Professional Documents
Culture Documents
Bagi gigitan yang menyebabkan tusukan yang dalam lihat Luka/wounds ,Pendarahan teruk, Amputasi , bagi mendapatkan maklumat lanjut. Terdapat dua jenis masalah (kemerbahayaan) akibat gigitan binatang: Tetanus andRabies. Jika anda berada di kawasan di mana rabies adalah endemik, ambilHydrophobinum 30c setiap hari selama 7 hari, diikuti dengan Belladonna 6c dua kali sehari selama 6 bulan. Sebarang gigitan yang menusuk ke dalam kulit harus diperiksa oleh seorang doktor. Gigitan manusia mungkin lebih membahayakan dari segi infeksi berbanding binatang. Tetanus, atau kancing gigi merupakan infeksi yang sangat berbahaya dan boleh memasuki badan menerusi sebarang luka yang kotor. Imunisasi secara ortodoks mesti diulangi setiap 5 tahun. Bagi anda yang belum mendapat suntikan imunisasi sejak 5 tahun yang lalu, elok ambil penawar Hypericum 6csebanyak 3 kali sehari selama 3 minggu sebagai pencegahan. Basuh sebarang luka dengan sediaan Hypericum dan Calendula.
Jika pesakit digigit oleh obor-obor Apis 30c Tinktur ibu boleh digunakan terus bagi merawat gigitan serangga. Tinktur ibuPyrethrum adalah baik bagi kebanyakan gigitan dan sengatan. Kalau tidak gunalah ibu larutan Ledum bagi sengatan lebah, Arnica atau Ledum bagi sengatan tebuan, dan campuran ibu larutan Hypericum dan Calendula bagi gigitan agas.