You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANGERAAN

Mata Pelajaran Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid Tema Tajuk Sub Tajuk

: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : 18 Mac 2013 : 11.05 12.05 petang : 6 Courtesy : 21 orang : Kenali Budaya Malaysia : Kenali dan Apresiasi Kekayaan Budaya Malaysia : Perayaan

Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Menghuraikan kepentingan mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. 2. Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. 3. Menghargai kepelbagaian warisan budaya Malaysia.

Ringkasan isi kandungan

1. Murid-murid dapat menyatakan 5 perayaan kaum-kaum di Malaysia. 2. Murid-murid dapat mengenali suasana perayaan setiap kaum di Malaysia melalui aktiviti lakonan. 3. Murid-murid dapat menggunakan kreativiti dalam mereka cipta kad ucapan perayaan yang unik dan menarik. Unsur Patriotisme :

1. Menghormati perayaan yang diraikan setiap kaum. 2. Menerima adat dan budaya setiap kaum.

Pengetahuan sedia ada

1. Murid-murid pernah merayakan sendiri hari perayaan mereka. 2. Murid-murid pernah melihat perayaan yang disambutkan oleh kaum lain. Penerapan Nilai Murni bertanggungjawab. : Hormat-menghormati, menghargai, bekerjasama, berdisiplin dan

Kemahiran Generik KB TPK Kaedah/ Strategi BBM : Menjana idea, menyusun atur, menghubungkait, soal jawab : Bahasa, interpersonal, kinestatik, visual, muzik : Bercerita, soal jawab, koperatif, kuiz, konstruktivisme : Kad tugasan, puzzle, kad lukisan, pelekat, gambar

Langkah/ Masa

Prosedur Perlaksanaan

Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, Kemahiran Generik KB : Menjana kemahiran memerhati TPK : Kinestatik Visual Intrapersonal. Teknik : Soal jawab

Catatan, Penerapan Nilai Murni, Nilai Alam Sekitar, Unsur Patriotis Medan Sumber P&P

Set Induksi (5 minit)

1. Guru masuk ke kelas dengan memakai pakaian berbaju melayu lengkap. 2. Murid diminta melihat pakaian yang dipakai oleh guru dan mengenal pasti jenis pakaian tersebut. 3. Murid dan guru bersoal jawab mengenai pakaian yang dipakai. 4. Soalan: i. Pada waktu bilakah pakaian ini akan dipakai? ii. Adakah perayaan ini disambut di negara kita? 5. Murid diminta bersedia untuk meneruskan tajuk pembelajaran pada hari ini.

Sumber P&P: idea, Baju Melayu Nilai Murni: Rasional Berhemah tinggi

Langkah 1 (10 minit)

1. Murid diedarkan bahan-bahan puzzle oleh guru. 2. Murid diminta menyusun bahan tersebut membentuk sebuah gambar perayaan di Malaysia. 3. Murid dibahagikan kepada 4 buah kumpulan untuk menyusun puzzle di atas kad keras. 4. Setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk menyusun puzzle tersebut.

KB : Memerhati Visual ruang TPK : Visual Interpersonal Teknik: Pembelajaran koperatif

Sumber P&P : Puzzle Kad keras Nilai Murni : Bekerjasama Bertanggungjawab

5. Seterusnya, wakil setiap kumpulan diminta menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. 6. Murid dan guru bersoal jawab mengenai puzzle yang telah disusun.

Langkah 2 (10 minit)

1. Aktiviti permainan Cabutan Bertuah dijalankan oleh guru. 2. Sebuah kotak yang mengandungi nombor-nombor soalan akan diberikan kepada murid-murid. 3. Guru mengarahkan murid menyerahkan kotak tersebut kepada rakan di sebelah kanan semasa lagu dimainkan. 4. Apabila lagu dihentikan, murid yang memegang kotak tersebut dikehendaki mencabut satu nombor. 5. Guru memaparkan gambar dan soalan mengikut nombor yang dicabut oleh murid. 6. Contoh soalan : i. Apakah adat yang sering diamalkan oleh masyarakat Cina semasa perayaan Tahun Baru Cina? ii. Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh masyarakat Melayu semasa Hari Raya Aidiladha. iii. Apakah yang selalu dilakukan oleh masyarakat India semasa mereka menyambut Hari Deepavali? iv. Adakah wajar Rumah Terbuka dijalankan semasa sambutan hari perayaan di Malaysia?

KB : Memerhati Menghubungkait TPK : Kinestatik Visual Teknik : Kuiz

Sumber P&P : Kotak soalan Lagu Nilai Murni : Rasional Menghargai Jujur

Langkah 3 (15 minit)

1. Murid berada dalam kumpulan masing-masing. 2. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil ke hadapan. 3. Wakil kumpulan akan diberikan kad tugasan oleh guru. 4. Setiap kumpulan diminta untuk berbincang untuk melakonkan suasana perayaan mengikut kad tugasan yang diberikan. 5. Contoh: i. Tugasan 1 Suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri ii. Tugasan 2 Suasana perayaan Tahun Baru Cina iii. Tugasan 3 Suasana perayaan Hari Deepavali iv. Tugasan 4 Suasana perayaan Hari Raya Aidiladha 6. Setiap kumpulan diminta melakonkan situasi perayaan yang diberikan di hadapan kelas.

KB : Menjana idea

Sumber P&P : Kad tugasan

TPK : Linguistik Interpersonal Kinestatik Kaedah: Pembelajaran koperatif

Nilai Murni : Berhemah tinggi Berani Bertolak ansur Unsur Patriotisme : Penerimaan terhadap diri sendiri dan orang lain.

Langkah 4 (15 minit)

1. Murid berada dalam kumpulan masing-masing. 2. Murid diminta berbincang bersama ahli kumpulan untuk mereka cipta kad ucapan perayaan yang unik dan menarik. 3. Setiap kumpulan diberikan kad lukisan untuk mencipta kad tersebut. 4. Murid diberikan masa selama 10 minit untuk melakukan tugasan. 5. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil untuk memaparkan hasil ciptaan mereka di hadapan dan menceritakan tentang keunikan kad ucapan yang

KB : Menjana idea Visual ruang TPK : Visual Kinestatik Interpersonal Teknik : Pembelajaran konstruktivisme Pembelajaran koperatif

Sumber P&P : Kad lukisan Nilai Murni : Bekerjasama Bertanggungjawab Berfikiran positif

telah dicipta. 6. Murid diberikan peneguhan positif oleh guru.

Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini. 2. Guru menayangkan sebuah video lagu bertajuk Suasana Hari Raya. 3. Murid-murid bersama-sama guru menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat.

KB : Membuat inferens Kemahiran mendengar TPK : Muzik Visual Linguistik

Sumber P&P : LCD Laptop Video lagu Nilai Murni : Bekerjasama

REFLEKSI KENDIRI :

ULASAN PENSYARAH / GURU PEMBIMBING :

.......................................................................

You might also like