You are on page 1of 5

PENGLIBATAN AKTIVITI SEMASA PRAKTIKUM

NAMA GURU PELATIH AKTIVITI TARIKH TEMPAT PENGANJUR OBJEKTIF

Nurfaizatul Husna Binti Ahmad Majlis Berbuka Puasa Guru Dan Kakitangan Skad 14 Ogos 2012 Dewan SK Alam Damai Kelab Guru dan Staf SKAD i. Untuk mengeratkan hubungan antara semua guru, staf sekolah dan juga pihak PIBG ii. Untuk meraikan bulan Ramadan dengan berbuka secara beramairamai

LAPORAN

Majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh smeua guru dan staf serta ahli PIBG SKAD. Setiap guru pelatih diberikan tugasan masing-masing. Saya telah dilantik menjadi ketua AJK Makanan bersama-sama dengan Puan Zanariah dan juga Puan Zamzuria. Setiap guru dikehendaki membawa juadah masing-masing. Kami para guru pelatih telah menyediakan koktail buah-buahan. Majlis berbuka puasa dimulakan dengan sedikit ucapan dan kemudian berbuka bersama air dan buah tamar. Kemudian, kami mendirikan solat Maghrib secara berjemaah dan kemudiannya disusuli dengan jamuan makan.

ULASAN GURU/ PENSYARAH PEMBIMBING

T.T PEMBIMBING NAMA PEMBIMBING TARIKH

PENGLIBATAN AKTIVITI SEMASA PRAKTIKUM

NAMA GURU PELATIH AKTIVITI TARIKH TEMPAT PENGANJUR OBJEKTIF

Nurfaizatul Husna Binti Ahmad Pertandingan Takbir Raya Murid Tahun 6 13 Ogos 2012 Dewan SK Alam Damai Panitia Pendidikan Islam i. Untuk mendedahkan murid-murid tahun 6 dengan cara bacaan yang betul untuk lafaz takbir dan tahmid yang terdapat dalam takbir raya ii. Mempersiapkan murid-murid tahun 6 untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi

LAPORAN

Pertandingan takbir raya ini telah dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dan disertai oleh semua murid tahun 6. Pertandingan diadakan mengikut kelas. Semua ahli dalam kelas wajib menyertai pertandingan takbir raya ini dan diketuai oleh dua orang tekong yang akan mengetuai bacaan takbir dan tahmid takbir raya. Pertandingan dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Keputusan pertandingan takbir raya akan diumumkan pada hari Rabu semasa Majlis Penutup Bulan Panitia Pendidikan Islam

ULASAN GURU/ PENSYARAH PEMBIMBING

T.T PEMBIMBING NAMA PEMBIMBING TARIKH

PENGLIBATAN AKTIVITI SEMASA PRAKTIKUM

NAMA GURU PELATIH AKTIVITI TARIKH TEMPAT PENGANJUR OBJEKTIF

Nurfaizatul Husna Binti Ahmad Majlis Khatam Al-quran Murid Tahap Dua SKAD 14 Ogos 2012 Dewan SK Alam Damai Panitia Pendidikan Islam i. Untuk meraikan murid-murid yang telah berjaya mengkhatamkan alquran sepanjang bulan Ramadan melalui program yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ii. Menjadi peransang dan sumber inspirasi kepada murid lain yang belum berjaya menamatkan bacaan al-quran masing-masing

LAPORAN

Pada hari ini, kebanyakan murid tahap dua yang telah mengkhatamkan bacaan al-quran mereka dikehenadaki memakai baju kurung bagi perempuand an baju melayu bagi lelaki untuk majlis khatam quran yang diadakan. Majlis telah dijalankan semasa waktu rehat pelajar tahap dua di dewan SK Alam Damai. Murid-murid yang telah berjaya menghabiskan bacaan al-quran mereka duduk di atas pentas dan membaca surah-surah pendek daripada juzuk amma sehingga habis. Kemudian, mereka membaca doa khatam quran secara beramai-ramai. Majlis tamat lebih kurang jam 11.30 pagi. Sesi PnP diteruskan seperti biasa.

ULASAN GURU/ PENSYARAH PEMBIMBING

T.T PEMBIMBING NAMA PEMBIMBING TARIKH

PENGLIBATAN AKTIVITI SEMASA PRAKTIKUM

NAMA GURU PELATIH AKTIVITI TARIKH TEMPAT PENGANJUR OBJEKTIF

Nurfaizatul Husna Binti Ahmad Majlis Penutup Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Moral 15 Ogos 2012 Tapak Perhimpunan SK Alam Damai Panitia Pendidikan Islam dan Moral i. Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam Sepanjang Bulan Ramadan

LAPORAN

Majlis penutup bulan Panitia Pendidikan Islam diadakan sejurus selepas perhimpunan pagi harian yang diadakan. Semua guru menghadirkan diri di tapak perhimpunan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, iaitu Puan Zanariah. Kemudian, majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar moral tahun 1 yang terdiri daripada pelbagai kaum. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan, penyampaian hadiah kepada semua hakim yang telah terlibat dan akhir sekali merupakan penyerahan sumbangan kepada anak yatim yang diwakilkan kepada pihak sekolah yang mana telah diserahkan oleh ketua panitia Pendidikan Islam kepada Guru Besar, Puan Jamilah. Majlis tamat kira-kira jam 8.15 pagi.

ULASAN GURU/ PENSYARAH PEMBIMBING T.T PEMBIMBING NAMA PEMBIMBING TARIKH

PENGLIBATAN AKTIVITI SEMASA PRAKTIKUM

NAMA GURU PELATIH AKTIVITI

Nurfaizatul Husna Binti Ahmad Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Majlis Salam Aidilfitri

TARIKH TEMPAT PENGANJUR OBJEKTIF

15 Ogos 2012 Dewan SK Alam Damai Panitia Pendidikan Islam i. Menyampaikan sumbangan aildilfitri kepada semua anak yatim dan pelajar miskin SK Alam Damai

LAPORAN

Semua guru dan pelajar mula berkumpul di dewan SK Alam Damai pada jam 11 pagi. Majlis dimulakan sebaik ketibaan guru besar. Majlis diteruskan dengan ucapan guru besar dan amanat untuk semua pelajar SKAD yang bakal bercuti untuk menyambut perayaan aldilfitri. Kemudian, majlis diteruskan dengan majlis penyerahan sumbangan kepada anakanak yatim dan pelajar miskin. Akhir sekali, majlis salam-bersalaman antara murid dan guru, serta guru dengan guru diteruskan sehingga jam 12.50 tengah hari. Semua guru dan pelajar dibenarkan pulang sebaik sahaja loceng tamat sesi persekolahan dibunyikan.

ULASAN GURU/ PENSYARAH PEMBIMBING

T.T PEMBIMBING NAMA PEMBIMBING TARIKH

You might also like