C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C
O N F E R E N C E ON
S
C I E N T I F I C
&
S
O C I A L
R
E S E A R C H
Paper number: 9037529
Kajian Tekanan Kerja Dan
Burnout
Di Kalangan Kaunselor SekolahMenengah Bahagian Kuching, Sarawak
Arenawati Sehat Binti Haji Omar
1
, Irdawaty Binti Haji Jaya
2
danMohd Zafian Bin Mohd Zawawi
3
1
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Sarawak
2
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Sarawak
3
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak arenasomar@sarawak.uitm.edu.my IrdawatyBintiHjJaya@sarawak.uitm.edu.my zaffian@sarawak.uitm.edu.my
ABSTRAK
Menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan pada abad ke-21 merupakan suatucabaran dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikanserantau. Bagi merealisasikan hasrat ini, ianya mernerlukan tenaga pendidik lelaki mahupunwanita yang berkualiti. Tahap
burnout
dan tekanan kerja akan mempengaruhi tahap produkviti dan kualiti kerja seseorang tenaga pendidik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap
burnout
dan tekanan kerja di kalangan Kaunselor Sekolah MenengahBahagian Kuching. Instrumen
Maslach Burnout Inventory
-Educators Survey (MBI-ES)digunakan bagi mengukur tahap
burnout
, manakala Indeks Tekanan Kerja (ITK) Guru puladigunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja. Daripada 38 set soalselidik yang diedarkan,hanya 30 set yang dilengkapkan dan telah dikembalikan.Sampel terdiri daripada 38 orangKaunselor Sekolah Menengah di Bahagian Kuching sahaja. .Dapatan kajian menunjukkanmajoriti Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching mempunyai tahap
burnout
yangtinggi bagi ketiga-tiga sub skala iaitudari aspek keletihan emosi, aspek depersonalisasi danaspek pencapaian peribadi. Dari aspek tekanan kerja, dapatan kajian menunjukkan secarakeseluruhannya tahap tekanan kerja bagi kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching juga adalah tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 20 faktor yang memberi tekanan yang tinggi dan sepuluh faktor atau sebanyak 33.3%yang memberitekanan yang rendah kepada para kaunselor. Bilangan sebanyak 20 faktor atau sebanyak 66.7% menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah. Dapatankajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini memberikan tekanan kerja yang tinggikepada para kaunselor yang mana nilai min yang diperolehi adalah sama dan lebih dari 4. Iaterdiri daripada faktor berurusan dengan situasi krisis , kerja lebih masa , kurang peluangmembangunkan diri ,pengagihan tugas baru atau tidak biasa dilakukan , kurang sokongandaripada pihak pengurusan atasan, kurang penghargaan setelah menyempurnakan tugasdengan baik , melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas , kekekurangan ataukelemahan peralatan berkualiti, pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab,kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas , membuat keputusan kritikal secaraspontan , kejian atau ejekan peribadi terhadap pelajar, rakan sebaya, dan organisasi luar (ibu bapa, penghulu dan lain-lain), persaingan pembangunan diri, perubahan yang kerap daripadaaktiviti yang membosankan kepada aktiviti yang lebih mencabar, memenuhi tarikh akhir sesuatu tugasan, kurang masa peribadi (contohnya minum pagi atau makan tengahari) ,membuat kerja orang lain dan kakitangan yang tidak bermotivasi. Antara pendekatan yangtelah dicadangkan bagi mengurangkan fenomena tersebut adalah seperti memperbaiki persekitaran am, memperbaik kandungan kerja, runding cara, k emahiran pengurusan masa,kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan,kemahiran relaksasi serta bersikap positif dalam suasana yang negatif. Kata Kunci : Tekanan kerja,
Burnout,
Kaunselor, Sekolah Menengah, Kuching