• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
SEJARAH 1Tema 1: Manusia dan MasyarakatTajuk 1.2: Kemunculan TamadunKawasan Kajian:
Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro danHarapa, Arab, Yunani,Rom,Melayu dan Barat.
Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :
Lembah Tigris - Euphrates : Tamadun Mesopotamia atau Sumeria (3500 SM-2000 SM), Lembah Nil : Tamadun Mesir (310SM - 1075SM), Lembah Indus :Tamadun Indus ( 2500SM -1500SM), Lembah Huang Ho : Tamadun Shang(1800SM), Di Amerika Selatan : Tamadun Inca, Maya, Aztec, Di Yunani:Tamadun Crete, Di Tanah Arab : Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, DiTanah Melayu : Tamadun Melayu, Di Barat ( Eropah) : Tamadun Barat
1.
 
PetempatanTamadun Mesopotamia
Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm hingga 2000 Sm ituterletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. NamaMesopotamia diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orangSumeria, diteruskan oleh orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. OrangSumeria dipercayai berasal dari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah SungaiTigris dan Euphrates membolehkan penduduknya mengusahakan pertaniansecara besar-besaran.
Tamadun Mesir 
Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir.Orang Mesir menganggap Mesir adalah ‘hadiah daripada Sungai Nil’. Ini adalahkerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidaksubur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawatanah hitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanahyang subur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengantanah subur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuatsistem pengairan. Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean.
Tamadun Indus
Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak diLembah Sungai Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir,tamadun ini juga membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian.
 
Kegiatan pertanian telah dikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun3000SM lagi.
Tamadun China
Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang(1500SM - 1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitudi lembah Sungai Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. DariChina Utara ini pertanian berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politikyang kemudian aspek-aspek ini berkembang ke selatan Tamadun China iniseterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea dan ke Asia Tenggara.
Tamadun Yunani
Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM) mengambil sempena nama Pulau Creteyang merupakan salah sebuah pulau Greek merupakan tamadun terawal diEropah. Tamadun ini tidak seperti tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indusdan China yang kesemuanya wujud di kawasn lembah sungai yang subur. Tanahdi kawasan Pulau Crete ini tidak subur untuk pertanian. Penduduknyabergantung kepada perdagangan. Hubungan lebih kepada laut. Dengan ituaktiviti mereka condong kepada pengembaraan, menjelajah, menerokai tanah-tanah baru di samping berniaga. Sebab itulah mereka membuat hubungandengan tempat lain seperti dengan tamadun Nil, Parsi dan Sumeria.
Tamadun Rom
Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber, Itali. Di selatannyaterbentang Laut Mediterranean.Tamadun ini dikembangkan oleh pendatang-pendatang seperti orang-orang Aryan/Latin ( pantai barat Itali), orang-orangEtruscan (sebelah utara dari kawasan kediaman orang Aryan) dan orang-orangYunani ( di selatan Itali dan Pulau Sicily).
Tamadun Arab
Ia berkambang di negara Arab yang terletak di kawasan Timur Tengah. Konseptamadun Arab ini berbeza antara sarjana Islam dan ahli sejarah Barat. Bagisarjana Islam, negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dantidak teratur dalam semua bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agamasebagai petunjuk dan panduan hidup. P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Baratberpendapat, masyarakat Arab Zaman Jahiliah hanya jahil dari aspek agama danmoral sahaja tetapi bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan ilmupengetahuan ( tamadun Sabak di Selatan Semenanjung Arab dan Mekah dikawasan Tengah Semenanjung Arab)
Tamadun Melayu
 
Tamadun ini berkembang di Kepulauan Melayu, di Asia Tenggara. Tamadun inikemudiannya diresapi unsur-unsur Hindu, China dan agama Islam.
Tamadun Barat
Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermula menjelang tahun 1500 M dan dikenalisebagai Zaman Moden Awal Eropah selepas berakhirnya Zaman Gelap Eropah (Zaman Gelap bermula selepas kejatuhan Rom) Benua Eropah mula menempunperubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Bermula zamaninilah kuasa-kuasa Eropah menjelajah, meneroka dan berinteraksi dengankuasa-kuasa lain di luar Eropah.
Tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China lahir di lembahsungai. Kenapa?
1.Di lembah-lembah sungai terdapat tanah-tanah yang subur danamat sesuai untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Kesuburantanah membolehkan tanaman makanan diusahakan denganbanyak dan boleh menampung penduduk yang ramai.2.Sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana tidak berbukitbukau.3.Muka bumi yang landai dan datar serta rendah memudahkanmanusia membuat kediaman yang selesa.4.Mudah dapat sumber makanan di sungai seperti ikan.5.Kemudahan belayar, pengangkutan dan perhubungan.6.Tanah liat yang ada di situ membolehkan manusia membuat alat-alat keperluan harian seperti belanga, pasu tempayan, bahanbinaan membuat tempat kediaman. 
2. Perbandaran
Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Dari hidupberkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadibandar dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadun
Mesopotamia.
Selepas 2500 tahun orang Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam,kampung-kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnyamenjadi kota. Di peringkat inilah orang Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciribertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang telah membinabandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dannegara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebasdengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhanantara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur danLagash ( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur,Assur dan Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...