You are on page 1of 13

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kelulusan

Makluman

KERTAS KERJA KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-19 2011

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Diluluskan oleh:

Tandatangan

Nama

Muhammad Ishyak bin Mohammad Nuri

Prof Madya Dr. Ab. Latif Bin Ibrahim

Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Bin Hj. Ninggal

Jawatan

Pengarah Program

Pengetua

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan ALUMNI)

Tarikh

KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA

TARIKH: 28 Julai 2011 08 Ogos 2011

TEMPAT: Universiti Teknologi Malaysia

ANJURAN: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN PENASIHAT MENGENAI PROGRAM

Tajuk Program KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-19 Tarikh Program Tempat Universiti Teknologi Malaysia

28 Julai 2011 08 Ogos 2011

Ulasan Penasihat: Sukan merupakan satu aspek yang penting dan ianya haruslah di ambil kira serta dititikberatkan oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Teknologi Malaysia. Mahasiswa dan mahasiswi haruslah seimbang sama ada dari segi akademik, sosial, fizikal, mental dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, mahasiswa dan mahasiswi merupakan bakal-bakal pelapis kepimpinan negara di masa hadapan nanti. Oleh itu, mereka perlulah sentiasa proaktif dan kreatif dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia khusunya. Justeru, kejohanan sukan antara kolej mahasiswa UTM yang ke-19 bagi tahun 2011 amatlah sesuai bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk melibatkan diri mereka bagi mencungkil dan menonjolkan bakat diri masing-masing dalam aspek kesukanan

Nama Penasihat

Prof Madya Dr. Ab. Latif Bin Ibrahim

Tandatangan

Tarikh

Cop Rasmi

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama program

KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA

Tarikh

28 Julai 2011 08 Ogos 2011

Tempat Anjuran Penyertaan Matlamat

Universiti Teknologi Malaysia UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Mahasiwa mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia(Warga Kolej 10) Kejohanan SUKAM XVIII 11 bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia khususnya warga kolej 10 di dalam acara sukan sebagai aktiviti rutin dan mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Melaluinya, diharapkan agar seluruh golongan mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi melahirkan golongan masyarakat yang proaktif dan terbilang. Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cerdik pandai di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk berani mencuba dan mencungkil bakat-bakat baru atlet sukan yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di masa depan. Menjalin integrasi kaum dan saling mengukuhkan perasaan muhibbah dan bersatu padu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira batas kaum, bangsa dan agama.

Objektif

Anggaran Kos

RM 7,000.00

KERTAS KERJA KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-19 2011 (SUKAM ke-19 11) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Dalam melahirkan sebuah generasi Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, aspek sukan merupakan salah satu aspek yang perlu diambil berat. Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) pada tahun 2010 telah menyasarkan objektifnya untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan pembangunan negara. Di dalam mencapai objektif tersebut, KBS telah merangka strategi yang memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa selain meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas. Penglibatan golongan belia khususnya mahasiswa institusi pengajian tinggi di dalam Sukan Massa ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Negara. Sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat menerusi acara sukan yang disertai dari peringkat akar umbi. Penerapan budaya kesukanan di kalangan belia amatlah perlu sejajar dengan usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas selain mengamalkan budaya sukan sepanjang hayat ke arah peningkatan kualiti gaya hidup baik dari segi sosial dan fizikal. 2.0 TUJUAN KERTAS KERJA Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan kewangan daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM. 3.0 JENIS PROGRAM Program ini adalah berbentuk sukan massa serta sukan-sukan umum yang melibatkan pertandingan antara kolej-kolej di Universiti Teknologi Malaysia.

4.0

MATLAMAT Kejohanan SUKAM XVIII 11 bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia khususnya warga kolej 10 di dalam acara sukan sebagai aktiviti rutin dan mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Melaluinya, diharapkan agar seluruh golongan mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi melahirkan golongan masyarakat yang proaktif dan terbilang.

5.0

OBJEKTIF 5.1 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cerdik pandai di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk berani mencuba dan mencungkil bakat-bakat baru atlet sukan yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di masa depan. Menjalin integrasi kaum dan saling mengukuhkan perasaan muhibbah dan bersatu padu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira batas kaum, bangsa dan agama.

5.2

5.3

5.4

6.0

TEMA Perpaduan Sukan Teras Kegemilangan Negara

7.0

TARIKH PERLAKSANAAN

8.0

TEMPAT PROGRAM Kejohanan ini akan diadakan di beberapa lokasi terpilih antaranya: 8.1 Sekitar kampus UTM Johor 8.2 Stadium Hoki MBJB 8.3 IOI Mall, Kulai

8.4 9.0

Sekitar Taman Universiti

SASARAN PENYERTAAN Penyertaan bagi Kejohanan SUKAM XVIII 11 ini terbuka kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang mewakili kolej yang terdapat di dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia, Johor dan jemputan atlet dari Kuala Lumpur International Campus.

10.0

AHLI JAWATANKUASA Terdapat dua jenis jawatankuasa yang dibentuk bagi melancarkan penganjuran kejohanan ini: 10.1 Jawatankuasa Pelaksana SUKAM XVIII 11 bagi warga kolej 10 Sila rujuk Lampiran A

11.0

BELANJAWAN KEJOHANAN Sila rujuk Lampiran B

12.0

PENUTUP Semoga dengan penganjuran kejohanan ini dapat menyuntik semangat dan memberi dorongan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia untuk terus bergiat aktif di dalam bidang sukan dan menjadikannya sebagai satu budaya yang diamalkan setiap hari. Akhir sekali, adalah menjadi harapan pihak penganjur agar kejohanan sukan ini menjadi platfom kepada perpaduan antara mahasiswa dan mahasiswi yang lebih utuh selaras dengan tema kejohanan SUKAM XVIII 11 iaitu Perpaduan Sukan Teras Kegemilangan Negara.

Lampiran A JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-19 2011 (SUKAM XVIII11) PERINGKAT KOLEJ 10

PENAUNG PROF. DR. MOHD TAJUDIN BIN HJ NINGGAL Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA)

PENGETUA PM. DR. AB. LATIF BIN IBRAHIM Pengetua Kolej 10

FELO PENASIHAT MUHAMAD NURIZAD B. ROSLI Pembantu Felo Kolej10

PENGERUSI JKM MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ

BENDAHARI JKM MUHAMAD SHAFIQ BIN ITHNIN

Lampiran A JAWATANKUASA PELAKSANA KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-19 2011 Penasihat PM. DR. AB. LATIF BIN IBRAHIM Pengetua Kolej 10 Felo Penasihat MUHAMAD NURIZAD B. ROSLI Pengarah MUHAMMAD ISHYAK BIN MOHAMMAD NURI Timbalan Pengarah MOHAMAD FAKRUL NIZAM BIN AHMAD LUTHFFI Setiausaha MOHD SHAFIQ FAHMI AB LATIFF Timbalan Setiausaha MUHAMAD MIZWAN HAKIMIE Bendahari MUHAMAD SHAFIQ B. ITHNIN Timbalan Bendahari MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD Ketua Unit Makanan MUHAMMAD ASLAM BIN SHAARI HISAMUDDIN BIN MOHD YUNUS RAJANDRAN Ketua Unit Pakaian ISKANDAR DZULKARNAIN BIN MOHAMAD NOR HAZUAN B. ABD HALIM Ketua Unit Pengangkutan AHMAD AMMAR B. ZULKIFLI IZZAT AZIM B. MOHD ZALI Ketua Unit Tugas-Tugas Khas MUHAMAD HAMIDI BIN SHUFI MUHAMMAD ZUHDI BIN MOHD ZIN Ketua Peralatan MUHAMMAD SADIQ B. MUZAKIR

Lampiran B

ANGGARAN BELANJAWAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA KALI KE-18 2011 (SUKAM XVIII 11) ANGGARAN PENDAPATAN
PERKARA Peruntukan kewangan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa JUMLAH (RM) 7000.00

ANGGARAN PEMBELANJAAN
BIL 1.0 PERKARA Makanan untuk Latihan & Sukan 1.1 Bola Tampar 1.2 Bola Baling 1.3 Bola Sepak 1.4 Sepak Takraw 1.5 Ping Pong 1.6 Badminton 1.7 Ragbi 1.8 Memanah 1.9 Tenis 1.10 Bowling 1.11 Kayak 1.12 Hoki 1.13 Bola Keranjang 1.14 Road Relay JUMLAH 200.00 150.00 280.00 150.00 100.00 100.00 220.00 50.00 100.00 50.00 100.00 200.00 150.00 100.00 1950.00 HARGA (RM) JUMLAH (RM)

2.0

Peralatan sukan 6.1 Shuttlecock 6.2 Ping Pong 6.3 Bowling 6.4 Tenis 6.4 Lain-lain JUMLAH Pakaian 3.1 T-shirt SUKAM (250 UNIT) 12.00 150.00 50.00 200.00 150.00 240.00 790.00 3000.00 200.00

3.0

4.0 5.0

Hiasan Pembarisan Lain-lain 5.1 Top-up setiap pengurus (25 ORANG) 5.2 Ink & kertas A4 5.3 Rencam JUMLAH JUMLAH PEMBELANJAAN

250.00 150.00 660.00 1060.00 7000.00

Disediakan Oleh, .............................. ( MUHAMMAD ISHYAK BIN MOHAMMAD NURI) Pengarah Program, Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia.

Disemak oleh, ................................... (MUHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ) Pengerusi JKM Kolej 10.

Disemak Oleh, ............................... (MUHAMAD SYAFIQ BIN ITHNIN) Bendahari JKM Kolej 10.

Disemak Oleh, ............................... (MUHAMAD NURIZAD B. ROSLI) Pembantu Felo Kolej 10.

You might also like