Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
25Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Fungsi Keris Dalam Budaya Melayu

Fungsi Keris Dalam Budaya Melayu

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 11,799|Likes:
Published by hafizoro

More info:

Published by: hafizoro on Mar 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/07/2013

pdf

text

original

 
FUNGSI KERIS DALAM MASYARAKAT MELAYU:PERBOMOHAN DAN PERUBATAN
MOHD RAMLI RAMANAkademi Pengajian MelayuUniversiti Malaya
Pengenalan Kedudukan
 
keris bagi masyarakat Melayu, boleh jadi menempati posisi yang amatistimewa jika dibandingkan dengan senjata tajam yang lainnya. Dalam cerita-ceritapenglipurlara, cerita-cerita lagenda seperti Hang Tuah, dalam hikayat misalnyaHikayat Patani, wayang kulit, pantun, syair, gurindam dan sebagainya adabermacam-macam istilah dan nama keris yang digunakan. Misalnya dalam ceritawayang kulit Allahyarham Dollah Baju Merah ada keris bernama Keris Geliga Jatiyang
ditempa oleh Sang Dewa Rata dari besi tiga beradik, kakak tua bernama Maharaja Kersemi Besi, yang tengah bernama Agok Ading dan yang bongsu Bapa Besi Sekubang Darah.
Dalam Hikayat Hang Tuah (Kasim Ahmad: 1966 ) danSejarah Melayu, adegan Pertikaman Tuah-Jebat dan Jebat-Kasturi, keris TamingSarilah yang “menghukum” Jebat pendurhaka sehingga menemui ajalnya.Bukan itu sahaja, keris sebagai “hasil estetika Melayu” telah bermula seawal-awalpembukaan Melaka sekitar 500 tahun yang lalu dan 800 hingga 1000 tahun dalamkebudayaan Jawa dan seterusnya keris mempunyai fungsi dan peranannya yangkhas lagi khusus. Dalam soal ini, keris dianggap senjata paling keramat dalamkebudayaan Melayu.Terdapat ribuan jenis keris di alam Melayu dan daerah-daerah sekitarnya, apatahlagi terdapat sekitar 400 suku bangsa dan lebih 150 suku bahasa. J.W.M Bakker(1984) mengelompok dalam wilayah suku besar yang disebutnya sebagai wilayahadat iaitu Acheh, Gayo-Alas, Batak-Nias, Minangkabau-Mentawai, Jambi-Enggano,Melayu-Melaka-Medan-Riau-Pontianak, Dayak-Raya, Bangka-Belitung, Sunda,Jawa-Tengah, Jawa-Timur-Madura, Bali-Lombok, Sulawesi-Selatan-Makasar,Teroja, Gorontolo, Flores-Timur, Minahasa-Sangi-Talaud, Maluku-Utara (Ternate),Maluku-Selatan (Ambon, Papua. Wilayah adat ini pula boleh kita kembangkanmelibatkan Filipina, Selatan Thai dan daerah-daerah diaspora Melayu seluruhdunia. Semua tradisi ini pula mempunyai tradisi keris masing-masing.Di Malaysia samada yang mempunyai sultan dan raja atau tidak, mempunyai kerissebagai regalia serta ornamen kebesaran diraja dan kerajaan. Malah Duli yangMaha Mulia Yang Di- Pertuan Agung juga mempunyai regalia dan ornament iaitukeris sebagai daulah kebesaran dan kekuasaan serta ketuanan Melayu. Bagi negeriPerak pula, Keris Tamingsari adalah senjata kebesaran kerajaan. Dalam konteksini keris bukan lagi sebagai senjata pembunuh tetapi menjadi alat kebesaransesuatu negeri atau kerajaan.
 
Seterusnya, keris juga menjadi sebagai perantara antara dunia ghaib dan nyata,antara alam atas, tengah dan bawah, makhluk gaib, jin ,penunggu, roh dan lain-lainlagi dalam perubatan dan perbomohan Melayu. Ada doa dari ayat-ayat Al Quranyang bercampuraduk dengan anamisme, Hindu-Budha dalam pengucapanmantera, yakni ungkapan verbal yang mengandungi daya-daya atau energi yangbersifat magis. Biasanya diucapkan berulang-ulang dengan nada dan intonasi yangtertentu dengan penuh perhatian. Pada waktu yang sama disertakan sikap tangan(mudra) dalam bertapa, menadah ke dua belah tangan ke atas, berpeluk tubuh danseumpamanya sebagai suatu proses ‘masuk ke dunia lain’ dan seringkali juga
 yadra
iaitu membayangi objek-objek tertentu yang dapat memberikan ‘yoni’, kuasa,cahaya, roh dan seumpamanya.Terdapat berbagai-bagai jenis keris yang digunakan samada yang berlok satuhinggalah lok-lok ganjil 3, 5, 7, 9,11,13,35 dan seterusnya ataupun keris lurus
daunbuluh,
keris charita, sempana, picit dan sebagainya. Ada keris yang diperbuat daribesi burjan (kursani) yang berwarna hitam kebiru-biruan sejuk lembab besinya,yang membawa kesejahteraan, ada besi karangkijang yang warnanya hitam keringhijau daun kurang baik kerana penyimpannya kurus kering dan sesuai untuk oranggemuk yang inginkan badan ramping halus manis, besi jari pengantin, warna hijaukehitaman tetapi ringan sifatnya, sesuai untuk melembutkan hati seseorang danmurah rezeki, besi surabdamas, warnanya hitam kemerah-merahan, memberikanrasa gatal jika dibuat keris, sesuai untuk ilmu tuju-tuju atau menghantar santau,besi danar (selipan) atau sasamad) warnanya hijau gemerlap untuk memikat wanitaatau untuk pengasih, besi boji atau rebeng, warnanya hitam keputihan, bertujuanuntuk memanaskan kedua belah pihak dan cepat panas baran, besi kucur ataumanur perak, warnanya putih, kering, berpeluh, keras berdenting, dibuat kerisperempah ubat ubatan, besi malik atau laksemalik (carising), dijadikan keris dankalau dipakai, pemakainya akan mandul , besi gerasak, warnanya hitam keringkeras, untuk tuah dan besi lumut, warnanya hitam hijau berlumut, digunakansebagai alat perantara dalam bertani. Jenis KerisTerdapat bermacam-macam jenis keris di Alam Melayu samada berdasarkanbentuk, mata, kegunaan dan juga daya mistik yang dimilikinya. Antara lain kerissepukal, keris sempena, keris cerita, keris picit, keris tajung, damarmuluk (kerissulok belingkong)-lok tiga, keris apit liang-lok lima, keris jenoya-lok tujuh, kerisrantai-lok sembilan hingga 21 lok, keris andus-mempunyai 23 hingga 29 lok. Keris-keris ini juga diberikan nama berdasarkan kegunaan iaitu keris bahari, kerissundang (Riau dan Moro Filipina) yang dikembangkan oleh orang laut (lanun) bagitujuan memotong dan menebas, keris buluh atau keris tebu yang bentuk dapurnyaatau bilahnya seperti tebu. Keris Panjang pula atau keris penyalang adalah kerisyang digunakan bagi tujuan membunuh tanpa mengeluarkan darah yang banyak 
2
 
dan cepat mati. Keris Mat Diong atau keris Bugis, keris Patani atau Keris Maleladan banyak lagi istilah yang saling tumpang tindih antara satu sama lain.Cara Pembuatan KerisDi bahagian pengenalan telah dibicarakan sedikit tentang jenis-jenis besi, setelahsalah satu jenis besi dipilih (mungkin kesemua jenis besi itu dipilih) maka bermulatahap pertama iaitu besi tadi dibasuh atau dibersihkan atau dicucikan denganmenggunakan air yang dicampur limai nipis, air kelapa dan lain-lain lagi. Padatahap kedua, besi tadi disimpal atau diikat beberapa keping besi lain bagi tujuanpenempaan, ketiga, dengan gergaji, besi tadi dipotong berupa rangka kasar sebilahkeris dibakar, ditempa berulang-ulang sehingga bahagian-bahagian besi yang diikattadi bersatu, langkah seterusnya langkah keempat bahagian hujung ditempamemanjang ke hujung, manakala langkah ke lima, pandai besi atau empu akanmenentukan bentuk keris yang akan dihasilkan, jika keris lurus kepanjangannyacukup sekadar 30 hingga 40 cm, manakala keris berlok pula tergantung kepada jumlah loknya., langkah keenam, jika keris berlok hendak dibuat, setiap kalipembakaran besi hanya untuk satu lok sahaja. Pembentukan lok harus bermuladipangkal keris. Pada tahap berikutnya, pembentukan bahagian-bahagian keciliaitu ricikan ditempa bagi menentukan bentuk bilahnya (misalnya keris berbilahlembu tidor, terdapat dua kembang kacangnya atau belalai gajah, satu di bahagianganja dan satu lagi di tengah-tengah bilah). Proses penempaan ini yang palingrumit dan teliti kerana kebanyak keris gagal dibentuk dibahagian ini. Prosesseterusnya mencembungkan bilah keris di samping menghaluskan bekas kikiran.Pada dasarnya pada bahagian ini keris sudah terhasil, namun proses seterusnyadilakukan bagi ‘menuakan’ keris yakni keris tadi dibakar sehingga suhu kepanasanmencapai 700 hingg 1200 darjah celcius dan disejukan dalam rendaman air yangdicampur dengan segala ramuan akar kayu, tuba, racun dan seumpamanyaberdasar fungsi dan daya gunanya. Bekas air rendaman ini biasanya diperbuat daribuluh betung, duri atau buluh kuning yang ruasnya besar dan tebal. Tahap terakhiradalah tahap
 finishing 
iaitu meratakan bahagian yang tidak rata dengan kikir ataudaun sempelas, kertas pasir ataupun tulang sotong ‘katak’, kemudian menggunakatuba hitam (arsenic) bagi menghitamkan bahagian tertentu dan mencerahkanbahagian pamor atau motif keris. Seterusnya keris tadi disapukan minyak berdasarkan jenis besi iaitu minyak zafron, cendana, melati dan seumpamanyamengikut citarasa sang pandai keris atau tuan punya keris. Terakhirnya keris tadidibuat sarung, hulu dan segala macam perhiasan lainnya. Cara pembuatan kerisdibincangkan sepintas lalu bagi tujuan bomoh dan perubatan nanti.Gambarajah Proses Pembuatan KerisKodokan Keris
3

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Azrina Mohammed liked this
Adam Arief liked this
Uyha Bayonet liked this
whyevil liked this
Ahmed Zhaini liked this
Shakimah Harun liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->