You are on page 1of 17

1.

0 Pendahuluan Pada zaman dahulu, penduduk negara negara Asia Tenggara telah menggunakan pelbagai pokok herba renek tropikal sebagai ubat penyakit tertentu. Salah satu yang terkenal ialah Pokok Misai Kucing. Pokok ini juga dikenali sebagai Remujung di Jawa, Songot Koceng di Madura dan Kumis Kucing di Sunda. Di Malaysia, pokok ini diberi nama Misai Kucing yang selaras dengan rupa bentuk bunga pokoknya.

1.1 Varieti Dari segi sains pula, Pokok Misai Kucing dikenali sebagai Orthosiphon Stamineus. Melalui kajian yang telah dibuat, pokok ini merupakan salah satu pokok dari keluarga Lamiaceae dan spesisnya ialah O. stamineus. Varieti pokok herba tersebut dibezakan mengikuti warna bunganya. Bunga pokok tersebut yang berwarna putih ialah varieti MOS 1, manakala yang berwarna unggu ialah varieti MOS 2.

Varieti MOS 1

Varieti MOS 2

Selain itu, Pokok Misai Kucing hanya mampu tumbuh sehingga ketinggian 1.5 meter. Batangnya berbentuk empat segi, berwarna kemerahan dan tumbuh secara tegak dan bercabang. Daun pula, tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun pokok tersebut licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan bergerigi du tepi daun. Batang Pokok Misai Kucing

Daun Pokok Misai Kucing

1.2 Kualiti Pokok Misai Kucing Cirsimaritin Myoinositol Orthosiphon Pillion Rhamnasin Bmlt oioidsalvigenin Kerotinoid Keratin Flavanoid Glukosid Glikoprotein Terpenoid Saponin

1.3 Kegunaan Pokok Misai Kucing Kencing Manis Darah Tinggi Mengelak jangkitan saluran kencing Mengelakkan batu karang (kencing lawas) Merangsang kesihatan prostate Menggalak hormone testeron Membantu menyingkirkan asid urik (gout) Arthritis Reumatik Nephritis Arteriosclerosis Mengurangkan kadar kolesterol Melancarkan peredaran darah Mengurangkan penyakit kardiovaskular Anti kanser Sakit jantung Merangsang sistem imunasi

2.0 Kandungan 2.1 Potensi dikeluarkan secara komersial Melalui kajian yang telah dijalankan, pokok misai kucing dianggap pokok herba yang amat berpotensi untuk dijadikan sebagai tanaman komersial. Hal ini kerana pokok misai kucing mempunyai potensi untuk menjadi salah satu ubat utama dalam bidang perubatan pada masa akan datang. Oleh itu, pokok misai kucing mempunyai pasaran yang luas dan amat dipandang tinggi oleh pelbagai pihak. Pada zaman ini, pokok misai kucing semakin bernilai dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana pokok tersebut amat diperlukan oleh masyarakat Asia Tenggara tanpa mengira kaum. Selain itu, bilangan yang diperlukan juga mengalami peningkatan yang drastik. Sebagai contoh, hasil produk daripada pokok musai kucing seperti the misai kucing telah berjaya dieksport ke negara nagara Eropah seperti United Kingdom dan Jerman. Tambahan pula, hasil hasil yang bahan mentahnya pokok misai kucing senang didapati dan harganya murah. Contohnya, teh misai kucing yang berpacket 35 boleh didapati dengan harga RM 20 oleh penduduk Semenanjung Malaysia manakala RM 22 oleh penduduk Sarawak dan Sabah. Penduduk Semenanjung Malaysia juga dapat membeli kopi misai kucing yang berkuantiti 25 gm x 20 packet dengan harga RM 22 manakala RM 25 untuk penduduk Sarawak dan Sabah. Teh Misai Kucing

Kopi Misai Kucing

Berbanding dengan pokok pokok herba yang lain, pokok misai kucing ini lebih senang didapati. Pokok herba yang unik ini boleh didapati di mana mana sahaja seperti kawasan kawasan kampong, tepi jalan raya, kawasan terbiar dan juga rumah persendirian. Walaupun begitu, terdapat juga kawasan penanaman pokok misai kucing yang lebih besar di Gua Musang dan terdapat juga ladang Agripearl Sdn Bhd di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

2.2 Amalan Kultur Pokok misai kucing merupakan pokok herba yang unik. Hal ini kerana pokok herba ini bukan sahaja boleh ditanam dalam pasu bunga sebagai tanaman hiasan malahan juga boleh ditanam dengan menggunakan batas sebagai tanaman komersial. Semasa batas dihasilkan, jarak antara batas amat penting bagi mengelakkan persaingan keperluan asas pokok tersebut. Oleh itu, jurang seluas 150cm amat diperlukan di antara batas. Penyediaan batas

Apabila batas disediakan, pokok pokok misai kucing bolehlah ditanam. Apabila penanaman pokok tersebut dilakukan, jarak antara dua pokok amat penting untuk

mengurangkan persaingan yang terdapat di antara kedua dua pokok tersebut. Dengan ini, pokok pokok herba ini perlu menjauhkan antara satu sama lain dengan jarak 30cm antara pokok yang ditanam.

Pembajaan juga memainkan peranan penting bagi menghasilkan daun misai kucing yang berkualiti. Namun begitu, keperluan baja dan kuantitinya bergantung kepada tanah yang diguna. Bagi tanah berpasir, 10 t/ha baja najis ayam dan 1 t/ha baja sebatian manakala baja najis ayam tidak diperlukan apabila tanah alluvium telah digunakan. Proses pembajaan perlu dilakukan setiap 6 bulan bagi memastikan daun misai kucing yang berkualiti.

2.3 Kawalan Perosak dan Penyakit Sepanjang proses penanaman pokok misai kucing, pokok pokok tersebut akan mengalami beberapa risiko yang membahayakan. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang akan menjejaskan kesihatan dan kualiti pokok herba tersebut. Antaranya, virus, bacteria dan kulat. Kewujudan mereka akan memburukkan keadaan pokok pokok tersebut termasuk kelayuan. Oleh itu, kawalan perosak dan penyakit amat diperlukan. Bagi menjamin kualiti daun misai kucing, beberapa kawalan perlu dijalankan. Sebagai contoh, kawalan biologi dan kawalan kimia. Kawalan biologi ialah kaedah yang menggunakan konsep mangsa dan pemangsa. Sebagai contoh, kewujudan ayam di ladang pokok misai kucing bagi mengurangkan bilangan kulat untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Bilangan rama rama juga akan dikawal dengan ketat bagi mengelakkan berlakunya duan daun pokok misai kucing yang berlubang lubang. Selain itu, terdapat juga kawalan kimia yang lebih cepat dan mudah. Kawalan kimia merupakan kaedah mengawal perosak dengan bahan bahan kimia seperti racun serangga. Sebagai contoh, racun serangga akan digunakan untuk mengawal serangan perosak seperti belalang, kumbang, dan kulat. Namun begitu, racun serangga yang digunakan perlu dikenalpasti dengan cermat supaya kualiti hasil dapat dijamin.

2.4 Pemungutan hasil dan peghasilan produk Pada minggu 10 selepas mananam pokok misai kucing, hasilnya telah bersedia untuk dipungut dengan memotong 30 cm dari hujung pucuk pokok tersebut. Selepas daun pokok herba itu telah dipotong, daun daun tersebut akan melalui proses pengering. Dlam proses pengering, daun daun akan dimasukkan ke dalam sebuah ketuhar keluli dan dipanaskan pada suhu yang dikawal iaitu 65C. Daun daun tersebut perlu

dipanaskan secara 15 jam berturut turut daripada masa penuaian. Selepas pengeringan yang selama 15 jam, daun daun tersebut akan dihantar kelaman pengkomposan. Selepas proses pengering, daun daun itu akan diasingkan untuk membuang bahan bahan kotor dan ranting. Kemudian, daun- daun akan dipotong mengikut saiz yang ditetapkan dan bersedia untuk dipacking atau diusahakan lagi. Produk yang dapat dihasilkan merupakan teh misai kucing dan kopi misai kucing. Kedua dua produk ini telah mendapat sambutan hangat oleh penduduk tempatan mahupun penduduk luar negara. Oleh itu, kedua dua produk ini telah berjaya dieksport ke negara Eropah seperti UK dan Jerman. Teh Misai Kucing

Kopi Misai Kucing

2.5 Cabaran cabaran dalam mengusahakan penanaman pokok misai kucing Sepanjang penanaman pokok misai kucing, terdapat beberapa cabaran yang akan dihadapi. Hal ini kerana pokok misai kucing amat bergantung kepada faktor faktor tertentu seperti cahaya, hujan, dan tanah. Oleh itu, cabaran cabaran tersebut perlu diatasi demi kualiti pokok misai kucing terjamin. Antaranya, kewujudan cahaya merupakan cabaran yang penting. Semasa penanaman, setiap daun pokok misai kucing harus terdedah kepada cahaya supaya proses fotosintesis dan kefotokalaan dapat dijalankan. Oleh itu, setiap pokok misai kucing perlu ditanam dengan jurang 30cm di antara satu sama lain.

Seterusnya, cabaran yang harus diatasi ialah hujan. Hal ini kerana samasa hujan, pokok akan mendapat sumber air yang secukupnya. Pada ketika itu, aktiviti menyiram pokok harus dihentikan. Namun, hujan yang lebat akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan kehilangan nutrient di dalam tanah. Oleh itu, pokok misai kucing harus diberi perlindungan semasa hujan.

Akhirnya, pH value tanah merupakan salah satu cabaran besar bagi menjamin kualiti pokok misai kucing. Hal ini kerana penggunaan racun serangga yang berlebihan akan menyebabkan pH tanah menurun dan mengakibatkan tanah bertukar menjadi asid. Dengan ini, pokok pokok yang ditanam akan mati. Oleh itu, pH tanah harus diberi perhatian yang secukupnya dari semasa ke semasa.

2.6 Agensi agensi pertanian Di Malaysia, terdapat banyak agensi yang menawarkan bantuan kepada para pengusaha. Antaranya, FAMA, MARDI dan LPP. Agensi agensi telah ditubuhkan untuk membantu para pengusaha dalam kepakaran dan pemasaran. Dengan ini, para penguasaha dapat memperoleh pengetahuan yang tepat dan kegagalan pemasaran hasil para pengusaha dapat dikurangkan. Oleh itu, agensi agensi ini memainkan peranan yang penting. FAMA adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Malaysia. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ditubuhkan untuk menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk pertanian di Malaysia, termasuk mengawal aktiviti import dan eksport produk pertanian kecuali nenas, getah, minyak kelapa sawit, padi, beras dan tembakau; dan menyediakan kemudahan kredit untuk pemasaran produkproduk tersebut serta perkara-perkara berkaitan. Logo FAMA

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari tahun 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus. LPP juga berfungsi untuk mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial pertubuhan-pertubuhan peladang, dan mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Logo LPP

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971. MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan. Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum. Logo MARDI

3.0 Penutup Kesimpulannya, pokok misai kucing mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai tanaman komersil yang berupaya menaikkan ekonomi negara. Hal ini kerana pasaran pokok herba tersebut yang luas belum diterokai oleh pengusaha dengan sepenuhnya. Tambahan pula, cara penanamannya yang ringkas akan lebih menyenangkan para pengusaha. Oleh itu, pokok misai kucing mempunyai potensi untuk menjadi tanaman komersil.

You might also like