You are on page 1of 30

KEMAHIRAN MEMBACA

Konsep

Perlakuan membaca merupakan perlakuan yang kompleks. Dua komponen penting dalam kemahiran membaca ialah kemahiran mengenal / mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa-apa yang dibaca. Hasil pembacaan ialah pemahaman selain daripada pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Dalam proses membaca seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa-apa yang dibacanya dan dapat mewujudkan hubungan pembaca-penulis. Pengalaman lampau, tujuan dan jangkaan bacaan diperlukan untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.

05/04/2013

Tujuan

Melatih murid-murid membaca dengan sebutan, nada dan gaya yang betul Melatih murid-murid membaca senyap dan pantas serta dapat memahami isi kandungan bacaan Melatih murid-murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat serta menyatakannya semula kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami. Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan Menanam minat membaca dalam kalangan kanak-kanak Meluaskan perbendaharaan kata, mengenal pasti perbezaan-perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza Menanamkan kemahiran mentafsir makna perkataan dan ayat dengan cepat, jelas dan tepat Membina kemahiran menilai, mengulas, mengkritik bahan bacaan Menambah ilmu pengetahuan Membetulkan tanggapan yang salah Membina sikap yang positif dan berfikiran terbuka Menyelesaikan masalah-masalah sendiri dan masyarakat Mengenali aspirasi masyarakat Membentuk kehidupan yang baik Mengenali dan menghayati keindahan dan kesenian bahasa Membina minat membaca sebagai hiburan

05/04/2013

Jenis Bacaan
Jenis Bacaan Keterangan Cadangan P& P Beri petikan teks yang sesuai Buat latih tubi baca perkataan/rangkai kata yang sukar Tunjuk cara contoh bacaan yang betul Murid membaca dan guru memantau bacaan murid

Bacaan mekanis (bersuara)

Bacaan bersuara Sebutan yang jelas dan tepat Membaca dengan gaya dan intonasi yang betul.

Bacaan mentalis / akliah (kefahaman)

Bacaan dalam hati tanpa suara. Dijalankan selepas pelajar menguasai bacaan bersuara Membaca untuk memahami maklumat/ idea/ buah fikiran

Baca petikan secara senyap untuk mengesan maksud Bersoal jawab tentang isi petikan Aktitivi pengukuhan menceritakan semua isi petikan yang dibaca

05/04/2013

Jenis Bacaan
Jenis Bacaan Keterangan Cadangan P&P Pelajar membaca petikan yang sesuai dengan tajuk tugasan Pelajar merujuk kamus dan buku bahasa yang berkaitan tajuk Guru beri pelbagai soalan sebagai latihan

Bacaan intensif(mendalam)

Memperkembang kebolehan meneliti, memahami, dan mentafsirkan perkara yang dibaca Bacaan yang memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa Bacaan yang meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan

Bacaan ekstensif (meluas)

Bacaan meluas Dilaksanakan di luar bilik darjah Menikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca Bacaan yang membolehkan pelajar mencari isi penting.

Mengkaji kandungan petikan Menyediakan soalan-soalan berdasarkan bahan dikaji Bacaan pantas bahan tersebut Buat kesimpulan dan semakan

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

Tujuan

Tujuan Serta-merta

Tujuan serta-merta bermaksud menguasai kemahiran membaca (mekanis) dengan cepat serta dapat memahami bahan yang dibaca tanpa bergantung kepada pertolongan / bantuan guru. Antara subtujuan serta-merta ialah; Membolehkan kanak-kanak membaca dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul, Membolehkan kanak-kanak membaca senyap Mewujudkan minat membaca untuk menuntut ilmu atau hiburan Kemahiran membaca akan digunakan dalam kehidupan. Melalui pembacaan seseorang itu dapat membetulan fahaman-fahamn yang salah, menggunakan fikiran orang lain untuk kesejahteraan diri, merapatkan diri dengan orang lain dan menggunakan idea penulis untuk melahirkan fikiran secara teratur.
Lokman Abd Wahid 6

Tujuan Lanjut

05/04/2013

Kemahiran Membaca Mentalis

Pendekatan

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik.
Lokman Abd Wahid 8

05/04/2013

Pendekatan

Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Hurufhuruf digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
Lokman Abd Wahid 9

05/04/2013

Pendekatan

Pendekatan Eklektik Pendekatan eklektik atau campuran ialah pendekatan yang menggabungkan kedua-dua pendekatan cerakinan dan binaan, dengan mengambil ciri-ciri yang baik daripada keduaduanya dan disesuaikan dengan keadaan murid-murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya.
Lokman Abd Wahid 10

05/04/2013

Pendekatan

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pelangalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu leteral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Sebagai contoh, pada peringkat leteral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid akan mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membicarakan soal pelancongan. Sebagai kesimpulannya, mengikut pendekatan ini, pengalaman murid diberi penekanan dalam pembelajaran bacaan.

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

11

Kaedah

Kaedah Abjad

Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru bahasa. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja. Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan semua huruf-huruf dalam sistem ejaan iaitu dari huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan diperkenalkan dengan huruf vokal (a,e,i,o,u) dan huruf konsonan. Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata. Daripada suku kata itu, dibentuk pula perkataan.
Lokman Abd Wahid 12

05/04/2013

Kaedah

Kaedah Fonik / Bunyi Kaedah fonik hampir sama dengan kaedah abjad. Yang membeza kedua-dua kaedah ini ialah mengikut kaedah fonik / bunyi, huruf-huruf diperkenal melalui bunyi huruf, bukannya nama huruf seperti kaedah huruf. Kekuatan kaedah ini ialah murid-murid mudah membunyikan suku kata atau perkataan yang dieja sebab bunyi huruf diberi penekanan. Kekurangannya ialah apabila murid-murid berhadapan dengan bunyi yang diwakili oleh dua lambang seperti ng, ny, kh, gh dan sy. Selain itu bunyi-bunyi huruf terlalu abstrak bagi kanak-kanak.
Lokman Abd Wahid 13

05/04/2013

Kaedah

Kaedah Suku Kata Kaedah ini menekankan bunyi suku kata. Murid-murid didedahkan dengan beberapa huruf konsonan dan vokal. Huruf konsonan dan vokal digabungkan untuk menghasilkan bunyi suku kata. Suku kata yang perlu diperkenalkan terlebih dahulu ialah suku kata terbuka dan diikuti dengan suku kata tertutup. Murid-murid bermain dengan suku kata iaitu mencipta seberapa banyak perkataan dengan menggunakan suku kata yang dibentuk. Boleh juga dijalankan aktiviti kuiz mencipta perkataan daripada suku kata awal yang sama.

Contohnya: suku kata awal [ma] [ma] - makan


masak masam manis

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

14

Kaedah

Kaedah Pandang Sebut Kaedah pandang sebut juga dikenali dengan kaedah seluruh perkataan. Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi muridmurid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai dengan gambar. Contohnya: Murid ditunjukkan gambar ayam. Murid-murid diminta menyebut perkataan ayam. Kemudian mereka ditunjukkan kad perkataan ayam dan digandingkan dengan gambar ayam. Mereka diminta menyebut ayam. Kedua-dua objek (gambar ayam dengan kad perkataan ayam) membawa bunyi yang sama, iaitu ayam. Lepas itu mereka ditunjukkan kad perkataan ayam sahaja tanpa gambar ayam, dan minta mereka menyebut ayam. Setelah murid dapat menyebut perkataan ayam, barulah diperkenalkan huruf-huruf atau abjad yang membentuk perkataan ayam. Cara ini diteruskan dengan perkataan lain.
Lokman Abd Wahid 15

05/04/2013

Kaedah

Kaedah Ayat Kaedah ayat untuk mengajarkan kemahiran membaca adalah menggunakan pendekatan cerakinan. Sebelum murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf, mereka akan didedahkan dengan suatu ayat yang dipetik daripada suatu cerita. Ayat tersebut ditunjukkan kepada murid-murid dan meminta membaca ayat tersebut dengan cara mengikut bacaan guru. Kemudian, fokus kepada satu perkataan yang membentuk ayat tersebut. Daripada perkataan tersebut, fokus pula kepada huruf-huruf yang membentuknya. Huruf-huruf tersebut diperkenalkan kepada murid-murid. Bagi hurufhuruf yang pertama kali diperkenalkan, diulang-ulang penggunaannya dalam perkataan lain untuk pengukuhan. Cara ini diteruskan bagi memperkenalkan huruf-huruf lain seterusnya.

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

16

Teknik

Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi telah lama diamalkan. Latih tubi ialah pengulangan fakta-faakta ataau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin kekekalannya.

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

17

Teknik

Teknik Lakonan (teater membaca) Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Murid juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.
Lokman Abd Wahid 18

05/04/2013

KEMAHIRAN MENTALIS

KONSEP MEMBACA MENTALIS

Bacaan dalam hati tanpa suara Dijalankan selepas pelajar menguasai bacaan bersuara Membaca untuk memahami maklumat/ idea/ buah fikiran

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

20

PERINGKAT KEFAHAMAN MEMBACA

Literal Interpretasi Inferens Menilai

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

21

LITERAL

Peringkat lateral iaitu peringkat berlakunya proses pengecaman dan pemahaman makna perkataan, rangkai kata, frasa, ayat dan perenggan sama ada dalam bahan berbentuk prosa ataupun puisi. Pengecaman makna pada peringkat ini bertujuan menentukan status makna tersebut dalam konteks tertentu, sama ada makna itu membawa erti yang sama atau berlawanan, sama ada ayat topik, ayat penyata, isi penting atau sampingan, sama ada merupakan bahasa kiasan atau peribahasa. Pendek kata, pada peringkat ini, anda sebagai guru harus menggunakan pengetahuan tentang bahasa untuk membimbing murid-murid anda. Contohnya, tentang unsur-unsur keindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, peristilahan dan aspekaspek tatabahasa.
Lokman Abd Wahid 22

05/04/2013

PERINGKAT INTEPRETASI

peringkat intepretasi iaitu peringkat pentafsiran makna. Pada peringkat ini, murid-murid perlu dibimbing menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk memahami maksud idea atau isi yang tersurat atau yang tersirat dalam bahan bacaan. Dalam konteks ini murid-murid harus dapat memahami makna perkataan atau rangkai kata dalam pelbagai situasi. Mereka juga harus tahu menyatakan tema atau pokok persoalan yang tidak dinyatakan dalam bahan bacaan. Murid-murid patut dibimbing untuk mengenali hubungan sebab dan akibat serta dapat mengenal pasti jenis bahan yang dibaca berdasarkan isi dan jalan ceritanya.
Lokman Abd Wahid 23

05/04/2013

PERINGKAT INFERENS

peringkat inferens : peringkat ini berkait rapat dengan proses mentafsir makna kerana sewaktu mentafsir makna, murid-murid harus mahir membuat ramalan dan jangkaan di samping memahami tujuan penulisan sesuatu bahan yang dibaca itu. Murid-murid harus dapat membuat jangkaan tentang sikap dan tujuan penulis terhadap bahan penulisannya. Mereka juga patut dapat membuat jangkaan tentang peristiwa yang akan berlaku berdasarkan peristiwa yang lepas. Pada peringkat ini juga, murid-murid harus mahir membuat inferens tentang masa, tempat dan nada sesuatu bahan yang dibaca.
Lokman Abd Wahid 24

05/04/2013

MENILAI

Peringkat penilaian makna: apabila sampai pada peringkat ini seseorang murid sepatutnya sudah mampu membuat keputusan atau rumusan terhadap bahan yang telah dibaca itu. Untuk mencapai tahap ini, murid-murid perlu diajarkan perkara-perkara yang berikut: kemahiran membentuk kriteria tertentu sebagai asas untuk menilai. kemahiran membezakan antara fakta dengan pendapat kemahiran mengenal pasti sama ada bahan bacaan itu mengandungi propaganda, prasangka atau emosi lain kemahiran membuat pertimbangan tentang bahasa dan persoalan yang dipaparkan kemahiran menilai petikan berdasarkan isi dan penyampaian.
Lokman Abd Wahid 25

05/04/2013

BAHAN P&P KEMAHIRAN MEMBACA

Karya kreatif Grafik Bukan grafik

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

26

STRATEGI P&P KEMAHIRAN MEMBACA

Luncuran (skimming) Imbasan (scanning) SQ3R KWLH Bacaan Terarah Kerusi Panas

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

27

LUNCURAN (SKIMMING)

Skimming ialah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja.

05/04/2013

Lokman Abd Wahid

28

SCANNING

Scanning ialah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Skaning bukanlah sesuatu kemahiran yang baru, tetapi tanpa disedari kita telah mengamalkannya setiap hari. Umpamanya, apabila kita hendak mencari nombor telefon daripada buku panduan telefon, atau mencari perkataan daripada kamus, atau mencari tempat daripada peta, atau mencari sesuatu maklumat daripada senarai semak, kita tidak membaca buku atau bahan tersebut. Sebaliknya kita melihat secara sepintas lalu ke atas senarai dan terus mencari maklumat yang diperlukan. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.
Lokman Abd Wahid 29

05/04/2013

DIRECTED READING THINKING ACTIVITY (BACAAN TERARAH)

DR-TA membolehkan murid-murid membina satu set tujuan mereka membaca sesuatu teks, memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam kitaran membaca untuk meramal dan mengesahkannya. Guru memulakan aktiviti dengan: a. Menggerakkan pemikiran Apakah pendapat anda tentang...? b. Menggugarkan pemikiran Mengapakah anda berpendapat begitu? c. Mengumpulkan bukti Bagaimanakah anda boleh membuktikannya? Soalan yang digunakan jenis terbuka yang mendorong kepada jawapan yang pelbagai dan menggalakkan pemikiran yang bercapah. Kebanyakan soalan ditanya sebelum membaca kerana soalan-soalan itu memerlukan ramalan dan hipotesis. Bacaan dilakukan untuk menguji ketepatan ramalan. Semasa membaca murid akan menentukan sama ada jawapan kepada soalan ramalan mereka betul atau tidak.
Lokman Abd Wahid 30

05/04/2013

You might also like