You are on page 1of 4

Stail Pertuturan dan Komunikasi Bahasa menunjukkan bangsa.

Demikian ungkapan peribahasa lama dan kata-kata hikmat orang tua-tua kita yang pandai ketika itu apabila memperkatakan tentang akhlak dan pekerti seseorang itu. Bahasa pertuturan yang mempunyai nada lemah lembut itu lazimnya menggambarkan peribadi penuturnya yang berbudi bahasa. Begitu juga sebaliknya di mana bahasa pertuturan yang kasar dan ungkapan yang berbentuk provokasi serta celupar itu menggambarkan peribadi penuturnya yang biadap. Lazimnya, stail pertuturan dan komunikasi yang baik itu mampu mengangkat kredibiliti diri seseorang ke tahap yang paling unggul. Ia juga mampu menjadi perangsang serta role model kepada masyarakat kita. Pembentukan karisma diri yang mantap banyak bergantung pada stail seseorang itu berkomunikasi. Sebagai seorang guru, kita wajib menjaga taatasusila serta peradapan tutur kata ketika berkomunikasi dengan anak murid. Selama bergelar pendidik, kta setiasa diperhati dan dinilai oleh ank murid kita sama ada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahu pun waktu senggang seperti masa rehat. Sehubungan itu, sewajarnya tutur kata guru-guru serta stail komunikasinya itu bernas, yakin, lancar serta penuh sopan santun. Syabas diucapkan kepada guru-guru yang mengamalkan variasi bahasa yang indah sepertimana kempen yang sudah dilancarkan iaitu Kempen Budi Bahasa selain mengamalkan budaya timur yang luhur dan konservatif. Sesungguhnya melalui tutur kata kita dapat menilai peribadi seseorang itu. Sebagai contoh,jika seseorang itu mengeluarakan kata-kata yang kurang enak didengar,kita akan segera melabel orang itu orang yang kurang ajar atau biadap dan juga orang yang tidak berpendidikan. Semestinya orang yang dilabel begitu akan merasa marah namun itulah realiti yang pahit terpaksa kita telan jika kita tidak mengawal percakapan kita dengan baik. Peranan bahasa sememangnya besar dalam kehidupan kita sehariharian. Kita sepatutnya menghargai penggunaan bahasa dengan bukan setakat bertutur dengan bahasa yang sememangnya kita gunakan setiap hari, malah

menggunakan peningkatan ayat ke tahap yang lebih tinggi dan menggunakan loghat bahasa yang lebih canggih dan ke depan. Jika kita imbas kembali kepada masyarakat Melayu yang hidup pada zaman kesultanan Melayu Melaka, dimana pada saat itu, martabat Bahasa Melayu adalah tinggi dan mahal sehinggakan penggunaan Bahasa Melayu menjadi kepentingan dalam urusan seharian mereka disebabkan Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca iaitu bahasa perantaraan antara pedagang yang datang berdagang di Melaka. Ini menyebabkan Bahasa Melayu akan sentiasa berada di bibir mereka tanpa perlu menggunakan pelat bahasa asing. Mereka memang pantang apabila mendengar penggunaan bahasa asing dikalangan mereka. Bagi mereka, Bahasa Melayu ialah sesuatu yang berharga, lebih berharga daripada emas, lebih penting daripada nyawa mereka sendiri. Namun perubahan masa dan zaman yang berlaku menyebabkan bangsa Melayu telah malas untuk menggunakan bahasa ibunda sendiri kerana disebabkan pengaruh bahasa asing yang dianggap lebih moden dan maju. Hanya terdapat segelintir kaum Melayu yang peka terhadap perkara ini. Bahasa Melayu semakin tumbang kerana kurang gerakan memperjuangkannya dengan bersungguh-sungguh. Justeru itu, perlu wujud satu kesedaran di dalam diri setiap warga Malaysia khususnya bangsa Melayu supaya lebih faham tentang kepentingan bahasa disamping terus berjuang memartabatkan Bahasa Melayu supaya kembali bangkit dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

TRANSKRIPSI FONETIK
BAHASA BIASA lama kita pandai ketika nada yang itu dan masyarakat mantap banyak pada murid selama sama masa yakin lancar syabas variasi sudah timur marah pahit besar loghat depan imbas saat mahal bibir pelat pantang emas nyawa malas hanya tumbang faham hati FONETIK [ ] [ ] [ ] [ ] [ ] [ ] [ ] [ ] [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ] ]

You might also like