You are on page 1of 6

RASULULLAH SAW SATU SOROTAN SEJARAH

1- PENGENALAN

Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai Rasul terakhir. Tidak ada lagi Nabi atau Rasul
selepasnya. Baginda bersifat dengan sifat kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh
sesiapa pun di muka bumi ini. Ia bertugas
menyampaihttp://www.blogger.com/img/blank.gifkan ajaran Islam kepada seluruh umat
manusia. Menyelamatkan mereka daripada kesesatan dan tidak mengakui kekuasaan
Allah sebagai pencipta kepada sekelian makhluk.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang paling dikasihi oleh Allah dan
menjadi penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul. Allah mahukan semua manusia
supaya mencontohi sifat-sifatnya.

2- DETIK KELAHIRAN.

Waktu fajar 12 Rabiul Awal. Tahun Gajah. Bersamaan 12 April 571 (M), satu kumpulan
wanita telah diutus oleh Allah bersiap sedia di sisi Aminah. Mereka ialah Asiah isteri
Firaun, Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa a.s dan diiringi bidadari-bidadari dari syurga.

Saatnya telah tiba. Aminah melahirkan seorang putera, bercahaya gilang-gemilang,


kedua-dua tangannya bertelekan di muka bumi, kepalanya mendongak ke atas, kedua
matanya merenung tajam ke arah langit, keadaannya berbau harum, bersih berseri-seri,
sudah siap dikhatankan dan sudah siap dipotong tali pusatnya. Semuanya ini dilakukan
sepantas kilat oleh petugas-petugas istimewa dari syurga.

Abdul Mutalib yang sedang tawaf di Kaabah segera mendapatkan cucunya itu, dibawa
masuk ke dalam Kaabah.Ia berdiri sambil berdoa dan bersyukur kepada Allah di atas
kurniaan yang baharu sahaja diterima itu.

3- MENGENAL FIZIKAL RASULULLAH (S.A.W)

Adalah diceritakan bahawa pertumbuhan jasmani Rasulullah s.a.w sehari sama dengan
pertumbuhan kanak-kanak biasa sebulan. Usia tiga bulan boleh berdiri. Lima bulan
pandai berlari. Sembilan bulan pandai bertutur dengan lancar dan fasih. Di antara dua
belikatnya terdapat tanda khatamun Nubuwah yang sentiasa memancar dan dapat dikesan
oleh orang yang memandangnya.

Baginda membesar dengan wajah yang berseri-seri. Cahaya wajahnya sentiasa bersinar
seperti bulan purnama. Tinggi perawakannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Luas
kedua-dua belah matanya. Kening dan bulu matanya melengkung indah. Tajam dan putih
bersih giginya. Lebar sedikit mulutnya. Mulus pipinya bersih. Hidungnya mancung
indah. Tangannya lembut bagaikan sutera.

Bidang bahunya lebar. Kukuh kedua belah tangannya. Kuat tulang-tulang sendinya.
Sedikit daging di tumitnya. Tebal janggutnya. Rambutnya terurai kemas mencecah bahu.
Peluhnya bagaikan butiran mutiara, sentiasa berbau wangi. Tenang setiap langkah
bejalannya, agak sedikit tunduk seolah-olah orang sedang berjalan menurun bukit.

Apabila Baginda berjabat tangan, tinggallah bau semerbak di tangan orang yang
dijabatnya sepanjang hari. Apabila Baginda mengusap kepala kanak-kanak maka akan
segeralah diketahui sentuhan itu kerana baunya yang semerbak mewangi.

4- MENGENAL PERIBADI RASULULLAH S.A.W.

Adalah Rasulullah s.a.w itu seorang yang pemalu dan rendah hati. Baginda menjahit
sendiri kasutnya yang rosak, menampal bajunya yang koyak, memerah susu kambingnya
sendiri dan suka membantu kerja-kerja rumah tangga dengan senang hati.

Baginda amat kasih kepada fakir dan miskin, mahu sahaja duduk bersama mereka, fakir
miskin yang sakit segera dijenguk, jenazah mereka dihantar sampai ke kuburan. Baginda
tidak pernah memandang rendah walaupun betapa sengsaranya mereka.

Baginda sentiasa bersifat pemaaf. Tidak pernah menyakiti hati orang. Mahu sahaja
berjalan dan menghormati orang-orang tua, perempuan-perempuan dhaif dan juga
hamba-hamba sahaya.

Baginda tidak pernah melutut kepada raja-raja. Marahnya hanya kerana Allah dan
sukanya juga hanya kerana keredhaan Allah. Apabila berjalan Baginda berada di
belakang sahabat dan di belakangnya pula diiringi oleh para Malaikat.

Baginda juga pernah menunggang unta, kuda lumba,baghal, dan himar hadiah orang
kepadanya. Pandangannya terhadap kekayaan dunia sangat istimewa. Pernah gunung
Uhud menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda namun ditolaknya. Pada hal ketika
itu Baginda sedang mengalas perutnya dengan seketul batu kerana kekurangan makanan.

Baginda amat sedikit sekali bercakap sia-sia. Sentiasa mendahului mengucapkan salam
kepada sesiapa yang ditemuinya. Panjang solatnya. Pendik khutbah Jumaatnya. Baginda
sentiasa bergaul mesra, pernah berjenaka kepada isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya.

Baginda tidak pernah sekali membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila dicaci maki,
Baginda membalas cacian itu dengan kata-kata yang sangat lembut dan senang didengar
oleh semua orang.

Sesungguhnya, peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w itu sangat mulia dan luhur. Baginda
pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus ke dunia ini adalah untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia”.

5- SEDUTAN PERISTIWA.

1 Pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Abrahah bersama 60.000 orang tentera dan 1,000
ekor gajah telah dibinasakan oleh Allah melalui peristiwa Ababil.

2 Halimah As- Saadiah menyusui dan mengasuh Nabi sahingga berusia 4 tahun.

3 Usia 4 tahun Baginda dibawa oleh ibunya ke Madinah menziarahi pusara ayahandanya.
Dalam perjalan pulang bondanya wafat.

4 Usia 6 tahun datuknya wafat. Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

5 Usia 12 tahun Abu Talib membawa baginda ke Syam. Seorang Padri Yahudi
menasihati Abu Talib supaya membawa Baginda pulang kerana ditakuti akan dibunuh
oleh orang-orang Yahudi.

6 Usia 25 tahun Baginda berkahwin dengan Khadijah bt Wahab.

7 Usia 35 tahun Baginda diberi penghormatan kerana menyelesaikan perbalahan kaum


mengenai Hajar Aswad.

8 Usia 40 tahun diangkat menjadi Rasul

9 Usia 51 tahun berlaku peristiwa Isra’ Mi’raj

10 Usia 52 tahun baginda berhijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut dijadikan sebagai


permulaan tahun Hijrah.

11 Usia 63 tahun Baginda wafat. Iaitu pada 12 Rabiul Awal 11 tahun selepas hijrah

6- ORANG-ORANG QURAISYI MENENTANG NABI.

Orang-orang musyrik berusaha sedaya upaya menentang dan menghentikan seruan


Baginda. Mereka sangat marah dan membenci Nabi dan pengikut-pengikutnya. Mereka
menghalang orang Islam beribadat. Orang kuat mereka ialah Abu Jahal dan Abu Lahab.

Pernah Baginda ditawarkan dengan harta kekayaan, pangkat yang tinggi dan berbagai-
bagai tawaran lagi supaya Baginda berhenti mengembangkan Islam, namun semua
tawaran itu ditolak. Pembesar-pembesar meraka bertambah marah dan bertindak
melakukan kekejaman terhadap penganut-penganut Islam. Antara orang-orang yang
diseksa ialah:-
1 Abu Bakar Al – Siddik telah dipukul dan dipijak-pijak hingga berdarah-darah.
2 Osman bin Affan telah diikat kedua tangannya ke tengkuk dan dihalau dari ahli
keluarganya.
3 Bilal bin Rabah diikat tangan dan kakinya kemudian disebat dan jemur di tangah
padang pasir. Dadanya ditindih dengan batu yang besar.
4 Yasir dan keluarganya syahid kerana rumahnya dibakar.
5 Syamiah isteri Yasir diikat dan dijemur di padang pasir hingga mati.
6 Zunairah seorang hamba Abu Jahal dicucuk matanya dengan kejam hingga buta.
7 Abdullah bin Masud dipukul hingga berlumuran darah ketika sedang membaca Al-
Quran di dalam masjid.

Ramai lagi orang-orang Islam yang diseksa dengan berbagai-bagai seksaan yang
mengerikan supaya mereka kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi semuanya
gagal. Orang-orang Islam tetap teguh berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. walaupun mereka terpaksa menghadapi berbagai penderitaan.

7- ASAS AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W.

Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia. Mereka
diminta meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Mereka diajar supaya menyembah
Allah tuhan yang asa. Mereka dididik dan diajar melakukan perkara-perkara yang baik
dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang jahat. Mereka diajar supaya beriman dengan
perkara-perkara berikut:-

1. Beriman kepada Allah


2. Beriman kepada Malaikat.
3. Beriman kepada Rasul.
4. Beriman kepada Kitab.
5. Beriman kepada hari Kiamat.
6. Beriman kepada Qadhak dan Qadar.

Orang-orang yang telah beriman diajar dan dilatih pula supaya melakukan perkara-
perkara berikut:-

1. Mengucap dua kalimah syahadat


2. Mendirikan solat lima waktu.
3. Puasa di bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan Zakat
5. Menunaikan fardhu Haji.

Disamping itu juga penganut-penganut Islam diajar, dididik dan dilatih supaya memiliki
peribadi yang mulia dan terpuji serta berakhlak tinggi. Antaranya ialah:-
1. Sentiasa bersabar.
2. Sentiasa bercakap benar.
3. Sentiasa jujur dalam semua hal.
4. Sentiasa bersifat Amanah.
5. Sentiasa hurmat ibu bapa dan orang yang lebih tua.
6. Sentiasa bertawakal kepada Allah.
7. Sentiasa menepati janji.
8. Sentiasa merendah diri.
9. Baik hati.
10. Pemaaf dan lain-lain lagi

8- MU’JIZAT RASULULLAH S.A.W.

Mu’jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan rasul sebagai bukti
kebenarannya. Antara mu’jizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah:-

1. Mendampingkan cahaya bintang Zuhrah ke dalam diri Rasulullah s.a.w sejak dari mula
Baginda dilahirkan.

2. Cahaya terang benderang diseluruh daratan dan pergunungan tanah Haram Mekah.

3. Berubah segala penderitaan dan kesusahan ibu susunya kepada kebahagiaan dan
kesejahteraan.

4. Dilindungi oleh awan dari cahaya panas matahari ketika berjalan di tengah padang
pasir.

5. Dibelah dadanya oleh dua Malaikat, dikeluarkan daripadanya gumpalan darah beku
berwarna hitam, diganti dengan hikmah dan dipenuhi dengan keimanan.

6. Memberi makan dan minum kepada orang ramai dengan hanya makanan dan minuman
yang sidikit tetapi cukup.
7. Boleh melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran
seperti yang berlaku ketika rumah Baginda dikepung oleh orang-orang kafir yang hendak
membunuhnya.

9- PENUTUP.

Sempena menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w ini marilah kita
tingkatkan keimanan dan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda dengan mengerjakan
segala ajaran yang dibawanya. Tinggalkan segala larangan dan tegahannya. Cekalkan hati
menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Jangan biarkan diri terhumban
jauh ke dalam perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa.
Allah akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup ini. Baik dibalas
dengan baik dan begitulah sebaliknya.

You might also like