Heroin, Kodein.

Undang-Undang Mengenai Dadah


Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta Racun 1952 Akta Penagih Dadah ( Rawatan Dan Pemulihan ) 1983 Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985 Akta Dadah Berbahaya ( Perlucuthakan Harta ) 1988

APA ITU DADAH? Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis daha seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk perlbagai tujuan. DADAH DAN ANDA! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubatubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'. Contohnya 'drug abuse' atau 'misuse of drug' yang membawa maksud penyalahguanaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna aoabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, sesorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti 'paracetamol' dan 'antibiotic' membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai 'caffeine'. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada iniduvidu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini dalam AKta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahguanaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan 'ectasy diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

You might also like