Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF
1
PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN J-QAF
1.PENDAHULUAN
Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telahdinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkatKementerian Pelajaran melalui satu
seminar j-QAF
pada 3 hingga 5 Mac 2004.Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulandan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program inidilaksanakan mulai tahun 2005.
2.KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melaluipenekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ainyang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program inimenggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guruyang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan,pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
3.OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islamsekolah rendah akan dapat:a.menguasai bacaan dan tulisan Jawi;b.khatam al-Quran;c.menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dand.memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.
4.KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakanPI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur
a
n, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayatidan diamalkan dalam kehidupan.
Add a Comment
nazri03left a comment
asdy95left a comment