Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, JalanKepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan inidikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakanpasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA(PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiridaripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialahuntuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DANBERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilanselaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah PendidikanKebangsaan ke arah Wawasan 2020.Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankanadalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulaitahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mulamenubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail dibawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. AgamaMa'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu HassanBin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah diseluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIMsecara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysiatelah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakandengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan MohdNordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993.Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya,sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertaskabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi namaKADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun namapasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-PengarahBahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan MohdZahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepadaKADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbukakepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. UpacaraPelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telahdiiaksanakan pada
20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam
1416
oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, MenteriPendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong,Kuala Lumpur.
SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )
3