Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
9Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KAJ. EKSPLORATIF MEMBINA MODEL PENGUKURAN TAHAP KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN: UiTM PAHANG

KAJ. EKSPLORATIF MEMBINA MODEL PENGUKURAN TAHAP KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN: UiTM PAHANG

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 2,275|Likes:
Published by fairus
Sorotan literatur mendedahkan pelajar tidak bersedia dengan kemahiran mencari maklumat yang
diperlukan sebelum ke perpustakaan di samping tahap “Celik Maklumat” yang rendah. Professional
pustakawan masih belum mencapai persetujuan mengenai cara untuk menilai tahap celik maklumat itu
sendiri serta tidak kedapatan model empirik atau kerangka konsepsual yang terhasil daripada manamana
kajian sebelum ini sebagai asas. Sebagai satu kajian eksplorasi mengenai tahap kemahiran
menggunakan perpustakaan di kalangan pelajar UiTM Pahang, kajian ini memilih untuk menggunakan
kaedah kuantitatif dan mendapati terdapat empat konstruk yang boleh digunakan untuk mengukur
kemahiran perpustakaan iaitu Kemahiran OPAC, Kemahiran Lokasi, Kemahiran Kad Katalog dan
Indeks dan Pembelajaran Kendiri. Kajian mendapati kesemua aspek kecekapan responden di dalam
kajian ini adalah pada tahap sederhana kecuali pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat
serta pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif sahaja yang mempunyai tahap
kemahiran yang memuaskan. Justeru itu, program latihan yang komprehensif, sistematik dan
terancang perlu diadakan untuk membantu pelajar mencapai tahap celik maklumat yang memuaskan.
Sorotan literatur mendedahkan pelajar tidak bersedia dengan kemahiran mencari maklumat yang
diperlukan sebelum ke perpustakaan di samping tahap “Celik Maklumat” yang rendah. Professional
pustakawan masih belum mencapai persetujuan mengenai cara untuk menilai tahap celik maklumat itu
sendiri serta tidak kedapatan model empirik atau kerangka konsepsual yang terhasil daripada manamana
kajian sebelum ini sebagai asas. Sebagai satu kajian eksplorasi mengenai tahap kemahiran
menggunakan perpustakaan di kalangan pelajar UiTM Pahang, kajian ini memilih untuk menggunakan
kaedah kuantitatif dan mendapati terdapat empat konstruk yang boleh digunakan untuk mengukur
kemahiran perpustakaan iaitu Kemahiran OPAC, Kemahiran Lokasi, Kemahiran Kad Katalog dan
Indeks dan Pembelajaran Kendiri. Kajian mendapati kesemua aspek kecekapan responden di dalam
kajian ini adalah pada tahap sederhana kecuali pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat
serta pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif sahaja yang mempunyai tahap
kemahiran yang memuaskan. Justeru itu, program latihan yang komprehensif, sistematik dan
terancang perlu diadakan untuk membantu pelajar mencapai tahap celik maklumat yang memuaskan.

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: fairus on Mar 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/06/2012

pdf

text

original

 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 7850120 
KAJ. EKSPLORATIF MEMBINA MODEL PENGUKURAN TAHAPKEMAHIRAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN: UiTM PAHANG
Azmi Bin Salim
1
, Ahmad Kamal Bin Mohd. Yusop
2
and Hisham Md Basir
3
 
1
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Pahang, Lintasan Semarak,26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang. E-mail: azmisalim@pahang.uitm.edu.my
2
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Perak, Bandar Seri Iskandar 32600 Bota, Perak. E-mail: kamal230@perak.uitm.edu.my
3
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, UiTM Johor, Km 12, Jalan Muar, 85009 Segamat, Johor. E-mail: hishammb@johor.uitm.edu.my
ABSTRAK Sorotan literatur mendedahkan pelajar tidak bersedia dengan kemahiran mencari maklumat yangdiperlukan sebelum ke perpustakaan di samping tahap “Celik Maklumat” yang rendah. Professional pustakawan masih belum mencapai persetujuan mengenai cara untuk menilai tahap celik maklumat itusendiri serta tidak kedapatan model empirik atau kerangka konsepsual yang terhasil daripada mana-mana kajian sebelum ini sebagai asas. Sebagai satu kajian eksplorasi mengenai tahap kemahiranmenggunakan perpustakaan di kalangan pelajar UiTM Pahang, kajian ini memilih untuk menggunakankaedah kuantitatif dan mendapati terdapat empat konstruk yang boleh digunakan untuk mengukur kemahiran perpustakaan iaitu Kemahiran OPAC, Kemahiran Lokasi, Kemahiran Kad Katalog danIndeks dan Pembelajaran Kendiri. Kajian mendapati kesemua aspek kecekapan responden di dalamkajian ini adalah pada tahap sederhana kecuali pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabatserta pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif sahaja yang mempunyai tahapkemahiran yang memuaskan. Justeru itu, program latihan yang komprehensif, sistematik danterancang perlu diadakan untuk membantu pelajar mencapai tahap celik maklumat yang memuaskan.Keywords: Model Pengukuran (Measurement Model), Kemahiran Menggunakan Perpustakaan,Structural Equation Modeling (SEM), Kajian Kes
1. PENGENALAN 
Perpustakaan merupakan satu tempat yang mampu menawarkan semua jenis media pengajaran dan pembelajaran penting bagi memberi sokongan optimum kepada program pendidikan. Umum mengetahui bahawa perpustakaan merupakan tempat untuk mendapatkan bahan rujukan untuk tugasan yang diberioleh pensyarah atau mungkin sebagai tempat yang kondusif bagi pelajar untuk menelaah pelajaranmereka. Namun, adakah mereka ini benar-benar telah bersedia dengan segala kemahiran untuk mencapaiobjektif atau matlamat mereka ke perpustakaan tersebut?Menurut Ming (1999) pada hari ini, perpustakaan dinilai bukan kerana jumlah koleksinya yang banyak,tetapi ianya bergantung kepada kebolehan perpustakaan tersebut dalam membantu pengguna mendapatkanmaklumat dan bahan yang diperlukan. Apa yang dimaksudkan adalah “Kemahiran Perpustakaan” atau didalam banyak penyelidikan Sains Maklumat seperti Snavely dan Cooper (1997), Whelan (2003) danWhite (1992) merujuk kepada frasa “Kemahiran Celik Maklumat” (Information Literacy Skill).Perdebatan tentang penggunaan frasa-frasa seperti Kemahiran Pustakaan dan Kemahiran Celik Maklumat serta frasa-frasa lain yang seumpamanya sedang dan mungkin akan terus menjadi topik hangat
 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 7850120 
dan diperbincangkan oleh pakar-pakar. Kami lebih selesa menggunakan frasa “Kemahiran Perpustakaan”untuk kajiselidik ini kerana ianya lebih jelas dan mudah difahami oleh semua, lebih-lebih lagi pelajar UiTM yang menjadi responden bagi kajiselidik ini.Kuh dan Gonyea (2003) menyatakan bahawa Pustakawan Akademik adalah pihak yang sesuai untuk memberikan kepimpinan serta mempunyai kepakaran bagi pembangunan “Celik Maklumat”. Walau bagaimanapun, institusi pengajian tinggi tidak seharusnya berharap mereka ini sahaja yang perlu memikultanggungjawab ini. Kajiselidik mendapati ianya memerlukan kerjasama semua untuk melahirkan graduanyang “Celik Maklumat”.
1.1 Penyataan Masalah 
Corak pembelajaran pelajar-pelajar peringkat diploma dan ijazah seharusnya lebih menjurus kepada usahadan kreativiti mereka sendiri. Mereka banyak terlibat dengan tugasan-tugasan dan pembentangan. Justeruitu, perpustakaan menjadi sumber rujukan utama bagi menghasilkan kerja yang terbaik.Salah satu aspek yang jarang diambil perhatian ialah kemahiran menggunakan perpustakaan itu sendiri.Ini mengakibatkan pelajar-pelajar banyak membuang masa dalam usaha mereka mencari dan mencapaimaklumat yang diperlukan.Memandangkan kepada kepentingan kemahiran perpustakaan ini, kajian ilmiah yang sistematik dan berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan kemahiran perpustakaan pelajar di sampingmenambahbaikkan perkhidmatan perpustakaan sediaada. Bagi memenuhi tuntutan dan keperluan penyelidikan tersebut, sudah tentu satu instrumen pengukuran perlu dicipta untuk menilai tahap kemahiran perpustakaan pelajar.Kertas ini membincangkan satu kajian kes di UiTM Pahang yang antara lain telah menghasilkan satusampel instrumen pengukuran tersebut. Penyelidik berharap instrumen yang dibentangkan ini akanmendapat maklumbalas sebaiknya daripada para pembaca agar ia dapat ditambahbaik dari masa kesemasa.
1.2 Objektif Kajian
Persoalan kajian yang akan dijawab di dalam kertas ini adalah seperti berikut:(i) Apakah model pengukuran yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kemahiran perpustakaan?a.
 
Apakah konstruk yang signifikan untuk mengukur tahap kemahiran perpustakaan? b.
 
Apakah item soal selidik bagi setiap konstruk?(ii) Apakah model pengukuran tersebut sah (
valid 
) dan boleh digunapakai (
applicable
)?
1.3 Skop Dan Batasan Kajian
Sampel kajian kes ini adalah pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang. Pelajar- pelajar dari semua fakulti dan peringkat pengajian yang ditawarkan di UiTM Pahang telah menjadiresponden terhadap kajian ini. Fakulti-fakulti yang terlibat adalah Fakulti Sains Gunaan, FakultiKejuruteraan Awam, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Fakulti Perakaunan, FakultiPengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.Kajian ini tidak menjalankan ujian inter-operability untuk menentukan samada dapatan kajian bolehdigunapakai di kampus-kampus yang lain tanpa adanya pengaruh persekitaran (environment factor). Namun dengan keseragaman faktor dasar serta struktur pentadbiran dan operasi bagi semua kampusUiTM, dapatan di dalam kajian ini berkemungkinan besar boleh digunapakai di kampus-kampus yang laindi dalam sistem UiTM.
 
C S S R 0 8’ 0 9
 
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
 
S
O C I A L
R
E S E A R C H
 
Paper number: 7850120 
2. METHODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian adalah satu perbincangan mengenai rasional kepada rekabentuk kajian dan penjelasanmengenai ketepatan rekabentuk tersebut di dalam menyelesaikan permasalahan yang hendak dikaji. Iamerupakan satu proses penilaian ke atas instrumentasi kajian agar dapatan kajian dapat diterima secarailmiah dan tidak diragui.
2.1 Kerangka Konseptual
Kajian ini adalah satu kajian eksplorasi, yang mana ia adalah kajian yang pertama mengkaji mengenaitahap kemahiran menggunakan perpustakaan di dalam konteks yang dicadangkan, iaitu di kalangan pelajar UiTM Pahang. Oleh yang demikian, tidak terdapat satu pun model empirik atau kerangka konsepsual yangterhasil daripada mana-mana kajian yang terdahulu untuk dirujuk dan dijadikan asas kepada kajian ini.Pun begitu, hasil daripada sorotan karya-karya berkenaan dengan bidang yang dikaji, kajian ini berhasrat untuk menilai tahap kemahiran menggunakan perpustakaan di kalangan para pelajar UiTMPahang berasaskan kepada model pengukuran berikut:
Rajah 1:
Model Pengukuran Tahap Kemahiran Menggunakan Perpustakaan
 
Penjelasan ringkas mengenai setiap konstruk di dalam model pengukuran di atas adalah seperti berikut:
Jadual 1:
Penerangan mengenai Konstruk di dalam Model Pengukuran
Konstruk Penerangan Konstruk Item Soal-selidik 
A Kemahiran OPACKekerapan menggunakanKemahiran menggunakanLatihan mencukupiLebih selesa dengan OPAC berbanding kad katalogKekerapan kejayaan mendapat maklumatOPAC sebagai langkah pertama mendapatkan maklumatB Kemahiran LokasiBuku-buku dikelaskan mengikut nombor-nombor tertentuBuku-buku disusun di rak-rak mengikut nombor kelas dan singkatannama pengarangSusunan dan lokasi bahan-bahan memudahkan pencarianLatihan mencukupi untuk mengenalpasti lokasi bahan yang dicariKekerapan kejayaan menjumpai bahan yang dicari.Bahan-bahan diletakkan di lokasi yang betul sebagaimana OPAC ataukad katalogCKemahiran Kad Katalog &IndeksKekerapan menggunakan kad katalogKekerapan menggunakan indeks bahan berkala.Tahap kemahiran menggunakan kad katalogLatihan menggunakan kad katalog mencukupiKekerapan menggunakan Indeks Majalah Malaysia atau IndeksSuratkhabar MalaysiaD Pembelajaran KendiriTahap kemahiran menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaanTahap kekerapan ke perpustakaanKekerapan pencapaian objektif ke perpustakaanKekerapan menggunakan bahan-bahan rujukan

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
kelisa1905 liked this
farasham liked this
bg_tan liked this
azidarsad liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->