You are on page 1of 6

PERATURAN PERMAINAN KONDA KONDI

1. Permainan ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B 2. Penentuan kumpulan akan ditentukan dengan menggunakan oh som. 3. Kumpulan A akan bertindak selaku pasukan yang akan menguis kayu. 4. Kumpulan B pula akan bertindak selaku pasukan yang akan menyambut kayu. 5. Setiap ahli dalam pasukan A akan beratur di kawasan penguis untuk menguis kayu. 6. Jarak kawasan penyambut ialah 10 langkah dari tempat menguis kayu. 7. Setiap ahli dalam pasukan B pula akan mengambil mana-mana tempat di kawasan penyambut untuk menyambut kayu. 8. Sekiranya kayu yang dikuis berjaya disambut oleh pihak lawan atau pasukan B, seluruh ahli dikira mati.. 9. Sekiranya kayu kumpulan A tidak dapat disambut pula, mana mana ahli yang berdekatan dengan tempat kayu itu jatuh, dikehendaki untuk melemparkan kayu tersebut masuk ke dalam lubang atau mengenai ibu kayu. 10. Pasukan A akan hilang satu giliran permainan sekiranya anak kayu yang dibaling berjaya masuk atau mengenai lubang. 11. Sekiranya anak kayu yang dibaling tidak mengenai lubang atau ibu kayu, mata akan dikira dan diberikan kepada pasukan A. 12. Sistem kiraan mata akan menggunakan panjang ibu kayu iaitu sekali batang ibu kayu bersamaan 1 mata. 13. Permainan akan berlangsung selama 10 minit. 14. Sekiranya seluruh pasukan A hilang giliran untuk menguis kayu, pasukan B pula akan mengambil giliran dan begitulah seterusnya sehingga masa tamat. 15. Setiap perlanggaran daripada mana-mana peraturan di atas akan dikenakan demerit 3 markah.

Peralatan yg diperlukan: 1. Dua batang kayu sekurang-kurangnya sepanjang 15 cm (anak kayu) dan 30 cm (ibu kayu). 2. Lubang sedalam sekurang-kurangnya 10 cm dikorek 3. Wisel Cara-cara bermain: Pertama 1. Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan anak kayu melintangi lubang, ibu kayu digunakan untuk menguis anak kayu supaya melambung ke udara, ibu kayu diletakkan melintangi lubang. 2. Ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut anak kayu yang dikuis oleh pemain tadi sebelum jatuh ke tanah. 3. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan 4. Tetapi, jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan anak kayu masuk ke dalam lubang ataupun mengenakan ibu kayu. 5. Jika anak kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena ibu kayu yang diletakkan melintangi lubang, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. 6. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau ibu kayu itu, kumpulan pemain tersebut boleh mendapatkan mata. Kedua 1. Pemain tadi akan mengambil anak kayu dan dilambungkan ke udara, kemudian memukulnya dengan ibu kayu. 2. Dia diberi peluang sebanyak dua kali untuk memukul anak kayu sekiranya pukulan pertama tidak mengenai anak kayu itu. 3. Sekali lagi pemain lawan cuba menyambut.

4. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan 5. Tetapi, jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan anak kayu masuk ke dalam lubang ataupun mengenakan ibu kayu. 6. Jika anak kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena ibu kayu yang diletakkan melintangi lubang, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. 7. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau ibu kayu itu, kumpulan pemain tersebut boleh mendapatkan mata. 8. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. Ketiga 1. Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. 2. Pemain menyandarkan anak kayu di tepi lubang, kemudian mengetuk hujungnya dengan menggunakan ibu kayu. 3. Jika pukulan dibuat dengan betul, anak kayu akan melantun ke udara. 4. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul anak kayu itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan ibu kayu. 5. Sekali lagi pemain lawan cuba menyambut. 6. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan 7. Tetapi, jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan anak kayu masuk ke dalam lubang ataupun mengenakan ibu kayu. 8. Jika anak kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena ibu kayu yang diletakkan melintangi lubang, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. 9. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau ibu kayu itu, kumpulan pemain tersebut boleh mendapatkan mata. 10. Pemain yang selesai tahap tiga akan berhenti bermain dan giliran baru diteruskan oleh ahli kumpulan yang lain.

PELAN TAPAK PERMAINAN

Zon A

Jarak; 10 langkah

Zon B

Petunjuk; Zon A zon menguis dan memukul anak kayu Zon B zon menyambut anak kayu Marker lubang

BORANG PENDAFTARAN PESERTA

Nama kumpulan: __________________________ Senarai peserta: Bil 1 2 3 4 5 Nama peserta (ketua)

Nama kumpulan: __________________________ Senarai peserta: Bil 1 2 3 4 5 Nama peserta (ketua)

BORANG PEMARKAHAN

Nama kumpulan: __________________________

Langkah 1 2 3

Jumlah mata

Jumlah keseluruhan mata:

Nama kumpulan: __________________________

Langkah 1 2 3

Jumlah mata

Jumlah keseluruhan mata:

Kumpulan pemenang: ___________________

Tandatangan pengadil; _____________________ ( )

You might also like