You are on page 1of 27

Tingkah laku Bermasalah

PENGENALAN Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanakkanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

Tingkah laku Bermasalah

PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

Tingkah laku Bermasalah

TINGKAH LAKU BERMASALAH Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :1. Tingkah laku Bermasalah Negatif Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi : Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri. Pergantungan lebihan terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari Pengunduran diri malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya Pengasingan diri tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawankawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawankawan Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap . Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalanjalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya

Tingkah laku Bermasalah

Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi neurotic atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Permusuhan nyata suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya. Vandalisme suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja. Kumpulan liar terlibat dengan kumpulan tidak bermoral Klik mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik Geng menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain. Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang. Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut

Tingkah laku Bermasalah

kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .

2. Tingkah laku bermasalah Positif Tingkah laku bermasalah positif merangkumi : Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah Negatif Tingkah Laku bergantung disruptif distruktif ingin tahu

Tingkah Laku Bermasalah Positif Tingkah Laku cepat pintar proaktif belajar cerdas

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah : Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.

Tingkah laku Bermasalah

Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan Sering bercakap bohong atau bercakap besar Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok Suka menyakiti hati kawan-kawan Menjahanamkan harta benda Tidak duduk diam Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua Panas baran Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi ( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku . :Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut : Faktor Diri Murid Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will . Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. Faktor Keluarga Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. 6

Tingkah laku Bermasalah

Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah. Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajarpelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan. Faktor Masyarakat Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Faktor Sekolah Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesaksesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 ) Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.

Tingkah laku Bermasalah

PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU Modifikasi Tingkah laku : Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik ialah :

Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menentukan strategi bertindak Merancang prosedur atau plan bertindak Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. Ia sesuai untuk mengatasi masalah sama ada negatif atau positif. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini 2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah : Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa saiz rumah, kedudukan kawasan, bilangan ahli, kemudahan Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif berhampiran kawasan pembinaan, jauh dari bandar, terpencil, tiada kemudahan asas Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan alat bantu mengajar yang tidak menarik, cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid Dunhill ( 1965 ), keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat terhadap mata pelajaran yang diajar. 8

Tingkah laku Bermasalah

Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif bilik darjah yang kotor, kawasan sekolah yang kotor, tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid Pengurusan sekolah bercorak autokratik guru yang terlalu garang, disiplin yang terlalu ketat, selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan kaunseling yang tidak mencukupi Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah murid hanya mengikut arahan tanpa bantahan, maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian, tiada kompromi dari guru Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam

Tingkah laku Bermasalah

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah. 1 Peneguhan

Positif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif. Peneguhan Positif Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan Negatif Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. 2 Denda dan Peneguhan

Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya. 3 Reverse Psychology Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif. 10

Tingkah laku Bermasalah

Shaping

Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur. 5 Token Economy Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid. 6 atau bertulis. 7 seperti berikut :a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan b) Mengumpulkan data c) Merancang program tindakan d) Menilai program e) Menamatkan Program Kawalan Kendiri Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan Kontrak ( Lisan atau Bertulis ) Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah. 1. Masalah Keluarga Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanakkanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang , dominan, terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial

11

Tingkah laku Bermasalah

yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam membentuk tingkah laku sempurna. 2. Pengaruh Rakan Sebaya Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. 3. Pengaruh Media Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca . Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton. 4. Pengaruh Genetik atau Baka Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya. Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka. ( Bandura, 1986 )

12

Tingkah laku Bermasalah

Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ). Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menetang guru. Ada juga yang akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.

13

Tingkah laku Bermasalah

CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH 1. Murid yang berkelakuan nakal Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku. Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran , mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan aktif. Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya. Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda. Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab.

14

Tingkah laku Bermasalah

Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab behavioris. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti di atas. Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal. Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa memberi tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu mengambil inisiatif memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat mungkin. Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus memuji perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Ini akan memberikan peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga dapat meningkat semangat ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari guru. 2. Pengasingan Diri Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawankawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi.

15

Tingkah laku Bermasalah

Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar. Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab sosial. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan cemerlang dalam akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya mereka di dalam kelas. Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang bermasalah tingkah laku . Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . Muird-murid contoh dijadikan sebagai model. Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik. Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah, disayangi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh, dihargai dan disayangi . Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas. Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan. Contohnya: menyoal murid, meminta pendapat atau respon, mendekati murid, membimbing murid dan memberi semangat jika perlu. 16

Tingkah laku Bermasalah

Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan,hadiah dan motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka.

Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang suka mengasingkan diri adalah murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi. Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut : Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa, leteran, perbalahan tentang perkara kecil di antara murid dengan ibu bapa. Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa selesa dengan perubahan tempat baru Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan dari segi saiz, kemudahan, bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan. Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri akan dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami. Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran terhasil melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam pembelajaran sosial. Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut tingkah laku kebegantungan sepadan dan percaya bahawa individu hanya dapat mempelajari gerak balas itu jika ia memadankan tingkah laku model itu. Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang pemerhati hanya dengan memberikan peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada model semata-mata. Dalam ( Suradi Salim , 1996 )

17

Tingkah laku Bermasalah

proses ini peneguhan yang diberikan kepada model dianggap sebagai ganjaran gantian untuk si pemerhati. 3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas. Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala, dia juga turut menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya memang tidak disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di dalam kelas. Meskipun sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali , namun sikap Ali masih tidak berubah. Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul. Terdapat sesetengah pandangan mengatakan anak-anak yang baik ialah kanak-kanak yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa

18

Tingkah laku Bermasalah

yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap. Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah, menengah, universiti dan seterusnya dewasa. Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap pemerhati sebagai reactionist dan bukannya actionist, tidakberani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik untuk tunduk, menerima dan patuh kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh, dicaci, dikeji atau didenda. Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak yang rosak akhlak bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam pencapaian akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan. Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap rakan-rakan persekolahan. Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai perhubungan sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-kanak itu sendiri . Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak sangat bencikan sekolah . Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang terdapat di sekolah. Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak dengan yang tidak melaporkan 88.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34.1% dari kumpulan terkawal yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Beliau menjelaskan murid-murid rosak akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat belajar, benci pada peraturan, kurang minat terhadap sekolah. Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan vandalism. Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat benda itu hancur,

19

Tingkah laku Bermasalah

hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam bilik darjah. Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda dengan menggunakan teori mazhab behavioris. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka menconteng mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas. Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai masalah dan murid diberikan bimbingan. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau kertas. Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain. Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku. Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap positif. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas. Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya. Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang diinginkan.

5. Murid Pintar Cergas Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui mengenai kanak-kanak pintar cerdas. Ada yang menggangap kita tahu, tetapi penilaian kita sering cetek seperti bijak bercakap, penilaian berasaskan hobi atau penilaian berasaskan rupa paras.

20

Tingkah laku Bermasalah

Akibatnya, bakat-bakat kanak-kanak pintar yang sememangnya mempunyai bakat luar biasa tidak dapat diperkembangkan sepenuhnya. Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian yang dilakukan,terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas di dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah :1. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna. 2. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paru-paru. 3. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kank pintar cerdas. 4. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini dan waktu itu, kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa. 5. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang. 6. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mempunyai kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya.

21

Tingkah laku Bermasalah

7. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis yang sama ( burung, setem, bahan kimia, kenderaan, bunga). Biasanya koleksi dari bahan yang canggih atau saintifik. 8. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. 9. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah. 10. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali. Elizabeth Drews ( 1961 ), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas pernah menyatakan Its immoral to squander a childs time on what he really knows (adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari. Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan There is nothing so unequal as the equal treatment of unequals ( Borlond, 1989 ). Equal tidak semestinya sama tetapi itulah yang sering diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar cerdas dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatau yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya. dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan muridmurid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya. Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini Take to get what you like or you will be forced to like what you get yang bermaksud kita perlu berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai

22

Tingkah laku Bermasalah

apa yang diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka. Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid , murid pintar cergas ini boleh menganggu situasi pembelajaran di dalam kelas. Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu mendahului kawan-kawannya dari segi menjawab soalan, membuat latihan, menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana. Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab sosial :---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model. Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah, mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh. Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.

23

Tingkah laku Bermasalah

Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran.

Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang, pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari guru semasa di sekolah. Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling bagi murid pintar cerdas seperti berikut :1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua aktiviti atau perkara. 2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain 3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras dengan kebolehan, bakat dan minat. 4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa kesimbangan. 5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil bahagian dengan murid lain. 6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain dengan sifat dan kebolehan mereka. 7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka memenuhi keperluan hidup mereka. 8. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang. 9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan 10. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran. Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar cerdas dari segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya.

24

Tingkah laku Bermasalah

5. Murid Ingin Tahu Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus kuman. Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi. Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan sehingga boleh merimaskan guru untuk menjawabnya. Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggumangu menanti jawapan dari guru. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas. Contohnya : Cikgu Ani Murid-murid Amirul Cikgu Ani : Murid-murid, ini adalah gambar bunga raya. Nampak tak apa warna bunga raya? : Nampak cikgu. Warna merah. ( murid-murid menjawab .. ) :Cikgu, mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya berwarna lain. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ? : Oh sememangnya bunga raya ada memounyai warna lain seperti. ( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ). Kemudian Amirul bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa pembelajaran tamat sebelum Cikgu Ani sempat memberi kesimpulan topik perbincangan kelas pada hari itu . Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin tahu mengenai jawapannya Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru. Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah betul atau tidak. Sekiranya tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk kepastian. Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan. Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati.

25

Tingkah laku Bermasalah

Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap keberkesanan guru dan murid, PENUTUP Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi

merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah. Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka. Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan motivasi. Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

26

Tingkah laku Bermasalah

27

You might also like