Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
83Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota Penulisan Akademik Untuk Sains Sosial

Nota Penulisan Akademik Untuk Sains Sosial

Ratings: (0)|Views: 12,254|Likes:
Published by zairizul2145

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: zairizul2145 on Mar 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/08/2013

pdf

text

original

 
Penulisan Akademik 
PEMIKIRAN DAN PENULISAN ILMIAHDI UNIVERSITI*
Oleh
Sivachandralingam Sundara Raja
Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera & Sains Sosial,
Universiti Malaya
 I. Pengenalan
Modul ini akan memperkenalkan mahasiswa/siswi kepada lima persoalan utama dalampenulisan akademik.
Pertama
, pengertian penulisan akademik yang akan diperjelaskandengan mengemukakan contoh esei yang mewakili kaedah yang dijalankan oleh ahlisains sosial.
Kedua
, adalah ciri-ciri penulisan akademik. Harus diketahui penulisan bolehdibahagikan kepada penulisan akademik dan bukan akademik. Penulisan yang akandijalankan oleh siswa/siswi di universiti adalah penulisan akademik dan ia mewakilipenulisan berbentuk kertas kerja, laporan dan latihan ilmiah. Sebaliknya penulisan cerpendan novel tergolong dalam penulisan yang bersifat bukan ilmiah kerana ia tidak terikatkepada peraturan-peraturan penulisan akademik. Dalam bahagian ini akan diterangkanciri-ciri yang harus ada pada penulisan akademik yang baik.Bahagian
Ketiga
, esei akademik yang baik akan menjelaskan tiga bahagian utama esei,iaitu pengenalan, isi esei dan penutup. Adalah penting untuk memastikan ketiga-tigabahagian ini terjalin untuk menghasilkan esei yang baik. Contoh-contoh akandikemukakan sebagai lampiran untuk memudahkan pemahaman siswa/siswi. Bahagian
Keempat
pula adalah perkara-perkara asas dalam penulisan esei akademik atau latihanilmiah. Bahagian ini penting kerana sebelum memulakan kajian, siswa/siswi perlumengetahui persoalan kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan kaedah untukmenjalankan kajian.Bahagian
Kelima
, kaedah penulisan nota kaki, bibliografi dan gaya penerbitan adalahperkara asas yang harus diketahui oleh siswa/siswi sejak semester pertama untukmemudahkan penulisan esei akademik yang baik. Penguasaan teknik penulisan notakaki, bibliografi dan aspek-aspek lain adalah sangat-sangat perlu dalam melahirkansiswa/siswi yang berkemahiran dalam lapangan penyelidikan dan penulisan untukmembantu penulisan di universiti dan juga apabila menjawat pekerjaan di sektor awamataupun swasta.Untuk menguji pemahaman siswa/siswi mengenai ciri-ciri penulisan akademik, di akhir modul ini disediakan latihan yang memerlukan siswa/siswi menilai sejauh manakah
 
makalah yang dilampirkan memperlihatkan ciri-ciri penulisan akademik yang baik.Menyedari bahawa pembacaan yang luas diperlukan untuk memahami ciri-ciri penulisanakademik, modul ini telah disertakan dengan bibliografi yang mempunyai nombor panggilan perpustakaan. Bahan bacaan ini boleh dirujuk di bahagian Bertanda Merah(RS) dan Rak Terbuka (OS) di perpustakaan utama, Universiti Malaya.Adalah diharapkan penyediaan modul ini dapat membantu siswa/siswi menguasai teknik-teknik penulisan dan menghasilkan penulisan yang baik dalam bidang-bidang yang bakaldikhususi di jabatan masing-masing di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
II. Pengertian Penulisan Akademik 
Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik.Iamengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedah-kaedah lainseperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripadapengalaman. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan bahawa mana-manafenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyaisebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima biladisokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secaraobjektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaranhipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik. Untukmembolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains), ia harus melalui
 
 jalan yang panjang. Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti dibawah;(a) Pengumpulan data dan fakta(b) Pengamatan data dan fakta(c) Pemilihan data dan fakta(d) Penggolongan data dan fakta(e) Penafsiran data dan fakta(f) Kesimpulan umum(g) Perumusan hipotesis(h) Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris(i) Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis(j) Perumusan teori ilmu pengetahuan(k) Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan
 
Rujuk
untuk gambaran lebih jelas pengaplikasian kaedah saintifik oleh ahli
 
sains sosial.
III. Ciri-ciri Penulisan Akademik 
Secara ringkas ciri-ciri penulisan akademik adalah seperti di bawah;(a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepadasituasi yang spesifik.(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifatprejudis.(e) Penulisan ilmiah bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara sistematik,konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.(f) Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab danpengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi.(g) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.(i) Penulisan ilmiah tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam penulisanilmiah akan membiarkan fakta berbicara sendiri.(j) Penulisan ilmiah tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya mengubahpandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif, argumentasi, percanggahanpendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri.(k) Penulisan ilmiah tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan merosakkan tujuanpenulisan ilmiah. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akanmenunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri (Keraf, 1981, hlm. 15-19).
IV. Esei Akademik Yang Baik 
Esei akademik kebiasaannya akan mempunyai tiga bahagian yang jelas, iaitu pengenalanesei, isi esei dan penutup.(a) Pengenalan
 
Pengenalan akan bermula secara umum dan kemudian memokus kepada suatu ideautama.Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terus membaca.

Activity (83)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sii Jiing liked this
Simon Raj liked this
Taufiq Xemo liked this
Taufiq Xemo liked this
alisetan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->