You are on page 1of 3

MTE 3107 LATIHAN ULANGKAJI

1. Nyatakan matlamat dan objektif kurikulum matematik KBSR. 2. Nyatakan topik-topik utama dalam kurikulum matematik KBSR. 3. Merancang pengajaran matematik adalah mustahak. Beri tiga sebab kepentingan membuat perancangan pengajaran matematik. 4. Nyatakan tiga sumber maklumat utama untuk merancang pengajaran matematik. Berikan satu contoh bagi setiap sumber maklumat yang seseorang guru harus pertimbangkan semasa merancang pengajaran matematik. 5. Berikan satu contoh hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam KBSR bagi topik-topik berikut: (a) Menambah dengan kumpul semula (b) Pengenalan kepada pecahan (c) Ciri-ciri objek 3D 6. Huraikan kenapa komunikasi dan perbincangan adalah penting dalam kelas matematik. Terangkan 3 cara bagaimana komunikasi matematik dalam kelas boleh dipertingkatkan. 7. Huraikan satu aktiviti pembelajaran yang sesuai bagi setiap berikut. Aktiviti harus menggunakan bahan bantu mengajar konkrit dan nyatakan BBM tersebut. (a) Menolak dua nombor 2-digit dengan kumpul semula (b) Membina sifir 5 (c) Mengenal garis simetri bagi bentuk-bentuk 2D (d) Mengenal pecahan (e) Menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama 8. Nyatakan jenis-jenis pengurusan kelas yang harus dipertimbangkan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif. 9. Dalam pengurusan bilik darjah, mengekalkan disiplin dan tingkah laku baik adalah mustahak dalam pengajaran yang efektif. Huraikan tiga tindakan yang guru boleh ambil untuk membina kelas yang berdisiplin baik. 10. Namakan tiga kemahiran pengajaran mikro yang sesuai dilatih semasa sesi pengajaran mikro. Huraikan empat kebaikan melaksanakan pengajaran mikro. 11. Berikan dua sebab kenapa pendekatan berpusatkan murid harus digunakan dalam pengajaran matematik. 12. Bandingkan pendekatan berpusatkan guru dan berpusatkan murid. 13. Terangkan maksud pendekatan berpusatkan media. Berikan satu contoh aktiviti P&P yang menggunakan pendekatan berpusatkan media. 14. Berikan satu contoh penggunaan kaedah berikut dalam pengajaran matematik. Bagi setiap kaedah nyatakan dua kelebihan menggunakannya dalam pengajaran matematik. (a) kaedah induktif (b) kaedah deduktif (c) kaedah penemuan (d) penyiasatan matematik

15.

16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

26.

27. 28. 29. 30.

(e) Penyoalan dan perbincangan (f) Kerja amali (g) Kaedah ekspositori (h) Kaedah laboratori (i) Demonstrasi (j) kaedah penemuan Menggunakan kaedah induktif, huraikan bagaimana anda akan membimbing murid menemuis rumus bagi luas segiempat tepat. Nyatakan dua kelebihan menggunakan kaedah ini untuk mengajar rumus matematik. Bandingkan dan bezakan kaedah induktif dan kaedah deduktif. Terangkan maksud kaedah inkuiri. Huraikan langkah-langkah pengajaran bersifat inkuiri. Huraikan satu aktiviti P&P matematik yang sesuai menggunakan kaedah penemuan atau penyiasatan. Nyatakan empat tujuan melaksanakan perbincangan dalam kelas. Huraikan empat teknik penyoalan yang boleh digunakan dalam kelas matematik untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Terangkan empat kebaikan menggunakan pembelajaran koperatif. Terangkan elemen-elemen penting dalam pembelajaran koperatif yang membezakannya dengan pembelajaran kumpulan biasa. Huraikan maksud: saling bergantungan yg positif, tanggungjawab/akauntabiliti individu, interaksi bersemuka, pasukan homogen, pasukan heterogen. Huraikan dua model pembelajaran koperatif yang anda boleh gunakan untuk mengajar matematik. Huraikan ciri-ciri penting bagi teori pembelajaran berikut: a. behaviorisme b. kognitivisme c. konstruktivisme d. humanisme. Huraikan implikasi setiap teori berikut kepada P&P matematik. a. behaviorisme b. kognitivisme c. konstruktivisme d. humanisme. Huraikan ciri-ciri sebuah kelas (a) konstruktivist, (b) humanist. Huraikan penekanan yang diberikan dalam sebuah kelas matematik yang berlandaskan pendekatan humanistik. Menggunakan contoh-contoh yang sesuai bezakan jenis-jenis pengetahuan matematik yang harus dikuasai oleh murid. Terangkan dengan perwakilan gambar satu konsep bagi: a. penambahan b. penolakan

31. Apakah yang dimaksudkan dengan algoritma? Huraikan tiga algoritma berlainan bagi operasi darab. Apakah fakta matematik yang perlu diketahui oleh murid sebelum dia boleh melaksanakan algoritma pendaraban yang rumit? 32. Nyatakan 4 jenis perbezaan individual pada pelajar yang wujud pada sesuatu kelas matematik. Bagi setiap perbezaan, terangkan bagaimana ia boleh mempengaruhi pengajaran matematik seseorang guru. Terangkan juga bagaimana guru patut laksanakan untuk mengambil kira perbezaan tersebut. 33. Nyatakan 3 cara bagaimana seseorang guru matematik boleh laksanakan untuk mengelak daripada mendiskriminasikan terhadap murid perempuan dalam kelas matematik. 34. Apakah perbezaan di antara gaya pembelajaran dan gaya kognitif? 35. Nyatakan 3 jenis modus pembelajaran. 36. Nyatakan pelbagai kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Garnder dan terangkan kenapa pelbagai kecerdasan harus dikembangkan dalam kalangan murid. 37. Huraikan satu aktiviti matematik yang boleh mengembangkan setiap kecerdasan Gardner. 38. Huraikan satu pelajaran matematik yang boleh mengembangkan pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid. 39. Huraikan satu aktiviti rekreasi matematik yang boleh digunakan dalam topik: (a) penambahan (b) pecahan (c) bentuk 2-D 40. Terangkan bagaimana seseorang guru boleh menggalakan murid melakukan matematik dalam kelas. 41. Melakukan matematik (Doing mathematics) melibatkan pelajar membuat konjektur dan juga perbincangan. Terangkan maksud membuat konjektur dan perbincangan. 42. Nyatakan 3 jenis kesenian kreatif yang sesuai digunakan dalam P & P matematik. 43. Berikan 4 sebab menggunakan kesenian kreatif dalam P & P matematik. 44. Terangkan kenapa pembelajaran berasaskan projek digalakkan dalam P& P matematik. 45. Nyatakan 5 ciri bagi pembelajaran berasaskan projek. 46. Huraikan langkah-langkah melaksanakan pembelajaran berasaskan projek. 47. Berikan satu contoh projek yang sesuai untuk matematik sekolah rendah berpandukan pembelajaran berasaskan projek.

You might also like