You are on page 1of 7

Tutorial Minggu 1 PENGENALAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 1.

1 SEJARAH PENDIDIKAN ALAM SEKITAR * Stockholm (1974) * Tblisi (1977) * Malta (1991) * Laporan Kabinet (1979) 1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 1.3OBJEKTIF PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

PERSIDANGAN STOCKHOLMCADANGAN 96 (1974) @ Penubuhan Program Pendidikan Alam Sekitar Antarabangsa (IEEP) Tahun 1975 @ Tujuan utama; Peningkatan dalam pertukaran maklumat dan pengalaman Kajian dan Eksperimen Latihan personel Pembangunan Kurikulum dan bahan Kerjasama antarabangsa dalam Pendidikan Alam Sekitar. PERSIDANGANTBILISI 1977 Telah menggariskan matlamat Pendidikan Alam Sekitar:Untuk membentuk masyarakat dan individu memperolehi Kesedaran Pengetahuan Sikap Kemahiran Penyertaan PERSIDANGAN MALTA 1991 During the Conference, three protocols to conventions of the United Nations Economic Commission for Europe were adopted and opened for signature: Thirty-five countries and the European Community signed the new Protocol on Strategic Environmental Assessment to the UNECE Convention on Environmental Impact Assessment in a Transboundary Context (Espoo Convention) Twenty-two countries signed the new Protocol on Civil Liability and Compensation for Damage Caused by the Transboundary Effects of Industrial Accidents on Transboundary

Waters to the UNECE Conventions on the Transboundary Effects of Industrial Accidents and on the Protection and Use of Transboundary Waters and International Lakes; and Thirty-six countries and the European Community signed the new Protocol on Pollutant Release and Transfer Registers to the UNECE Convention on Access to Information, Public Participation in Decision-making and Access to Justice in Environmental Matters (Aarhus Convention) HASIL LAPORAN KABINET (1979) Pengenalan Kurikulum baru (KBSR dan KBSM) KBSR mula dengan subjek Alam dan Manusia -Tahun 4-6 -Melalui 5 subjek; Geografi, sejarah, Sains , Sivik dan Kesihatan KBSM melalui kurikulum bersepadu -melalui subjek Geografi dan Sains -Tingkatkan kefahaman dan penghargaan alam sekitar MATLAMAT PENDIDIKANALAM SEKITAR MEMBANTU MASYARAKAT SARWAJAGAT MENYEDARI DAN MEMAHAMI ISU-ISU ALAM SEKITAR MENGUASAI KEMAHIRAN DAN KESUNGGUHAN DALAM MEMBANTU MENGATASI ISU ALAM SEKITAR MEMBENTUK MASYARAKAT YANG LEBIH PEKA DAN PRIHATIN TERHADAP ISU ALAM SEKITAR.

OBJEKTIF PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalah-masalahnya. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya. Memperolehi nilai, memupuk sikap yang positif, cintai alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. .Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber semulajadi yang ada secara terancang Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenalpasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.

Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar. KONSEP EKOLOGI KOMPONEN-KOMPONEN ALAM SEKITAR Komponen Semulajadi Komponen Buatan Manusia Komponen Sosio-Budaya BIOSFERA DAN EKOLOGI Konsep Biosfera Konsep Ekologi EKOSISTEM Definisi ekosistem biotik dan abiotik Konsep nic Pindahan tenaga dalam rantai makanan dan jaringan makanan Keseimbangan ekosistem Kitar Karbon, kitar nitrogen dan kitar hidrologi. KONSEP ASAS EKOLOGI Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya. Mengkaji habitat organisma. Ekologi mempunyai kaitan secara langsung dengan alam sekitar kerana berkaitan kajian mengenai alam sekitar.

DEFINISI ALAM SEKITAR Alam sekitar bermaksud faktor fizikal di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, bunyi, bau, rasa, tumbuhan, haiwan, serta nilai estetika. Merupakan habitat segala hidupan termasuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Merupakan sumber makanan kepada hidupan.

KOMPONEN ALAM SEKITAR Alam sekitar terdiri daripada 3 komponen utama iaitu: a) Alam semulajadi (natural environment). b) Alam buatan (man-made environment). c) Alam Sosio Budaya (Socio cultural environment) ALAM SEMULAJADI (natural environment) DEFINISI- merupakan jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semulajadi di bumi. Ia merupakan persekitaran yang tanpa kegiatan manusia KEPERLUAN ASAS HIDUPAN 1. Matahari 2. Air 3. Udara 4. Kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) Alam semulajadi meliputi: - benda asas di muka bumi seperti matahari, air dan udara - Kitaran fizikal yang menyokong kehidupan seperti kitar oksigen, nitrogen, dan karbon - Benda hidup yang saling berinteraksi Istilah ekosistem digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semulajadi termasuk manusia.

ALAM BUATAN MANUSIA (man-made environment) Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan alam buatan? -merangkumi manusia dan persekitaran buatan manusia -merujuk kepada persekitaran fizikal binaan atau ciptaan manusia -alam sekitar yang dibina oleh manusia sepertitaman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain.

ALAM SEKITAR SOSIOBUDAYA (socio-cultural environment) Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan alam sosiobudaya? bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan budayanya Merangkumi etika persekitaran (environment ethics) Contohnya: bagi Masyarakat Melayu Etika ketika berada di dalam hutan 1. Jangan menegur sebarang keganjilan yang ditemui 2. Dilarang membuat bising Etika bagi suami yang bakal menimang cahaya mata 1. Tidak digalakkan mengail 2. Tidak membunuh binatang dengan sesuka hati Bagi masyarakat bumiputera Sabah/Sarawak Mempercayai padi mempunyai semangat dan kuasa

mengadakan Pesta Menuai - supaya semangat padi gembira dan hasil tuaian semakin bertambah Indigenous knowledge - masyarakat pribumi ; memanfaatkan sumber alam utk perubatan, makanan dan rekreasi Contohnya: penggunaan pokok pokok herba yang tumbuh liar di dalam hutan untuk dijadikan ubat atau penawar penyakit

Biosfera Istilah biosfera telah dicipta oleh ahli geologi yang bernama Eduard sues pada 1875, ianya boleh didefinisikan sebagai:tempat di atas permukaan bumi di mana semua hidupan berada. Biosfera kita ialah tempat berkumpulnya semua ekosistem di bumi. Dalam kata lain, ianya adalah zon kehidupan di bumi, kawasan yang dekat dengan permukaan bumi (terpisah dari radiasi solar dan kosmik) dan mempunyai system peraturan tersendiri. Dari perpektif lain, biosfera ialah sistem ekologi global yang mengintegrasikan semua makhluk hidup dan termasuklah interaksi dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera dan atmosfera. EKOLOGI Apa itu ekologi? Ekologi ialah kajian saintifik berkenaan perhubungan antara organisma hidup dengan persekitaran dan juga perhubungan sesama organisma hidup. Ekologi ini merupakan salah satu prinsip di dalam teras Biologi. Ekologi ini berkait rapat dengan prinsip di dalam teras biologi seperti fisiologi, evolusi, genetik dan kelakuan. Ekologi ini menerangkan: 1. proses dan adaptasi kehidupan 2. kepadatan dan pengagihan organisma 3. pergerakan tenaga dan bahan-bahan melalui komuniti organisma 4. pembangunan ekosistem dan kaitan dengan populasi kehidupan JENIS-JENIS EKOLOGI 1. Organismal ecology (Ekologi organismal) 2. Population ecology (Ekologi populasi)

3.Community ecology (Ekologi Komuniti) 4. Ecosystem ecology (Ekologi ekosistem) 5. Landscape ecology (Ekologi Landskap) 6. Global ecology (Ekologi Global)

Ekologi organismal Ekologi organismal didefinasikan sebagai kajian terhadap spesis kehidupan secara individu. Ciri-ciri setiap spesis kehidupan dikaji . Ekologi Populasi Ekologi populasi merupakan kajian terhadap spesis hidupan secara berkelompok. Ekologi ini juga mengkaji interaksi organisma-organisma tersebut. Ekologi Komuniti Ekologi komuniti merupakan kajian berkenaan kepadatan,taburan dan lokasi kepelbagaian spesis. Ekologi komunti juga mengkaji interaksi organisma-organisma yang pelbagai dalam satu persekitaran. Ekologi Ekosistem Ekologi ekosistem mengkaji faktor biotik dan faktor abiotik di dalam satu persekitaran. Ekologi ini juga mengkaji perhubungan antara organisma (komuniti) yang hadir dengan persekitaran yang menjadi habitat komuniti tersebut. Ekologi Lanskap Pengaturan pelbagai ekosistem mengikut kedudukan geografi dikenali sebagai ekologi lanskap. Perhubungan antara populasi dan ekosistem juga dikaji. Ekologi Global Ekologi Global ini mengkaji persekitaran secara universal. Kajian terhadap laut, darat dan atmosfera terdapat di dalam Ekologi Global. Segala kehidupan dan interaksi kehidupan ini sama ada sesama organisma lain mahupun persekitaran dikaji.

You might also like