You are on page 1of 7

Manusia hari ini suka sangka-sangka Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka diet Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka menyendiri Orang menawan disangka pakai susuk Orang nampak ceria disangka membela Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya wallahu'alam.

Cara Bersangka Baik Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih daik darimu. Ucapkan dalam hatimu : Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. YaQeen Ahmad : Bila tersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Astaghfirullah ---------------------Benarkah orang yang bersangka baik dan sentiasa meletakkan sangkaan baik mendahului sangkaan buruk adalah orang yang sabar? ..InsyaALLAH..bersangka baik ada kaitannya dengan sabar. Bahkan jika difikir-fikir, dekat sangat.. Bukan mudah untuk bersangka baik kerana ianya melibatkan hati. Perlu mendidik hati. Dan kita tidak akan mampu mendidik hati untuk bersabar melainkkan dengan memandang dengan sangkaan yang baik

Tertarik dengan kata2 Nabi Yaakob a.s"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,..(Surah Yusuf;86) Orang yang sentiasa bersangka baik dengan ALLAH akan sentiasa juga bersangka baik dengan manusia. Dan salah satu sunnah serta adab Rasululullah saw; senyumannya mendahului kemarahannya..=) Subhanallah wa astaghfirullah Hm..adakah kita bersangka baik waktu2 ini? kita menyapa orang yang selalu bersama kita, namun tiba2 satu hari beliau mendiamkan diri dan mengalihkan pandangan mata.Sedihnya.. ..makanan yang memang kita lama dah idam-idamkan, dalam kata lain, mengidam. Susah nak dapat ni.. -Bila sudah disedia secara tidak sengaja pula ditumpahkan adik?.... .perkara yang kita rancang dan laksanakan, namun bila hampir selesai tiba2 tegendala disebabkan oleh sebab sebab tertentu?.. ..tugasan yang kita laksanakan dan perlu hantar telah siap dikemaskini dan disimpan dalam pendrive untuk diprint, namun tiba2 saja pendrive tersebut hilang dan kebetulan tiada pula salinan yang lain. .berulang-ulang kali kita berpesan pada sahabat agar menunggu kita kerana banyak perkara kena selesaikan bersama namun last minit beliau mesej mengatakan bahawa beliau tidak dapat bersama kita orang kita harap-harap untuk melakukan sesuatu perkara tiba2 bertindak sebaliknya.. ..sahabat yang paling baik dengan kita,paling memahami dan sentiasa bersama suka dan duka tiba2 sahaja mendiamkan diri dan tidak bertanya pula khabar kita. doa yang dipanjatkan pada ALLAH dengan bersungguh dan sepenuh hati.. namun tidak jua kunjung hasilnya. Kita banyak melakukan kebaikan, hubungan dengan ALLAH dan insani juga sangat dijaga,namun seringkali kita diperlaku dan dilayan dengan sebaliknya..

Duhai diri dan sahabat Mungkin pernah kita berada dalam situasi ini.. seringkali juga mungkin lintasan pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam kedaan ini adalah negatif. Sedih rasa terkilan juga hadir. Kenapa berlaku begini..?..apa salah diriku?..tentunya pelbagai rasa akan hadir. Tidak salah kita sedih.. kerana itulah fitrah insani. Namun bukan berlebihan.. Tidak mengapa jika cepat2 lintasan tesebut kita padamkan dangan dengan sangkaan lebih baik. Kerana itulah sifat seorang mukmin..

..sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati..(yunus;622) Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan ALLAH dan mengenali ALLAH kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari ALLAH..Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa ALLAH bersama dengannya.Bukankah ALLAH itu bersifat Ar Rahman (Maha Penyayang) dan Ar Rahim (Maha Pengasihani)?ALLAH kasih akan hamba-nYa melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang hamba,di sisi ALLAH, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada ALLAH.. jua tidak menuduh ALLAH dengan tuduhan yang tidak baik.Baik secara langsung atau tidak langsung.. .. dan bahwasanya Dialah yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis..,(An Najm;43) jika kita memohon pada ALLAH namun pinta yang ada belum lagi ditunaikan, bersangka baiklah bahawa belum sampai waktunya lagi ALLAH mengabulkan doa kita. Kerana ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk kita..mungkin saat itu hasrat tersebut tidak begitu baik untuk kita. Mungkin ada perkara yang lebih baik di siSi ALLAH yang ALLAH ketahui untuk kita. Mungkin jua ALLAH sudah memakbulkan doa kita, namun kita yang tidak menyedari kerana ALLAH makbulkan doa kita pada bentuk yang lain.. .. dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(Al Baqarah;186) YAKIN dengan ALLAH dan jangan PUTUS ASA dalam berdoa. Kerana kata ibnu ataillah; doa yang kita panjatkan sebenarnya adalah hidayah daripada ALLAH.. Bukti sifat pengasih ALLAH, ALLAH yang memberi kita petunjuk untuk berdoa dan ALLAH jua yang akan mengabulkan doa tersebut.Dan tanda doa itu akan dimakbulkan ALLAH jika kita khusyuk dan yakin dengan doa tersebut.. Sebagai hamba kita perlu menyedari bahawa kita berdoa bukan untuk memberitahu hajat kita pada ALLAH. Kerana ALLAH telah sedia mengetahui hajat kita.. namun kerana menyedari bahawa kita adalah hambNya yang lemah.. ..Jika dalam muamalat insani kita sering dilayan dengan sebaliknya dan kebaikan yang kita beri,harapkan, dibalas dengan sebaliknya, bersangka baiklah bahawa kita mungkin belum lakukan yang terbaik lagi..Letakkan Qudwah dan sunnah Rasulullah saw di hadapan diri. InsyaALLAH ketenangan itu pasti akan hadir..Tidak rugi melakukan kebaikan kerana ianya tetap tercatat dalam catatan amalan.Hasil dan natijahnya pasti akan ada di akhirat kelak.. InsyaALLAH..mafhum ayat Al Quran; bahawa kita semua SEDANG kembali pada ALLAH..Cuma kita tidak mengetahui perpisahan rasmi dengan alam dunia ini bila dan bagaimana.. Selagi ada kesempatan , moga ALLAH sentiasa menganugerahkan taufiq dan hidayahNya untuk kita perbaiki diri dalam menyediakan bekalan untuk dibawa ke sana.. ..Kami Amat Memerlukan Belas Kasih,Rahmat Darimu Ya Allah.. Amin Ya Rabbal 'alamin.. -----------------------------------------------

Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Suuzon yang ertinya bersangka buruk. Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut. Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Contohnya, rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam, dalam hati kita terbisik, Eh, dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer, tengah chatting dengan boyfriend la tu. Atau pun, apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan, mesti hati kita terdetik, Kasihan dia ni selalu berseorangan, tu la, sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain. Secara automatiknya, kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang, walaupun melalui hati. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman messenger atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan, sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah, atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Siapa tahu? Oleh itu, jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain. Seperti di dalam hadis: Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta -HR. Muttafaqun alaihi. Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa. Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya. Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orangorang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ; Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah ________________

Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik; Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi. Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi. Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia? Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati. Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah. Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa! "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..." (Surah al-Hujurat, ayat 12) "Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya." "Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."

"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya." "Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi." "Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan." Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan. Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga. Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri. Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) ------------------------------

You might also like