You are on page 1of 12

BMM3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU TAJUK 4 REFLEKSI : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK - EDWARD SAPIR - LEONARD BLOOMFIELD - FERDINARD

D DE SAUSSURE
DISEDIAKAN OLEH : AZMAN BIN ABU ANITH NAZIHAH BINTI ABDUL GHANI SITI ZUHAILA BINTI ZULKIFLI PISMP 4.06 PENSYARAH : DR. ZARINA BINTI AHMAD

Zaman sebelum masihi & awalawal tahun masihi

Abad ke - 20

Perkembangan ilmu linguistik

Zaman pertengahan & pembaharuan

abad ke 18 & abad ke 19

PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK ABAD KE - 20


Merupakan zaman linguistik moden Kajian : kaedah penyelidikan sains linguistik Ramai ahli bahasa wujud dengan berbagai-bagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa. Antaranya : Edward Sapir Leonard Bloomfield Ferdinard de Saussure

Edward Sapir
seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.
(1884 1939)

Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah.

Leonard Bloomfield
Seorang tokoh bahasa Amerika yang terkenal khususnya dalam tahun 1930-an, selepas terbit buku beliau bertajuk Language (1933). merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.

(1887 1949)

Pendapat mengenai bahasa : Bahasa dipengaruhi oleh teori behaviouris Menganggap bahasa = gerak laku manusia Gerak laku manusia adalah hasil dari operasi rangsangan begitu juga bahasa. Bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Rumusan pemikiran beliau, sekiranya tingkah laku manusia berubah berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.

Ferdinard de saussure
Orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuanpenemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.

(1857 1913)

Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan betapa pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

Mengemukakan konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Rumusan
Hasil pemikiran Edward Sapir : tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah. Hasil pemikiran Leonard Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme, yang menganggap bahasa = gerak laku manusia. Hasil pemikiran Ferdinard de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai Bapa Linguistik Moden.

Sekian terima kasih

You might also like