You are on page 1of 3

Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya dari aspek bangsa penting supaya kefahaman terhadap sesuatu identiti bangsa yang berbilang

kaum dapat mewujudkan toleransi. Kaum India di Malaysia pada asalnya adalah orang yang berasal dari India Selatan dan kebanyakan daripada mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Kehadiran orang India di Tanah Melayu boleh dikesan melalui sejarah lebih awal daripada kedatangan orang Cina. Orang-orang India mula berhijrah ke Malaysia kira-kira 2000 tahun yang lalu di mana pada waktu itu kemasukkan mereka ke Malaysia adalah untuk berdagang. Berbeza pula dengan masyarakat Melanau di mana masyarakat ini merupakan masyarakat etnik di Sarawak. Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, Melanau adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Walaubagaimanapun menurut satu sumber dari sebuah blog yang menceritakan asal usul bangsa Melanau, penulis menyatakan bahawa perkataan Melanau pada asalnya ialah Panau yang bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa kini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Bagi masyarakat India, mereka dapat dipecahkan kepada beberapa kelompok lagi seperti Tamil, Malayali, Telegu dan Sikh. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia selepas masyarakat Melayu dan Cina dan merupakan salah satu kaum yang menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di Negara kita. Manakala masyarakat Melanau pula merupakan etnik Sarawak yang merupakan satu daripada tiga suku kaum utama selain masyarakat Iban dan Bidayuh. Daerah yang mempunyai penduduk yang besar masyarakat Melanau ialah di Mukah, Sarawak iaitu seramai 510 000 penduduk. Terdapat satu persamaan yang dapat dilihat pada kedua-

dua masyarakat India dan Melanau ini iaitu mereka mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Dari segi anutan agama pula, orang India di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Islam dan juga Kristian. Kebanyakannya adalah beragama Hindu. Mereka menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa perantara dalam perbualan sesama mereka. Masyarakat Melanau pula menganuti agama Islam dan Kristian. Mereka juga menggunakan bahasa mereka sendiri iaitu Bahasa Melanau sebagai bahasa perantara untuk berkomunikasi antara mereka. Dari aspek ekonomi, pada asalnya orang India datang ke Malaysia dengan kemahiran dalam bidang perniagaan dan modal. Terdapat golongan Chettier terkenal pada waktu itu yang terkenal sebagai pemberi pinjam wang. Sekarang, orang India di Malaysia berpendapatan rendah dan masih banyak yang terlibat dengan perladangan dan buruh kasar. Namun, terdapat juga yang terlibat dalam bidang perubatan, guaman dan sebagainya. Kegiatan ekonomi utama masyarakat Melanau pula adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani sawah padi bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggal di pedalaman. Selain itu, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini dan Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/masyarakat-melanau.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185-masyarakatmajmuk/3243-masyarakat-india-di-malaysia.html http://sueshanizam.blogspot.com/2008/12/asal-usul-melanau.html

You might also like