You are on page 1of 1

KAMBING DAN PEMBELA KAMBING

Tidak lama dahulu, seorang pemilik ladang melantik seorang pengembala untuk menjaga kambing-kambingnya. Pada suatu hari, pengembala itu membawa kambing-kambing di bawah jagaannya ke padang untuk meragut rumput. Selepas seketika,pengembala itu mengarahkan kambing-kambingnya untuk pulang. Semuanya pulang kecuali seekor yang tersesat. Saya tidak mahu pulang. Hidup sebegini memang bebas dan seronok,kata kambing yang sesat itu. Maka, dia pun berlari bebas ke sana dan sini. Manakala pengembala itu pula sangat risau kerana jika dia pulang dengan kambing yang hilang itu, majikannya pasti akan memarahinya. Jika saya pulang tanpa kambing yang hilang itu, saya akan dibuang kerja,kata pengembala yang risau itu. Maka diapun mula mencari kambing yang sesat itu. Apabila dia ternampak kambing itu dari jauh, diapun memanggil kambing itu pulang tetapi kambing yang sesat itu enggan pulang. Dia pun mengutip seketul batu lalu membaling ke arah kambing itu. Batu yang dibaling terkena tanduk kambing itu. Maka, tanduk kambing itupun patah. Oh, tanduk kambing itu patah.Majikan saya pasti akan naik marah apabila dia mengetahui hal ini,kata pengembala. Dia merayu kepada kambing itu supaya tidak memberitahu majikannya. Walaupun saya tidak bercakap, majikan akan tahu juga hal sebenar kerana saya tidak dapat menyembunyikan tanduk saya, kata kambing itu.

MORAL: Jangan cuba menyembunyikan perkara yang tidak dapat disembunyikan.

You might also like