You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal 1.

Masalah / Peristiwa

: Ke - 7 : Ketujuh : 9 September 13 September 2012 : Masalah sebutan dalam kalangan murid

Minggu ini, merupakan minggu ketujuh saya berada di SJK (T) Ladang Bukit Sidim. Sepanjang minggu ini, saya telah mengenalpasti masalah sebutan dalam kalangan murid. Masalah ini menjadi masalah semasa saya menjalankan aktiviti berasaskan bacaan Analisis Saya mengenalpasti murid-murid yang bernama Ruben dan Sugan serta Rishimalar, sukar untuk sebut perkataan dengan betul semasa membaca. Saya terpaksa memperbaiki dan membetulkan sebutan mereka satu per satu. Hal ini menyebabkan, pembaziran masa. Sebagai seorang guru, saya tidak dapat menyingkirkan mereka semasa aktiviti membaca.

2. Cadangan Tindakan Susulan

1) Saya harus berunding dengan guru pembimbing bagi mengatasi masalah ini. 2) Saya harus membuat aktiviti bacaan tambahan bagi murid-murid yang menghadapi masalah sebutan. 3) Saya harus memberi bahan bacaan yang mudah supaya murid-murid mudah untuk menyebut perkataan.

3. Tempoh masa Dan Keberkesanan Ti ndakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh praktikum ini. Hal ini kerana, masalah sebutan ini akan menyebabkan murid ketinggalan dalam pelajaran. Masa

P&P juga akan bazir kerana saya terpaksa memperbetulkan kesalahan sebutan mereka.Saya harus mengatasi masalah ini secepat mungkin dengan tindakan susulan yang berkesan supaya objektif yang dirancang dicapai dengan sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like