You are on page 1of 6

PEMBIAKAN HAMSTER (SYRIAN)

Seekor hamster boleh melahirkan sehingga 1-20 ekor anak namun jumlah yang biasa adalah 6-10 ekor sahaja. Pemilihan induk betina berusia 4-11 bulan dengan bentuk dan kesihatan yang baik. Jika bunting dalam usia kurang daripada 3 bulan, hamster betina berisiko melahirkan anak yang lemah kerana pertumbuhan belum maksimum (matang). Setelah berusia lebih 12 bulan hamster betina tidak boleh bunting lagi. Namun terdapat kes yang melibatkan hamster betina bunting pada usia lebih 12 bulan. Namun ia berisiko untuk lemah dan mati. Berbeza dengan hamster betina, hamster jantan boleh dibiakkan ketika berusia 5 minggu. Hamster jantan kandangkala tidak tertarik kepada hamster betina sehingga hamster jantan berusia 3-4 bulan. Tempoh subur hamster jantan dalam lingkungan 18 bulan.

Hamster matang bila berumur 6 minggu. Bagaimanapun elok dibiakkan hanya bila mencapai umur 10 ke 12 minggu. Hamster betina datang estrus setiap 4 hari. Iamenjadi lebih aktif ketika biang. Ia akan beranak 16 hari selpas

dikahwinkan.Hamster betina yang hendak dibiakkan dimasukkan ke dalam sangkar hamster jantan. Sekiranya bergaduh menunjukkan hamster betina masih belum bersediauntuk mengawan. Ia perlu segera dikeluarkan. Pisahkan hamster yang bergaduh dengan menggunakan kadbod atau apa-apa penghalang.

Antara tanda - tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu. Sekiranya hamster betina dibiarkan bersama hamster jantan, pastikan sangkar luas dan mempunyai tempat hamster jantan bersembunyi dari hamster betina. Mereka perlu diasingkan selepas10hari.Sekiranya pembiakan koloni dibuat, 3 ke 4 ekor betina dicampurkan dengan seekor hamster jantan selama 10 hari. Ia akan beranak 16 hari selepas

dikahwinkan. Dua hari sebelum beranak, bersihkan sangkar dan ganti dengan bedding yang baru. Liter mencapai hingga 16 ekor dengan purata 6 ke 8 ekor. Anak dilahirkan dalam keadaanbuta dan tidak berbulu. Hanya selepas 10 hari baru ia mula bergerak cergas dan matanya mula terbuka pada hari ke 14. Anak bersama ibu jangan diganggu sehingga14 hari

Ibu akan membunuh anaknya jika diganggu. Anak dicerai susu seteah 24 ke 28 hari. Asingkan jantan dan betina dalam sangkar yang berlainan. Pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk adalah biasa sekiranya mereka diletakkan dalam sangkar yang sempit. Hamster betina boleh beranak sehingga 6 kali dalam setahun. Bagaimanapun selepas itu, ia menjadi kurang produktif. Hamster jantan selalunya menjadi tidak subur setelah berumur lebih setahun. Tikus matang bila berumur 16minggu. Seekor jantan boleh dicampurkan dengan 1 hingga 3 betina. Tempoh bunting selam 21 hingga 24 hari. Bila hampir beranak, tikus betina akan menyusup ke bawah bedding di penjuru sangkar. Tempoh bunting ialah 21 hari. Anak yang baru lahir dalam keadaan buta,tanpa bulu. Setelah 3 hari, bulu mula tumbuh. Mata terbuka pada hari ke 14 danmula merayap dan mula memakan makanan pejal dan keras. Pisahkan ikut jantina apabila berumur 3 minggu. Untuk menangkap dan mengangkat anak hamster, biarkan ia masuk ke dalam cawan atau bekas kecil berongga. Juga boleh diangkat dengan memegang pangkal ekornya

PROGRAM PEMBIAKAN HAMSTER

Hamster jantan memiliki testis yang besar sesuai dengan ukuran tubuh mereka. Hamster betina memiliki 2 lubang tertutup bersama, sementara hamster jantan memiliki genital dan anal akan bertindak membuka lubang tersebut. Hamster akan mengawan pada usia yang berbeza bergantung kepada jenis hamster tersebut. Tetapi kebiasaannya, hamster akan mengawan pada usia sekitar satu hingga tiga bulan. Hamster jantan dapat menghasilkan benih pembiakan sepanjang jangka hayatnya namun, tidak pada hamster betina.

Selepas mengawan, hamster betina akan bunting selama lebih kurang 13 hingga 22 hari (bergantung kepada jenis hamster tersebut Winter White) dan melahirkan kira-kira satu ke tiga belas ekor anak. Ketika hamster betina bunting, hamster jantan hendaklah dipisahkan kerana keadaan emosi hamster betina adalah tidak stabil. Hamster betina akan membuat sarang dan mengumpulkan anak-anaknya di dalam sarang yang dibina.

Induk Jantan Tempoh subur hamster jantan adalah 18 bulan. Tanda hamster bersedia untuk mengawan ialah hamster akan mengaru belakangnya. Testis hamster jantan juga akan membesar dan jelas kelihatan menandakan ia sudah matang untuk mengawan. Hamster jantan juga akan mencium alat kelamin hamster betina untuk menandakan ia sudah bersedia untuk mengawan. Proses mengawan biasanya mengambil masa 15 minit.

Alat kelamin hamster jantan

Induk Betina Umur induk betina yang berusia 4 hingga 11 bulan dengan bentuk tubuh dan badan yang sihat adalah sesuai untuk proses mengawan. Pada usia 12 bulan biasanya hamster betina tidak boleh bunting lagi. Jika hamster bunting sebelum mencapai usia 12 bulan kemungkinan anak hamster akan mati serta hamster betina itu sendiri akan lemah atau mati. Tempoh mengawan hamster betina siria 4 hari sekali biasanya pada waktu malam sekitar 8 malam sehingga 7 pagi Anak akan lahir dlm tempoh 16 hari

Alat kelamin hamster betina

REKOD INDUK HAMSTER

CIRI-CIRI Jenis

HAMSTER JANTAN Syrian


(Mesocricetus auratus)

HAMSTER BETINA Syrian


(Mesocricetus auratus)

Usia (pada 9 Januari 2012) Warna bulu Sifat-sifat

5 minggu

5 minggu

Coklat + putih Sedikit penakut Suka mengigit

Coklat + putih Aktif Suka mengigit

You might also like