You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN BIG Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah salah satu daripada kursus wajib Institut Pendidikan Guru (IPG) yang perlu disertai oleh semua guru pelatih sebelum menamatkan pengajian. Program BIG dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa seperti mana yang terkandung dalam pro forma kursus. Aktiviti yang dijalankan terdiri daripada aktiviti luaran yang melibatkan komuniti. Program BIG menjadi satu aktiviti yang dapat membentuk jati diri peserta sebagai seorang insan guru. Program BIG ini juga melatih bakal-bakal guru mengenai cara untuk menghadapi situasi luar bilik darjah yang berkemungkinan mengundang risiko. Program BIG ini diharap dapat menyuntik semangat dan iltizam para guru pelatih untuk menjadi guru yang lebih berkesan, dinamik serta mampu menangani cabaran. Melalui penyertaan dan penglibatan penuh peserta, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai murni dan menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai fokus utama diharap dapat dipenuhi. Segala pengisian program adalah selaras dan berpaksi kepada prinsip-prinsip Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha ini sekaligus menjadi asas pembentukan modal insan dan masyarakat yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan bangsa dan negara.

2.0 MATLAMAT BIG Program Bina Insan Guru ini dibina dengan harapan dapat membina insan guru yang dapat: Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi dan persekitaran pendidikan. Mengenali dan menilai potensi diri, personaliti kerjaya dan citra diri insan guru. Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti.

Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru. Membuat refleksi secara kreatif dan kritikal ke atas bentuk peraturan, fungsifungsi JPN, PPD dalam pengurusan pendidikan.

3.0 OBJEKTIF BIG Program ini diadakan dengan objektif supaya pelajar guru dapat: Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

4.0 LAPORAN PROGRAM 4.1 LAPORAN BENCHMARKING LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING KE SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT FATHER BARRE, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN Bagi menyempurnakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V, kami telah merancang satu lawatan penanda aras (benchmarking) ke Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre 19 Februari 2013. Sekolah ini dipilh kerana pencapaiannya sangat memberansangkan. Sekolah ini juga pernah mendapat pencapaian tertinggi dalam Anugerah Sekolah Cemerlang 2008, Calon Sekolah Kluster 2009 serta Calon SBT 2010. Dalam taklimat yang disampaikan oleh Puan Surida binti Hj Yeop iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre ini mengupas pelbagai hal berkaitan sejarah, misi, visi dan usaha-usaha sekolah tersebut dalam mencapai kejayaan. Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre (SKCFB) wujud atas cadangan seorang paderi Roman Katholik iaitu Rev. Father Ribon. Sekolah ini telah diasas pada 15.02.1933 hasil usaha Rev. Mother Tarcisius. sekolah ini pada mulanya hanyalah sebuah bangunan kecil yang terletak di Jalan Hospital. Pada awalnya, hanya 30 orang murid lelaki dan perempuan telah mendaftar untuk bersekolah di sini. guru besarnya yang pertama ialah Mrs. Hendricks. sekolah ini tidak mendapat bantuan kerajaan. Semua Perbelanjaan terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah dengan bantuan ibu bapa murid-murid dan para dermawan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, sekolah ini terpaksa ditutup untuk sementara waktu, sekolah ini dibuka semula setelah perang tamat. Sekolah ini dirasmikan oleh pemangku sultan Kedah pada 18.05.1951. Dalam tahun 1957, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan sekarang, pada tahun ini jugalah sekolah ini mula mandapat bantuan kerajaan. Pada tahun 1986, sekolah ii telah dibahagikan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Convent Father Barre. Atas daya usaha guru-guru dan murid-murid keduadua buah sekolah ini, wang sebanyak RM120,000 telah berjaya dikumpul untuk mendirikan sbuah dewan. dewan ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum sultan Badlishah, Sultan Kedah. Dalam tahun 1990,
3

sebuah bangunan tambahan sumbangan PIBG telah dibina bersebelahan pejabat sekolah. Blok ini menempatkan bilik tayangan dan bilik kaunseling. sebuah lagi blok tambahan telah dibina pada tahun 1994 melalui peruntukan Sekolah Bantuan Modal Kementerian Pelajaran Malaysia. bangunan baru ini memuatkan 4 buah kelas yang boleh diubahsuai menjadi dewan sekolah. Pada 21.12.1995, dewan telah terbakar, ekoran daripada kebakaran tersebut, dewan ini diserahkan sepenuhnya kepada pentadbiran sekolah menengah. ehingga sekarang, SKCFB memp[unyai 5 blok bangunan yang memuatkan Pejabat Pentadbiran, 12 Bilik Darjah, Kantin, Surau, Bilik Buku Teks, Pusat Sumber, Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Tayangan, Bilik Kaunseling, Bilik Cetak, Stor Pekerja dan Stor Pendidikan Antara matlamat pendidikan Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre ialah : 1. Melahirkan murid yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi warga negara yang sempurna. 2. Melahirkan murid yang berkeinginan dan berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara. 3. Melahirkan murid-murid dengan sikap positif untuk ketahanan diri dan memupuk nilai-nilai peribadi yang tinggi, amanah serta bertakwa. 4. Memupuk keyakinan diri, membina sifat kepimpinan, bertoleransi, bekerjasama dan bersemangat 5. Muhibah serta bersedia memberi khidmat bakti. Slogan Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre ialah 'ILTIZAM MENJANA KEGEMILANGAN'. Slogan ini menjadi akar kepada warga Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre untuk menaikkan semangat yang tidak pernah berkurang dalam mendidik murid-murid serta menjadikan warga sekolah tersebut cemerlang dalam bidang akademik dan juga sahsiah.

Cogan Kata Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre pula adalah " TULUS DENGAN FADILAT, AZAM DENGAN BAKTI". Guru Besar sekolah ini sangat mementingkan pembangunan rohani yang tulus serta ikhlas dalam diri setiap warga sekolah tersebut. Pelbagai amalan murni yang di amalkan di sekolah tersebut dalam mendidik nurani guru dan murid supaya mencerminkan peribadi yang mulia dan ikhlas dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kunci yang selalu dipegang oleh warga sekolah ini ialah kesepaduan halatuju dan matlamat sekolah yang dikongsi bersama oleh seluruh warga sekolah menghasilkan pelbagai bentuk inovasi diperingkat sekolah berbentuk inisiatif- inisiatif, programprogram akademik dan kokurikulum. Antara inovasi yang menarik minat saya dalam taklimat oleh guru besar tersebut ialah mengenai inovasi yang dilaksanakan di sekolah tersebut iaitu membuat check list dan pelbagai lagi. Selain itu juga, pelbagai program menarik yang telah dijalankan oleh pihak sekolah kepada guru-guru dan murid-murid dalam usaha membangkit semangat dan rasa cinta terhadap ilmu dan sekolah tersebut. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Sejambak Budi Semerbak Kasih iaitu sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak pentadbir atas usaha, sumbangan, idea, masa dan tenaga yang diberikan kepada sekolah yakni dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu juga, sekolah ini juga sangat mementingkan kebajikan dan sentiasa meraikan warga sekolah. Justeru itu, mereka akan meraikan hari lahir guru dan murid pada setiap bulan. Selain itu juga, pihak sekolah juga telah menubuhkan badan kebajikan staf. Namun begitu, terdapat juga program percambahan minda yang dilaksanakan kepada murid iaitu perhimpunan lima belas minit, Jom Baca, Puteri Nilam dan Ilmu dimana-mana.

Antara misi dan visi warga Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre ialah : 1. Misi Sekolah a. Memantapkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran. b. Menghasilkan murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. c. Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang mulia. d. Menjalinkan hubungan baik antara warga sekolah dengan waris dan komuniti. e. Mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dan memberi komitmen yang padu dalam pelbagai bidang.

2. Visi Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT AKAN TAMPIL SEBAGAI SEKOLAH BERCITRA DAN BERKETERAMPILAN ANTARA 10 BUAH SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN MENJELANG 2010

4.2 LAPORAN BENGKEL BENGKEL : FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN) ALOR SETAR. KEDAH DARUL AMAN. Bagi menyempurnakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V, kami telah melaksanakan satu bengkel di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah di Alor Setar. Bengkel ini dilaksanakan pada 24 Februari 2013 pada hari Ahad. Perkara yang ditekankan dalam bengkel ini ialah Fungsi dan Peranan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah. Taklimat dan bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Rosnah bt Saad iaitu Ketua Penolong Pengarah BTPN negeri Kedah. Pada pembukaan bengkel, Puan Rosnah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang dan penubiuhan BTPN. Beliau juga menyatakan beberapa matlamat dan wawasan penubuhan BTPN. Antara matlamat dan wawasan BTPN : 1. Mengadakan pelbagai kegiatan guru dengan member peluang dan kemudahan untuk berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan professional. 2. Mengahasilkan pelbagai bahan/alat mengajar untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Menyediakan tempat dan kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme guru. 4. Mengadakan aktiviti serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan pembelajaran. 5. Mengadakan usaha inovasi dan kreativiti dalam pendidikan selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden. 6. Memberikan khidmat bantuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Pemulihan, pengayaan dan bimbingan.

Selain itu juga, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri memainkan peranan penting dalam membantu sekolah dalam menyediakan bahan-bahan pengajaran serta kegiatan dan aktiviti bagi membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Antara fungsi BTPN pula dalam berkolaborasi dengan sekolah ialah : 1. Memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah. 2. Menyedia dan menerbitkan bahan pelbagai media 3. Mempromosi dan menyiarkan bahan pelbagai media yang diterbitkan 4. Mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah 5. Mengurus perlaksaan program gerakan tabiat membaca di peringkat negeri. 6. Mengurus perlaksaan program ICT di sekolah 7. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian. Pembangunan dan perlaksanaan dasar 8. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah, dan 9. Mengurus semua urusan berkaitan perolehan kerajaan mengikut prinsip-prinsip perolehan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah mula ditubuhkan pada tahun 1982 yang pada mulanya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Manakala, pada tahun 2007, nama tersebut telah ditukarkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Tujuan penubuhan BTPN pada umumnya adalah untuk mengurangkan jurang digital antara murid-murid dalam mengakses bahan-bahan pelbagai media. Selain itu, penubuhan BTPN juga bertujuan untuk menambah bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam pelbagai media bagi memperkaya persekitaran pembelajaran di sekolah- sekolah dengan membantu memenuhi gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid. BTPN juga berperanan dalam meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam penggunaan pelbagai media. Kesimpulannya, pelbagai peranan dan fungsi yang dimainkan oleh BTPN dalam menyediakan bahan kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. BTPN sangat penting dan amat membantu murid mencapai kejayaan.
8

5.0 REFLEKSI KENDIRI 5.1 BENCMARKING Lawatan Penanda Aras ke sekolah cemerlang yang dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah yang telah dilaksanakan pada 19 Februari 2013 iaitu pada hari selasa. Lawatan ini bertujuan bagi mengenalpasti faktor, akibat dan usaha Sekolah Kebangsaan Father Barre ini dalam usahanya mencapai

kecemerlangan dan kejayaan serta mengekalkan prestasinya sebagai sekolah cemerlang. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah ini seakan-akan memukau pandangan saya kepada kesantunan warga sekolah tersebut bermula daripada pintu pagar sekolah sehingga ke kantin sekolah. Saya melihat mereka mengamalkan budaya tunduk hormat dan salam kepada sesiapa pun tidak mengira staf tukang kebun, pekerja kantin dan juga pelawat. Saya menjadi terpegun kerana saya tidak pernah melihat satu organisasi yang bersatu padu serta mengamalkan nilai murni yang sama. Ini patut dicontohi dan diteladani oleh warga IPDA dan diri saya sendiri. Akhlak mereka telah mencerminkan budaya dan faktor kejayaan mereka. Selain itu juga, saya kagum dengan usaha sekolah tersebut dalam memupuk sifat cintakan ilmu dan sentiasa meningkatkan ilmu. Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre ini bukanlah sekolah yang mempunyai bangunan dan kawasan yang besar. Kawasan sekolah yang terhad serta bilik darjah yang tidak mencukupi bukan menjadi alasan untuk warga sekolah tersebut tidak mengecapi kejayaan dan kecemerlangan. Pihak pentadiran sekolah sedaya-uapaya melengkapkan keperluan pembelajaran murid dengan membina pelbagai stesen pembelajaran menarik, kelas kecemasan, teratak kasih, pusat sumber sekolah yang unik dan sebagainya. Usahausaha ini dilakukan sendiri oleh guru besar dan guru-guru bagi memastikan murid-murid sentiasa mendapat pembelajaran walaupun di mana sahaja mereka berada samada sambil bermain mahupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Tambahan pula, sikap guru besar yang sentiasa merendah diri dan penyayang kepada warga sekolah menyebabkan ikatan silaturrahim terjalin dengan erat sekali sehinggakan kasih sayang yang mereka wujudkan itu memberi semangat dorongan kepada guru dan murid mencapai dan meningkatkan kejayaan dengan cemerlang. Antara program yang telah dilaksanakan ialah meraikan hari yang bermakna seperti hari lahir, memberi penghargaan terhadap kecemerlangan, serta menjaga kebajikan staf dan murid. Hubungan yang baik dengan persatuan ibu bapa juga memudahkan pihak sekolah menjalankan aktiviti yang lebih bermakna bagi meningkatkan pencapaian murid. Ini menjadi contoh kepada saya agar saya sentiasa merendah diri dan menyangi orang lain tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang. Dengan itu, sifat hormatmenghormati dapat dibentuk serta kerjasama dan kata sepakat dapat di capai. Selain itu juga, saya terpegun melihat kerajinan guru-guru di sekolah tersebut dalam menyediakan buku rancangan pengajaran harian yang kreatfi dan membuat perancangan pengajaran dengan baik sekali. Selain itu juga, bilik guru sekolah tersebut sangat sempit, namun begitu, guru-guru di sekolah tersebut tetap menjaga kebersihan dan kekemasan. Ini dapat dilihat pada penyusunan fail yang sistematik dan kemas. Kesimpulannya, daripada lawatan ini, saya telah mempelajari dan mendapat pelbagai pengalaman baru yang amat berguna yang dapat diaplikasikan dalam hidup dan apabila menjadi guru kelak. Seorang guru yang baik akan sentiasa mencari jalan dalam menyediakan sumber dan bahan pengajaran yang berkesan dan bermakna supaya muridnya mendapat pembelajaran yang semnpurna tanpa member alasan kepada kekurangan mereka. Hal ini kerana, prisip yang dipegang iaitu kekurangan itulah yang menjadi kekuatan.

10

5.2 BENGKEL Bengkel Bina Insan Guru Fasa V bagi Semerter 5 yang bertajuk Peranan dan Fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri telah dilaksanakan pada 24 Februari 29 Februari 2013 iaitu pada hari Ahad telah membincangkan dengan jelas dan padat tentang fungsi dan peranan badan tersebut terhadap sekolah. Berdasarkan bengkel yang telah dilaksanakan, saya dapat mengenalpasti bahawa kepentingan dan peranan Bahagian Teknologi Pendidikan sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa, penggunanan pelbagai bahan pengajaran memainkan peranan penting dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid. Selain itu, saya juga mendapat pengetahuan bahawa, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri juga menyediakan pelbagai kursus dan khidmat latihan kepada guruguru bagi meningkatkan kemahiran sekaligus mampu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan. Semasa lawatan ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri juga, kami telah melawat pelbagai pusat kegiatan guru dan pusat pembinaan bahan pengajajaran. Di sini saya sedar bahawa, pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam memberikan pembelajaran yang sempurna kepada murid-murid. Kesimpulannya, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ini memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan khidmat kepada sekolah-sekolah dengan menyediakan pelbagai bahan dan media pengajaran untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, sebagai guru, saya haruslah memanfaatkan dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid supaya mereka mendapat pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Bahan tersebut sebagai medium yang menggerakkan kejayaan dan kecemerlangan generasi baru ini.

11

6.0 PENUTUP Program Bina Insan Guru Fasa V untuk pelajar PISMP Semeter 5 ini telah mendedahkan kepada guru pelatih mengenai tanggungjawab guru serta memberikan idea dan pengalaman yang bermakna dalam menyiapkan diri menjadi guru yang berwibawa dan mampu melakukan anjakan paradigm sekaligus meningkatkan kecemerlangan dan prestasi murid pada tahap yang lebih tinggi lagi. Guru pelatih juga haruslah mengambil contoh terbaik untuk diamalkan dan dilaksanakan apabila menjadi guru kelak. Selain itu juga, guru haruslah sedar akan tanggungjawab yang dipikul serta mengaplikasikan segala kemahiran dan pengalaman yang dipelajari agar murid-murid mendapat pendidikan yang sewajarnya. Selain itu juga, seorang guru haruslah sentiasa meningkatkan kemahiran diri supaya guru tidak akan ketinggalan dari segi kemahiran teknologi dan kamunikasi serta dapat menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan bermakna. Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru ini telah memberi gambaran secara langsung kepada guru pelatih dalam menghadapi alam sebenar sebagai seorang pendidik. Justeru itu, guru pelatih akan lebih bersedia dan akan menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila menjadi guru kelak.

12

You might also like