You are on page 1of 21

1.

PENGERTIAN GURU

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Guru merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya agen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi, merupakan kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan.

2.0

SIAPAKAH DIA YANG LAYAK MENJADI GURU

Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah diakui mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kamahiran tersebut boleh mereka perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukan peribadi manusia sebagaimana dalam falsafah pendidikan, juga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.

1. Dari segi akal fikiran: Kelayakan dari segi akal fikiran dan pengetahuan ialah sempurna akal dengan ertikata akil baligh, sihat berfikir, mempunyai ingatan yang waras, pandangan yang luas dan pengetahuan yang banyak dalam perkara pengajaran dan pendidikan serta gemar membaca buku-buku pengetahuan khususnya buku-buku yang ada hubungannya dengan mata-mata pelajaran yang diajar olehnya. 2. Dari segi tubuh badan: Kelayakan dari segi kesihatan badan ialah kesempurnaan anggota dan kesejahteraan pancainderanya, cergas bergerak dan bekerja dan sebaik-baiknya mempunyai rupa yang menarik serta bergaya sentiasa menjaga kebersihan dan kesegaran badan, pandai mengawal pakaian dan kekemasannya 3. Dari segi akhlak: Kelayakan dari segi akhlak dan budi pekerti ialah berbudi mulia dan tinggi, tidak suka mengeluarkan kata-kata kotor dan membuat perkara-perkara yang luar batas kesopanan, percaya kepada kebolehan sendiri, berjiwa jujur dan ikhlas, tetap pendirian, ceka[ dan tegas ketika membuat sesuatu, bersifat pengasih dan penyayang, luas dada, sanggup menerima kritikan dengan tenang, tidak cepat marah, rajin dan tekun menjalani kewajipan, menggalakkan murid-murid maju dalam pelajaran, permainan dan akhlak, sama ada galakan atau perangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat.

3.0

GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA

Menurut Kamus Dewan (2005), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini. Martabat profesion keguruan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang disandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte (1993) dalam karyanya yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft mengolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan ialah membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan mereka. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera ke arah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini. Pendapat Liberman (1956) profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan

kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abad ke-21. Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional iaitu: i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid. Di samping itu sebagai seorang guru yang profesional, mereka juga harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekali pun.

Seorang guru yang profesional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Guru yang profesional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologiteknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan guru berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas. Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.

4.0

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan berketrampilan dan berpengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan guru yang profesional, ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut: 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 Bersikap professional Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori Kaya dengan ilmu Bertindak atas landasan etika dan tatasusila Bermoral teguh Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri(bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu) 4.15 4.16 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada pekerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi

4.17

Profesional dan menumpukan perhatian kepada pembelajaran pengajaran di sekolah.

dan

Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang profesional. Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang profesional? Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam sistem pendidikan negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat.

5.0

PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH

Mungkin ada orang berkata bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar, mencurah dan memindahkan ilmu pengetahuan. Jika ini peranan seorang guru maka ianya terlalu sempit, ertinya seorang guru tidak menjadi seorang pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan pendidik bukan sahaja menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, mengasuh bakat yang baik, mengembangkan bakat tersebut, memberi ilmu pengetahuan dan membentuk ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak, menjadikannya seorang yang akan menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah dan dalam masa yang sama sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik murid, membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan yang benar yang diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang berpengaruh, membimbing murid-muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul mengenai buruk dan baik, batil dan hak. Inilah sebabnya di dalam Islam guru bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan peranan ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia: memberikan contoh yang

boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat: membawa pandangan-pandangan baharu yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dengan lain perkataan menjadi agen perubahan. Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah perlu penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan bahawa sifat guru itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-olah sifat-sifat guru itu sedia ada semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan bukan dipelajari dengan cara-cara yang tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan guru adalah: 5.1 Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran

berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran. 5.2 Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan. 5.3 Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja-kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

5.4

Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.

5.5

Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat.

5.6

Sebagai model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oeh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid.

5.7

Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.

5.8

Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan aktiviti sekolah.

5.9

Sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid , kertas ujian dan peperiksaan dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenal pasti, guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.

5.10

Sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan, menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja perkeranian yang lain.

5.11

Sebagai

pelajar

dengan

mengikuti

kursus

peningkatan

keilmuan

profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajaran.

5.12

Sebagai pembantu pentadbir sekolah menjalankan tugas-tugas yang diagihkan oleh Guru Besar.

5.13

Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Guru akan menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Murid juga digalakkan untuk menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu, murid digalakkan untuk membuat penemuan melalui sesi soal jawab, dialog atau perbincangan dengan mengemukakan soalan-soalan yang bercapah. Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak harus ketinggalan di belakang dan menjadi usang dalam membantu negara mengejar arus pembangunan. Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan mereka bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistik. Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi, kognitif, afektif dan sosial. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulum di sekolah pula adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah dan pengetahuan inkuiri. Guru yang

dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan faktor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas mereka di setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap kehidupan masa depan beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orangorang tersebut bertahun-tahun bahkan selagi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan besar dalam mencetak kehidupan setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah.

6.0

PENGEMBANGAN PROFESIONAL GURU


6.1 GURU SEBAGAI PEMIMPIN

Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas, di luar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara, berilmu,

berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat kepimpinannya, mengamalkan prinsip syura, sentiasa berfikir dan berusaha ke arah yang lebih baik dan sempurna. Ketibaan abad ke-21 membawa bersama perubahan yang serba canggih serta menjanjikan satu zaman yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, beberapa elemen utama perlu diambil kira misalnya kadar literasi masyarakat yang semakin meningkat, kemajuan teknologi maklumat dan komputer yang semakin canggih, serta dapatan terkini dalam kajian tingkah laku manusia. Semakin ramai pekerja hari ini mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi serta kemahiran yang lebih spesifik berbanding dengan dua dekad yang lepas. Peranan pemimpin kini menjadi semakin rumit dan harus mengambil pendekatan yang lebih relevan agar keberkesanan kepemimpinan dapat dikekalkan. Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Corak kepemimpinan teragih, pengupayaan dan keputusan kolektif lebih mendapat sambutan dan penerimaan dalam kalangan organisasi masa kini. Pemimpin yang rigid dan tidak mampu menyesuaikan diri untuk menghadapi cabaran baharu akan menemukan kegagalan. Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan untuk bekerja dalam persekitaran yang berpandukan teknologi canggih merupakan antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi untuk memastikan keberkesanan kepemimpinan terus berkekalan. Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka murid yang dilahirkan akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk

fakta tanpa dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi. Seseorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar dalam sesuatu mata pelajaran haruslah membuat persiapan yang rapi untuk dijadikan sebagai rancangan semester, mingguan dan harian. Perkara ini dititikberatkan kerana asasnya fungsi sesuatu pengajaran itu adalah untuk menyemaikan ilmu dan kemahiran secara efektif serta menyeronokkan sehingga berlakunya suatu perubahan kepada diri murid tersebut. Pada peringkat perancangan, seseorang guru harus mengambil kira aspek hasilan pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah bentuk perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu pengajaran sama ada perubahan dari segi ilmu, kemahiran yang dijelmakan melalui tingkah atau minda murid. Penentuan ini dapat menjadikan pengajaran guru lebih berfokus, menepati masa serta memudahkan guru memilih bahan pengajaran yang bersesuaian dengan pengajaran. Aspek perancangan ini akan membantu guru untuk memilih strategi yang inovatif dalam pengajaran yang bakal dilaksanakan kelak. Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah gaya pengajarannya seperti kita menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak dan kemaskini. Perubahan fesyen dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Untuk mencapai hasrat tersebut, seseorang guru seharusnya berupaya menghadapi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kemahiran dengan menggunakan strategi inovatif dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian,

setiap guru harus berusaha untuk menimbulkan keseronokan belajar kepada murid.

6.1

GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan

perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid, tetapi amalan para pendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan menyumbang inisiatif dalam murid dan memberinya diri. Guru peluang untuk pembelajaran sering meluahkan

kekecewaan atas sikap pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa murid juga mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. Raiff (1992) menyatakan, memahami gaya pembelajaran seseorang murid dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kecewaan murid tersebut. Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana seseorang murid belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang murid memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran. Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru, tugas dan tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang

dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajarnya maka perkataan seperti pengajaran cikgu membosankan akan keluar dari mulut murid yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian. Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidang profesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses mewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser (1990) pernah mendefinisikan pengajaran berkesan iaitu selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga harus mampu mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Keseronokan belajar para murid akan lebih mudah diwujudkan jika guru berjaya menjadi seorang guru yang inovatif. Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence theory) oleh Howard Gardner (1983) yang berkaitan dengan kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah gaya pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususuan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu

sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum yang sering berubah. Ini semua akan mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati kebanyakkan guru di sekolah sering merungut kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas sampingan dan dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input mengenai perubahan dalam pendidikan. Perkembangan teknologi semasa juga memberi kesan kepada penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Kesedaran terhadap kepentingan teknologi telah mendorong kepada perkembangan konsepkonsep baru dalam pendidikan seperti on-line learning, e-learning, virtual learning dan sebagainya telah mula diperkenalkan. Teknologi Pendidikan juga boleh digunakan untuk keperluan perkembangan professional guru. Menurut Grant (1999), perkembangan profesionalisme dalam bidang teknologi pendidikan mestilah dapat membantu guru menjadi lebih produktif, profesional dan memberi mereka kepercayaan bahawa teknologi berkenaan akan membawa manfaat kepada mereka khususnya dalam pengajaran. Penggunaan teknologi seharusnya dapat meningkatkan kualiti profesion mereka. Killion (1999) kemudiannya menjelaskan bahawa guru mestilah perpengetahuan diaplikasikan penggunaan di ICT serta bilik di berkemahiran darjah. sekolah Namun ialah menggunakan begitu ketidak Cuban sediaan ICT dan mengintegrasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk (1995) pula guru untuk menjelaskan bahawa apa yang menjadi masalahnya adalah sebab kurang menggunakannya di dalam pengajaran mereka. Sepatutnya guru harus bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada proses dan aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan dan

menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan minat murid terhadap pembelajaran mereka. Penggunaan multimedia dalam pengajaran juga banyak membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial. Kaedah tutorial boleh disampaikan oleh guru atau tutor, komputer atau bahan cetak. Dalam kaedah ini, tutor akan mempersembahkan maklumat, mengemukakan soalan atau masalah, meminta tindak balas daripada murid, menganalisis maklum balas, memberi maklum balas yang sesuai dan menyediakan latihan sehingga murid dapat menunjukkan suatu peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah ini nyata lebih mesra murid dan merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua murid. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan.

7.0

CARA MENINGKATKAN PROFESIONAL GURU

Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras bagi memastikan objektif setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. Keberkesanan sesuatu pengajaran terletak kepada berlaku atau tidaknya pemindahan pelajaran. Pemindahan pelajaran ialah suatu proses pembelajaran tentang perkara-perkara yang telah dipelajari pada suatu keadaan yang dapat digunakan dalam keadaan yang lain. Pemindahan pembelajaran ini ada yang bercorak positif dan ada yang bercorak negatif. Pemindahan pembelajaran yang bercorak positif berlaku apabila pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi dapat membantu atau memudahkan pembelajaran yang lain dan dapat memberi manfaat secara keseluruhan kepada orang perseorangan misalnya kemahiran matematik dapat membantu dalam pembelajaran ilmu perdagangan. Pemindahan negatif pula berlaku apabila pembelajaran asal mengganggu atau menghalang pembelajaran seterusnya. Misalnya pengetahuan bahasa Malaysia mungkin mengganggu pelajaran bahasa Inggeris. Keberkesanan pembelajaran juga bergantung kepada pengolahan teknik yang berkesan, kesesuaian bahan serta alat bantu yang dapat merancang dan menggalakkan murid-murid berfikir, berkomunikasi dan berinteraksi. Guru berkesan tidak mengajar mengikut satu cara sahaja tetapi mereka mempunyai pelbagai teknik, tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada keperluan pelajar, bentuk mata pelajaran dan kompleksiti hasil pembelajaran. Antara komponen dalam keberkesanan pengajaran termasuklah kebolehan berkomunikasi dan kemahiran mengajar yang perlu seperti kemahiran merancang dan menyediakan pelajaran, menerangkan dengan jelas, mewujudkan persekitaran kondusif, mengurus bilik darjah dengan menggunakan masa secara optimum, menangani konflik dan menilai prestasi pengajaran sendiri.

Keberkesanan banyak bergantung kepada faktor guru. Guru harus cekap, bermotivasi, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Sesuatu pengajaran tidak akan memberi kesan sekiranya tidak ada kesediaan pengajaran, kurangnya galakkan dari guru terhadap murid-murid, tidak ada ganjaran atau denda yang digunakan, kurangnya interaksi antara guru dengan murid dan sebab-sebab yang lain. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara dan umat ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai metod-metod pendidikan secara berkesan dan berhikmah harus diperrkemaskinikan dari semasa ke semasa. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahanperubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan progresif dan inovatif. Menurut Sufean Hussin (1996), guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Model Slavin (1989) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantuan mengajar), kesesuaian aras pengajaran (pengemaskinian kandungan dan sistem penilaian serta mengikut aras kebolehan pelajar), insentif (perancangan isi pengajaran serta memberikan motivasi sama ada ganjaran atau dendaan) dan masa (engaged time dan time on task). The National Board of Professional Teacher Standards (1993) di Amerika Syarikat telah mengenal pasti lima domain yang wajib dimiliki oleh guru-guru, iaitu:

7.1

Guru perlu komited terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

7.2

Guru cukup berkemahiran dalam bidang masing-masing dan tahu cara untuk menyampaikan kepada pelajarnya.

7.3

Guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau pembelajaran pelajarnya.

7.4

Guru berfikir secara sistematik semasa menjalankan tugasnya dan sentiasa mempelajari daripada pengalaman masing-masing.

7.5

Guru sentiasa mengambil bahagian dalam situasi pembelajaran sesebuah komuniti.

8.0

KESIMPULAN

Guru perlu mengetahui dan memahami nilai, matlamat dan tujuan proses pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah dipengaruhi oleh fizikal, intelektual, linguistik, sosial, budaya dan perkembangan emosional masing-masing. Di samping itu, guru perlu tahu menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta untuk menyokong mereka menambahkan kemahiran dan peranan profesional. Memahami tanggungjawab masing-masing di bawah Kod Etika Perguruan dan mengetahui bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sekiranya memerlukan kemahiran tertentu. Mereka perlu mengetahui bagaimana mengatur strategi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna. Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat reeksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pembelajaran dan pengajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

BIBLIOGRAFI Abdullah Bakri. (1990). Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan. Kuala Lumpur: Wawasan Publishing. Foo Say Fooi. (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme . Serdang: Universiti Putra Malaysia. Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al Ghazali Tentang Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Kachar. (1989). Strategi Pentadbiran Pendidikan . Kuala Lumpur: Teks Publishing. Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Robiah Sidin. (2002). Konsep Guru Profesional. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. http://apps1.moe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article11.pdf http://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/

You might also like