Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
83Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bincangkan Pengaruh Agama Islam Dalam Masyarakat Melayu Tradisional

Bincangkan Pengaruh Agama Islam Dalam Masyarakat Melayu Tradisional

Ratings:

4.75

(8)
|Views: 8,524 |Likes:
Published by Wan Rusli

More info:

Published by: Wan Rusli on Mar 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/01/2013

pdf

text

original

 
Bincangkan pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melayutradisional.
 
Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-7. Walau bagaimanapun, pernyataan ini tidak mempunyai bukti yang sahih. Menurut Sejarah Melayu, negeriChampa mulai menerima Islam pada abad ke-15 tetapi dalam Sejarah China, Islamdikatakan wujud di Sumatera pada abad ke-13. Namun begitu, Islam mula dibawa masuk ke Tanah Melayu khasnya Melaka hanya selepas penghujung abad ke-14. PemerintahMelaka yang pertama menganuti Islam ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah. Penerimaanagama Islam oleh masyarakat tradisional bukan sahaja membawa pengaruh kepadaakidah, tetapi ia juga membawa pengaruh terhadap aspek kehidupan yang lain. Dari segi pentadbiran, Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka,kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan Terengganu. Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan di Timur Tengah sepertiKerajaan Turki Uthmaniyyah. Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep Sultanyang menganggap Sultan sebagai zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa Sultan ituadalah amanah Allah s.w.t. di muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai AminulMukminin iaitu ketua kepada umat Islam. Dalam sektor agama, Sultan menjadi ketuaagama Islam dan baginda bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjagakebajikan rakyat jelatanya. Selain daripada peranan Sultan, ahli-ahli sufi dan ulama-ulama juga menjadi penasihat tentang agama Islam kepada raja. Kini, agama Islam telahdijadikan sebagai agama rasmi. Dari segi undang-undang, undang-undang Islam memainkan peranan dalam kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Para ulama memainkan peranan yang penting dalam perundangan Islam. Perundangan Islam telah menjadi tunjang kepada undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka. Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri Melayuyang lain pada hari kemudian. Sebagai contoh, Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Pahang. Selain itu, undang-undnag syariah yang meliputi pelbagai perkara sepertihukum kesalahan jenayah (mencuri, membunuh dan sebagainya), jual beli, hal-ehwal perkahwinan dan pembahagian harta pusaka juga diperkenalkan. Tokoh-tokoh yang akanmemelihara undang-undang ini terdiri daripada hakim dan kadi. Walaupun hakim dankadi menjadi tokoh yang memelihara undang-undang, tetapi rajalah yang akanmenjatuhkan hukuman. Baginda akan menjatuhkan hukuman mengikut hukum adat dan bukan hukum Islam. Dari segi kehidupan masyarakat, kehadiran agama Islam telah mengubah cara hidupmereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu dan Buddha telah berubah menjadiagama Islam. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Mengikutagama Islam, ia menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalismedalam pemikiran mereka. Selain itu, unsur-unsur metafizik telah terterap ke dalam nilaihidup msyarakat tempatan. Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan falsafahhidup yang berkaitan dengan unsur-unsur Islam seperti mencari rezeki yang halal,kewajipan mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya.
 
 Islam juga membawa pengaruh kepada adat resam masyarakat tempatan. Agama Islamtelah membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Masyarakat Melayutelah membuat penyesuaian antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk mengelakkanamalan yang diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran Islam. AgamaIslam telah menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf atau sistemkasta. Mengikut agama Islam, semua umat Islam merupakan stu gagasan. Merekaharuslah sentiasa beriman dan bersaudara dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah perpaduan masyarakat. mereka juga menganggap orang asing yang beragama Islamadalah saudara mereka. Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh Islam ialah adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, aspek Islam yang baru jugadiamalkan, contohnya membayar zakat, bekerjasama, bergotong-royong dankekeluargaan. Islam juga memberi pengaruh yang kuat dari segi pendidikan masyarakat Melayutradisional. Pendidikan formal mula wujud sejak Kesultanan Melayu Melaka dengankedatangan pada pendakwah dan alim ulama agama Islam. Istana telah dijadikan pusat pendidikan, pusat kegiatan intelektual dan menjadi tumpuan alim ulama dari negara-negara Arab, India dan Parsi. Di sini, mereka akan berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Istana juga menjadi khazanah hikayat yang memberi pengajaran agama bertemakan kisah para nabi, contohnya, Hikayat Abu Samah danHikayat Nabi Yusof. Mereka mengadakan pendidikan Islam dengan tujuan melahirkan pelajar-pelajar yang tahu tentang agama Islam, memupuk akhlak mulia dan sebagainya. Para ibu bapa sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka menghantaanak-anak mereka ke rumah tok guru untuk menerima pelajaran agama. Pada peringkat pertama, mereka akan belajar tentang muqaddam dan al-Quran mengikut tajwid yang betul. Pada peringkat kedua, mereka akan belajar tentang fardu ain dan akhlak mulia.Pelajar-pelajar ini tidak dikenakan bayaran tetapi ibu bapa akan memberi penghargaandengan menghantar padi, beras, ubi sebagai membalas budi tok guru. Selepas peringkatini, mereka akan melanjutkan pelajaran ke masjid atau surau untuk melanjutkan pelajarantentang ilmu agama. Di sini, mereka terus mempelajari tentang al-Quran, mendalamifardu ain pada siang pagi. Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran, iaituseseorang itu menghadapi kesulitan untuk memahami sesuatu kitab, mereka akanhafalkannya sahaja. Walaupun pendidikan ini berbentuk formal, namun ia adalah kurangteratur kerana bilangan murid yang tidak terhad dan gurunya berkhidmat secara sukarela. Selain itu, sistem pengajian madrasah juga merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam. Ia merupakan lanjutan daripadasistem pendidikan di masjid dan surau. Di madrasah, kitab bahasa Arab atau kitab bahasaMelayu yang ditulis ikut struktur Bahasa Arab digunakan. Kitab mereka dipegang ataudiletak di atas lantai dan kemudian tok gurulah yang akan menjelaskan pengertiannyadengan menggunakan kaedah menadah kitab. Seterusnya, sekolah pondok merupakan pusat pengajian tertinggi di Tanah Melayu.Ramai ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah pondok kerana

Activity (83)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
zaimankb liked this
amirulamir liked this
nurulhafiza84 liked this
Li Yan liked this
juzroy91 liked this
molez liked this
Md Saipullah added this note
Kedatangan Islam telah banyak merubah corak kehidupan masyarakat Melayu dari sudut iktiqat , pegangan beragama.. Oleh kerana sikap masyarakat Melayu Islam yang semakin longgar dalam melaksanakan suruhan2 Allah, rujukan2 juga lebih kepada akal bukannya Al Quran dan Hadith maka masyarakat Melayu mudah terpengaruh dengan pemikiran2 bukan berteraskan agama. Wallahuaklam
lorenica liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->