Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2011 iii
Buat insan yang tersayang . . .
Ayahanda dan bonda, kedua mertua yang disayangi Serta kanda dan adinda yang diingati Segala sokongan, dorongan, pengorbanan dan iringan doa tulus kalian Membuatkan anakanda masih teguh di sini
Suami dan anak tercinta Kasih sayang, pengorbanan, bimbingan dan ketenangan yang diberi Sentiasa menjadi inspirasi hatiku Kaulah semangat juangku
Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati Ilmu yang dicurah tidak terhingga Umpama sepohon pokok yang rimbun Sentiasa memberikan yang terbaik Dan tidak mengenal erti jemu Hanya sekalung budi tersemat di jiwa Jasa kalian amat bernilai pada diriku
Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi Mengenali kalian merupakan saat terindah bagi diriku Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan Bersama mengharungi cabaran dan dugaan Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya Hingga akhir hayatku Terima kasih atas segalanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat- sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Jutaan penghargaan buat Ustaz Mohd Puhad bin Alim selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami tercinta, Faidzal Mahfiz bin Mohammad Sanusi, kedua ibu bapa serta kedua mertua yang dikasihi lagi disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang tidak putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan cemerlang.
Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tidak lupa juga sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2007-2011, terima kasih atas sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, ribuan terima kasih diucapkan Segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat. v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan suatu tinjauan umum berkenaan persepsi pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan bas ekspres. Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapat maklum balas mengenai persepsi pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan bas ekspres dan tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan bas ekspres. Selain itu juga, tinjauan ini juga bagi mengenalpasti penambahbaikan yang diusulkan dari aspek agama, pengurusan dan penguatkuasaan. Seramai 120 pelajar tahun 1
dipilih secara berkelompok untuk mewakili sampel kajian yang terdiri daripada pelajar Kolej 9 dan Kolej 10. Set soal selidik mengandungi 51 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah = 0.906. Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap semua objektif kajian lebih-lebih lagi dari aspek penambahbaikan dari segi keagamaan, pengurusan serta penguatkuasaan pemanduan. Di akhir kajian, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan agar pihak yang berkenaan lebih bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bas ekspres agar pengguna mendapat keselesaan untuk menggunakan pengangkutan awam. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan bagi penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
A study was conducted about a survey on users perception upon bus transport. This survey is also to purpose the respond by users perception on bus transport service and the level of service satisfaction by using bus transport. Furthermore, this survey was also carried out to identify the improvement from the aspects of religion, administration and enforcement. A total of 120 students from 1 st Year students from 9 and 10 College were selected by group to represent as sample of the study. A set of questionnaire was distributed to the respondents contains 51 item and was analyzed descriptively in order to get the result of the frequency, percentage and min using the Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for Windows software. The value of the reliability of the questionnaire was = 0.906. Overall, the findings of the study show that the respondent indicates positive perceptions towards the aspects of improvement on religion, administration and driving enforcement. At the end of the study, researcher suggested that it is the enforcement responsibility to improve the quality of bus services so that users feel more comfortable while using bus transport. Further studies are also proposed for future research in the future.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii HALAMAN DEDIKASI iii HALAMAN PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi TRANSLITERASI ARAB xv SENARAI SINGKATAN xvi SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan dan Skop Kajian 7 1.8 Definisi Istilah 8 1.9 Kesimpulan 9 viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10 2.2 Sejarah Pengangkutan Awam 11 2.2.1 Definisi Pengangkutan Awam 11 2.2.2 Jenis Pengangkutan Awam 12 2.3 Pengangkutan Bas di Malaysia 13 2.3.1 Fungsi Pengangkutan Awam 14 2.4 Penguatkuasaan Bas Ekspres 15 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 16 2.4.3 Kod Etika Pemandu Pengangkutan Awam (LPKP) 17 2.5 Pengurusan Kod Keselamatan Amalan, Kesihatan Dan Persekitaran (SHE) 23 2.5.1 Prosedur Operasi Piawaian 23 2.5.1.1 Pengurusan Pemanduan 24 2.5.1.2 Pengurusan Bas Ekspres 25 2.6 Adab Dalam Perjalanan Menurut Islam 28 2.6.1 Adab Menaiki Kenderaan 29 2.6.2 Hukum Wanita Bermusafir 32 2.6.3 Adab Bermusafir 33 2.7 Keringanan Solat Ketika Dalam Perjalanan 34 2.7.1 Solat Bagi Orang Bermusafir 36 2.7.2 Solat Dalam Kenderaan 39 2.8 Kesalahan Undang-Undang Jalan Raya Mengikut Hukum Islam 41 2.9 Kajian Lepas 43 2.10 Kesimpulan 44
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 45 3.2 Rekabentuk Kajian 45 3.2.1 Kajian Perpustakaan 46 3.2.2 Kajian Lapangan 46 3.3 Tenpat Kajian 47 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 47 3.5 Instrumen Kajian 48 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 48 3.5.1.1 Soal Selidik 48 3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 50 3.6 Prosedur Kajian 51 3.6.1 Kajian Rintis 51 3.6.2 Kajian Sebenar 52 3.7 Analisia Data 52 3.8 Jangkamasa Kajian 54 3.9 Kesimpulan 54
BAB IV DATA DAN ANALISIS
4.1 Pengenalan 55 4.2 Analisis Data Bahagian A 56 4.3 Analisis Data Bahagian B 58 4.3.1 Persepsi Pengguna Terhadap Perkhidmatan Bas Ekspres 58 4.3.2 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Perkhidmatan Bas Ekspres 65 4.3.3 Penambahbaikan Dari Segi Agama, Pengurusan serta Penguatkuasaan 70 4.4 Purata Min Keseluruhan 81 4.5 Kesimpulan 85
x
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 86 5.2 Perbincangan 87 5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 87 5.2.2 Persepsi Pengguna Terhadap Perkhidmatan Bas Ekspres 88 5.2.3 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Perkhidmatan Bas Ekspres 89 5.2.4 Penambahbaikan Dari Segi Agama, Pengurusan serta Penguatkuasaan 90 5.3 Rumusan 93 5.4 Cadangan 96 5.4.1 Pihak Yang Bertanggung jawab 96 5.4.2 Pengurus Syarikat 97 5.4.3 Pengguna 97 5.5 Kajian Lanjutan 98 5.6 Kesimpulan 99
BIBLIOGRAFI 100
LAMPIRAN xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan Skala Likert 49 3.2 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 50 3.3 Nilai Skor Min 53 3.4 Perubahan Lima Skala Likert Kepada Dua Peringkat 53 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 56 4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 57 4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 57 4.5 Berapa Kali Anda Naik Bas Ekspres Dalam Setahun 57 4.6 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Menggunakan Bas Ekspres Lebih Selamat. 58 4.7 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Ibu Bapa Merasakan Anak Mereka Selamat Apabila Menggunakan Bas Ekspres 59 4.8 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Perkhidmatan Bas Ekspres Adalah Selesa 59 4.9 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Saya Selesa Menaiki Bas Ekspres 60 4.10 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Saya Dapat Sampai Ke Destinasi Dengan Cepat Apabila Menggunakan Bas Ekspres 60 4.11 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sekiranya Saya Menggunakan Bas Ekspres, Saya Dapat Sampai Ke Destinasi Dengan Tepat Pada Masanya 61 4.12 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Menggunakan Bas Ekspres Menjimatkan 61 4.13 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Tambang Bas Ekpres Murah 62 xii
4.14 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sebagai Pelajar Saya Rasa Sesuai Menaiki Bas Ekpres Untuk Pulang Ke Kampung 62 4.15 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kekerapan Waktu Perjalanan Bas Sesuai Dengan Saya Sebagai Pelajar 63 4.16 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Perkhidmatan Bas Ekspres Mudah Didapati 63 4.17 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Perkhidmatan Bas Ekpres Membantu Saya Berulang Alik Dari Kampus Ke Kampung Halaman 64 4.18 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Bas Ekpsres Menawarkan Perkhidmatan Yang Memuaskan 64 4.19 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Bas Ekspres Di Malaysia Memuaskan 65 4.20 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Saya Berpuas Hati Dengan Sikap Pemandu Bas Ekspres 65 4.21 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Bas Ekspres Mengikut Etika Pemanduan Berhemah 66 4.22 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan Jalan Raya 66 4.23 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Harga Tiket Bas Yang Ditetapkan Berpatutan 67 4.24 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Harga Tiket Bas Naik Di Musim Perayaan 67 4.25 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Penghawa Dingin Bas Ekspres Berfungsi Dengan Baik 68 4.26 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kesesakan Jalan Raya Punca Bas Ekspres Lewat Sampai Ke Tempat Yang Dituju 68 4.27 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Tempat Menunggu Bas Yang Disediakan Selesa Dan Selamat 69 4.28 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Layanan Yang Diberikan Oleh Pemandu Bas Memuaskan 69 4.29 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Mulakan Perjalanan Dengan Membaca Doa 70 4.30 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Menggalakkan Pengguna Berdoa Sebelum Memulakan Perjalanan 70 xiii
4.31 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Mengedarkan Doa Kepada Pengguna Yang Beragama Islam 71 4.32 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Doa Menaiki Kenderaan Ditampal Di Dinding Bas 71 4.33 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Panduan Waktu Solat Disertakan Bersama Tiket Bas 72 4.34 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Bas Berhenti Di Tempat Yang Mempunyai Surau Untuk Menunaikan Solat 72 4.35 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Menayangkan Filem Berunsur Keagamaan 73 4.36 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Lagu-Lagu Yang Diperdengarkan Atau Dipasang Berunsur Keagamaan 73 4.37 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pengasingan Tempat Duduk Berdasarkan Jantina 73 4.38 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Sentiasa Dilatih Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan 74 4.39 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sebelum Perjalanan Bas Dipastikan Dalam Keadaan Baik 74 4.40 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Data Pengguna Disimpan Bagi Memudahkan Urusan Jika Berlaku Kemalangan 75 4.41 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Bas Yang Tidak Mematuhi Peraturan Dikenakan Tindakan 75 4.42 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Langkah Keselamatan Seperti Kotak Hitam Dan Lampu Had Laju Dalam Keadaan Baik 76 4.43 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pihak Syarikat Mengadakan Kursus Intensif Kepada Pemandu Bas Setiap Tiga Bulan Sekali 76 4.44 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Sentiasa Mematuhi Syarat Dan Etika Pemanduan 77 4.45 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : LPKP Perlu Memantau Di Musim Perayaan 77 4.46 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Penguatkuasaan Di Semua Peringkat Berkesan 78 4.47 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : xiv
Undang-Undang Sedia Ada Mencukupi 78 4.48 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Denda Terhadap Syarikat Dan Pemandu Apabila Terlibat Dalam Kemalangan 79 4.49 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Dan Pemandu Dikenakan Hukuman Berat Jika Kemalangan Menyebabkan Kematian 79 4.50 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Apabila Kemalangan Melibatkan Kematian Hukuman Perlu Setimpal Dengan Hukum Islam 80 4.51 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kemalangan Yang Disebabkan Kecuaian Manusia Perlu Dikenakan Hukuman Takzir. 80 4.52 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 1-13 81 4.53 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 14-23 82 4.54 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 24-46 83
xv
TRANSLITERASI ARAB
Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh Ensiklopedia Islam dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa. Konsonan (hamza) (dad) d (ba) b (ta) t (ta) t (za) z (tha) th (ayn) (jim) j (ghayn) gh (ha) h (fa) f (kha) kh (qaf) q (dal) d (kaf) k (dhal) dh (lam) l (ra) r (mim) m (zay) z (nun) n (sin) s (waw) w (shin) sh (ha) h (sad) s (ya) y Vowel (fathah) a fathah panjang a (kasrah) i kasrah panjang i (dammah) u dammah panjang u xvi
SENARAI SINGKATAN
LPKP - Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan JKJR - Jabatan Keselamatan Jalan Raya LLM - Lembaga Lebuh Raya Malaysia SPAD - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan PDRM - Polis Diraja Malaysia MIROS - Institut Penyelidikan Keselamatn Jalan Raya Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah SAW - Sallalluhu `Alaihi Wasallam SWT - Subhanahu Wa Ta`Ala SS - Sangat Setuju S - Setuju KS - Kurang Setuju TK - Tidak Setuju STS - Sangat Tidak Setuju Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad SPSS - Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) ABS - Anti Locking System EBS - Electronic Brake System GPS - Global Positioning System QAS - Sistem Jaminan Kualiti SHE - Kod Amalan, Kesihatan dan Persekitaran CVLB - Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial CCTV - Closed Circuit Television PBT - Pihak Berkuasa Tempatan AES - Automated Enforcement system
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian C LPKP - Siaran Akhbar D Kod Etika Pemandu Pengangkutan
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sains dan teknologi bermula sejak dahulu lagi bertepatan dengan revolusi perindustrian yang bermula pada abad ke 19. Pada abad ini negara ASEAN telah diiktiraf sebagai negara yang sedang pesat membangun. Ketika revolusi perindustrian sedang meningkat, telah muncul satu teknologi yang berasaskan terusan suez yang menghubungkan lautan Atlantik dan Lautan Pasifik dimana terusan ini telah berjaya memendekkan jarak dari Eropah ke Asia dengan menggunakan jalan laut melalui kapal-kapal layar yang belayar untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju. Allah SWT berfirman:
`>, _ _-`, `l ll _ `>,l -.,.l _. .. ..| _l >, !.,> __ Maksudnya : Tuhan kamulah Yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu. ( Al-Israa` ; 66 )
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan, pengangkutan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat manusia sejak zaman berzaman lagi untuk 2
tujuan mencari rezeki, mengangkut barang dan juga untuk pergerakan manusia dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Pengangkutan merupakan salah satu alternatif dalam sistem perhubungan di dunia. Ia dianggap sebagai nadi penggerak dan pendapatan bagi sesetengah masyarakat. Pembangunan sesuatu tempat berkait rapat dengan sistem pengangkutan. Di Malaysia, sistem pengangkutan awam merupakan aspek terpenting di dalam sistem perhubungan sama ada bagi masyarakat bandar mahupun luar bandar. Sebagai sebuah negara yang makin meningkat maju, sistem perhubungan di dalam sesebuah negara seharusnya mempunyai kecekapan dan kemajuan dari segi perkhidmatan dan juga teknologi yang digunakan. Oleh kerana itu, kerajaan Malaysia telah berusaha membuat pelbagai pembaharuan dan strategi baru bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam supaya dapat menarik minat masyarakat.
Perubahan demi perubahan telah berlaku mengikut peredaran zaman dan semasa, dimana corak pengangkutan dan lalu lintas sentiasa berubah. Perkhidmatan bas mini telah bertukar menjadi intrakota, kereta api beralih kepada sistem komuter, monorel dan jenis perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT). Perkhidmatan pengangkutan awam ini dikatakan sebagai salah satu alternatif bagi membantu dan mengatasi masalah kesesakan lalulintas terutamanya di kawasan bandar-bandar. Oleh itu, tahap penggunaan perkhidmatan ini seharusnya dipertingkatkan bagi membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta kes kemalangan jalan raya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan biasanya ia membawa dengan jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Pengangkutan ini bertujuan bagi memudahkan sistem perhubungan masyarakat sama ada di kota mahupun di desa. Walaupun kebanyakan masyarakat mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan awam masih menjadi pilihan utama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Setiap 3
tahun terdapat banyak aduan dari mereka yang menyatakan ketidakpuashatian terhadap perkhidmatan dan pengurusan pengangkutan awam di Malaysia.
Faktor keselamatan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh para pengguna pengangkutan awam kerana terdapat segelintir pemandu bas terutamanya tidak bersopan ketika memandu. Masyarakat sering kali mengadu mengenai kerakusan pemandu bas di jalan raya khususnya setiap kali tiba musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri, tentunya isu kemalangan dan kematian di jalan raya akan kembali menghiasi dada akhbar dan turut diperkatakan melalui media massa elektronik. Manakala faktor kemalangan yang sering diperkatakan termasuklah kecuaian pemandu, cuaca dan juga masalah kenderaan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, selain faktor pemandu dan kenderaan, keadaan jalan adalah salah satu faktor utama berlaku kemalangan maut. (Sinar Harian, 26 Ogos 2010:11)
Selain itu, kos atau tambang yang agak mahal. Kadar tambang bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Kadar tambang bas juga akan naik secara mendadak apabila tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah. Menurut Haniza Hassan (08 Jun 2008), terdapat segelintir pengusaha bas ekspress di Terminal Bas Larkin menaikkan tambang mereka melebihi 40 peratus dengan alasan kenaikan harga minyak. Tindakan tersebut membebankan pengguna yang terpaksa membeli tiket yang mahal itu kerana tidak mempunyai pilihan lain. Mingguan Malaysia juga difahamkan terdapat penumpang yang membeli tiket untuk perjalanan sehala dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dikenakan harga RM60 berbanding kadar biasa RM25. Bagi pengguna yang menjadikan bas sebagai pengangkutan utama, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa membeli tiket pada harga yang ditawarkan. ( Utusan Malaysia Online 08 Jun 2008 )
Selain itu, menurut Rasmi Abdullah (17 Jun 2010) rungutan penumpang terhadap bas yang mereka naiki tiba atau berlepas lewat daripada waktu yang dijadualkan memang sering kedengaran. Dalam kebanyakan kes seperti di Hentian 4
Puduraya, kelewatan bas sering berpunca daripada kesesakan jalan yang menuju ke hentian tersebut atau gangguan semasa dalam perjalanan.(Utusan Malaysia Online 17 Jun 2010 )
Menurut Faizah Izzani Zakaria (25 Jun 2010), masalah kesesakan jalan raya terutama di bandar-bandar besar sentiasa menghantui penduduknya, sama ada di negara ini atau di seluruh dunia. Walaupun terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam disediakan kerajaan tetapi jumlah mereka yang memandu di jalan-jalan raya tidak pernah berkurangan. Keadaan ini berlaku di negara ini terutama di bandar raya Kuala Lumpur kerana disebabkan pelbagai faktor seperti tiadanya sistem perhubungan yang efisien antara pelbagai jenis pengangkutan awam, perjalanan lambat disebabkan kesesakan, sikap penduduk yang sangat 'sayang'kan kenderaan mereka dan sebagainya.(Utusan Malaysia Online 25 Jun 2010)
Menurut Mariatul Qatiah Zakaria (20 Mei 2010), bagi penumpang wanita ia sudah tentu ia lebih mengazabkan, bukan sahaja perlu bersesak dan kadang-kadang berebut-rebut dengan lelaki untuk masuk ke gerabak, tetapi terpaksa berhimpit- himpit. Ada ketikanya disebabkan penumpang terlalu ramai penumpang wanita dihimpit lelaki. Ia sampai ke tahap dada bersentuh dada dan belakang bergeselan. Situasi itu cukup meruncing pada waktu puncak iaitu dari pukul 6.30 pagi hingga 9.00 pagi dan pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam. Dalam keadaan sesak dan berhimpit-himpit itu ada pula insan-insan gatal mengambil kesempatan meraba penumpang wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa. Ini menyebabkan perjalanan untuk pergi dan balik kerja cukup menyeksakan dan boleh menyebabkan trauma. Selain gangguan seksual dalam keadaan sesak dan berhimpit itu penumpang wanita juga terdedah kepada risiko jenayah ragut dan seluk saku Kalau diberi pilihan, mereka tentunya tidak sanggup berhadapan dengan keadaan itu setiap hari. Bukan tidak pernah mengalami insiden-insiden kurang menyenangkan seperti diraba, mangsa seluk saku dan diragut, tetapi apa pilihan yang ada? Ini saja pengangkutan yang mudah, cepat dan murah. (Utusan Malaysia Online 20 Mei 2010)
5
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam bukanlah perkara yang baru. Setiap tahun kerajaan membuat kenyataan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi tahun demi tahun isu tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada kerajaan serius dalam menangani masalah tersebut ataupun ia merupakan sesuatu isu yang tiada jalan penyelesaiannya. Sejauh mana kecekapan pengurusan perkhidmatan bas ini dilaksanakan bagi menjamin kebajikan dan keselamatan pengguna.
Fokus utama kajian ini ialah mengenai perkhidmatan pengangkutan bas ekspres iaitu bas jarak jauh, dimana pengguna selalu menghadapi masalah seperti keselamatan, dan pengurusan. Ini kerana terdapat segelintir pemandu bersikap cuai, tidak memikirkan keselamatan pengguna malah pihak syarikat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan tambang apabila tiba musim perayaan atau cuti sekolah. Pengguna juga selalu berhadapan dengan masalah pengurusan ketepatan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Oleh sebab itu, penyelidik ingin membuat kajian berhubung pengangkutan awam di Malaysia khusus bagi pengangkutan bas ekspres dengan memberi fokus kepada persepsi, tahap kepuasan dan juga faktor penambahbaikan dari segi agama, pengurusan dan penguatkuasaan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk : i. Mengenalpasti persepsi pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres ii. Mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres iii. Mengenalpasti faktor penambahbaikan dari segi agama, pengurusan serta penguatkuasaan. 6
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut : i. Apakah persepsi pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres? ii. Apakah tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres ? iii. Apakah faktor penambahbaikan dari segi agama, pengurusan serta penguatkuasaan ?
1.6 Kepentingan Kajian
i. Pihak Yang Bertanggungjawab
Pihak yang dimaksudkan ialah mereka yang bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan jalan raya seperti JKRJ, JPJ, SPAD dan yang terlibat dalam menguruskan pengangkutan awam. Penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak berkenaan untuk membuat penambahbaikan dalam menjamin keselamatan dan kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam khususnya bas ekspres. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab dapat membuat penilaian semula ke atas pengusaha syarikat bas sama ada mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
ii. Pengusaha Syarikat Pengangkutan Bas Ekspres
Melalui penyelidikan ini, pengusaha syarikat pengangkutan bas ekspres dapat membuat perancangan terhadap keselamatan pengguna bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin dan kepuasan pengguna semakin meningkat. Selain itu, ia dapat menjadi garis panduan kepada syarikat-syarikat tertentu untuk membaiki sistem pengurusan serta mutu perkhidmatan mereka.
7
iii. Orang Awam
Dari hasil penyelidikan ini, orang awam dapat mengetahui betapa pentingnya menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu sistem pengangkutan harian mereka khusunya kawasan luar bandar. Di samping itu, ia dapat membantu masyarakat dalam memenuhi permintaan mereka terhadap tahap kualiti perkhidmatan bas.
iv. Pelajar IPT
Penyelidikan ini dapat membantu pelajar untuk membuat rujukan dan analisa yang berkaitan dengan aspek pengangkutan awam khususnya bas ekspres disamping menitikberatkan dengan ajaran yang telah digariskan dalam Islam.
1.7 Batasan dan Skop Kajian
Kajian ini mempunyai batasan yang tertentu. Antaranya ialah : i. Kajian ini dijalankan terhadap pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres iaitu bas jarak jauh ii. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai, Johor. iii. Kajian ini dijalankan di Kolej 9 dan 10, UTM, Skudai dan hanya dijalankan keatas pelajar tahun satu sahaja sesi 2010/2011. Pelajar tahun dua, tiga dan empat tidak termasuk dalam penyelidikan ini. iv. Jumlah responden adalah sebanyak 150 orang iaitu separuh dari jumlah sebenar pelajar tahun satu di kolej 9 dan 10.
Skop kajian ini adalah untuk melihat persepsi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia khusus pengangkutan bas ekspres dengan memfokuskan kepada persepsi, tahap kepuasan dan faktor penambahbaikan dari segi agama, pengurusan dan penguatkuasaan. 8
1.8 Definisi / Istilah
Istilah yang digunakan dalam penulisan ini adalah berhubung dengan istilah- istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Penggunaan istilah ini adalah untuk mengelakkan dari memahami kajian dari persepsi yang berbeza seperti mana yang dikehendaki dalam suatu kajian.
1.8.1 Perkhidmatan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 674) perkhidmatan ialah perihal berkhidmat (bertugas) atau kerja (usaha, kemudahan) untuk kebajikan, keperluan, kepentingan orang ramai. Perkhidmatan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk kegunaan orang ramai.
1.8.2 Pengangkutan Awam
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29) menyatakan bahawa pengangkutan awam bermaksud sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan keretapi yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam yang dimaksudkan disini ialah penyelidik ingin mengkaji perkhidmatan pengangkutan bas yang hanya tertumpu untuk perkhidmatan jarak jauh sahaja iaitu bas ekspres bukan perkhidmatan harian.
1.8.3 Malaysia
Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003 : 1701) Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, terdiri daripada tiga belas buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Penyelidikan ini hanya memfokuskan kepada pengguna di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
9
1.9 Kesimpulan
Bab satu ini telah diterangkan mengenai pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, batasan kajian dan kesimpulan.
Dalam bab ini kita dapat memahami apa yang sebenarnya hendak dibincangkan dan dikaji oleh penyelidik. Hal ini dengan merujuk kepada pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian. Melalui batasan kajian, penyelidik memberi fokus kajian dengan terperinci.