MELAYU BARU MELAYU LAMA
•
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau padahari merdeka, di bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia.Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orangMelayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya, di selatan Thailandterdapat juga kelompak manusia yang berrtutur Bahasa Melayu dan mengamalkan budayaorang Melayu.Manakala, penakrifan Antropologi pula menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahliantropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Darisegi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistemkemasyarakatan dwisisi dan kenegarasian yang termasuk dalam bangsa Mangoloid.
Adakah orang Kelantan orang Melayu sebenar?
Benarkah Melayu Kelantan merupakan orang Melayu orang asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain? Hipotesis mengenainya mungkin berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, UniversitiSains Malaysia (USM) Kubang kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin. Menurutnya,hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-SsidDeokrsiribonukleik (Mithochondial-DNA) dalam kalangan beberapa penduduk di pedalamanKelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.Bagaimanapun, katanya hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenaiSiapa Melayu sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia kesembilan(RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi. Ketika ini, 12 etnik Melayu di negara initermasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dariKemboja dan Yunan dari China. “Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubahsejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah intuk mencari faktaterbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,” katanya.2