You are on page 1of 25

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH AMBILAN 2012

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA NO. KP KUMPULAM/UNIT KOD MATA PELAJARAN KURSUS

: MUNIRAH BT ALI @ ABU BAKAR : 770123-02-5672 : PEMULIHAN KHAS : WAJ3106 : Hubungan Etnik

NAMA PENSYARAH

ISI KANDUNGAN.

Muka surat

1. Pengenalan 2. Kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik. 3. Hubungan Etnik, Pencapaian Selepas Hampir 50 tahun Merdeka 4. Ekonomi 5. Budaya 6. Agama 7. Hubungan Etnik Dan Cabaran 8. Bagaimana untuk Menguruskan Hubungan Etnik di Malaysia? 9. Rumusan 10. Rujukan

Tugasan Projek : hubungan etnik, perpaduan dan intergrasi nasional merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Mlasia yang bersifat majmuk. Hubunan etnik yang sihat akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama, bersefahaman dan sentiasa menghatyati perjanjian social yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha kerajaan perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat . ( Professor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin )

Pengenalan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep

masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den
4

Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras. pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Hubungan etnik di Malaysia dapat dilihat dalam tiga fasa utama iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan selepas hampir 50 tahun merdeka. Kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik. Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.Dari segi bahasa pula, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen
5

yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Ia juga merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara Malaysia dan seterusnya menentukan sifat sesebuah Negara. Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancamanancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan untuk merapatkan hubungan etnik seperti berikut: Dasar Pelajaran Kebangsaan Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman
6

disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini adalah memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen seperti berikut: a) Pertama, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolahsekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. b) Kedua, menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) DEB termaktub dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama. DEB merupakan satu program jangka panjang yang mengambil masa selama 20 tahun. DEB dimulakan pada tahun 1970. Beberapa Matlamat utama DEB membantu dalam pembentukan integrasi nasional dalam pelaksanaannya adalah seperti berikut: a) Penyusunan semula masyarakat majmuk untuk mengurangkan dan

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. b) Membasmi kemiskinan. Ketidakseimbagan ekonomi etnik berpunca daripada dasar pecah dan perintah Inggeris. Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan pelajaran telah menyebabkan interaksi etnik Melayu, Cina serta India kurang berlaku. c) Mengurangkan ketidakseimbangan dalam gunatenaga supaya penyertaan etnik adalah seimbang. Dasar Pembangunan Nasional Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan kepada DEB yang berakhir pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara seperti berikut: a) Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. b) Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek. c) Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi. d) Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar.
7

e) Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan.

Selepas Hampir 50 Tahun Merdeka Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan sehingga kini, negara mengecapi kemerdekaan mencecah ke usia 52 tahun. Suatu tempoh yang cukup mematangkan dalam pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara pada hari ini adalah disebabkan oleh wujudnya persefahaman dan sikap toleransi di kalangan etnik berbilang bangsa, budaya dan agama. Pembentukan dasar menyeluruh dan kesinambungan program pembangunan negara telah banyak membantu dalam membentuk hubungan erat di kalangan etnik di negara ini. Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan misi Wawasan 2020 dan rancanganrangcangan pembangunan banyak membantu dalam membentuk dan mengekalkan hubungan etnik yang baik di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa dan agama. Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Dalam wawasan ini, sembilan cabaran berkaitan dengan hubungan etnik dikenalpasti untuk dihadapi seperti berikut: a) Membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. b) Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah. c) Membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun. d) Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya dengan

warganegara Malaysia mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian utuh serta


8

didorong oleh piawaian etika paling tinggi. e) Mewujudkan masyarakat matang bersifat liberal dan bertoleransi dengan setaip rakyat bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing serta pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara. f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat berdaya cipta serta berpandangan jauh iaitu masyarakat yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. g) Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat berbanding diri sendiri. h) Membentuk masyarakat yang adil ekonominya iaitu masyarakat yang

melaksanakan pengagihan kekayaan secara adil dan saksama. i) Membentuk masyarakat makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan ada daya ketahanan.

Hubungan Etnik, Pencapaian Selepas Hampir 50 tahun Merdeka Pencapaian negara selepas hampir 50 tahun merdeka sehingga kini jelas memperlihatkan perubahan cemerlang termasuklah dalam memupuk hubungan etnik di negara ini. Hubungan etnik yang baik dan harmoni menjadikan Malaysia cemerlang serta unik di mata dunia. Hubungan etnik dan pencapaian selepas hampir 50 tahun dapat dilihat dalam pelbagai perkara antaranya dalam aspek politik, ekonomi, budaya dan agama. 2.1 Politik Perlembagaan Malaysia banyak menyumbang kepada perpaduan etnik di negara ini. Melalui perlembagaan Malaysia, ketuanan Melayu selaku penduduk dominan di negara ini terpelihara dan pada masa yang sama kepentingan etnik lain tidak diabaikan sebaliknya wujud toleran untuk mereka hidup aman dan makmur di negara ini. Perlembagaan sentiasa dipinda dari masa ke semasa mengikut kepentingan
9

sejagat dan menyeluruh. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), Tun Mohamed Suffian telah mengariskan ciri-ciri asas perlembagaan Malaysia seperti berikut[4]: a) Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan. b) Sebagai negara raja berperlembagaan. c) Sebagai negara demokrasi berpalimen. d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama. e) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang. f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang

kerajaan bermakna seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketigatiga mempunyai status sama dan tiada satu yang lebih tinggi di antara satu sama lain serta setiap satu mempunyai fungsi dan tanggungjawab berbeza. g) Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalam Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa eksekutif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liability lain dalam Perlembagaan. Selepas 50 tahun merdeka kita dapati kesinambungan perkongsian

pemerintahan terus berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti

pembangkang yang lain. UMNO didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC didominasi oleh orang-orang India. Setiap etnik diwakili dalam pentadbiran negara. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik Melayu menceburkan diri dalam bidang politik. Walaupun dalam bidang pentadbiran keutamaan diberikan kepada etnik Melayu namun etnik-etnik lain turut diberi peluang untuk mewakili etnik mereka melibatkan diri secara
10

langsung dalam pentadbiran negara.

Ekonomi Dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik turut menjadi keutamaan. Pelbagai dasar dan program pembangunan dirangka dan dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, terdapat rancangan lima tahun yang menjadi pemacu kepada misi nasional ke arah mencapai wawasan 2020. Di bawah pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rancangan Malaysia ke-9 merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang dari segi pembangunan sosial, memiliki masyarakat bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Terdapat lima teras yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada perpaduan etnik di Malaysia seperti berikut: Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi. Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi. Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia. Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan. Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Memperkasakan belia dan wanita. Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara Membina dan Produktif
11

Basmi kemiskinan. Memacu pembangunan wilayah. Mengurangkan jurang kekayaan. Penstrukturan semula pola pekerjaan. Membangunkan generasi baru. Mencapai pembangunan lebih seimbang dan bermakna. Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidup Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera

perbandaran. Menambah baik perkkhidmatan kesihatan. Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan. Menjamin bekalan tenaga mampan. Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir. Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan. Membangunkan sukan. Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam. Teras Kelima: Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Keupayaan Pelaksanaan Negara Menggalakkan tadbir urus yang baik. Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Pembangunan melalui kerjasama antarabangsa.

Budaya Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua etnik tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas kepada pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti berikut: 12

a) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini. b) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsure kebudayaan kebangsaan. c) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan oleh semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling kunjungmengunjungi antara satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat dirayakan bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan Pesta Keamataan memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan beragama Islam menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu. Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang integrasi sosial antara etnik walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa. Agama Perpaduan hubungan etnik dapat dilihat dari aspek keagamaan. Amalan dan sikap toleransi beragama sehingga kini telah memupuk hubungan harmoni di kalangan etnik yang berbilang agama di negara ini. Di Malaysia, umumnya etnik Melayu beragama Islam, etnik Cina beragama Buddha dan etnik India beragama Hindu. Wujud juga beberapa etnik menganut agama Kristian. Agama Islam memberi penekanan kepada aspek keamanan, hubungan baik sesama umat manusia dan kebebasan dalam beragama. Surah Al-Baqarah ayat 256 menyatakan bahawa Tidak ada paksaan dalam menganut agama, sesungguhnya telah jelas petunjuk itu daripada kesesatan. Dalam Perlembagaan Malaysia juga dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama di kalangan etnik berbilang agama di negara ini.
13

Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja

berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli. Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami, berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak
14

sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya pada Sidang Kemuncak Media Asia 2004. Beliau berkata bahawa: Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu diikat dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka untuk perhubungan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan bersama. Ia mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta membolehkan setiap orang menumpukan kepada usaha meningkatkan hidup mereka dalam suasana aman dan harmoni Walaupun isu-isu kontroversi kaum di Malaysia ditangani secara komprehensif oleh pelbagai jabatan dan kementerian, dalam kerajaan pihak yang secara langsung menguruskan isu perpaduan rakyat dan hubungan kaum ialah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Dalam keadaan normal, setiap tahun kerajaan memperuntukkan RM151 juta kepada jabatan itu untuk menganjurkan program-program bagi merapatkan hubungan 26 juta rakyat negara ini yang berbilang etnik, budaya dan agama. Jika hubungan etnik mengalami kemerosotan, bayangkan berapa banyak peruntukan yang terpaksa kerajaan gunakan bagi membetulkan semula hubungan kaum yang bermasalah. Bayangkan pula kerugian yang terpaksa ditanggung dari segi ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa sekiranya persaingan etnik yang tidak terkawal membawa kepada tercetusnya keganasan dan rusuhan perkauman. Kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955.
15

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan.Polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen
16

penerangan mereka. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga Jabatan Agama Islam. Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial. Dan Perlembagaan Malaysia digubal berasaskan kepada kontrak sosial yang 5 itu. Sebab itulah juga, seandainya kita bercakap tentang menghapuskan hak istimewa orang Melayu, bermakna kita juga kena menukar Perlembagaan Malaysia. Kerana hak istimewa orang Melayu adalah salah satu asas yang membentuk Perlembagaan Malaysia. Semasa kontrak sosial ini dibincangkan antara Melayu, Cina dan India sebelum merdeka, British telah menawarkan kepada orang Cina dan India - sekiranya mereka tidak bersetuju untuk menerima syarat yang ditetapkan ini, British memberi mereka 2 pilihan: 1.Pulang kenegara asal mereka 2.Berpindah ke negara-negara Asia di bawah jajahan takluk British Pada masa itulah, beratus ribu orang Cina dan India keluar dari Tanah Melayu kerana mereka tidak percaya orang Melayu mampu mentadbir Tanah Melayu secara bersendirian. Maksudnya mereka lebih percayakan British. Orang Cina dan India (yang menerima dan bersetuju dng Kontrak Sosial) mendapat kerakyatan pada hari ini
17

dengan pengorbanan yang cukup besar daripada orang Melayu. Sejarah yang tertulis ini, ialah nenek moyang mereka telah bersetuju dengan kontrak sosial tersebut dan perlulah diterima dan di hormati sampai bila-bila hakikat ini, oleh semua rakyat Malysia
terutamanya kaum Cina dan India.

Hubungan Etnik Dan Cabaran Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam mengekalkan dan memupuk perpaduan etnik. Umumnya, cabaran dibahagikan kepada dua elemen utama iaitu cabaran internal dan external seperti berikut: -

I.

Sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri dan memperjuangkan hak etnik masing-masing serta cuba menidakkan etnik Melayu sebagai bangsa dominan di negara ini memberi cabaran hebat kepada hubungan etnik di negara ini. Tindakan pihak ketiga mencetuskan rasa tidak puas hati semua pihak yang pastinya mengundang kepada perpecahan. Dasar pecah dan perintah oleh British memberi implikasi kepada hubungan etnik sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing dari segi penempatan dan jenis pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi di kalangan etnik amat kurang khususnya yang tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi berbeza

II.

merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. III. Sistem pendidikan yang tersendiri memperlihatkan tentang dominasi mengikut kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan. Pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan
18

peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu dalam kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing cuba mempertahankan bahasa ibunda. Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu, cabaran wujud dalam usaha membentuk suatu kesatuan sistem pendidikan bersepadu yang sesuai untuk semua etnik. Sistem pendidikan yang berbeza secara tidak langsung memberikan impak yang kurang baik kepada

penstrukturan negara. Cabaran dalam aspek pendidikan harus dipandang serius oleh semua pihak kerana jika ini berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di kalangan etnik masing-masing. IV. Cabaran dari aspek budaya juga harus diambil kira. Ini kerana bentuk penajajahan baru oleh kuasa-kuasa asing adalah melalui ledakan budaya. Masyarakat berbilang etnik terdedah kepada cara pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Aspek kepercayaan dan agama semakin dipinggirkan

memandangkan terlalu memikirkan keseronokkan dunia. V. Cabaran dari aspek ekonomi. Kepentingan etnik dari sudut ekonomi adalah melalui penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Etnik Melayu

menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Etnik Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Wujud jurang pendapatan ketara di kalangan etnik. Masing-masing cuba bersaing mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. VI. Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati semua golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil kira dalam menjaga perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik melalui penyertaan
19

mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. VII. Cabaran dari aspek politik. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik tidak akan mampu menyumbang ke arah masyarakat mengekalkan yang bersatu padu. Semua etnik saling berusaha untuk kepada

identiti masing-masing sehingga

boleh membawa

hilangnya semangat memupuk semangat taat setia kepada negara. VIII. Cabaran dari aspek nilai-nilai etnik. Setiap etnik di Malaysia mempunyai perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan berbeza. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap etnik fanatik dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Kesannya, setiap etnik lebih mengutamakan anggota sendiri daripada etnik yang berbeza dalam memilih sahabat dan mendapatkan perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam satu kelompok yang sama akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini kerana masyarakat pelbagai etnik mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan etnik-etnik lain memandangkan mereka terbiasa hidup dengan masyarakat dalam etnik yang sama. IX. Cabaran dari segi globalisasi. Semua etnik perlu berani menyahut cabaran globalisasi agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dalam bidang teknologi dan perkembangan komunikasi. Aspek cabaran globalisasi perlu diambil kira dalam memupuk semangat perpaduan etnik di Malaysia. Setiap perancangan dan pelaksanaan program perpaduan perlu mengambil kira cabaran globalisasi agar jurang di antara etnik dapat Bagaimana untuk Menguruskan Hubungan Etnik di Malaysia? Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud
20

bila dua atau lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang sama.Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya perbezaan. Jika mereka tidak menyedari atau mengambil sikap mengabaikan perbezaan itu, maka hubungan etnik tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan.Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah model asimilasi dan juga model pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk meningkat kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah negara.Maka itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan tersebut. Penarafan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti rasmi negara adalah strategi untuk membina kebersamaan tersebut. Malah cadangan pembentukan sekolah satu aliran juga sebenarnya satu lagi usaha untuk membina keserasian antara kaum. Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu asimilasi budaya, struktur, psikologi dan biologikal. Model pluralisme pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan meraikan kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan.Ia akan membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik.Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati dan memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai asas bersama. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik.Kajian oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM mengenai Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada semua etnik masih

rendah.Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar rakyat dengan begitu mudah berjaya dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan peribadi. Pengetahuan yang rendah akan mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan antara kaum dan menjejaskan kestabilan negara.Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber

tertinggi perundangan negara. Semua undang-undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan aturan yang termaktub di dalamnya.Satu bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara realistik bila keluhuran perlembagaan diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

21

Rumusan Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orangorang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak. Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara
22

berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Namun begitu, disebabkan oleh kepercayaan sesetengah kaum yang masih ingin mengekalkan kepentingan sendiri seperti kepentingan budaya asal sehingga tidak mahu menerima budaya lain telah membantutkan usaha kerajaan. Kelakuan sesetengah pemimpin politik yang ingin menjaga status diri banyak mengurangkan kepercayaan sesetengah kaum terhadap usaha kerajaan. Sebagai contohnya usaha kerajaan untuk menubuhkan Sekolah Wawasan, disebabkan oleh risau akan kepupusan bahasa ibunda telah menyebabkan sesetengah ibubapa tidak mahu menghantar anak ke Kompleks Sekolah Wawasan tersebut kerana gara-gara dipengaruhi oleh ketua mereka yang hanya ingin menjaga status dan kepentingan sendiri. Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. Adalah penting untuk menjaga keharmonian dimana semua rakyat dapat hidup bersatu padu, setia dan cinta akan negara. Justeru itu, dalam mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia, elemen sistem sosial yang terkandung dalam kontrak sosial perlu dititikberatkan dan dipelihara agarnya ianya terus kekal sejahtera.

Rujukan
23

1.Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.Dr. Mahani Zainal Abidin.1 September 2009.Pembangunan Keseimbangan dengan Dasar Ekonomi Baru di Malaysia. http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=538 http://momentumuiam.blogspot.com/2008/07/ kontrak-sosial-dan-dasar-kebudayaan.html

3.Mohamed Suffian Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.Mohd. Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.Shamsul Amri Baharuddin.2007. Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). MASKHA SDN BHD. Kuala Lumpur. 6.Wan Azmi Ramli.1993. Dasar Awam Di Malaysia. Jilid 1. Golden Books Centre Sdn Bhd. Syarikat Percetakan Ihsan, Kuala Lumpur. 7.Wong Khek Siang, Raminah Hj. Sabran, Kok Meng Kee. 2004. Pengajian Am.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Shah Alam. Selangor. 8.Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Institut Kajian Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka (diterbitkan bersama Universiti Malaya, Kuala Lumpur) 9.Abdul Rahim Abu Bakar. (2001). Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu Sebagai Tonggak Negara Barat Dalam Gelombang Globalisasi. Dewan Bahasa. Oktober 2001, Jilid 1 Bil.10 10.Ann Wan Seng. (1994). Perayaan Orang Cina. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 11.Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah. Kota Kinabalu. 12.Asmad. (1990). Seni Kehidupan & Kemasyarakatan. Melaka. Associated Educational 24

Distributors (m) Sdn. Bhd. 13.Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia 14.Azman Anuar. (2009). Lebih 50 Tahun Pupuk Perpaduan. 15.Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Institut Kajian Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka (diterbitkan bersama Universiti Malaya, Kuala Lumpur) 16.Abdul Rahim Abu Bakar. (2001). Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu Sebagai Tonggak Negara Barat Dalam Gelombang Globalisasi. Dewan Bahasa. Oktober 2001, Jilid 1 Bil.10 17.Ann Wan Seng. (1994). Perayaan Orang Cina. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 18.Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah. Kota Kinabalu. 19.Asmad. (1990). Seni Kehidupan & Kemasyarakatan. Melaka. Associated Educational Distributors (m) Sdn. Bhd. 20.Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia

Sumber internet
1.CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA - http://www.slideshare.net/shawn764/7-bab-7cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia 2. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA -http://joehoze.blogspot.com/2011/10/hubungan-etnik-dimalaysia.html 3.Azman Anuar. (2009). Lebih 50 Tahun Pupuk Perpaduan. http://www.slideshare.net/shawn764/7-bab-7-cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia

25

You might also like