Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
33Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Proposal

Proposal

Ratings: (0)|Views: 1,901 |Likes:
Published by zaida_06091747

More info:

Published by: zaida_06091747 on Mar 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2013

pdf

text

original

 
BAB 1PENGENALAN1.1PENDAHULUAN
Perbincangan tentang kepuasan kerja di kalangan guru di sekolahrendah akan dibincangkan di dalam kajian ini dan di antara perkara-perkarayang akan diperbincangkan dalam bab ini ialah tentang permasalahan kajian,tujuan kajian, kesignifikan kajian, pendekatan teori, hipotesis kajian, definisioperasi dan juga kajian lepas.Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja.Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab danpenglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjayaseterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi. Isu kepuasan kerjaini bukan sahaja diperkatakan di kalangan pekerja industri malah turutmenjadi perhatian di kalangan guru-guru.Menurut (Kalleberg, 1977) kepuasan kerja dikaitkan dengan aspekefektif atau perasaan seseorang terhadap kerjanya, konsep kepuasan kerjaini adalah berkaitan dengan sikap seseorang terhadap keseluruhan situasikerjanya. Menurut Kalleberg lagi, sikap tersebut mengandungi pelbagaidimensi dimana seseorang pekerja boleh berpuas hati terhadap sesuatudimensi pekerjaannya tetapi pada masa yang sama tidak puas terhadapdimensi lain dalam pekerjaannya. Kepuasan kerja diperjelaskan sebagaisuatu keadaan afektif ( perasaan ) yang dipengaruhi oleh faktor interaksi diantara pekerja, ciri-ciri personal, nilai dan jangkaan terhadap persekitarankerja dan organisasi ( Muellar & Mc Claskey, 1990 ).Perkembangan teknologi dan pertumbuhan pengetahuan telahmembawa satu impak yang besar ke atas pengamalan dan matlamatpendidikan. Guru pada masa kini bukan sahaja diharap dapat mendidik anak-anak murid dari segi kemahiran intelek dan kebolehan belajar, malah guru juga diharap dapat membuat keputusan kendiri, bertanggungjawab ke atas
1
 
pencapaian akedemik dan pendidikan murid. Disamping itu guru berperanansebagai pemimpin mereka dalam mempersiapkan diri untuk anggotamasyarakat yang dewasa.
1.2PERMASALAHAN KAJIAN
Berdasarkan dari kajian oleh
 
Azura binti Mohd Nor, (2004), FakultiPendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, kegagalan menyesuaikan dirimenyebabkan pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jikadilihat dalam fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmuyang dipelajari tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidangpengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan dengan pengkhususanpengajaran di sekolah. Kegagalan menyesuaikan diri dengan keadaan ini,menyebabkan sesetengah guru tidak mencapai kepuasan dalam kerjaya mereka(Suara Kamil, 2001).Jika dilihat dalam aspek pendidikan hari ini, pelbagai kes disiplin dilaporkan.Seharusnya guru dan ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mengatasi masalahini. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang memihak kepada anak-anak mereka jika dikenakan sebarang tindakan salahlaku. Tindakan yang diambiloleh guru dipersoalkan oleh mereka. Selain itu, guru-guru sendiri turut diancam olehpelajar. Jika keadaan ini berterusan, di manakah hak guru untuk bersuaraseterusnya mencapai kepuasan dalam kerjaya mereka.Fenomena ini telah melanda bidang perguruan sejak lama dahulu danmenarik perhatian beberapa orang psikologi untuk menjalankan kajian bagimengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja seseorangindividu. Secara amnya kepuasan kerjaya itu mungkin disebabkan oleh faktor keadaan kerja, gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja.Memandangkan masalah kepuasan kerja merupakan perkara dan isu yang pentingdan sering diperkatakan maka pengkaji merasakan bahawa adalah penting kajian inidijalankan dan melihat adakah faktor-faktor ini mempengaruhi kepuasan kerja guru.Ini kerana akhir-akhir ini banyak isu yang dikaitkan dengan guru. Terdapat banyakrungutan dan komen dari individu mahupun organisasi tertentu khususnya yangterlibat dengan dunia perguruan tentang permasalahan yang terpaksa ditempuhioleh guru-guru.
2
 
1.3TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah seperti berikut:i.Megenalpasti tahap kepuasan kerja (keadaan kerja, gaji, kenaikanpangkat, penyeliaan dan rakan sekerja) di kalangan guru di SekolahRendah Kebangsaan Tengkera 1.
ii.
Mengkaji adakah perbezaan dari segi demografi (jantina, keturunan,umur, taraf perkahwinan, kelulusan akademik) mempengaruhi tahapkepuasan kerja di kalangan guru di Sekolah Rendah KebangsaanTengkera 1.
1.4KESIGNIFIKAN KAJIAN
Kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja danharus dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Herzberg (1959), McGregor (1960), Arggeris (1964) dan Maslow (1970) merupakan pengkaji-pengkajiyang menekankan tentang kepuasan kerja. Walau bagaimanapun, kepuasan kerjabanyak bergantung kepada nilai pekerjaan itu mengikut taksiran atau penilaianindividu itu sendiri.Hasil dari kajian ini akan menambahkan pengetahuan dan pengalamankepada pengkaji sendiri dalam mengenalpasti tahap kepuasan kerja di kalanganguru-guru di sekolah rendah. Selain itu diharapkan agar dapatan yang diperolehidaripada kajian ini berupaya memberikan maklumat kepada guru-guru di SekolahRendah Kebangsaan Tengkera 1 dalam mengenalpasti tahap kepuasan kerjamereka justeru terus berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam profesionperguruan demi mendidik anak bangsa untuk terus berjaya. Guru-guru juga diharapdapat memahami definisi serta mengetahui tahap kepuasan kerja mereka, samadatelah mereka perolehi atau sebaliknya. Melalui kajian ini, diharap lebih banyak lagikajian yang akan dilakukan.
3

Activity (33)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Suriati Ku Ishak liked this
aleem_80 liked this
Rafizal Zulkefly liked this
atiejazz1521 liked this
Chibi Hani liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->