You are on page 1of 19

1

PENDAHULUAN Ulasan artikel kajian untuk kursus YGA6108: Pengurusan dan Pembangunan Diri Pelajar, saya memilih untuk mengulas Jurnal Islamiyyat 27(1)(2005) 3 24, yang bertajuk Tekanan Emosi Remaja Islam yang disediakan oleh saudari Fariza Md. Sham. Saya memilih untuk mengulas artikel kajian tersebut kerana tertarik dengan fokus pengkaji yang ingin mengkaji tekanan emosi dari perspektif dakwah Islamiah dan perspektif Barat yang mencakupi pendefinisian, faktor-faktor tekanan emosi dan tanda-tanda tekanan emosi. Apa yang merangsangkan minat saya terhadap artikel kajian ini adalah bagaimana pengkaji cuba mengutarakan satu kerangka konsep yang menjurus kepada dakwah Islamiah yang melihat tekanan emosi merupakan satu fenomena emosi yang dihadapi oleh remaja dalam proses perubahan dan perkembangan psikologinya yang perlu ditangani oleh pendakwah. Dalam kata lain, kajian ini dilihat amat bersesuaian untuk dijadikan rujukan di kalangan golongan pendakwah untuk menyelami hati dan perasaan remaja masa kini bagi memungkinkan kerja dakwah terhadap golongan ini dapat dijalankan ke arah yang lebih membina. Kita mungkin terlalu banyak terpengaruh dengan perspektif Barat apabila membincangkan mengenai tekanan emosi dari sudut pendefinisian, faktor-faktor dan tandatanda. Namun, saya melihat artikel kajian ini ibarat membuka satu dimensi kajian yang baru buat pengkaji-pengkaji di Malaysia khasnya untuk mengorak langkah dalam melaksanakan kajian yang didasarkan kepada perspektif Islam di samping penerimaan terhadap perspektif Barat turut dipertimbangkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah Islamiah. Oleh yang demikian, saya akan melakukan ulasan artikel kajian berdasarkan beberapa kriteria iaitu 1) penulisan abstrak, 2) tajuk kajian, 3) tujuan kajian, 4) kajian literatur, 5) kaedah kajian, 6) hasil dapatan kajian, dan 7) impak di dalam sistem persekolahan. Saya amat berharap ulasan artikel kajian ini berupaya memberi kita sedikit penambahbaikan supaya ianya dapat dijadikan landasan yang munasabah dalam melakukan kajian di dalam bidang pendidikan. Segala ulasan mengenai artikel kajian tersebut adalah lahir dari pegangan ilmu yang saya perolehi dan sebarang cadangan yang dikemukakan merupakan satu cadangan yang dirasakan dapat memberi sedikit ruang kepada pengkaji lain untuk dipertimbangkan mengikut kesesuaian dan displin kajian ilmiah.

BAB 1 ULASAN ABSTRAK Di dalam penulisan abstrak, saudari Fariza Md. Sham telah melakukan satu kajian tinjauan yang bersifat kuantitatif yang melibatkan 403 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 16 17 tahun di Kajang, Selangor. Terdapat tiga tujuan kajian yang di utarakan oleh pengkaji iaitu:
1) mengkaji sama ada remaja mengalami tekanan atau pun tidak berdasarkan kepada

simpton-simpton tekanan yang meliputi aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial, 2) mengkaji faktor-faktor utama tekanan, dan 3) cara remaja menangani tekanan sama ada cara positif atau negatif. Pengkaji juga menerangkan dengan jelas mengenai cara data diperolehi iaitu melibatkan kaedah soal selidik dan temubual berstruktur. Penganalisian data dilakukan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu taburan kekerapan dan peratusan. Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, beliau berjaya menunjukkan bahawa remaja memang ada mengalami tekanan emosi yang majoritinya menunjukkan simpton dari aspek psikologi. Bahkan faktor utama yang dikenal pasti oleh pengkaji ialah faktor keluarga dan faktor persekitaran. Pengkaji juga berjaya mengenal pasti aspek cara menangani tekanan iaitu kebanyakan remaja menggunakan cara yang positif. Perkara penting yang saya dapati di sini ialah pengkaji tidak menyatakan secara ringkas mengenai instrumen kajian yang digunakan dan bagaimana data tersebut dianalisis. Ini adalah penting untuk dinyatakan oleh pengkaji kerana tujuan kajian beliau menjurus kepada tiga perkara yang dinyatakan sebelum ini yang memerlukan pengukuhan dari aspek instrumen kajian yang digunakan. Secara keseluruhan, penulisan abstrak ini dilihat boleh diperbaiki lagi kerana saya melihat pengkaji tidak begitu berupaya untuk meringkaskan penulisan abstrak dengan kuota 100 patah perkataan dan banyak meninggalkan perkara-perkara penting yang saya nyatakan sebelum ini. Sesungguhnya, kajian ini dilihat mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan yang akan saya bincangkan pada bab seterusnya.

BAB 2 ULASAN TAJUK KAJIAN Kajian yang dilakukan oleh saudari Fariza Md. Sham merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan pendekatan kajian tinjauan. Tajuk kajian yang dilaksanakan oleh beliau ialah Tekanan Emosi Remaja Islam. Sebenarnya, pemilihan tajuk ini sememangnya tidak berketepatan dengan kajian berbentuk kuantitatif. Ini kerana tajuk yang diutarakan ini lebih kepada kajian berbentuk kualitatif kerana ianya bersifat umum dan jangkaan awal saya terhadap kajian ini berdasarkan tajuk yang diberikan adalah bahawa kajian ini berbentuk kualitatif. Pada pandangan saya, pengkaji perlu peka dalam memberikan tajuk kepada kajian beliau kerana ianya merupakan satu perkara penting bagi memancing minat pembaca untuk membaca kajian beliau. Saya ingin mencadangkan agar tajuk kajian ini boleh ditulis semula seperti berikut: Tahap Pengurusan Tekanan Emosi Remaja Islam di Klang, Selangor Satu Kajian Deskriptif Mengenai Tahap Pengurusan Emosi Remaja Islam di Klang Selangor Adalah penting untuk pengkaji mempertimbangkan variabel bebas dan variabel bersandar bagi memberikan tajuk yang sesuai kepada kajian kuantitatif beliau. Merujuk kepada tajuk kajian yang diutarakan di atas iaitu Tahap Pengurusan Tekanan Emosi Remaja Islam di Klang, Selangor. Variabel bebas yang wujud adalah remaja Islam, manakala variabel bersandar pula ialah tahap pengurusan tekanan emosi. Sesungguhnya, penulisan tajuk kajian adalah penting dan ianya perlulah dipilih agar bersesuaian dengan kaedah kajian yang digunakan. Perhatian yang kurang terhadap penulisan tajuk ini sedikit sebanyak akan menyebabkan pembaca tidak merasa teruja untuk membaca kajian yang telah dilakukan kerana minat pembaca untuk membaca sesuatu kajian adalah terletak pada tajuk kajian yang berkualiti.

BAB 3 ULASAN PENGENALAN KAJIAN Pada bahagian pengenalan, pengkaji menerangkan perkembangan remaja, masalah, konflik yang dihadapi dan tahap resiliensi para remaja. Namun begitu, penerangan ini tidak disokong oleh mana-mana rujukan untuk mengukuhkan penerangan beliau supaya kelihatan lebih ilmiah. Pengkaji turut menerangkan dari perspektif dakwah bahawa remaja yang mengalami tekanan emosi terdedah dengan masalah mental sekiranya permasalahan ini tidak ditangani lebih awal dan usaha dakwah adalah amat perlu ditekankan. Namun begitu, saya mendapati bahawa pengkaji banyak menerangkan secara umum tanpa memasukkan beberapa sokongan seperti hadis dan lain-lain lagi. Ini sekaligus menyebabkan penerangan pengkaji nampak mendatar dan tampak tidak begitu menarik. Pengkaji mampu sebenarnya mencari isi namun ulasan yang menarik agak kurang diberi perhatian. Pada bahagian ini pengkaji turut menyelitkan tujuan kajian dilakukan iaitu: 1) mengkaji sama ada remaja mengalami tekanan atau pun tidak berdasarkan kepada simpton-simpton tekanan yang meliputi aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial, 2) mengkaji faktor-faktor utama tekanan, dan 3) cara remaja menangani tekanan sama ada cara positif atau negatif.

BAB 4 ULASAN KAJIAN LITERATUR Di dalam kajian literatur, Fariza Md. Sham telah membuat banyak rujukan mengenai definisi tekanan emosi, faktor tekanan emosi dan tanda tekanan emosi. Apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah, pengkaji berupaya menghasilkan kajian literatur dengan baik sekali melalui sumber-sumber dari ahli-ahli akademik Barat, tokoh-tokoh terkemuka Islam dan beberapa petikan ayat al-Quran. Saya melihat pengkaji di dalam kajian literaturnya berjaya mencari sumber rujukan yang bersesuaian dengan tujuan kajian beliau. Beliau juga menyusun kajian literaturnya dengan baik sekali mengikut bahagian-bahagian kecil seperti definisi tekanan emosi, faktor tekanan emosi dan tanda tekanan emosi. Kebanyakan kajian literatur beliau berdasarkan rujukan-rujukan terkini sekitar tahun 90 an hingga tahun 2000. Pengkaji turut juga menyelitkan beberapa kajian dari tahun 90 an ke bawah yang dilihat masih lagi relevan untuk dibincangkan terutamanya pendapat dari tokoh Islam yang terkemuka. Sebagai seorang Islam, saya berasa amat berbangga sekali apabila pengkaji berupaya menyelitkan beberapa ayat al-Quran bagi memantapkan literatur kajian beliau. Walaupun secara globalnya, kajian literatur berdasarkan ilmu wahyu ini tidak diterima oleh Barat, tetapi saya merasakan ianya tidak salah untuk dimuatkan dalam kajian beliau untuk menunjukkan betapa ilmu Islam itu begitu bercorak menyeluruh dan semestinya ianya merupakan satu rujukan yang utama untuk didasarkan dalam melakukan kajian.

BAB 5 ULASAN KERANGKA TEORI Kerangka teori kajian yang diketengahkan oleh Fariza Md. Sham adalah mudah dan senang difahami kerana pengkaji telah menetapkan bahawa kerangka kajian beliau didasarkan pada perspektif Islam dan perspektif Barat bagi melahirkan satu kerangka teori tekanan emosi dalam definisi, faktor-faktor tekanan emosi dan tanda-tanda tekanan emosi. Namun adalah lebih baik sekiranya, pengkaji boleh mewakilkan kerangka teori kajian beliau dengan satu perwakilan diagram supaya satu kerangka menyeluruh dapat dilihat. Maka, setelah membaca kerangka teori beliau, saya mencadangkan kerangka kajian beliau dengan bentuk diagram berikut: PERSPEKTIF ISLAM PERSPEKTIF BARAT
Definisi TEKANAN EMOSI Faktor

Tanda-tanda

BAB 6 ULASAN KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang Fariza Md. Sham jalankan adalah berdasarkan kaedah kuantitatif dengan cara kajian secara tinjauan. Seramai 403 orang remaja telah dipilih untuk kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki (174 orang) dan perempuan (229 orang) dari lima buah sekolah di sekitar Kajang yang berumur antara 16-17 tahun. Responden dipilih secara rawak mudah. Pengkaji telah berpandukan soal selidik Health Opinion Study (HOS) dan soal selidik Stress Asses V2.1 yang telah diubah suai daripada Bill dan rakan-rakan (1985) kemudian telah diterjemah oleh Fatimahwati Halim dan Wan Shahrazad Wan Sulaiman (2002) untuk mengetahui simptom-simptom tekanan. Beliau tidak pula menyatakan kategori-kategori simpton. Soal selidik yang berkaitan dengan faktor-faktor tekanan pula, pengkaji telah membina soal selidik ini dengan membahagikan item-item kepada lima kategori iaitu item yang berkaitan dengan faktor keluarga, faktor sosial, faktor personaliti, faktor akademik dan faktor persekitaran. Soal selidik yang berkaitan dengan cara-cara remaja menangani tekanan, pengkaji telah berpandukan kepada soal selidik yang telah diperkenalkan oleh Frydenberg dan Lewis (1997) iaitu Adolescent Coping Scale (ACS) yang kemudiannya telah diterjemahkan oleh Sim Siew Bee (1998). Hanya dua kategori bagi cara-cara menangani iaiatu cara positif dan negatif. Pengkaji telah membuat kajian rintis bagi menguji kefahaman responden tentang soalan yang dikehendaki dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan Cronbachs Coefficient Alpha () dalam mengukur kebolehpercayaan (reliability) item-item soal selidik. Indeks nilai kebolehpercayaan cronbach alpha () bagi soal selidik bahagian simptom atau tanda tekanan emosi ialah .8122, bahagian faktor tekanan ialah .9049 dan bahagian cara-cara menangani tekanan emosi ialah .8379. Nilai-nilai ini menepati tafsiran nilai cronbach alpha () correlation coefficients yang mengatakan bahawa nilai .80 hingga .90 adalah customary coefficients/acceptable realibility. Penganalisisan data adalah dengan bantuan komputer yang diproses menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Teknik yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah teknik statistik deskriptif yang dijelaskan dalam bentuk jadual dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan, peratusan (%) dan mod. Secara keseluruhannya, saya mendapati kaedah kajian dijalankan menepati standard sesuatu kajian yang ingin dijalankan. Pengkaji sesungguhnya melakukannya dengan baik sekali.

BAB 7 ULASAN DAPATAN KAJIAN Fariza Md. Sham telah memperolehi dapatan kajian yang dikategorikan kepada dapatan berikut: 1) simpton tekanan mengikut kategori tindak balas, dan 2) faktor remaja mengalami tekanan. Pengkaji telah menyatakan simptom tekanan yang dihadapi oleh remaja berdasarkan kepada 3 skop iaitu tidak pernah, kadang-kadang, dan selalu. Namun begitu, pelaporan analisis dapatan kajian agak kurang menarik kerana pengkaji hanya memaparkan satu jadual yang mengandungi ke semua keputusan dan saya mencadangkan agar jadual berkenaan boleh dipecahkan kepada 3 jadual berasingan mengikut skop tidak pernah, kadang-kadang, dan selalu. Malah, ketiga-tiga jadual tersebut perlulah disusun keputusannya dari peratusan tertinggi hingga ke peratusan terendah. Namun begitu, saya melihat pengkaji meletakkan skop peratusan tertinggi tidak didasarkan kepada apa-apa pegangan. Saya merasakan pengkaji perlu meletakkan nilai kuartil pertama, median, dan kuartil ketiga untuk merujuk kepada skop peratusan terendah, peratusan sederhana, dan peratusan tertinggi. Sebagai tambahan, pengkaji perlu mengagihkan item-item berkenaan mengikut ketegori-kategorinya supaya mudah untuk diteliti peratus tertinggi, peratusan sederhana dan peratusan terendah berdasarkan kategori simpton, faktor, dan cara menangani. Di sini saya mencadangkan beberapa jadual dan pengiraan tambahan yang perlu dimasukkan oleh pengkaji untuk memudahkan dapatan kajian difahami.

BI L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

ITEM Terlibat seks dilarang Minuman keras Merokok Kurang minat berkawan Merosakkan harta awam Tidak minat belajar Hubungan tidak baik Susut berat badan Ingin lari dari rumah Putus harapan Bermimpi ngeri Mudah menangis Pening, pitam Fikiran tidak tentu hala Tertekan/sedih Hilang selera makan Sakit-perut, cirit-birit, sembelit, loya Tidak lena tidur Tangan, kaki berpeluh Fikiran bercelaru Letih tidak bermaya Takut gagal Tidak tenang Bimbang keterlaluan Kecewa/ gelisah Sering mengelamun Panik Mudah bosan Tiada tumpuan Sering lupa

TIDAK PERNAH N % N 380 94.3% 403 379 94.0% 403 344 85.4% 403 318 78.9% 403 298 73.9% 403 297 73.7% 403 281 69.7% 403 265 65.8% 403 256 63.5% 403 204 50.6% 403 195 48.4% 403 180 44.7% 403 170 42.2% 403 165 40.9% 403 161 40.0% 403 142 35.2% 403 131 32.5% 403 126 31.3% 403 115 28.5% 403 106 26.3% 403 101 25.1% 403 100 24.8% 403 97 24.1% 403 87 21.6% 403 85 21.1% 403 69 17.1% 403 62 15.4% 403 59 14.6% 403 53 13.2% 403 43 10.7% 403

TAHAP Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 24.3%, Median: 37.6%, Kuartil 3: 65.2% Jadual 1. Peratus simpton tekanan berdasarkan skop tidak pernah.

10

BI L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

ITEM Sering lupa Tiada tumpuan Tidak tenang Tangan, kaki berpeluh Panik Sakit-perut, cirit-birit, sembelit, loya Bimbang keterlaluan Fikiran bercelaru Letih tidak bermaya Sering mengelamun Kecewa/ gelisah Hilang selera makan Takut gagal Mudah bosan Fikiran tidak tentu hala Tidak lena tidur Pening, pitam Bermimpi ngeri Tertekan/sedih Putus harapan Mudah menangis Susut berat badan Ingin lari dari rumah Hubungan tidak baik Merosakkan harta awam Tidak minat belajar Kurang minat berkawan Merokok Minuman keras Terlibat seks dilarang

KADANG-KADANG N % N 310 76.9% 403 302 74.9% 403 257 63.8% 403 253 62.8% 403 253 62.8% 403 252 62.5% 403 250 62.0% 403 236 58.6% 403 233 57.8% 403 233 57.8% 403 232 57.6% 403 221 54.8% 403 213 52.9% 403 210 52.1% 403 206 51.1% 403 203 50.4% 403 202 50.1% 403 187 46.4% 403 185 45.9% 403 172 42.7% 403 155 38.5% 403 119 29.5% 403 117 29.0% 403 102 25.3% 403 96 23.8% 403 96 23.8% 403 75 18.6% 403 30 7.4% 403 19 4.7% 403 19 4.7% 403

TAHAP Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 29.2%, Median: 50.7%, Kuartil 3: 58.4% Jadual 2. Peratus simpton tekanan berdasarkan skop kadang-kadang.

BI

ITEM

SELALU

TAHAP

11

L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Mudah bosan Sering mengelamun Takut gagal Panik Kecewa/ gelisah Tidak lena tidur Letih tidak bermaya Mudah menangis Bimbang keterlaluan Fikiran bercelaru Tertekan/sedih Sering lupa Tidak tenang Tiada tumpuan Hilang selera makan Tangan, kaki berpeluh Fikiran tidak tentu hala Pening, pitam Ingin lari dari rumah Merokok Putus harapan Bermimpi ngeri Sakit-perut, cirit-birit, sembelit, loya Hubungan tidak baik Susut berat badan Kurang minat berkawan Tidak minat belajar Merosakkan harta awam Minuman keras Terlibat seks dilarang

N 134 101 90 88 86 74 69 68 66 61 57 50 49 48 40 35 32 31 30 29 27 21 20 20 19 10 10 9 5 4

% 33.3% 25.1% 22.3% 21.8% 21.3% 18.4% 17.1% 16.9% 16.4% 15.1% 14.1% 12.4% 12.2% 11.9% 9.9% 8.7% 7.9% 7.7% 7.4% 7.2% 6.7% 5.2% 5.0% 5.0% 4.7% 2.5% 2.5% 2.2% 1.2% 1.0%

N 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 5.0%, Median: 9.3%, Kuartil 3: 16.7% Jadual 3. Peratus simpton tekanan berdasarkan skop selalu.

BI L

ITEM

KURANG TERTEKAN N % N

TAHAP

12

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Sifat pemalu keterlaluan Ekonomi/pendapatan ibubapa merosot Bermasalah dengan guru/pengetua sekolah Sekiranya ibubapa/penjaga pilih kasih Ibubapa/penjaga tegas, tidak bertolak ansur Tinggal kawasan perumahan padat/sibuk Harapan tinggi ibubapa dalam pelajaran Kecewa kawan/kekasih Terlibat pengadilan mahkamah/melanggar undang-undang Sekiranya hubungan renggang dengan ibubapa/adik beradik Terlibat masalah alkohol, rokok, dadah, ganterism, pelacuran Tiada masa lapang kerana banyak kerja sekolah Tidak yakin dengan diri sendiri Sekiranya didera emosi, fizikal, seksual Sekiranya ibubapa berkahwin lain Rakan sebilik/jiran kacau/tidak ramah Sekiranya berselisih faham dengan ibubapa Menghadapi masalah interaksi/konflik kawan Bosan dan tidak pasti masa depan Kurang daya tumpuan ketika belajar Tempat tinggal kurang kemudahan asas Sekiranya ibubapa bercerai Persekitaran sempit dan tidak selesa Disisih rakan sebaya Sekiranya ibubapa meninggal dunia Gagal melaksanakan tanggungjawab agama Gagal menunjukkan prestasi akademik yang baik Persekitaran bising Tidak faham diajar oleh guru Berdosa dengan ibubapa/Allah

138 99 93 84 82 76 75 71 70 68 68 67 66 63 61 61 60 59 59 57 57 56 52 48 45 42 41 40 39 34

34.2% 24.6% 23.1% 20.8% 20.3% 18.9% 18.6% 17.6% 17.4% 16.9% 16.9% 16.6% 16.4% 15.6% 15.1% 15.1% 14.9% 14.6% 14.6% 14.1% 14.1% 13.9% 12.9% 11.9% 11.2% 10.4% 10.2% 9.9% 9.7% 8.4%

403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 13.2%, Median: 15.1%, Kuartil 3: 17.6% Jadual 4. Faktor tekanan emosi skop tertekan.

BIL

ITEM

KADANG-KADANG TERTEKAN

TAHAP

13

N 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Menghadapi masalah interaksi/konflik kawan Bosan dan tidak pasti masa depan Kurang daya tumpuan ketika belajar Tidak faham diajar oleh guru Ekonomi/pendapatan ibubapa merosot Bermasalah dengan guru/pengetua sekolah Tiada masa lapang kerana banyak kerja sekolah Tidak yakin dengan diri sendiri Kecewa kawan/kekasih Sekiranya hubungan renggang dengan ibubapa/adik beradik Sekiranya berselisih faham dengan ibubapa Ibubapa/penjaga tegas, tidak bertolak ansur Sekiranya ibubapa/penjaga pilih kasih Disisih rakan sebaya Sifat pemalu keterlaluan Harapan tinggi ibubapa dalam pelajaran Rakan sebilik/jiran kacau/tidak ramah Tempat tinggal kurang kemudahan asas Gagal menunjukkan prestasi akademik yang baik Persekitaran sempit dan tidak selesa Tinggal kawasan perumahan padat/sibuk Gagal melaksanakan tanggungjawab agama Persekitaran bising Terlibat pengadilan mahkamah/melanggar undang-undang Berdosa dengan ibubapa/Allah Sekiranya didera emosi, fizikal, seksual Sekiranya ibubapa berkahwin lain Sekiranya ibubapa meninggal dunia Terlibat masalah alkohol, rokok, dadah, ganterism, pelacuran Sekiranya ibubapa bercerai 255 235 229 221 220 209 206 206 205 204 197 193 189 185 181 177 169 169 168 168 162 160 134 106 89 87 64 55 54 47

% 63.3% 58.3% 56.8% 54.8% 54.6% 51.9% 51.1% 51.1% 50.9% 50.6% 48.9% 47.9% 46.9% 45.9% 44.9% 43.9% 41.9% 41.9% 41.7% 41.7% 40.2% 39.7% 33.3% 26.3% 22.1% 21.6% 15.9% 13.6% 13.4% 11.7%

N 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 34.9%, Median: 44.4%, Kuartil 3: 51.1% Jadual 5. Faktor tekanan emosi skop kadang-kadang tertekan. SELALU TERTEKAN N % N 303 75.2% 403

BIL 1

ITEM Sekiranya ibubapa meninggal dunia

TAHAP Tinggi

14

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Sekiranya ibubapa bercerai Terlibat masalah alkohol, rokok, dadah, ganterism, pelacuran Berdosa dengan ibubapa/Allah Sekiranya ibubapa berkahwin lain Sekiranya didera emosi, fizikal, seksual Persekitaran bising Terlibat pengadilan mahkamah/melanggar undang-undang Gagal melaksanakan tanggungjawab agama Gagal menunjukkan prestasi akademik yang baik Persekitaran sempit dan tidak selesa Tempat tinggal kurang kemudahan asas Rakan sebilik/jiran kacau/tidak ramah Disisih rakan sebaya Tinggal kawasan perumahan padat/sibuk Harapan tinggi ibubapa dalam pelajaran Sekiranya berselisih faham dengan ibubapa Tidak faham diajar oleh guru Sekiranya hubungan renggang dengan ibubapa/adik beradik Tidak yakin dengan diri sendiri Sekiranya ibubapa/penjaga pilih kasih Tiada masa lapang kerana banyak kerja sekolah Ibubapa/penjaga tegas, tidak bertolak ansur Kecewa kawan/kekasih Kurang daya tumpuan ketika belajar Bosan dan tidak pasti masa depan Bermasalah dengan guru/pengetua sekolah Menghadapi masalah interaksi/konflik kawan Ekonomi/pendapatan ibubapa merosot Sifat pemalu keterlaluan

300 281 280 278 253 229 227 201 194 183 177 173 170 165 151 146 143 131 131 130 130 128 127 117 109 101 89 84 84

74.4% 69.7% 69.5% 69.0% 62.8% 56.8% 56.3% 49.9% 48.1% 45.4% 43.9% 42.9% 42.2% 40.9% 37.5% 36.2% 35.5% 32.5% 32.5% 32.3% 32.3% 31.8% 31.5% 29.0% 27.0% 25.1% 22.1% 20.8% 20.8%

403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 31.9%, Median: 39.2%, Kuartil 3: 54.7% Jadual 6. Faktor tekanan emosi skop selalu tertekan.

BI L 1

ITEM Lari dari rumah

TIDAK PERNAH N % N 355 88.1% 403

TAHAP Tinggi

15

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25

Mengambil/alkohol/rokok/dadah Perselisihan dengan ibubapa/adikberadik Ponteng sekolah Tidak bergaul dengan orang Lepaskan kekecewaan pada orang lain Melepak Dapatkan nasihat kaunselor/guru agama Makan dengan banyak Menyalahkan diri sendiri Tidak tumpu pelajaran/tidak bersemangat Memendam perasaan Sertai aktiviti sosial/agama Menjerit/menyanyi/menangis Punya rakan berkongsi masalah Mendiamkan diri Menyelesaikan masalah Bermain/sukan/rekreasi mencari ketenangan Sokongan dari keluarga Membaca al-Quran/zikir Berfikiran positif Mohon ampun/bertaubat kepada Allah Berserah/mengadu kepada Allah bila risau Bersembahyang Berdoa/memperbaiki diri

343 308 295 216 214 200 143 130 123 119 109 95 81 65 51 42 39 34 32 32 31 30 23 18

85.1% 76.4% 73.2% 53.6% 53.1% 49.6% 35.5% 32.3% 30.5% 29.5% 27.0% 23.6% 20.1% 16.1% 12.7% 10.4% 9.7% 8.4% 7.9% 7.9% 7.7% 7.4% 5.7% 4.5%

403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 8.4%, Median: 23.6%, Kuartil 3: 49.6% Jadual 7. Cara menangani tekanan tidak pernah.

BIL 1

ITEM Membaca al-Quran/zikir

KADANG-KADANG N % N 256 63.5% 403

TAHAP Tinggi

16

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25

Tidak tumpu pelajaran/tidak bersemangat Sertai aktiviti sosial/agama Menyalahkan diri sendiri Makan dengan banyak Berfikiran positif Menyelesaikan masalah Berserah/mengadu kepada Allah bila risau Dapatkan nasihat kaunselor/guru agama Bermain/sukan/rekreasi mencari ketenangan Memendam perasaan Mendiamkan diri Punya rakan berkongsi masalah Mohon ampun/bertaubat kepada Allah Sokongan dari keluarga Tidak bergaul dengan orang Menjerit/menyanyi/menangis Berdoa/memperbaiki diri Melepak Lepaskan kekecewaan pada orang lain Bersembahyang Ponteng sekolah Perselisihan dengan ibubapa/ adikberadik Mengambil/alkohol/rokok/dadah Lari dari rumah

249 246 228 219 216 209 200 194 189 189 180 178 173 169 169 159 157 157 155 142 90 83 44 34

61.8% 61.0% 56.6% 54.3% 53.6% 51.9% 49.6% 48.1% 46.9% 46.9% 44.7% 44.2% 42.9% 41.9% 41.9% 39.5% 39.0% 39.0% 38.5% 35.2% 22.3% 20.6% 10.9% 8.4%

403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 39.0%, Median: 44.2%, Kuartil 3: 51.9% Jadual 8. Cara menangani tekanan kadang-kadang.

BI L 1 2

ITEM Bersembahyang Berdoa/memperbaiki diri

N 238 228

SELALU % 59.1% 56.6%

N 403 403

TAHAP Tinggi Tinggi

17

3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25

Sokongan dari keluarga Mohon ampun/bertaubat kepada Allah Bermain/sukan/rekreasi mencari ketenangan Berserah/mengadu kepada Allah bila risau Mendiamkan diri Menjerit/menyanyi/menangis Punya rakan berkongsi masalah Berfikiran positif Menyelesaikan masalah Membaca al-Quran/zikir Memendam perasaan Dapatkan nasihat kaunselor/guru agama Sertai aktiviti sosial/agama Makan dengan banyak Menyalahkan diri sendiri Melepak Tidak tumpu pelajaran/tidak bersemangat Lepaskan kekecewaan pada orang lain Tidak bergaul dengan orang Ponteng sekolah Mengambil/alkohol/rokok/dadah Lari dari rumah Perselisihan dengan ibubapa/ adikberadik

200 199 175 173 172 163 160 155 152 115 105 66 62 54 52 46 35 34 18 18 16 14 12

49.6% 49.4% 43.4% 42.9% 42.7% 40.4% 39.7% 38.5% 37.7% 28.5% 26.1% 16.4% 15.4% 13.4% 12.9% 11.4% 8.7% 8.4% 4.5% 4.5% 4.0% 3.5% 3.0%

403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403 403

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah

Kuartil 1: 8.7%, Median: 26.1%, Kuartil 3: 42.7% Jadual 9. Cara menangani tekanan selalu.

BAB 8 IMPAK DALAM MASYARAKAT

18

Saya mengakui sememangnya kajian saudari Fariza Md. Sham memberi impak dalam mengkaji tekanan emosi dari perspektif dakwah Islamiah dan perspektif Barat yang mencakupi pendefinisian, faktor-faktor tekanan emosi dan tanda-tanda tekanan emosi. Walaupun kajian beliau melibatkan 403 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 16 17 tahun di Kajang, Selangor, namun ianya ibarat memberi gambaran sebenar keadaan remaja Islam di negara kita. Sebagai contoh, pengkaji membuktikan daripada dapatan kajian bahawa majoriti remaja yang berhadapan dengan tekanan tidak pernah terlibat seks dilarang, tidak meminum minuman keras dan tidak merokok. Namun begitu, masih terdapat minoriti remaja yang terlibat seks dilarang, meminum minuman keras dan merokok. Sesungguhnya, dapatan ini menghadirkan sedikit kebimbangan kerana bilangan remaja berkenaan mungkin akan meningkat kerana kajian ini telah dibuat pada tahun 2005 dan dapatan kajian pada tahun terkini berkemungkinan membawa peningkatan. Maka, satu strategi dakwah jangka panjang, usaha yang sistematik perlu untuk membentuk kekuatan remaja dari segi mental, emosi, rohani, fizikal, motivasi, nilai, sahsiah dan semangat remaja sebagaimana acuan yang dikehendaki agama dan negara adalah amat perlu. Program dakwah yang bersepadu perlu dirancang untuk menangani tekanan emosi remaja. Program ini perlu melibatkan ibu bapa, organisasi dakwah, pihak sekolah, pemimpin remaja, pembuat dasar, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Perlaksanaan dakwah yang ingin dibuat perlu mengambil kira soal kesesuaian sasaran dakwah iaitu remaja serta kesesuaian dengan fungsi dan peranan organisasi yang diwakili. Dalam kajian ini turut menyarankan dua bentuk sokongan yang boleh diberikan kepada remaja yang mengalami tekanan emosi iaitu:
1) Sokongan sosial iaitu yang datang dari keluarga khususnya ibu bapa, pendakwah, guru,

kaunselor dan ahli masyarakat. Pendekatan dakwah yang boleh digunakan dalam memberikan sokongan sosial ialah melalui bimbingan dan kaunseling, penasihatan, contoh teladan yang baik, perhatian dan kasih sayang serta motivasi.
2) Sokongan peribadi yang datang dari dalam diri remaja itu sendiri untuk menangani

tekanan. Pendekatan tazkiyah al-nafs boleh diamalkan dan remaja perlu berusaha membentuk sahsiah dan akhlak yang baik. RUJUKAN Fariza Md. Sham. 2004. Tekanan Emosi Remaja Islam. Jurnal Islamiyyat.

19

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

You might also like